Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

APLIKASI INTERNET

GAME-BASED LEARNING
(GAMIFIKASI)

KAHOOT

DISEDIAKAN OLEH :

KINEESHAA A/P PANNIR SELVAM


KHARRSYEENNIE A/P MANOGARAN
GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN
Gamifikasi adalah aktiviti yang menggunakan unsur mekanik game untuk memberi
penyelesaian secara praktikal dengan cara menarik minat kelompok tertentu.
(Prambayun, 2015)

Gamifikasi melibtkan unsur-unsur reka bentuk permainan mekanik


(mechanics game) dan permainan dinamik (dynamics game).
(Bunchball, 2010).
APLIKASI INTERNET BERASASKAN
GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN

(GAME-BASED LEARNING)
PEMBANGUNAN APLIKASI KAHOOT SEBAGAI ALAT PENGUJIAN
PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PELBAGAI MATA PELAJARAN

Alat pengujian menggunakan aplikasi Kahoot ini menggunakan model ADDIE sebagai tunjang utama
dalam proses pembangunan.

Model ADDIE mempunyai lima fasa utama iaitu analisis (Analysis), reka bentuk (Design), pembangunan
(Develop), pelaksanaan (Implementation) dan penilaian (Evaluation).

ADDIE merupakan sebuah model reka bentuk instruksi yang sering digunapakai dalam pembangunan
aplikasi pendidikan (Peterson, 2003).

Tujuan model reka bentuk ini digunakan ialah untuk memastikan perancangan pembangunan yang
dirancang dapat dijalankan dengan berkesan dan aplikasi yang dibangunkan berkualiti serta menepati
ciri-ciri yang diperlukan.
Bagi membangunkan aplikasi Kahoot sebagai alat pengujian pencapaian murid, langkah pertama yang
guru harus lakukannya ialah perlu mengenal pasti keperluan pembelajaran murid serta kaedah yang
bersesuaian bagi membantu mengatasi masalah yang mereka hadapi.

Menurut Hung dan Wong (2000), analisi tahap kebolehan, kaedah belajar dan sikap murid adalah
perkara utama dan penting yang perlu dianalisis sebelum aplikasi pembelajaran dibangunkan.

Reka bentuk alat pengujian menggunakan aplikasi Kahoot perlulah mengambil kira keperluan murid
seperti kandungan soalan pengukuhan perlulah berdasarkan Dokumen Standard Kandungan (DSKP)
sebagai panduan bagi mencapai objektif pembelajaran.

Soalan yang dibina juga mengikuti spesifikasi item yang ditetapkan dan merupakan soalan yang
digunakan semasa ujian melalui kaedah konvensional dijalankan.
BAGAIMANA KAHOOT BERFUNGSI

STEP BY STEP MENGGUNAKAN KAHOOT


1. Anda perlu ke https://kahoot.com/ untuk membina akaun terlebih dahulu. Klik ‘Sign Up’ untuk
pertama kali menda ar. Nanti akan tersimpan segala set-set soalan yang pernah dibuat didalam akaun
tersebut.
2. Selepas itu, anda boleh mula membuat set soalan yang dikehendaki. Ketika nak buat soalan, anda boleh
gunakan segala tools yang ada di ruangan tersebut untuk jadikan ianya lebih kretif dan menarik untuk
dijawab. Contohnya, anda boleh masukkan teks, gambar, atau video yang berkaitan.

Anda boleh isikan tajuk, description, bahasa dan audience yang sesuai dengan quiz yang nak dibuat. Kalau
quiz tersebut untuk pelajar, mungkin boleh pilih audience ‘school’.
3. Selepas selesai mengisi maklumat asas untuk quiz tersebut, anda boleh menambah soalan dengan klik
‘Add Question’.
4. Kahoot! akan memaparkan terus ruangan soalan yang hendak dibuat seperti gambar dibawah.

Anda perlu isikan soalan, masa menjawab dan pilihan jawapan. Untuk menentukan jawapan yang betul,
anda perlu tick sahaja sehingga keluar warna hijau di kanan jawapan.

Jika sudah habis di ruangan ini, anda boleh klik ‘next’, itulah cara mengisi soalan.
5. Bila semua soalan dah selesai, terus save dan data tu semua akan disimpan dalam akaun yang anda dah
di daftarkan tadi. Anda boleh ulang semula untuk membuat soalan lain sebanyak mana yang anda mahu.
6. Pada hari yang anda mahu gunakan Kahoot! ni, anda boleh meminta individu yang hendak menjawab contohnya pelajar
tersebut login Kahoot!

Aplikasi ni cukup mudah, Cuma perlu ada sambungan internet (data/wifi) dan boleh dijawab menggunakan PC, Laptop dan
Smartphone. Lagi mudah gunakan Smartphone sebab boleh terus download apps Kahoot! dari Apple Store atau Google Store.
7. Sebelum memulakan quiz, anda perlu memberi Game PIN kepada individu (pelajar) yang nak jawab
soalan tersebut. Game PIN tu boleh dapat dari anda sendiri (pembuat soalan) jika semua telah bersedia.
Tapi kena ingat tau, Game PIN ni akan berubah-ubah setiap kali nak start quiz, so tak perlu nak salin dekat
mana-mana pun.
8. Kemudian, mereka (pelajar) boleh masukkan nickname sendiri bagi tujuan identifikasi kerana pada akhir
quiz nanti, markah akan dipaparkan mengikut nama-nama yang telah dimasukkan tadi. Sementara
menunggu untuk habis, nama dan bilangan individu yang sudah menyertai quiz tersebut akan terpampang
di skrin utama.
9. Setelah selesai semua yang menyertai quiz tersebut, maka sesi menjawab boleh dimulakan dengan klik
‘Start’.

Sebaiknya, maklum kan beberapa syarat quiz yang telah ditetapkan seperti masa yang diperuntukan untuk
setiap soalan. Soalan akan dikeluarkan seperti contoh ni yang telah admin cuba buat dan boleh terus
menjawab.
10. Bila selesai menjawab untuk 1 soalan, Kahoot! akan memberikan paparan jawapan yang betul dan disitu anda
akan dapat lihat berapa jumlah individu yang menjawab bagi setiap pilihan jawapan yang disediakan. Setiap orang
yang telah menjawab akan mendapat keputusan BETUL atau SALAH di skrin masing-masing.
11. Manakala, dekat skrin utama di hadapan pula akan terpapar senarai individu yang mendapat TOP 5 dengan markah
yang tertinggi. Markah yang tinggi akan diberikan kepada individu yang menjawab soalan dengan BETUL dan CEPAT.
Masa ni, mesti seronok kalau nama ada dekat skrin utama.
12. Bila semua soalan dah dijawab, maka markah penuh dengan nama Top Scorer akan dipaparkan. Kahoot! akan
menunjukkan jumlah mata yang diperoleh, serta jumlah jawapan yang betul dan salah.

You might also like