Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

DARAH TITIK DI SEMANTAN

SINOPSIS BAB

Bab 1 (Cemas)

Menceritakan empat orang sahabat iaitu Aku, Samad, Rahman dan Awang Muhamad telah
menyedari perubahan sikap Datuk Bahaman sejak pulang dari pulau tawar. Sikapnya suka
memencilkan diri dan sering termenung sendiri. Perubahan ini telah disedari oleh ‘aku’. Pelbagai
andaian telah dibuat oleh mereka berempat terhadap perubahan sikap Datuk Bahaman dan
yang paling memahami perubahan sikap Datuk Bahaman ialah Rahman kerana pernah bekerja
sebagai jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman.

     

Pada suatu hari, Datuk Bahaman telah mengumpulkan orang ramai di masjid. Turut hadir ialah
Mat Lela, Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Iman Perang Weh. Datuk Bahaman telah memberi
amanat  penting tentang kemaraan British. Datuk Bahaman juga meminta penduduk  bersedia
sebelum melawan Inggeris.

Setelah selesai mereka berkumpul di masjid ‘aku’, Samad, Rahman, dan Awang Muhamad telah
sepakat untuk membuat kubu di pangkal  Merbau Berdarah di tebing Lubuk Sengarat. Semasa
mereka sedang membina kubu tiba-tiba Mak Long Esah berlari dalam ketakutan. Mak Long Esah
mengatakan Inggeris akan sampai ke Lubuk Terua dan meminta supaya disampaikan berita itu
kepada Datuk Bahaman yang masih berada di masjid.

Bab 2 (Lubuk Terua Tergugat)

‘Aku’ menyedari Inggeris telah menceroboh Semantan dengan melihat mereka membina kubu
panjang ditepi tebing sungai. Datuk Panglima Raja sangat marah dengan tindakan Inggeris itu.
Pak Long Abas meminta izin untuk mengamuk tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman. Datuk
Bahaman menyatakan mereka akan melawan Inggeris tetapi mengikut perancangan. Datuk
Bahaman juga memuji tindakan ‘aku’ dan rakan-rakan membina kubu di tebing Lubuk Sengarat
kerana cukup sesuai.

Bab 3 (Mencari Penyelesaian)


Dua minggu  selepas Inggeris membina rumah pasung, ‘aku’ dan samad pergi ke kubu mereka di
lubuk Sengarat hanya Rahman tidak dapat ikut serta kerana telah mengikut ayahnya ke Johor.

Pelbagai andaian dibuat atas pemergian Datuk Bahaman ke Johor. Datuk Bahaman pergi ke Johor
mengikut jalan sungai yang lebih selamat.

     Ketiadaan Rahman, ‘aku’ dan rakan-rakan telah menukarkan cara berkawal. Mereka telah
bersetuju untuk meronda secara bersama-sama untuk mengelakkan daripada ditangkap. Mereka
juga meronda ke Mempatih untuk melihat persiapan disana.
Pada tengah hari, mereka terserempak dengan beberapa buah perahu Inggeris. Mereka berniat
untuk menyerang perahu Inggeris tersebut tetapi telah membatalkan niat tersebut kerana
memikirkan Datuk Bahaman tiada di Semantan.

Bab 4 (Budi Kepadatan)

Seperti biasa ‘aku’, Samat dan Awang Muhamad meninjau sekitar kampung. Mereka telah pergi ke
mempatih dan melihat pemuda-pemuda Melayu berlatih membaling bambu runcing dan belajar
bersilat dengan Abang Lajis.   ‘Aku’ diberitahu oleh dua orang pemuda Melayu Melayu yang tidak
dikenali pergi hilir. Apabila sampai disana, mereka menyelamatkan Kak Minah iaitu isteri Lajis yang
diganggu oleh pemuda yang tidak dikenali. Mereka sebenarnya ialah pembanci yang diupah oleh
Tuan Owen (Inggeris). Pada masa yang sama, Datuk Bahaman muncul dan meminta tali barut
Inggeris itu pulang kepangkuan Inggeris. Beliau juga mengingatkan kepada pemuda tersebut bahawa
dia masih berkuasa di Semantan.

Bab 5 (Inggeris Mencabar Lagi)

 Menceritakan situasi semakin genting apabila orang Inggeris yang di ketuai oleh Syres sering datang
ke Lubuk Terua. Kedatangan Syres telah mengundang persoalan pada ‘Aku’, Samad, Rahman dan
Awang Muhamad. Lajis menjelaskan Datuk Bahaman telah membuat perancangan untuk membuat
bengkel membuat senapang dan segala bahan telah diatur dengn teliti. Lajis juga telah ditugaskan
sebagai pengintip di Kuala Semantan untuk mengawasi gerak-geri Inggeris.

Bab 6 (Kedatangan Mat Kilau)

Penduduk Semantan berkumpul di masjid untuk bacaan Yassin dan solat Mahgrib. Semasa
berkumpul mereka telah didatangi oleh Mat Kilau. Mat Kilau diutuskan oleh ayahandanya untuk
menyampaikan hasil mesyuarat antara Clifford dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar.
Datuk Bahaman tidak dijemput ke mesyuarat itu.

            Mat Kilau menyatakan Syres mengadu kepada sultan yang Datuk Bahaman tidak memberi
kerjasama untuk membina rumah pasung. Selain itu, sultan dipaksa membuat membuat
pengisytiharan yang Datuk Bahaman telah menderhaka. Sultan telah diingat untuk membuat
pengisytiharan dan segala pangkat dan kuasa Datuk Bahaman telah ditarik balik. Keadaan ini telah
membuatkan Datuk Bahaman semakin rasa tercabar.  
Bab 7 (Retak Menanti Belah)

Kehilangan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail sewaktu mengail ikan di sungai Semantan
telah mengundang pelbagai persoalan. Kedatangan Lajis telah menjawab persoalan akan kehilangan
mereka. Rupa-rupanya mereka telah ditangkap oleh Inggeris kerana tidak mempunyai surat
kebenaran untuk membawa rotan.  Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Iman Perang Weh
telah mengetuai usaha pembebasan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail. Akhirnya mereka
Berjaya dibebaskan dan Datuk Bahaman mengerti tindakannya akan menyebabkan Inggeris
memburunya nanti.

Bab 8 (Darah Titik di Semantan)

Persiapan untuk membuat senjata telah dilakukan oleh Datuk Bahaman dan anak buahnya. Mereka
telah menjual rotan manau di Batu Hampar bagi mendapat sumber kewangan untuk membayar besi
laras senapang dan ubat bedil dari saudagar Singapura.

Telah berlaku kejadian Pak Long Abas dan Ismail telah ditahan oleh Desborough semasa membawa
rotan untuk dijual tanpa surat kebenaran. Desborough telah menyatakan akan menangkap dan
membunuh Datuk Bahaman. Mereka telah di tembak oleh orang-orang Desborough. Hanya Pak Long
Abas berjaya menyelamatkan diri dan telah melarikan diri ke rumah Datuk Bahaman untuk
memberitahu kejadian tersebut.

Kesan daripada kejadian tersebut Datuk Panglima Raja,Iman Perang Weh dan penduduk semantan
telah menjadi semakin bersemangat untuk menentang Inggeris ke titisan darah terakhir dan sentiasa
menyokong Datuk Bahaman. Datuk Bahaman telah mengingatkan anak buah bersiap sedia untuk
menentang Inggeris apabila mereka tiba di Lubuk Terua

Bab 9 (Ada Ubi Ada Batas)

Menceritakan kesediaan dan perancangan Datuk Bahaman dan orang-orangnya untuk menghadapi
pihak Inggeris yang akan menyerang Semantan. Datuk Bahaman telah merentangi sungai Semantan
di Lubuk Sengarat dengan seutas rantai besi sebesar ibu jari bagi menghalang kemaraan Inggeris.

  

Datuk Bahaman juga telah mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh mengumpul
kekuatan untuk mengepung balai polis serta mata-mata sikh di rumah pasung. Perintah Datuk
Bahaman lagi agar merampas senjata seperti senapang kopak, peluru atau ubat bedil yang boleh
digunakan untuk menentang mata-mata Sikh yang lain. Secara tidak langsung Datuk Bahaman telah
mengistiharkan perang terhadap Inggeris.

Lajis datang ke kubu untuk memberitahu bahawa dia mendapat tahu Desborough dengan lima puluh
orang mata-mata Sikh sedang berkayuh di hilir sungai Semantan. Lajis turut menyatakan dia melihat
Desborough turut membawa mayat Ismail menuju ke kubu untuk menangkap Datuk Bahaman sama
ada hidup atau mati.

Menjelang senja pihak Inggeris telah tiba di hilir lubuk untuk menyerang Datuk Bahaman. Apabila
perahu  Desborough dan perahu yang lain tiba di kawasan rantai Datuk Bahaman telah merentap
rantai itu sehingga perahu Desborough dan perahu lain terbalik. Seterusnya Datuk Bahaman telah
menyerang Desborough dan mengarahkan orang-orangnya untuk menghapuskan semua mata-mata
Sikh sehingga mereka memperolehi kemenangan.

Bab 10 (Inggeris Mesti Dikalahkan)

Malam itu, Datuk Bahaman membuat satu mesyuarat. Beliau mengarahkan Tuk Muda Bidin dan
Imam Perang Weh memimpin enam puluh orang menyerang Bentung dengan mengepung pusat
kawalan lombong Inggeris. Beliau pula akan ke Temerloh bersama Datuk Panglima Raja dan Mat Lela
untuk mengambil mayat Ismail. Mayat Ismail akan dikebumikan di Semantan.

    

 Selain itu, Datuk Bahaman mahukan pertolongan Hassan Tahmid untuk menguatkan semangat para
pahlawan dan mengumpulkan derma. Beliau juga menyampaikan pesan kepada Tuk Selampit, batin
orang Asli supaya sama-sama berjuang kerana mereka pandai menyumpit.

 Mereka juga bergerak ke hilir sungai Semantan melalui Batu Hampar dan Pasir Rawa. Datuk
Bahaman dan Mat Lela memimpin pasukannya mengepung rumah pasung dan membunuh mata-
mata Sikh yang berada di situ. Setelah selesai , mereka berehat di tanjung yang memisahkan sungai
Semantan dengan sungai Pahang. Perang akan meletus bila-bila masa sahaja.

Bab 11 (Desborough Datang Lagi)

Tengah hari itu, dua pasukan dibentuk. Satu pasukan diketuai oleh Datuk Bahaman dan satu lagi
pasukan diketuai oleh Datuk Panglima Raja. Setiap pasukan terdiri daripada 25 orang yang muda dan
tahan lasak.

 Datuk Panglima Raja mengarahkan pasukannya meronda di luar kawasan Bandar Kuala Semantan.
Apabila tiba di sebuah bukit mereka terserempak dengan mata-mata Sikh dan berlakulah
pertempuran. Keesokannya, mereka menyambung perjalanan. Datuk Panglima Raja mengarahkan
pasukannya membuat helah untuk membunuh mata-mata Sikh. Mereka membuat bubur ubi gadung
yang beracun. Apabila pasukan mata-mata Sikh seramai 40 orang yang diketuai oleh Desborough
tiba di kawasan tersebut dan mereka makan bubur itu. Mereka mengalami kepanasan dan mabuk.
Akhirnya mereka mati kelemasan apabila mata-mata Sikh terjun ke sungai akibat kepanasan.
Setelah lima hari berada di kuala Semantan mereka bertemu semula dengan pasukan Datuk
Bahaman. Mereka mara ke Lubuk Terua dengan perahu. Di sana, mereka disambut oleh Imam
Perang Weh.

Perjuangan mereka semakin mendapat sambutan. Rahman dan Hassan mendapatkan nama beratus-
ratus pejuang. Tuk Selampit juga datang untuk menyertai perjuangan mereka menentang Inggeris.
Keesokan harinya, mereka pergi ke kubur arwah Ismail untuk membuat sedikit tahlil.

Bab 12 (Tipu Helah Inggeris)

Tiga minggu selepas perang, Semantan kembali tenang. Mat Lela menyediakan jadual bertugas bagi
mengawal kampung. Imam Perang Weh pula menyusun jadual latihan menembak manakala Tuk
Selampit pula mengarahkan orang Asli menyiapkan khemah dan kubu di Darat Kelubi.

Keesokannya, semua perajurit Semantan dikumpulkan oleh Datuk Bahaman. Beliau memerintahkan
Datuk Panglima Raja menyertai seratus orang ke Batu Hampar. Imam Perang Weh dan Tuk Muda
Bidin akan mengetuai dua ratus orang membuat kubu di Pasir Tuk Anjang. Datuk Bahaman, Mat Lela
dan Tuk Selampit akan mengawal Lubuk Senggarat.

Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar.
Mereka akan menghadapi lima puluh orang mata-mata Sikh yang di ketuai oleh Desborough
manakala satu lagi pasukan terdiri daripada tiga ratus askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku
Ali.Beliau memutuskan sekiranya askar sultan bersama-sama dengan askar Sikh, mereka akan
berundur sahaja. Mereka tidak ingin berbunuhan dengan askar sultan.

Mereka meneruskan perjalanan ke Batu Hampar. Apabila sampai di sana, mereka membina kubu.
Zahid dan Samad diarahkan mengintip musuh di sebelah hilir. Zahid berpura-pura memancing untuk
memantau pergerakan musuh. Apabila terlihat tiga buah perahu musuh, mereka segera melaporkan
kepada pasukan.

Namun, Datuk Bahaman dan pasukan berada dalam dilemma apabila melihat askar sultan
bercampur dengan mata-mata Sikh. Mereka mengambil keputusan  untuk pulang ke Lubuk Terua. Di
situ mereka membina kubu pertahanan.

Menjelang senja,perahu yang dinaiki Desborough tiba di Lubuk Terua. Perahu itu tidak membawa
askar sultan. Datuk Bahaman bertindak menebalikkan perahu mereka dengan menggunakan rantai
besi. Tuk Selampit menyumpit diselang-seli dengan hujanan buluh bambu. Kejayaan mengiringi
mereka.

    

Selang beberapa hari, Mat Kilau datang dari Pulau Tawar. Beliau memberitahu Datuk Bahaman
bahawa Clifford tidak berpuas hati dan akan melancarkan serangan besar-besaran.
Bab 13 (Sebuah Perjanjian)

Berita kedatangan musuh ke Semantan menyebabkan keadaan mula kelam kabut. Datuk Bahaman
membuat keputusan untuk pergi ke Batu Hampar bagi menyiasat dakwaan sama ada Rodger datang
bersama dengan sultan. Selepas empat hari, Datuk Bahaman kembali membawa perkhabaran yang
sultan turut serta bersama Rodger dalam serangan terbaru itu.

Tuk Selampit menawarkan kepakarannya untuk menyumpit Rodger tetapi ditolak oleh Datuk
Bahaman. Beliau risau akan keselamatan sultan ketika Tuk Selampit menyumpit. Tindakan Datuk
Bahaman menyebabkan Tuk Selampit  tidak berpuas hati.

Pada sebelah malam, mereka berpindah ke Darat Pasir Tuk Anjang. Di situ, mereka akan berkubu
untuk pertempuran. Datuk Bahaman menggunakan ilmunya untuk berjumpa dengan sultan. Beliau
menyatakan satu perjanjian telah dibuat. Askar sultan akan menembak ke udara semasa
pertempuran nanti dan pasukan Datuk Bahaman diminta melarikan diri. Ini untuk mengaburi
Rodger.

Bab 14 (Jatuhnya Lubuk Terua)

      Hari pertempuran telah tiba. Askar-askar sultan muka mengambil kedudukan dan menghalakan
senapang ke udara. Kedua-kedua pasukan mula berbalas tembakan ke udara.

     Namun, tanpa disangka-sangka Mat Lela telah ditembak oleh askar sultan yang belot. Begitu juga
dengan Awang Muhamad yang ditembak di dada. Keadaan mula menjadi cemas. Datuk Bahaman
dan Datuk Panglima Raja datang memberi bantuan. Namun Awang Muhamad meninggal dunia.

      Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja telah berselisih faham. Datuk Panglima Raja yang
marah mula bertindak tetapi ditembak. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin mengambil langkah
menyerah diri tetapi dibunuh oleh ketua askar sultan. Menjelang zuhur, perajurit Semantan mula
berundur ke Darat Kelubi. Askar-askar sultan mula bersorak di atas kemenangan mereka.

     Pada suatu petang, Mat Kilau datang ke Darat Kelubi menemui Datuk Bahaman. Beliau membawa
satu salinan surat pengampunan beramai-ramai kecuali pengampunan untuk Datuk Bahaman. Datuk
Bahaman meminta Hassan Tahmid menghebahkan orang ramai supaya pulang ke kampung masing-
masing.

     Mat Kilau memberitahu satu perancangan besar untuk melawan Inggeris. Namun, rancangan itu
gagal kerana Inggeris berjaya mengesan terlebih dahulu. Akhirnya Datuk Bahaman mengambil
keputusan untuk mudik ke sungai Tembeling dan bersatu dengan Tuk Gajah serta Mat Kilau.

You might also like