Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI
2020

“PORTABLE SENSORY INTEGRATION THERAPHY


KIT”

TARIKH :10 MAC 2020


Kertas Cadangan Projek Inovasi “Portable Multisensory Theraphy Kit”

1.0 Nama Projek

Projek inovasi yang saya pilih untuk memenuhi kehendak internship ialah inovasi “Portable
Multisensory Theraphy Kit” untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kit ini akan dihasilkan
berdasarkan masalah yang dikenal pasti dalam Praktikum 1 dan 2 iaitu masalah
pemprosesan sensori (sensory processing disorder). Kanak-kanak berkeperluan khas
mempunyai masalah deria ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menyedari dunia
sekeliling dengan derianya (Jamila Mohamed, 2005). Maka, saya bercadang untuk
menghasilkan “Portable Multisensory Theraphy Kit” sebagai intervensi untuk meningkatkan
keupayaan deria mereka semaksima yang mungkin. Kertas cadangan ini merupakan
laporan yang mengeketengahkan tentang inovasi iaitu “Portable Multisensory Theraphy Kit”
untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Inovasi ini akan dihasilkan sebagai intervensi untuk
masalah deria sentuh, dengar dan lihat yang ada pada murid berkeperluan khas.

2.0 Pengenalan

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2014), murid berkeperluan pendidikan


khas diertikan sebagai murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli
audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam
perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan
penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan
fizikal, masalah pembelajaran atau kombinasi mana-mana ketidakupayaan yang disebut di
atas. Daripada definisi tersebut, jelas bahawa kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai
masalah dari segi penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran dan
sebagainya. Ketidakupayaan ini berlaku disebabkan oleh faktor genetik, faktor persekitaran,
jangkitan pada pranatal, pernatal dan pascanatal (Heward, W.L., 2011). Punca dari
ketidakupayaan ini kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai masalah dalam 6 domain
iaitu kognitif, komunikasi, sosioemosi, tingkah laku, psikomotor halus dan kasar. Masalah-
masalah yang dihadapi dalam 6 domain perkembangan ini memudaratkan kualiti hidup
kanak-kanak ini (Addison, 2003). Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas tidak dapat
berfungsi secara normal seperti orang lain dalam kehidupan seharian.
Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas.
Antara yang paling ketara ialah masalah pemprosesan deria dalam kehidupan seharian.
Gangguan Pemprosesan Sensori (sensory processing disorder) yang  juga dikenali sebagai
sensory integration Dysfunction, boleh mengganggu  satu, sebahagian, atau kesemua deria
manusia (Nancy & Kathleen, 2002).  Satu ketidakfungsian sensori akan menjejaskan
beberapa kefungsian badan. Sekiranya satu atau lebih sensori yang terganggu, maklumat
sensori yang dihantar ke otak menjadi tidak tepat. Maklumat menjadi tidak teratur dan
menyebabkan kanak-kanak berkeperluan khas mentafsirkan persekitaran dengan cara yang
berbeza (Heward, 2011). Kebiasaannya, kanak-kanak yang menghidapi SPD akan
mempunyai masalah terlalu sensitif terhadap persekitaran mereka dan kerap berlaku
kepada kanak-kanak autisme.

Terapi Integrasi Sensori (SIT) atau dikenali sebagai Sensory Integration Theraphy
direka untuk memulihkan pemprosesan saraf yang berkesan dengan cara meningkatkan
keupayaan setiap sistem sensori dengan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang
memberi cabaran yang mencukupi kepada input sensori kanak-kanak tersebut (Pua Yoke
Fang, 2005). Terapi ini mempunyai aktiviti-aktiviti yang memfokuskan kepada sensasi
sentuhan, proprioceptive (sensori dalam sendi dan otot) dan vestibular (sensori pergerakan)
sebagai input deria utama (Fombonne, 2003). SIT haruslah dijalankan mengikut minat
kanak-kanak (child directed), keseronokkan bermain, dan menyenangkan untuk kanak-
kanak. Maka, saya akan menghasilkan Portable Sensory Integration Theraphy Kit bagi
memudahkan guru-guru dalam mengintegrasikan terapi ini dalam bilik darjah bagi
meningkatkan keupayaan deria murid berkeperluan khas.

3.0 Matlamat projek

 Dapat membantu murid menggunakan deria penglihatan, sentuhan, pendengaran


dengan betul.
 Dapat membantu murid berkeperluan khas menenangkan emosi.
 Dapat membantu murid berkeperluan khas menguatkan otot-otot jari jemari.

4.0 Objektif
 Dapat membantu murid berkeperluan khas mengenali fungsi deria dengan betul.
 Dapat membantu murid berkeperluan khas menenangkan emosi (temper tantrum).
 Sebagai bahan bantu mengajar untuk subjek-subjek dalam Kurikulum Pendidikan
Khas
 Sebagai elemen terapi yang dapat meningkatkan kefungsian normal murid
berkeperluan khas

5.0 Rasional

Rasional projek ini adalah untuk membantu murid berkeperluan khas dalam masalah
pemprosesan sensori. Dengan projek ini, murid berkeperluan khas yang mempunyai
masalah deria over sensitivity dan under sensitivity dapat mengenali dan menggunakan
sensori penglihatan, pendengaran, dan sentuhan dengan betul. Projek inovasi ini adalah
mudah alih di mana ia boleh digunakan sebagai buku, di atas lantai dan boleh dilekat di atas
dinding. Oleh itu, ia sesuai dijadikan sebagai sudut terapi dan juga buku yang berunsur
terapi membantu guru menggunakan inovasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

6.0 Skop dan limitasi projek

Skop projek Portable Sensory Integration Theraphy Kit adalah berunsurkan deria
penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Projek ini hanya boleh digunapakai oleh murid
berkeperluan khas sebagai buku, digunakan atas lantai dan boleh dilekatkan di atas lantai.
Sasaran pengguna kit ini ialah murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah
pemprosesan sensori. Selain itu, kit ini dapat digunakan dalam subjek Matematik, Sains,
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kemahiran Manipulatif dan Pengurusan diri. Lebih-lebih
lagi, kit ini juga boleh digunakan oleh kanak-kanak normal bagi tujuan mengenali fungsi
deria.

7.0 Kepentingan dan impak projek

Pemprosesan sensori adalah cara di mana sistem saraf pusat menerima mesej dari deria
dan menggunakan maklumat tersebut untuk menghasilkan tindak balas yang bersesuaian
dengan respon yang diterima (Raver, 2008). Masalah dalam pemprosesan sensori secara
tidak langsung menyebabkan masalah dalam perkembangan sensori motor dan kognitif.
Masalah ini secara langsung mengakibatkan murid berkeperluan khas mengalami masalah
dalam pembelajaran.
Projek inovasi ini mengintegrasikan terapi integrasi sensori yang memfokuskan
kepada deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan bagi meningkatkan keupayaan deria
lihat, dengar serta sentuh. Penekanan kepada ketiga-tiga deria ini agak penting kerana deria
ini terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran (Raver, 2008). Kecelaruan dalam
deria-deria ini menyebabkan murid mengalami masalah untuk menerima maklumat dan
mentafsir dari persekitarannya. Maka, ketiga-tiga deria ini diberi perhatian dalam inovasi ini
dengan merancang aktiviti-aktiviti yang berunsurkan deria-deria ini.

Projek inovasi ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Pertamanya, projek


inovasi ini mudah alih yang tidak membataskan guru hanya dapat menggunakannya di bilik
darjah sahaja. Inovasi ini boleh digunakan dengan 3 bentuk iaitu boleh dibukukan,
digunakan atas lantai atau dilekatkan atas dinding. Saya menitikberatkan inovasi saya perlu
berbentuk mudah alih kerana masalah ruang di sekolah menjadi faktor penghalang dalam
penyediaan sudut terapi. Konsep mudah alih ini membantu guru menggunakannya tanpa
sebarang halangan. Inovasi ini juga boleh digunakan oleh seorang murid sebagai buku dan
boleh digunakan oleh banyak murid serentak di atas lantai. Hal ini membantu guru
menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kit ini boleh digunakan merentasi kurikulum sebagai bahan terapi dan bahan bantu
mengajar dalam bilik darjah mengikut kesesuaian guru. Inovasi ini mempunyai unsur warna
yang boleh digunakan untuk mengajar warna asas, unsur tekstur yang boleh digunakan
untuk mengajar permukaan, elemen muzik untuk mengajar alat muzik suaian, unsur terapi
cara kerja dan sebagainya. Gabungan deria ini menggunakan kaedah multisensori yang
membantu murid belajar melalui deria (Kirk, Gallagher & Ananstasiow, 2003). Kaedah
multisensori merupakan kaedah yang sangat popular seluruh dunia. Kaedah multisensori
juga dikenali sebagai kaedah pelbagai deria kerana ia mengabungjalinkan beberapa deria.
Kaedah ini juga disebut sebagai kaedah VAKT yang merupakan akronim bagi V - visual
(penglihatan), A - audio (pendengaran), K - kinestatik (pergerakkan) dan T - tactile
(sentuhan) ( Hallahan & Kauffman, 2003). Inovasi ini boleh dijadikan bahan bantu mengajar
bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Kemahiran Manipulatif dan
Pengurusan Diri. Hal ini dapat membantu guru mengintegrasikan unsur terapi sensori
integrasi (SIT) dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tidak ketinggalan, inovasi ini mempunyai QR code yang berperanan sebagai sudut
maklumat berkaitan SIT dan cara menggunakan kit ini. Hal ini kerana ramai guru Pendidikan
Khas tidak mempunyai pendedahan tentang terapi ini. Maka, sebelum mengintegrasikan
terapi ini, wajarlah kita mengetahui tentang terapi ini. Sudut maklumat ini membantu guru
mengetahui tentang SIT dan kepentingannya kepada murid berkeperluan khas. Saya juga
akan menyediakan tutorial cara menggunakan kit ini supaya guru-guru Pendidikan Khas
mempunyai gambaran cara penggunaan kit ini.

Projek inovasi “Portable Sensory Integration Theraphy Kit” mempunyai impak positif
dalam perkembangan murid berkeperluan khas dengan meningkatkan keupayaan deria.
Maka, diharapkan supaya kit ini dapat mengubah kualiti hidup murid berkeperluan khas.

8.0 Strategi pelaksanaan

Projek inovasi ini mudah dilaksanakan oleh guru pendidikan khas. Guru boleh menyatukan
semua bahagian kit ini dan menjadikannya sebagai buku. Tetapi buku itu boleh digunakan
oleh seorang murid sahaja. Jika guru ingin menggunakan kit ini kepada banyak murid, ia
boleh digunakan atas lantai. Murid akan duduk di lantai dan diberi satu halaman kepada
setiap murid dan akan ditukar halaman dengan murid. Selain itu, jika kelas PPKI mempunyai
ruang yang secukup, guru boleh lekatkan kesemua bahagian ini dan boleh menjadikan
ruang itu sebagai sudut terapi sensori integrasi. Projek inovasi ini adalah mudah alih dan
boleh digunakan dengan pelbagai bentuk mengikut kesesuaian.

boleh dijadikan
sebagai buku

boleh digunakan
di atas lantai

boleh dilekatkan
di dinding
9.0 Pelan pelaksanaan tindakan

Mula

Mencari masalah untuk


penyelesaian

Merancang inovasi
berdasarkan masalah
yang dipilih

Pengubahsuaian
Berbincang dengan mentor dan
idea penyelesaian
penyelia
Tidak
Membuat kertas cadangan

Setuju

Penambahbaikan Membuat inovasi

Pelaksanaan projek inovasi


Analisis
kelemahan
Tidak

Refleksi dan cadangan tindakan


susulan

Penyeliaan

Dokumentasi

Tamat
Langkah-Langkah Pembinaan Projek Minggu Minggu Minggu Minggu
1 2 3 4

Mengenalpasti masalah dan strategi


menyelesaiakan masalah

Membuat perbincangan (kertas cadangan) bagi


penghasilan projek dengan mentor dan penyelia

Menganalisis dan mengumpul maklumat tentang


subtopik yang dipilih untuk menghasilkan projek.

Pemilihan rekabentuk bagi projek inovasi telah


dilaksanakan.

Projek mula dibina dan dikembangkan

Projek inovasi dilaksanakan

Penilaian keberkesanaan terhadap projek inovasi


dilaksanakan dan proses penambahbaikan serta
penganalisisan kelemahan

Penambahbaikan projek inovasi

Penyeliaan bersama mentor dan penyelia

10.0 Anggaran perbelanjaan

Projek inovasi ini memerlukan kos yang rendah iaitu RM30. Saya menggunakan bahan-
bahan yang sedia ada dalam membuat inovasi ini. Segala perbelanjaan inovasi ini
ditanggung oleh saya dan tidak dapat sumbangan dari sekolah.

Barang Harga
Kain Felt (3 bungkus) RM 12.00
Alat Tulis RM 6.00
Pom Pom RM 2.00
Manik RM 2.00
Velkro RM2.00
Kertas warna RM 4.00
Batu RM 2.00
JUMLAH RM 30.00

11.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, projek ini dapat mengasah kemahiran berfikir saya supaya dapat
menyediakan projek inovasi yang dapat membantu murid berkeperluan khas. Berdasarkan
pengalaman saya di Praktikum Fasa 1 dan 2, murid berkeperluan khas mempunyai masalah
pemprosesan deria yang menganggu mereka dalam kehidupan seharian khususnya dalam
pembelajaran. Maka, “Portable Sensory Integration Theraphy Kit” dirancang supaya dapat
membantu murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah undersensitivity dan
oversensitivity dapat menggunakan keupayaan deria dengan betul. Kit ini berperanan
sebagai bahan terapi dan bahan bantu mengajar mudah alih yang dapat membantu guru
melaksanakan intervensi bagi masalah ini. Inovasi ini memberi impak positif kepada guru
dan murid dan diharapkan dapat diberi persetujuan untuk meneruskan projek ini demi
menjaga kualiti hidup murid berkeperluan khas.

Rujukan
Addison. (2003). Early intervention matters. The Exceptional Parent 33: 141-5.

Fombonne. (2003). Epidemiological Surveys of Autism and Other Pervasive Developmental


Disorders: An Update. Journal of Autism and Developmental Disorders 33(4): 365-382.

Hallahan, & Kauffman.(2003). Exceptional Learners: Introduction To Special Education.


Boston: Allyn and Bacon.

Heward, W.L. (2011). Exceptional Children: An Introduction to Special Education. New


Jersey: Prentice-Hall.

Jamila Mohamed. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur:
PTS Professional.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kod Amalan Pendidikan Khas. Muat turun pada
Mac 5, 2019, daripada
https://www.moe.gov.my/images/pekeliling/2015/circularfile_file_001253.pdf

Kirk, Gallagher & Ananstasiow (2003). Educating Exceptional Children. U.S.A: Houghton
Mifflin.

Nancy H., & Kathleen M. (2002). Exceptional Children And Youth. An Introduction To
Special Education. Houghton Mifflin Company. Boston.
Pua Yoke Fang. (2005). Intervensi untuk kanak-kanak Autisme: Satu Tinjauan Dari
Perspektif Ibu Bapa. Tesis Sarjana. Bangi: UKM

Raver,S.A. (2008). Early childhood special education: 0 to 8 years: Strategies for positive
outcomes.

You might also like