Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pada masa kini, kehidupan masyarakat majmuk sememangnya tidak boleh lari daripada

konflik. Ini bersesuaian dengan pendapat bahawa manusia itu merupakan mahkluk konflik

(homo conflictus) iaitu makhluk yang sentiasa mencari perbezaan dan persaingan sama ada

dalam pertentangan fizikal ataupun idea, baik dalam tujuan yang positif mahupun negatif

(Novri, 2014). Menurut Syarifuddin (2014), konflik akan selalu ada pada setiap masyarakat

kerana antagonisme atau perbezaan menjadi ciri pembentukan sebuah masyarakat. Walau

bagaimanapun, terdapat pendapat bahawa konflik tidak dapat dielakkan tetapi dapat

diminimumkan dengan diuruskan ke arah konflik yang positif, iaitu konflik yang berlaku

dalam usaha menghasilkan satu keputusan dan tindakan bersama dalam mencapai kehidupan

yang lebih baik, bukan konflik yang boleh membawa kepada pergaduhan, keganasan dan

peperangan yang boleh merosakkan keharmonian bersama antara kaum dan agama (Faisal et

al. (2010).

Masyarakat Malaysia pada hari ini adalah hasil daripada sejarah yang panjang

khususnya pasca penjajahan kolonial Inggeris. Pengenalan polisi "pecah dan perintah", telah

membawa setiap kaum hidup dalam keterasingan sosial dan budaya walau di bawah

pemerintahan yang sama. Polisi tersebut telah menghasilkan sikap stereotaip kaum dan

agama yang menebal sehingga kini. Setiap kaum dikatakan memiliki unsur-unsur dan sifat

negatif yang tersendiri seperti menurut Faisal et al. (2010), bangsa Melayu terkenal dengan

kaum yang pemalas, tidak boleh berdikari, konservatif, tidak mudah berubah. Manakala

kaum Cina dikenali sebagai kaum yang suka buat bising, tamak, pentingkan diri di samping

kuat bekerja. Begitu juga dengan kaum-kaum lain yang digambarkan sebagai licik, putar

belit, keras kepala dan seumpamanya.

You might also like