Minit Mesy BIL 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) SELANCAR 3

26700, MUADZAM SHAH PAHANG

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1/ 2020

TARIKH :9 JANUARI 2020


HARI :KHAMIS
MASA :3.40 PETANG
TEMPAT :BILIK SARANA SK (LKTP) SELANCAR 3

KEHADIRAN :
 EN. MOHAMAD AKBAR BIN ALIAS GURU BESAR
 PN. SANIYATOL ISDA PK PENTADBIRAN
 PN. FAZWANA EVANIESHA KETUA PANITIA
 PN. NUR AZURA SETIAUSAHA
 EN. AHWAR AJK
 CIK MARASILINDA AJK

UCAPAN GURU BESAR


Encik Akbar mengalu-alukan kehadiran semua guru Sains ke Mesyuarat Panitia Kali
Pertama bagi tahun 2020. Encik Akbar juga berharap agar semua guru sains akan lebih
komited dalam menjalankan tugas dalam merealisasikan kehendak yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan. Guru-guru Sains juga perlu lebih dedikasi dalam PdPc
bagi membentuk kemenjadian murid . Guru Besar juga mengesahkan perlantikan semua
AJK.
Tindakan: Makluman
UCAPAN PENGERUSI
Puan Fazwana mengalu-alukan kehadiran Encik Akbar, Puan Saniyatol Isda dan semua AJK
ke Mesyuarat Panitia Sains Kali Pertama 2020. Beliau juga berharap semua ajk dapat
memberi komitmen dalam memantapkan lagi perjalanan panitia memandangkan tugas
sebagai Ketua Panitia baru disandang oleh beliau pada tahun ini bagi menggantikan Puan
Nur Azura.
Tindakan: Makluman
AGENDA

1.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada

2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

3.PENGAGIHAN TUGAS JAWATANKUASA PANITIA SAINS

Ahli Jawatankuasa Panitia Sains telah diagihkan tugas seperti berikut demi
memantapkan lagi pengurusan panitia.

 Ketua Panitia - PN. FAZWANA EVANIESHA


 Setiausaha - PN. NUR AZURA
 Pembelian - SEMUA AJK
 Peperiksaan dan PBD - CIK. MARASILINDA
 Bilik Sains - PN. FAZWANA EVANIESHA
 Koleksi Soalan - SEMUA AJK
 UPSR - EN. AHWAR
Tindakan: Semua Guru

4.TAKWIM 2020
** rujuk salinan Takwim 2020

Tindakan: Semua Guru

5.PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


5.1 Rancangan Pengajaran Tahunan.

Rancangan Pengajaran Tahunan akan disediakan mengikut Takwim Sekolah dan


berdasarkan DSKP dan SEMAKAN DSKP yang terkini . Semua RPT juga akan dikumpul dan
dimasukkan ke dalam fail panitia.
5.2 Rancangan Pengajaran Harian.

5.3 Aktiviti : 4 Fasa – Persedian/Imaginasi/Perkembangan/Tindakan.

1. Aktiviti berpusatkan murid.


2. Guru sebagai pemudahcara pembelajaran murid.
3. Penerapan Elemen Merentas Kurikulum dan Keusahawanan
4. Pengukuhan/Pemulihan/Pengayaan
5. Penilaian/Pentaksiran:
Pemerhatian/Soal jawab/Perbincangan/Kerja Bertulis/Kerja rumah
6. Kemahiran Tambahan:
Teknik belajar kendiri/Mengambil nota/Membuat perbentangan/
Mengemukakan pendapat/Menggunakan sumber pendidikan/Kolaborasi

5.4 Teknik penyoalan

1. Soalan yang jelas dan mudah difahami


2. Menyusun aras soalan dari yang mudah kepada sukar
3. Soalan yang berunsurkan Pengetahuan/Kefahaman/Aplikasi *rujuk nota
(Konstruk Soalan Bahagian A dan Bahagian B)
4. Menggunakan laras saintifik dalam penyoalan (KBAT)
(a) Berikan inferens (sebab/alasan) tentang kejadian tersebut.
(b) Nyatakan pemerhatian untuk menyokong inferens kamu.
(c) Kelaskan bahan-bahan berikut kepada dua kategori/kumpulan/set.
(d) Buat urutan yang betul – urutan menaik/menurun/proses/prosedur.
(d) Nyatakan hipotesis (andaian awal) ujikaji/penyiasatan.
(f) Terjemahkan maklumat di atas kepada carta palang/jadual/grafik.
(g) Apakah kesimpulan penyiasatan?
(h) Ramalkan kejadian yang akan berlaku?

5.5 Teknik Pembelajaran dan Pemudahcaraan

1. Pembelajaran Masteri 12. Sumbangsaran


2. Pembelajaran Kolaboratif 13. Hafazan
3. Pembelajaran Koperatif 14. Amali
4. Pembelajaran Konstruktivisme 15. Dialog
5. Pembelajaran Kontekstual 16. Temu bual
6. Simulasi 17. Pembelajaran melalui
7. Main Peranan Pengalamian (Experimental
8. Syarahan Learning)
9. Permainan 18. Pembelajaran melalui rakan
10. Ceramah sebaya
11. Tunjuk Cara
19. Pengendalian Akses Kendiri 28. Kaedah Global
(SAL) 29. Pengunjuran
20. Akhbar dalam Darjah (ADD) 30. Telahan (Inference)
21. Melawat sambil belajar 31. Gerak Hati (Intuition)
22. Kajian Lapangan 32. Kemahiran Berfikir Kritis dan
23. Teknologi maklumat dan Kemahiran Strategi Berfikir
Komunikasi 33. Belajar Cara Belajar
24. Inkuiri Penemuan 34. Kajian Masa Depan
25. Penyelidikan 35. MESTAMU
26. Pemerhatian 36. Lakonan
27. Kaedah Berfokus

Semua guru disarankan untuk menjalankan tinjauan/kajian/pembacaan kendiri.Semua guru Sains


amat digalakkan untuk menjalankan kajian tindakan berkaitan dengan implikasi teknik
pembelajaran terhadap perkembangan murid.

5.6 Refleksi

1. Membuat refleksi kendiri/kajian mengenai amalan pengajaran dan


pembelajaran:
a) Mengenalpasti kekuatan PdPc
b) Mengenalpasti kelemahan PdPc
c) Melakukan penambahbaikan PdPc
d) Menulis dalam bentuk bilangan
Pendekatan untuk menjalankan refleksi diri secara:

a) Soal selidik
b) Temubual dengan murid/guru/ibu bapa
c) Maklum balas dan Pemantauan oleh pihak atasan/penguran sekolah

5.7 Semakan hasil kerja murid

1. Menyemak hasil kerja murid secara:


a) tekal/berterusan/teliti
b) konstruktif (pembetulan)
c) komunikasi (teguran, penggredan)
2. Menandatangani dan mencatat tarikh masa menyemak hasil kerja murid
3. Semakan pengurusan sekolah (guru besar/penolong kanan)
Tindakan : Semua Guru

6. PERANCANGAN STRATEGIK
6.1 Bab-Bab dalam PS Panitia Sains

1.0 Kandungan
2.0 Visi dan Misi Baharu
3.0 Pendahuluan
4.0 Matlamat
5.0 Objektif
6.0 Carta Organisasi
7.0 Takwim 2020
8.0 Maklumat Guru Mata Pelajaran
9.0 Analisis Pasca UPSR 2019
10.0 Analisis Ujian Penilaian Tahun 5 (UPAT) 2019

Tindakan: Semua Guru

7. PENGURUSAN PEPERIKSAAN
7.1 Penggubalan Soalan PBD dan Peperiksaan

1. Soalan peperiksaan digubal mengikut aliran oleh guru yang dilantik


2. Sediakan skema jawapan/peraturan pemarkahan
3. Penandaan kertas jawapan mengikut kelas mengajar masing-masing
Darjah Penggubal Soalan
Tahun 1 CIK MARASILINDA
Tahun 2 PN. FAZWANA EVANIESHA
Tahun 3 PN. NUR AZURA
Tahun 4 PN. FAZWANA EVANIESHA
Tahun 5 EN. AHWAR
Tahun 6 EN. AHWAR

Tindakan: Semua Guru

10.1 Cadangan aktiviti

1. Sayembara Sains 2020


*Penyelaras Program : Pn. Fazwana Evaniesha
a) Bercerita/Puisi
b) Ujikaji
c) Dialog
d) Simulasi/Lakonan
e) Koir
** isu-isu alam sekitar/prinsip sains/fenomena

**dilaksana selepas UPSR melibatkan murid tahun 6

f) Minggu Sains, Kuiz Sains, Program 10 Minit, Pertandingan Rekacipta

2. Klinik Pemulihan UPSR


*Penyelaras Program : En. Ahwar
a) Tumpuan kepada pelajar yang lemah
b) Jadual mingguan
*dikendalikan oleh En. Ahwar

3. Kelas Tambahan Petang


*Penyelaras Program : En. Ahwar
a) Jadual mingguan
*dikendalikan oleh En. Ahwar dan Cik Marasilinda

4. Kursus Peningkatan Profesionalisms Guru Sains Peringkat Sekolah


*Penyelaras : Pn. Azura
a) Bengkel penandaan kertas jawapan Bahagian B
b) Dilaksanakan selama 3 hari (LDP)

5. Bengkel dan Ceramah Teknik Jawab Soalan Sains


*Penyelaras Program : En. Ahwar
a) Dijalankan dua kali setahun (Feb/Mei)
b) Sesi 1 (Feb)
i. pendedahan format UPSR – peruntukan masa menjawab
ii. persiapan menghadapi peperiksaan
iii. kaedah ulangkaji dan latih tubi
iv. kaedah mengambil nota
v. teknik membaca soalan/mengenal pasti kekunci
vi. teknik memilih jawapan/menghitamkan jawapan pada borang JOB
vii. teknik membuat semakan jawapan
c) Sesi 2 (Mei)
i. pendedahan peraturan pemarkahan/skema jawapan
ii. teknik menulis jawapan mengikut peraturan pemarkahan LPM
iii. perbincangan dan refleksi kekuatan/kelemahan/kesilapan calon
iv. langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kesilapan

Tindakan: Semua Guru

11. BILIK SAINS


11.1 Penggunaan Bilik Sains
1. Semua guru digalakkan untuk menggunakan bilik sains
2. Edaran jadual penggunaan bilik sains
11.2 Kebersihan dan Kekemasan Bilik Sains

1. Jadual Tugasan Bulanan/Mingguan Mengikut Kelas

11.3 Naik taraf/baik pulih bilik Sains / Papan Putih di bilik sains

11.4 Najis burung dan kebersihan

1. Ada disekitar pintu masuk hadapan bilik sains

Tindakan :Semua Guru

12. HAL-HAL LAIN


-Tiada-

13. PENUTUP
13.1 Penangguhan mesyuarat pada Pukul 4.15 petang.

Disediakan oleh: Disemak dan Disahkan:

……………………. ………………………….
(Pn. Fazwana Evaniesha Binti Karim) (Pn. Saniyatol Isda Binti Ismail)
Ketua Panitia Sains Penolong Kanan Pentadbiran
SK (LKTP) SELANCAR 3 SK (LKTP) SELANCAR 3

You might also like