Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Apakah makdsud tanggungjawab sosial?

Tanggungjawab sosial adalah satu aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat


ataupun penglibatan kita secara individu mahupun secara berkumpulan kepada
masyarakat sekeliling termasuklah pekerja, pelanggan dan alam sekitar di samping
meningkatkan keuntungan syarikat.Tanggungjawab sosial bukanlah sesuatu perkara
yang baru pada negara kita dan di dalam konteks Negara Malaysia ianya telah
dipupuk dan diterap di kalangan organisasi mahupun badan-badan korporat.
Tanggungjawab sosial akan memberi tanggungjawb kepada individu dalam apa
jua aspek kehidupan mereka. Tanggungjawab sosial korporat pula adalah khusus
untuk tanggungjawb syarikat terhadap pelanggan dan komuniti mereka dan mngkin
kepada generasi akan datang
Bagaimanapun tanggungjawab sosial merangkumi aspek yang luas dan ianya
boleh di kategorikan kepada beberapa jenis tanggungjawab sosial dan diantaranya
ialah tanggungjawab kepada masyarakat, sosial korporat, perusahan dan
sebagainya. Tanggungjawab sosial juga adalah tugas yang harus dilakukan oleh
setiap individu untuk mengekalkan keseimbangan antara ekonomi dan ekosistem.
Sesuatu perangcangan aktiviti tanggungjawab sosial yang melibatkan
masyarakat yang ingin dilakukan , ianya perlu mendapatkan keizinan dan mengikut
prosedur. Ianya penting kerana seandainya tindakan atau keputusan tersebut boleh
menyebabkan kemudaratan dan permasalahan kepada masyarakat mahupun alam
sekitar maka tindakan itu akan dianggap tidak bertanggungjawab secara sosial.
Antara contoh aktiviti tanggungjawab sosial terhadap gelandangan, ianya perlu
melibatkan pihak berkuasa seperti polis dan RELA, ianya perlu dimaklumkan dan
mendapat keizinan terlebih dahulu, ini bagi memastikan tiada permasalahan akan
timbul sepanjang aktiviti dijalankan. Selain itu terdapat juga aktiviti tanggungjawab
sosial yang tidak melibatkan pihak berkuasa contohnya seperti aktiviti gotong royong
di kawasan kampung ataupun sekolah ianya melibatkan jiran tetangga,ketua
kampung, ibubapa dan guru sebelum melaksanakan program yang dirancang.
Setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk bertindak dengan cara yang
bermanfaat kepada masyarakat dan bukan untuk kepentingan kepada diri sendiri
ataupun individu tertentu. Secara am nya tanggungjawab sosial ini merupakan satu
skop pemahaman yang luas dan tanggungjawab sosial juga boleh dikategorikan
kepada banyak cabang yang mana setiap aktiviti mempunyai faedah kepada
individu, masyarakat dan kumpulan.
Apakah kepentingan tanggungjawab sosial?

Kepentingan tanggungjawab sosial bagi aktiviti-aktiviti yang ditaja atau


dianjurkan oleh sektor swasta sebagai memenuhi tanggungjawab sosial mereka
adalah satu inisiatif yang harus digerakkan secara kolaborasi dan berterusan.
Manfaat yang diperoleh hasil daripada penglibatan sektor swasta secara efektif
sangat berguna kepada masyarakat hari ini dan generasi akan datang.
Antara kepentingan lain, pelaksanaan tanggungjawab sosial akan meningkatkan
imej syarikat dan menarik perhatian bukan sahaja orang awam malahan dari
kerajaan,media,dan pemiutang. Antara contoh paling mudah untuk kita lihat
kepentingan tanggungjawab sosial adalah Syarikat Beras Faiza dengan kerjasama
Media Prima Berhad. Kedua-dua syarikat ini telah melaksanakan sebuah program
yang diberi nama Bersamamu. Program Bersamamu merupakan sebuah program
khidmad masyarakat yang membantu rakyat yang miskin. Mereka bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain di seluruh Malaysia untuk membantu golongan fakir
miskin. Jadi secara tidak langsungnya program ini dapat membuka mata kepada
para penonton untuk lebih peka dan prihatin pada golongan fakir miskin atau
golongan yang memerlukan bantuan.
Selain itu kepentingan tanggungjawab sosial juga dapat memperbaiki imej awam
dan organisasi, sebagai contoh aktiviti gotong royong disekolah atapun dikawasan
kampung ianya sekali gus dapat memupuk sikap yang positif pada masyarakat dan
juga boleh dijadikan iktibar pada genarasi anak muda.
Antara kepentingan tanggungjawab sosial korporat juga tertumpu terhadap
penjagaan alam sekitar seharusnya tidak disisihkan. Persekitaran yang bersih dan
selesa mencerminkan asas kehidupan rakyat sesebuah negara. Bagaimanakah
untuk menjana ekonomi negara sekiranya aspek alam sekitar diabaikan? Negara
yang kotor dan tidak selamat bukan sahaja menakutkan pelancong asing untuk
datang melawat malah akan menyekat minat pelabur luar untuk menanam modal di
negara ini. Hal-hal berkaitan dengan persekitaran sekeliling seharusnya dipandang
serius. Pelaksanaan polisi-polisi berkaitan alam sekitar yang telah diwujudkan telah
membantu mengelak daripadanya berlaku pencemaran alam memandangkan isu ini
dilihat begitu serius dalam kerancakan pembangunan negara untuk menuju ke arah
negara yang lebih moden dan berteknologi tinggi.

You might also like