Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pendapat anda tentang kepentingan undang-undang antarabangsa dari sudut

hubungan antarabangsa Malaysia. Berikan contoh-contoh yang konkrit.

Antara kepentingan undang-undang antarabangsa dari sudut hubungan


antarabangsa Malaysia ialah dapat mengawal tindakan dan peranan yang dilakukan
oleh aktor-aktor dalam hubungan antarabangsa yang merentas sempadan negara
agar tidak bercanggah dengan amalan di sesebuah negara lain. Kewujudan sistem
undang-undang antarabangsa secara dasarnya telah berjaya menjamin dan
mengawal keamanan dan kedamaian dunia khasnya apabila wujud pelbagai perkara
yang bercanggah antara negara dengan negara lain. Misalnya, kewujudan
Pertubuhan Bangsa-B angsa Bersatu (PBB) telah berjaya memastikan undang-
undang antarabangsa digubal dan dilaksanakan terutamanya dengan kewujudan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague. Keperluan undang-undang
antarabangsa menjadi semakin ketara apabila berlakunya keinginan dan kehendak
yang berbeza mengikut negara pada peringkat antarabangsa. Undang-undang
antarabangsa ini sangat penting dalam mengatur keinginan dan kehendak antara
negara yang sering bercanggah. Dengan erti kata lain, undang-undang
antarabangsa boleh didefinisikan sebagai sekumpulan peraturan yang berfungsi
untuk mengatur perhubungan antara negara dan menentukan hak serta kewajipan
bagi setiap negara berada dalam keadaan aman dan damai. Bukan itu sahaja,
undang-undang antarabangsa juga penting untuk mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan faham yang akan menjejaskan hubungan antarabangsa antara negara.
Oleh itu, peraturan yang diwujudkan bagi undang-undang antarabangsa mesti
dikuatkuasakan oleh suatu kuasa perundangan dan suatu badan pelaksana yang
berkuasa untuk memastikan undang-undang tersebut dipatuhi di setiap negara.
Undang-undang antarabangsa juga memberi penekanan kepada layanan sesebuah
negara terhadap rakyatnya yang berada dalam kawasan jajahan mereka sendiri.
Perkara ini secara langsung mewujudkan rejim komprehensif tentang hak kumpulan,
layanan terhadap pendatang asing, hak pelarian, jenayah pada perongkat
antarabangsa, masalah kewarganegaraan dan hak asasi manusia. Undang-undang
ini meliputi penjagaan sekuriti, stabiliti, keamanan pada peringkat antarabangsa,
kawalan senjata, penyelesaian diplomatik bagi pertikaian yang berlaku dan
pengaturan penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. Meksipun
kadangkala undang-undang antarabangsa tidak dapat mengelakkan peperangan
antara negara tetapi sekurang-kurangnya dapat mengawal kelakuan antara pihak
yang berbalah dan menggariskan layanan terhadap tahanan perang.

You might also like