Lokasi Kajian GEO Tingkatan 6

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

010620-10-0782

3.0 Lokasi Kajian

Kawasan kajian merupakan salah satu elemen yang sangat penting. Kawasan kajian ini beetumpu
di Bandar Tangkak, Johor. Ini kerana, lokasi yang dipilih oleh pengkaji merupakan salah satu
bandar kecil yang terletak di negeri Johor. Secara rasminya, Tangkak merupakan sebuah daerah
yang baru daripada 10 buah daerah dalam negeri Johor. Menurut Pejabat Tanah Tangkak (2006),
keseluruhan keluasan Tangkak ini sebanyak 239,721 ekar atau 97 024 hektar. Mengikut bancian
penduduknya berjumlah 132 778 orang. Kedudukan daerah Tangkak ini agak startegik dimana ia
terletak bersempadanan di antara negeri Johor dan negeri Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.
Daerah Tangkak mempunyai 6 mukim iaitu terdiri daripada mukim Tangkak, Serom, Gersik,
Bukit Serampang, Kundang dan Kesang (Rujuk Peta 1). Jumlah penduduk di setiap mukim
dibahagikan seperti berikut :

Jadual 1 : Populasi Penduduk dalam Daerah Tangkak

Mukim Bilangan Penduduk (orang)


Tangkak 52 014
Serom 18 933
Gersik 32 126
Bukit Serampang 10 416
Kundang 2 800
Kesang 23 287
Sumber : Rancangan Tempatan Daerah Ledang 2011

Selain itu, Daerah Tangkak juga mempunyai ciri-fizikal dan ciri-budaya yang tersendiri.
Ciri-ciri fizikal merupakan ciri semula jadi yang terhasil atau bukan daripada buatan manusia.
Terdapat beberapa ciri fizikal yang ada di Bandar Tangkak iaitu sungai. Hal ini kerana, terdapat
2 sungai iaitu Sungai Tangkak dan Sungai Sri Ma’mor. Sungai Tangkak ini berpunca daripada
air terjun Gunung Ledang dan menghubungkan terus ke Sungai Sri Ma’mor. Manakala, Sungai
Sri Ma’mor mengalir di sepanjang kampong Sri Ma’mor ke Sungai Merlimau, Melaka.

Seterusnya, ciri fizikal yang kedua ialah bukit kecil. Ini kerana di kawasan bukit kecil ini
terdapat tanaman pertanian seperti kelapa sawit.

Ciri yang kedua adalah ciri budaya. Ciri budaya merupakan ciri yang terhasil daripada
aktiviti manusia atau buatan manusia. Terdapat banyak ciri budaya yang ada di Bandar Tangkak

3
010620-10-0782

ini. Antaranya, rumah ibadat, agensi keselamatan, pusat kesihatan, institusi pendidikan, kawasan
pengangkutan dan sebagainya.

Rumah ibadat merupakan aspek yang paling penting dalam sesebuah kawasan. Ini
kerana, rumah ibadat berfungsi sebagai tempat keagamaan dimana penduduk di sekitar kawasan
Bandar Tangkak akan datang dan melakukan ibadah mengikut agama masing- masing. Sebagai
contohnya, Masjid Jamek Tangkak khusunya untuk penduduk yang beragama Islam, Kuil
khusunya untuk penduduk yang beragama Hindu, Tokong Cina untuk penduduk yang Bergama
Buddha dan Gereja untuk penduduk yang beragama Kristian.

Selain itu, agensi keselamatan juga elemen yang sangat penting dalam sesebuah bandar.
Ini kerana agensi keselamatan ini bertujuan untuk menjaga dan mengawal keselamatan serta
kentereraman penduduk di sekitar Bandar Tangkak. Dalam pada itu, agensi ini bertujuan adalah
untuk memberi bantuan kecemasan, membantu mangsa-mangsa yang mengalami kemalangan di
kawasan Bandar Tangkak seperti pihak anggota polis yang ditempatkan di Balai Polis Tangkak
dan pihak anggota bomba yang ditempatkan di Balai Bomba Tangkak.

Terdapat beberapa institusi pendidikan di Bandar Tangkak. Institusi ini dibahagikan


kepada dua iaitu pendidikan rendah dan pendidikan menengah. Hal ini kerana, institusi
pendidikan dapat memberikan perkhidmatan pendidikan kepada penduduk sekitar dimana
penduduk boleh belajar pelbagai ilmu untuk mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan. Bagi
lingkungan umur penduduk 7 tahun hingga 12 tahun ditempatkan di sekolah rendah kebangsaan
manakala lingkungan umur 4 tahun hingga 6 tahun ditempatkan di taska, tadika yang berada di
Bandar Tangkak. Sebagai contohnya, Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (JKC) Chi Ming 2, Sekolah Kebangsaan Bandar Tangkak, Tadika Kemas,
Little Caliphs dan sebagainya.

Seterusnya, terdapat juga pusat kesihatan yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan
rawatan kesihatan kepada penduduk sekitar Bandar Tangkak. Penduduk di kawasan Bandar
Tangkak boleh mendapatkan perrkhidmatan kesihatan di mana mana klinik swasta atau kerajaan
apabila mengalami sakit. Sebagai contohnya, di Hospital Tangkak, Klinik Tangkak, Klinik Asia
Tangkak, Klinik Pergigian Lim dan sebagainya.

You might also like