Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BAB 3 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

3.2 Peluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

1. Jelaskan strategi yang digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa ke negeri-negeri Melayu.

Strategi Huraian

i) Manipulasi  Suasana yang tidak stabil dan kekacauan yang berlaku di Perak, Selangor, Negeri

Sembilan dan Pahang membuka peluang kepada British untuk meluaskan pengaruh.

 British memberi bantuan kepada pihak yang berkepentingan.


ii) Desakan dan  British menggunakan strategi mengugut dan mendesak pemerintah tempatan untuk
ugutan
menerima perlindungan British.

iii) Perjanjian  British mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk mengikat

persetiaan menerima pengaruh British dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.

2. Jelaskan peristiwa yang membawa kepada peluasan kuasa British di Perak.

i) Ramai pelombong Cina dibawa oleh pemerintah Larut, Tengku

Menteri Ngah Ibrahim untuk memajukan perlombongan bijih timah di

Larut.

ii) Tercetusnya Perang Larut antara kumpulan Ghee Hin dan Hai San

untuk mempertahankan hak dan kepentingan masing-masing.


(a) Perang Larut
iii) Pergaduhan tersebut menjejaskan perdagangan bijih timah di Negeri-
(1861- 1874)
negeri Selat.
Peristiwa
Di Perak iv) Pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat meminta British

campur tangan untuk melindungi pelaburan mereka dalam

perlombongan bijih timah.

i) Berlaku krisis dalam kalangan kerabat diraja Perak berkaitan sistem


(b) Perebutan
takhta pewarisan takhta.
Kesultanan
Perak ii) Pertabalan Sultan Ismail dilantik sebagai Sultan Perak ditentang oleh

oleh Raja Yusuf dan Raja Abdullah.

1
3. Bagaimanakah British melakukan manipulasi politik supaya dapat meluaskan kuasa di Perak?

Andrew Clarke, Gabenor Negeri-negeri Selat menyokong Raja Abdullah dan menyatakan kesediaan British

untuk membantu mengesahkan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dan menamatkan persengketaan

pelombong Cina di Larut demi mewujudkan keamanan di Perak.

4. Perjanjian Pangkor 1874

Apakah kesan Perjanjian Pangkor?

i) Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.

ii) Sultan menerima seorang Residen British.

iii) Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen.

iv) British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak.

5. Jelaskan kepentingan Perjanjian Pangkor dalam perkembangan sejarah negara kita.

i) Perjanjiaan Pangkor menjadi titik peralihan kepada British bagi perjanjian seterusnya dengan pemerintah

negeri Melayu yang lain, seperti Perjanjian British-Sungai Ujong 1874, Perjanjian British-Selangor 1875

dan Perjanjian British-Pahang 1887.

ii) Sistem Residen diperkenalkan.

6. Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Samad, tercetus


pertelingkahan dalam kalangan kerabat diraja Selangor.

a) Namakan peristiwa tersebut.

Perang Klang

b) Namakan dua pihak yang terlibat dalam peristiwa tersebut.

i) Raja Abdullah bin Raja Jaafar

ii) Raja Mahadi bin Raja Sulaiman

c) Bagaimanakah British melakukan manipulasi politik supaya dapat meluaskan kuasa di Selangor?

British memihak kepada Raja dan pembesar Melayu yang boleh membawa keuntungan dari segi ekonomi

terutama perdagangan bijih timah. British memberi bantuan ketenteraan kepada Tunku Kudin untuk

menamatkan Perang Klang. Melalui bantuan ini, British mengharapkan Sultan Selangor sedia menerima

perlindungan British bagi mewujudkan kestabilan di Selangor.

d) Adalah tindakan memberi bantuan ketenteraan untuk menamatkan kekacauan di Selangor membolehkan British
meluaskan kuasa di Selangor? Mengapa?

Tidak, British gagal memujuk Sultan Abdul Samad menerima perlindungan British.

2
7. Apakah peritiswa yang memberi peluang kepada British untuk mendesak Sultan Selangor menerima perlindungan
British?

i) Rompakan kapal dagang British di perairan Kuala Langat.

ii) Serangan rumah api di Tanjung Rachado.

8. Bagaimanakah British melakukan manipulasi politik supaya dapat meluaskan kuasa di Negeri Sembilan?

Berlaku persengketaan antara pembesar Melayu di daerah Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah. British

memberi bantuan ketenteraan kepada Dato’ Klana untuk mengalahkan Dato’ Syahbandar, dengan itu British

memperoleh hak memungut cukai di Sungai Linggi.

9. Mengapakah Sungai Linggi menjadi rebutan antara Dato’ Klana, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Muda Linggi?

i) Sungai Linggi merupakan laluan penting yang menghubungkan daerah Sungai Ujong dengan kawasan

sekitarnya.

ii) Penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar mendapat hak memungut cukai terhadap

pedagang yang membawa keluar bijih timah melalui sungai tersebut untuk dibawa ke pelabuhan Melaka.

10. Bagaimanakah British meluaskan kuasa di Pahang?

i) Pada tahun 1887, British mendapat bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk Sultan Pahang

menerima seorang wakil British di Pahang.

ii) Pada tahun 1888, berlaku kematian Goh Hui ditikam di pekarangan istana. Sultan Pahang dipaksa menerima

perlindungan British dengan alasan Sultan tidak mampu mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam.

11. Bandingkan syarat-syarat perjanjian berikut.

Perjanjian British- i) Pengiktirafan Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong .


Sungai Ujong 1874
ii) British berkuasa penuh untuk memungut cukai di Sungai Linggi.
Syarat-
syarat i) British membantu pentadbiran sultan .
Perjanjian Perjanjian British-
Selangor 1875 ii) Pentadbiran Selangor dibantu oleh J.G. Davidson dan Frank

Swettenham .
i) British menempatkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti

pegawai konsul di Pahang.

Perjanjian British-
Pahang 1887 ii) British bertanggungjawab menjaga keamanan di Pahang.

iii) Pahang tidak dibenarkan membuat perjanjian dengan kerajaan asing

tanpa kebenaran British.


12. Apakah rumusan yang dapat dibuat melalui perjanjian pemerintah tempatan dengan British?

British dapat mengikat persetiaan pemerintah tempatan untuk menerima nasihat British dalam hal ehwal

3
pentadbiran dan ekonomi di negeri Melayu

Perjanjian British-Negeri Sembilan 1895

13. Perjanjian tersebut adalah lebih memihak kepada British berbanding dengan manfaat diperoleh negeri Melayu.
Buktikan.

i) Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama Undang Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Tampin telah

meletakkan diri mereka dan luak mereka di bawah naungan kerajaan British.

ii) Sebuah negeri gabungan terbentu yang dikenali Negeri Sembilan. Seorang Residen British dilantik untuk

mentadbir kerajaan gabungan. Nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh

agama Islam mesti dipatuhi.

14.
British melaksanakan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

a) Apakah peranan Residen British?

i) Menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan

adat Melayu.

ii) Semua nasihat hendaklah diikuti dan dipatuhi.

b) Namakan tokoh-tokoh yang telah dilantik oleh British sebagai Residen di negeri-negeri berikut.

Negeri Nama Residen


15.
i) Perak J.W.W. Birch

ii) Selangor J.G. Davidson

iii) Negeri Sembilan Martin Lister

iv) Pahang J.P. Rodger

Sistem Residen merupakan sistem pemerintahan British secara tidak langsung di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang.
Nyatakan ciri-ciri Sistem Residen.

i) Kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan.

ii) Nasihat British mesti diterima dan Sultan tidak lagi boleh membuat undang-undang negeri.

iii) Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai.

iv) Residen mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar-pembesar dan negeri. Peranan

pembesar-pembesar digantikan oleh pegawai-pegawai British.

v) Jabatan-jabatan dan sistem bercorak Barat digunakan bagi menggantikan sistem penrtadbiran tradisional.

16. Pada pandangan anda, mengapakah British berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kuasa memungut
cukai?

Menambahkan pendapatan kerajaan

17. Pelaksanaan Sistem Residen Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang memberi kesan kepada masyarakat
tempatan.
Bahaskan kesan baik dan buruk pelaksanaan sistem tersebut.

Kebaikan Keburukan
4
i) Pentadbiran menjadi tersusun. i) Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam
pentadbiran.
ii) Undang-undang Barat diperkenalkan.
ii) Masyarakat tempatan dikenakan cukai yang berat
seperti cukai tanah sebanyak 50 sen seekar.

18. Mengapakah generasi masa kini perlu berhati-hati terhadap sebarang tindakan?

i) Menjamin keharmonian kaum


ii) Mengekalkan kedaulatan negara
iii) Mengambil iktibar peristiwa lalu
iv) Mengelakkan berlaku penipuan
v) Membentuk masyarakat yang matang

19. Peluasan pengaruh British ditentang oleh masyarat


tempatan.
Mengapakah kita perlu menghargai tindakan tersebut?

i) Mengutamakan kepentingan negara


ii) Tidak mudah berputus asa
iii) Semangat setia kepada negara
iv) Bersedia mempertahankan kedaulatan negara
v) Bersatu padu dalam tindakan

20. Apakah kesan terhadap pelantikan Residen di negeri-negeri Melayu?

i) British berjaya meluaskan kuasa ke negeri-negeri Melayu


ii) Pelaksanaan jabatan dan sistem bercorak Barat
iii) Britih menguasai kekayaan ekonomi negeri-negeri Melayu
iv) Ekonomi masyarakat tempatan terpinggir
v) Pengenalan dwiekonomi

21. Pentadbiran yang sistematik mampu membentuk negara yang gemilang. Jelaskan.

i) Melicinkan pentadbiran negara


ii) Memodenkan negara
iii) Mampu bersaing dengan negara maju yang lain
iv) Membentuk golongan pekerja yang bijaksana
v) Memudahkan urusan harian

22. Bagaimanakah tindakan yang boleh dilakukan ke arah pembentukan pentadbiran yang sistematik?

i) Melantik pemimpin yang berwibawa


ii) Mengadakan kursus kepada pihak yang terlibat
iii) Mengadakan kempen kesedaran
iv) Mengenakan hukuman kepada mereka yang bersalah
v) Menggunakan kemudahan ICT

You might also like