Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

BAB 3

PERANAN DAN SUMBANGAN

3.1 Pengenalan

Setelah kematian Tuan Guru Haji Abdul Rahman yang juga pengasas kepada Pondok

Lubok Tapah, tugas sebagai mudir telah diwarisi kepada anaknya iaitu Tuan Guru Haji

Abdullah atau telah dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah. Tok Guru Haji Lah

menjadi mudir di Pondok Lubuk Tapah dari tahun 1988 sehingga beliau menghembuskan

nafas terakhir pada tahun 2008. Pada era Tok Guru Haji Lah menjadi mudir, banyak

perubahan yang telah berlaku sehingga menjadikan Pondok Lubuk Tapah dikenali di seluruh

Malaysia dan juga sekitar Asia Tenggara. Beliau telah memainkan pelbagai peranan dan juga

memberi sumbangan terutamanya dalam bidang institusi pendidikan pondok melalui

Madrasah Ar-Rahmaniah atau lebih dikenali dengan Pondok Lubuk Tapah.

Dimana kita ketahui, faktor utama yang membolehkan sesebuah institusi pondok berkembang

ialah disebabkan oleh peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh mudir. Di Pondok Lubuk

Tapah, banyak perubahan yang telah berlaku hasil idea dan usaha keras yang dilakukan oleh

mudir generasi kedua iaitu Tok Guru Haji Lah. Peranan dan sumbangan Tok Guru Haji Lah

juga dapat diperhatikan melalui aspek keagamaan.


3.2 Menambahbaik Infrastruktur Pondok Lubuk Tapah

Madrasah Ar-Rahmaniah Al-Diniah atau lebih dikenali sebagai Pondok Lubuk Tapah

merupakan antara pusat pengajian pondok yang termasyur dan tertua di Kelantan. Pondok ini

diasaskan oleh Tuan Abdullah Rahman atau dikenali sebagai Baba oleh masyarakat sekitar.

Pondok tersebut pada awalnya dibina berteraskan kepada bahan daripada kayu dan juga

papan yang diambil daripada pokok yang ditebang. Secara keseluruhan, infrastruktur pondok

Lubuk Tapah diawal pembukaan sememangnya berbentuk tradisional dan serba kekurangan.

Pada peringkat awal penubuhannya,kegiatan pondok ini adalah agak terhad   dengan bilangan

pelajarnya yang tidak ramai manakala kemudahan-kemudahan asasnya pula tidak lengkap

dan kurang memuaskan.Pada masa itu pondok-pondok pelajar terdiri daripada pondok

sebuah-sebuah yang dibina sendiri oleh pelajar atau ibu bapa yang menghantar anak-anaknya

memondok disini.Pondok-pondok dibina diatas tanah kepunyaan Tuan Guru Haji Abdul

Rahman.

Namun begitu, Pondok Lubuk Tapah mengalami perkembangan dan kemajuan dari masa ke

semasa dan perubahan itu semakin ketara apabila Tuan Guru Haji Abdullah pulang dari

Mekah pada Disember 1966 setelah berkelana menuntut ilmu di sana selama 14 tahun

semenjak tahun 1953. Hal itu telah menyebabkan bilangan pelajar semakin bertambah

manakala infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asasnya juga semakin baik dan lengkap.

Dapat diperhatikan melalui binaan asrama yang mana sudah dinaiktaraf yang memiliki

pelbagai kelengkapan seperti katil, tandas, dan sebagainya. Perubahan yang dilakukan oleh

Tuan Guru Haji Lah keatas penginapan dan asrama telah memberi keselesaan kepada para

pelajar di Pondok Lubuk Tapah.


Gambar 3.1: Asrama Muslimin Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Deeniah Pondok Lubuk Tapah

Sumber: Pejabat Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Deeniah Pondok Lubuk Tapah

3.3 Memperkemaskan Sistem Pembelajaran dan Organisasi Pondok Lubuk Tapah

Sistem pengajian di Pondok Lubuk Tapah masih mengekalkan sistem pengajian pondok

tradisional dalam bentuk yang asal berdasarkan metode halakah dan kuliah. Berdasarkan

metode ini, pelajar akan membuka kitab menghadap kepada guru yang membaca dan

membuat huraian bagi setiap isi kandungan kitab tersebut didalam majlis kuliah yang

dijalankan. Pengajaran dan huraian yang teliti dan mendalam oleh guru bertujuan untuk

memberi kefahaman yang jelas dan luas kepada pelajar.

Pada era Tuan Guru Haji Lah, beliau masih mengekalkan kaedah pembelajaran tradisional

tetapi telah memperkemaskan sistem pembelajaran agar lebih tersusun dan sistematik. Pada
era mudir Tuan Guru Haji Lah, mata pelajaran yang diperkenalkan meliputi semua bidang

asas pengajian Islam seperti Al-Quran, Tauhid, Fiqh, Usul Fiqh, Tasawuf, Tafsir, Hadis,

Mustalah Hadis, Sirah, Nahu, Saraf, Balaghah, Mantik dan lain-lain lagi. Tuan Guru Haji Lah

juga hanya membawa masuk kitab-kitab turath yang muktabar karangan ulama-ulama

mujtahidin dan lain-lainnya dalam bahasa Arab dan Melayu bertulisan jawi.

Selain itu, Tuan Guru Haji Lah juga telah memperluaskan tahap kelas pengajian di Pondok

Lubuk Tapah kepada tiga tahap iaitu rendah, menengah dan tinggi. Tahap rendah adalah bagi

pelajar yang baru hendak belajar menulis dan membaca jawi. Tahap menengah pula berkaitan

pengajian kitab-kitab jawi dan ilmu nahu( tatabahasa arab) dan sorof dan terakhir iaitu kelas

tinggi bagi pengajian kitab-kitab Arab. Waktu dan sesi pembelajaran juga disusun dengan

baik oleh Tuan Guru Haji Lah kepada tiga sesi iaitu pagi, petang (bermula selepas zohor

hingga selepas asar) dan malam. Walaupun hari jumaat dan sabtu diletakkan sebagai cuti

mingguan pondok namun kelas Tuan Guru Haji Lah untuk sesi malam masih berjalan seperti

biasa.1

Bagi memastikan segala urusan yang berkaitan dengan pondok berjalan dengan lancar dan

terurus maka satu satu organisasi telah dibentuk hasil idea Tuan Guru Haji Abdullah. Jawatan

kuasa pentadbir dalam organisasi itu diketuai oleh beliau sendiri dan dibantu oleh dua orang

anak lelakinya. Segala urusan yang berkaitan dengan sistem pentadbiran dan pengajian

pondok adalah di bawah arahan atau persetujuan beliau. Bagi melancarkan lagi urusan

pentadbiran dan pengurusan pondok dan pelajar maka Majlis Hal Ehwal Pelajar Pondok

Lubuk Tapah (M.H.E.P.P) telah ditubuhkan oleh pelajar-pelajar pondok atas arahan Tuan

Guru Haji Abdullah. Ahli majlis ini dianggotai oleh pelajar-pelajar lama dan baru. Beberapa

lajnah telah dibentuk di bawah M.H.E.P.P bagi melancarkan lagi perjalanan organisasi iaitu:2

1
Pejabat Pondok Lubuk Tapah. Sudut Bacaan Jadual Pengajian Pondok Lubuk Tapah.
2
Pejabat Pondok Lubuk Tapah. Sudut Bacaan Bahagian Majlis Hal Ehwal Pelajar Pondok Lubuk
Tapah(M.H.E.P.P)
1.Lajnah Tarbiah dan Dakwah -Menjaga dan memantau disiplin dan tatertib

pelajar.

-Mentarbiyah atau melaksanakan tindakan

disiplin keatas pelajar yang bermasalah


2.Lajnah Pelajaran -Menyusun dan mengatur kelas serta sukatan

pengajian terutama bagi kelas-kelas rendah

dan menengah.

-Memantau dan menilai kemampuan dan

peningkatan pelajaran dikalangan pelajar.


3.Lajnah Pendaftaran -Menguruskan urusan kemasukan dan

pendaftaran pelajar baru

-Mengurus dan mengatur penempatan

pelajar.
4.Lajnah Perhubungan -Berperanan dalam urusan hubungan luar

pondok seperti menguruskan kehadiran

pelawat dan tetamu yang datang membuat

lawatan ke pondok.
5.Lajnah Kebersihan -Menguruskan segala perkara yang berkaitan

dengan kebersihan kawasan pondok.


6.Lajnah Usrah -Menguruskan program usrah mingguan yang

diadakan pada tiap-tiap hari rabu malam

khamis.

3.4 Anggota Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Negeri Kelantan(MAIK) dan

Timbalan Pengerusi (1) Pusat Pembangunan Pondok Berhad(PPPB)


3.4.1 Anggota Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Negeri Kelantan(MAIK)

Tuan Guru Haji Abdullah juga merupakan anggota jemaah dalam Majlis Agama Islam Negeri

Kelantan(MAIK) dari tahun 1969 hingga 2008. Dalam pada itu, Majlis Agama Islam

Kelantan ditubuhkan pada 17 Safar 1334 H bersamaan 24 Disember 1915. 3 Istiadat perasmian

bagi penubuhan institusi ini telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Muhammad IV,

Sultan Kelantan pada waktu itu dalam satu majlis gilang-gemilang bertempat di hadapan

Pejabat Tanah (lama) Kota Bharu, disaksikan oleh para pembesar Kerajaan Negeri, orang-

orang kenamaan, serta sebahagian daripada rakyat negeri Kelantan.

Gambar 3.2: Bangunan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan(MAIK)

Su

mber: Portal Rasmi Majlis Agama Islam Negeri Kelantan(MAIK)

Tuan Guru Haji Abdullah merupakan anggota jemaah ulama MAIK. Kewujudan anggota

jemaah berlaku setelah tiga tahun penubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu

Kelantan. Sebuah Majlis Ulama telah dibentuk bagi membantu majlis berkenaan

melaksanakan tugas dalam badan berkenaan terutamanya dalam memberi fatwa. Disebabkan

itu, sebilangan tertentu para ulama telah dilantik dari semasa ke masa untuk

3
Mahmood Zuhdi Hj Abd Majid,Abdul Razak Mahmud,Nik Safiah Nik Abdul Karim.(2012).Puri Kencana:
Kecemerlangan Satu Abad Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Terbitan Majlis Agama Islam
Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Hlm 3.
menganggotainya. Selepas itu, majlis ini kemudiannya menukar nama menjadi “Jemaah

Ulama” yang memainkan peranan yang begitu penting dalam memantapkan urusan fatwa di

negeri Kelantan.4 Kelebihan Tuan Guru Haji Lah dalam hal berkaitan bidang fiqh dan fakta

menyebabkan beliau dipilih untuk menjadi anggota jemaah ulama MAIK. Beliau

menganggotai anggota jemaah pada tahun 1970-an dibawah pimpinan Dato’Mufti Haji

Muhammad Noor Ibrahim sehinggalah tahun 2000-an bawah pimpinan Dato’Mufti Haji

Habullah Bin Muhammad Hassan.5

Antara salah satu peranan Tuan Guru Haji Abdullah dalam Anggota Jemaah MAIK ialah

bekerjasama menyumbang idea dan pemikiran dalam mengeluarkan fatwa. Beliau dan

anggota jemaah yang lain melaksanakan tugas dengan memberi fatwa kepada masyarakat

berasaskan metode tertentu, baik yang digalurkan oleh undang-undang dan peraturan

mahupun yang dimantapkan oleh tradisi dan kebiasaan.6 Tuan Guru Haji Abdullah bersama

ahli Majlis ulama akan berbincang dan bersepakat dalam mengeluarkan sesuatu fatwa

berasaskan permohonan orang ramai atau pun berdasarkan inisiatif sendiri (Enakmen Majlis

Agama Islam Kelantan,1994).

Oleh yang demikian, Jemaah Ulama sentiasa mengambil tindakan yang wajar bagi memenuhi

segala permintaan atau inisiatif berkenaan dengan sebaik mungkin. Keperluan inilah juga

yang menentukan kekerapan Jemaah bersidang, sama ada secara berkala atau tidak berkala.

Dalam mengeluarkan fatwa, Tuan Guru Haji Abdullah dan ahli Jemaah Ulama lain akan

mengikuti setiap peraturan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafi’e. Tindakan itu dilakukan

bertujuan untuk menjaga kesatuan masyarakat dan tidak terbawa-bawa dengan perbezaan

penadapat di kalangan mazhab yang ada.7

4
Ibid.Hlm 800.
5
Ibid.Hlm 805-808.
6
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.(1987). Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri
Kelantan. Jil.1. Kota Bharu: Diyan Dar Al-Naim.
7
Ibid.Hlm 810.
3.4.2 Timbalan Pengerusi (1) Pusat Pembangunan Pondok Berhad(PPPB)

Gambar 3.3: Logo Rasmi Pusat Pembangunan Pondok Berhad(PPPB)

Sumber: Laman Rasmi Pusat Pembangunan Pondok Berhad(PPPB)

Pusat Pembangunan Pondok Berhad(PPPB) adalah satu perbadanan yang ditubuhkan pada 2

April 1995 atas inisiatif tuan-tuan guru pondok dan profesional dan berminat. 8Pertubuhan ini

dilihat mampu memberi nafas baru kepada institusi pengajian pondok terutamanya di

Kelantan bagi meluaskan lagi penyebaran ilmu agama Islam kepada semua masyarakat. 9

Tujuan utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk membantu pentadbiran pondok-

pondok, para tenaga pengajar dan pelajar dan turut berperanan membantu membangunkan

infrastruktur pondok serta membangunkan sumber ekonomi pondok itu sendiri. PPPB juga

memainkan tanggungjawabnya dalam menubuh Jabhah Pondok, Kuliyyah Pondok Darul

Naim. Pondok-pondok yang berdaftar dibawah PPPB telah menikmati banyak faedah diatas

8
Rujuk https://epondok.wordpress.com/pengenalan-pppb/
9
Rujuk https://unisiber.tripod.com/pppb.htm
naungan tersebut.10 Pondok Lubuk Tapah antara yang terawal mendaftar di bawah PPPB

semenjak penubuhan.

Tuan Guru Haji Abdullah antara orang penting dalam pertubuhan tersebut. Beliau telah

dilantik sebagai Timbalan Pengerusi(1) ketika awal penubuhan Pusat Pembangunan Pondok

Berhad(PPPB) pada tahun 1995. Ketinggian ilmu yang dimiliki menyebabkan beliau dilantik

memegang jawatan yang penting dalam PPPB. Dalam pertubuhan tersebut, Tuan Guru Haji

Abdullah telah memainkan peranan yang cukup baik dalam memastikan setiap pondok yang

berdaftar di bawah naungan PPPB sentiasa berada dalam keadaan baik dalam pelbagai aspek.

Antara salah satu peranan beliau dalam pertubuhan tersebut ialah dengan memastikan

kebajikan penghuni-penghuni pondok yang terdiri dari Tuan Guru, tenaga pengajar dan para

pelajar sentiasa terpelihara.11 Dapat dibukti apabila beliau sentiasa mengambil berat akan

kebajikan warga pondok termasuklah di pondoknya sendiri iaitu Pondok Lubuk Tapah. Setiap

permasalahan yang berkaitan aspek kebajikan akan diselesaikan oleh beliau bersama-sama

dengan anggota lain dalam pertubuhan PPPB. Selain itu, peranan beliau juga turut terserlah

ketika setiap kali perbincangan dan perjumpaan ahli anggota PPPB. Kesungguhan beliau

terserlah apabila selalu melemparkan idea-idea bernas bagi menyelesaikan setiap masalah

yang timbul dalam institusi pondok terutamanya untuk pondok-pondok yang bernaung

dibawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad(PPPB).

3.5 Pakar Rujuk Bidang Fiqah

10
Rujuk http://epondok.blogspot.com/search?updated-max=2012-10-28T21:21:00-07:00&max-results=7&m=1
11
Mohd Zilali Mohd Zain.(2003). Pusat Pembangunan Pondok Berhad(PPPB): satu kajian tentang peranan dan
sumbangan di Kelantan. Jabatan Fiqh Dan Usul, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
Merupakan Tuan Guru Haji Abdullah merupakan salah seorang daripada tokoh ilmuan yang

berjaya dihasilkan di Kelantan Darul Naim. Perkara itu telah membolehkan beliau menjadi

pakar rujuk segenap lapisan masyarakat untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul,

terutamanya dalam persoalan fiqh kerana penguasaan ilmu agama yang sangat tinggi. Tuan

Guru Haji Abdullah berpegang teguh dalam mazhab Syafie. Walaupun demikian, beliau juga

bertolak-ansur dan bertoleransi dengan mazhab-mazhab lain. Dalam sesetengah keadaan,

beliau menerima pakai pendapat yang dikeluarkan oleh ulama dari mazhab

lain.Sememangnya, bidang fiqah memerlukan sepenuh ketelitian dalam memutuskan seseuatu

fatwa atau pendapat. Kepakaran yang dimiliki oleh Tuan Guru Haji Lah dalam bidang fiqah

membolehkan beliau membuat tafsiran dan penelitian terhadap fatwa-fatwa yang dikeluarkan

dan diamalkan di Malaysia.

3.5.1 Zakat

Antara salah satu masalah yang hangat diperkatakan dalam bidang fiqah adalah berkaitan

dengan zakat. Melalui sesi temubual atas talian bersama Ustaz Haji Hamdan, beliau

memberitahu bahawa Tuan Guru Haji Abdullah membayar zakat menggunakan beras

sepanjang hayatnya. Walaupun bagaimanapun, Tuan Guru Haji Abdullah tidak mencegah

atau melarang masyarakat di sekitar mukim Lubuk Tapah yang ingin menunaikan zakat

dengan menggunakan wang, namun mereka perlu bertaqlid kepada mazhab Hanafi. Pendapat

yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Lah sangat selari seperti pendapat yang dikeluarkan

oleh Majlis Mufti Negeri Kelantan dan dibukukan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat

Istiadat Melayu Kelantan(MAIK).

3.5.2 Pemindahan Organ


Tuan Guru Haji Abdullah juga membahaskan tentang unsur fiqh yang berkait dengan

pemindahan organ. Pada Jun 1970 persidangan buat kali pertama dibuat oleh Jawatankuasa

Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dan telah membincangkan tentang

pemindahan jantung dan mata. Persidangan itu telah memutuskan hukum bahawa

pemindahan jantung dan mata orang mati kepada orang yang masih hidup adalah harus dan

dibenarkan dalam Islam atas persetujuan penderma.12Namun begitu, Tuan Guru Haji

Abdullah tidak bersetuju dengan amalan perdermaan organ. Bagi pendapat beliau, mayat

merupakan sekujur badan yang sudah tidak bernyawa tetapi pada hakikat ianya masih hidup

tetapi berada di alam yang lain. Oleh yang demikian, perbuatan mengambil organ pada

sekujur mayat yang tidak bernyawa akan dirasainya. Tuan Guru Haji Abdullah juga

memperkukuhkan hujahnya dengan mengatakan bahawa pemindahan atau pendermaan organ

mungkin akan memberi kesan jangka panjang kepada penderma yang masih hidup.13

3.5.3 Pembangunan Di Atas Tanah Kubur

Tuan Guru Haji Abdullah turut membuat perbahasan berkaitan isu pembangunan di atas

tanah kubur. Bagi beliau, mendirikan bangunan di atas tanah perkuburan adalah haram

sekiranya bangunan yang didirikan tersebut adalah bersifat kekal dan tidak boleh dialihkan. 14

Pendapat yang dikeluarkan oleh beliau adalah selari dengan fatwa yang dikeluarkan oleh

JAKIM.15 Kenyataan fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM berkaitan dengan isu ini

memperlihatkan bahawa tanah yang diwakaf atau diwasiat bagi tujuan mengebumikan mayat

12
JAKIM. T.th. (25 Disember 2010).Pemindahan Jantung dan Mata: www.E-Fatwa.Gov.My/Fatwa-
Kebangsaan/Derma-Organ-Pemindahan-Jantung-Dan-Mata.
13
Muhyiddin Abdullah,Muhammad Adib Samsuddin,Mohamad Zaini Yahaya.(2011). Jurnal Pemikiran Fiqh
Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah. Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor.
14
Ibid.
15
JAKIM. T.th. (20 Februari 2011). Hukum membangunkan tanah wakaf khas dengan pembangunan selain
daripada niat pewakaf: www.E-Fatwa.Gov.My/Fatwa-Kebangsaan/Hukum-Membangunkan-Tanah-Wakaf-
Khas-Dengan-Pembangunan-Selain-Daripada-Niat-Asal-Pe.
tidak harus bagi siapa pun, termasuk orang yang mewakafkannya bagi kegunaan lain selain

dari mengebumikan mayat.

3.6 Risalah “ Persediaan Bagi Sekalian Mukallaf” dan “Doa-Doa”

Gambar 3.4: Risalah “Persediaan Bagi Sekalian Mukallaf”

Sumber: Pejabat Pondok Lubuk Tapah

Tuan Guru Haji Abdullah juga mempunyai sumbangan dalam penulisan. Beliau telah menulis

beberapa jenis risalah dan antara salah satunya adalah yang bertajuk “Persediaan Bagi

Sekalian Mukallaf. Risalah yang bersaiz kecil ini membicarakan tentang ilmu tauhid, ulasan

hakikat mustahil serta juga mengandungi himpunan beberapa amalan-amalan doa. Beliau

mengarang kitab kecil ini sewaktu menuntut ilmu di Kota Suci Makkah pada tahun 1967.

Dalam kitab ini, huraian pelajaran tauhid yang dikarang oleh Tuan Guru Haji Abdullah
adalah mengikut gaya guru beliau iaitu Syeikh Ismail Bin Abdul Qadir Al-Fatani seperti

dalam Bakuratul Amani nya.

Kitab kecil ini sangat bersesuai untuk dijadikan rujukan buat mereka yang ingin mengajar

dan mempelajari kitab aqidah jawi toreq Pak Da Eil. Penulisan ini sangat berguna kerana

umat Islam diwajibkan untuk mempelajari ilmu tauhid. Tauhid merupakan satu asas

keimanan yang ditekankan dalam Islam. Umat Islam wajib mempercayai bahawa Tuhan itu

hanya satu.16 Salah satu kata-kata Tuan Guru Haji Abdullah dalam kitab kecil ini iaitu

“Adapun kemudian dari itu, maka tatkala melihat hamba akan setengah daripada saudara-

saudara hamba yang mukallaf yang hampir pupus sama sekali di dalam jiwa mereka akan

pelajaran tauhid, pada hal wajib atas tiap-tiap mukallaf samada laki-laki perempuan belajar

akan ilmu ini. Sekiranya tidak tertanam dalam jiwa mukallaf akan pelajaran tauhid ini,

nescaya tidak ada agama baginya”. Kata-kata ini jelas mengatakan bahawa ilmu tauhid ini

perlu didalami dalam diri setiap muslim untuk melahirkan sebenar-sebenar kepercayaan

kepada Tuhan Yang Satu.17

16
Nur Farhana Abdul Rahman.(June 2012). Artikel:Pemahaman Konsep Tauhid Asas Keharmonian
Kepelbagaian Agama.
17
Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman.(1967). Persedian Bagi Sekalian Mukallaf. Hlm 3.
Gambar 3.5: Risalah “Doa-Doa”.

Sumber: Pejabat Pondok Lubuk Tapah

Risalah “Doa-Doa” juga antara penulisan dari Tuan Guru Haji Abdullah. Risalah ini juga

dikarang oleh beliau ketika menuntut ilmu di Kota Suci, Makkah. Dalam risalah ini

mengandungi beberapa jenis doa yang boleh dipelajari oleh umat Islam. Antara doa yang

dimasukkan dalam risalah tersebut ialah doa selepas sembahyang. Doa tersebut digalakan

untuk dibaca selepas solat fardhu subuh dan magrib bagi menghindari gangguan manusia dan

jin.18 Ada juga doa yang diperuntukkan untuk dibaca apabila berlaku kebakaran dan

kehancuran serta juga melihat kejahatan.19 Selain itu, terdapat juga selawat khas untuk

permulaan doa dengan memuji kebesaran Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad

SAW. Disertakan juga doa dalam sesuatu majlis atau kenduri yang sangat bermanfaat kepada

18
Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman.(1965). Risalah “ Doa-Doa”. Hlm 2.
19
Ibid.Hlm 3.
umat Islam yang ingin mengadakan kenduri dan majlis agar dipermudahkan semasa acara itu

berlangsung.20

3.7 Pembinaan Jambatan

Lubuk Tapah merupakan sebuah mukim di kawasan Lemal di bawah jajahan Pasir Mas.

Kedudukan kawasan Lubuk Tapah yang sedikit kedalam dengan jalan utama Pasir Mas-

Tanah Merah menyebabkan ianya perlu melalui beberapa jambatan. Antara jambatan yang

menghubungkan kawasan Mukim Lubuk Tapah dengan jalan utama ialah Jambatan Kampung

Lubuk Tapah. Jambatan ini merupakan laluan utama kepada penduduk sekitar mukim

tersebut untuk ke jalan utama Pasir Mas-Tanah Merah. Masyarakat disitu akan menggunakan

jambatan tersebut untuk ke pekan Pasir Mas terutamanya bagi mendapatkan bekalan harian

seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya.

Jambatan Kampung Lubuk Tapah mula dibina sekitar tahun 1940 oleh Tuan Guru Haji Abdul

Rahman iaitu ayahanda kepada Tuan Guru Haji Lah. Jangka hayat jambatan tersebut yang

sudah lama menyebabkan ianya kurang selamat untuk digunakan. Diatas inisiatif dan

sumbangan kewangan Tuan Guru Haji Lah, jambatan tersebut telah dirobohkan dan diganti

dengan jambatan baharu. Binaan jambatan tersebut yang sebelumnya menggunakan kayu dan

papan telah ditukar kepada binaan konkrit yang lebih kukuh. Pembinaan jambatan baharu

Kampung Lubuk Tapah bermula pada Februari 2004 dan siap sepenuhnya pada March 2004.

Tuan Guru Haji Lah juga terlibat secara langsung dalam pembinaan jambatan bersama

dengan beberapa orang tukang yang telah diupah.

20
Ibid.Hlm 7.
Gambar 3.6: Jambatan Kampung Lubuk Tapah

Sumber: Koleksi Peribadi Pengkaji

Bukan sahaja untuk pembinaan jambatan Kampung Lubuk Tapah sahaja, Tuan Guru Haji

Lah juga memberi sumbangan dan memainkan peranan dalam pembinaan 2 buah jambatan

lagi iaitu jambatan yang menghubungkan Kampung Kekabu dengan Kampung Lubuk Tapah

dan satu lagi jambatan yang menghubungkan Kampung Kekabu dengan Kampung Johol.

Dalam pembinaan jambatan menghubungkan Kampung Kekabu dengan Kampung Lubuk

Tapah. Jambatan itu juga dibina semula mengantikan jambatan lama yang roboh akibat

banjir. Jambatan tersebut mula dibina pada April tahun 2006 dan siap sepenuhnya pada Mei

2006. Tuan Guru Haji Abdullah telah terlibat secara langsung dalam proses pembinaan

jambatan tersebut. Beliau dengan beberapa orang penduduk kampung Lubuk Tapah telah
melakukan gotong-royong membina jambatan tersebut. Hasil temubual bersama Che Asri Bin

Abdul Wahab yang juga terlibat secara langsung dalam proses pembinaan jambatan tersebut.

Beliau memberitahu bahawa Tuan Guru Haji Abdullah bukan sahaja memberi sumbangan

dalam bentuk wang, malah juga bersama-sama menyertai gotong-royong membina jambatan

baharu yang menghubungkan Kampung Lubuk Tapah dengan Kampung Kekabu.21

3.8 Rawatan Islam

Ketertinggian ilmu agama pada diri Tuan Guru Haji Lah membolehkan beliau untuk

menjalankan perubatan Islam. Ilmu perubatan Islam adalah antara ikhtiar dalam

menyembuhkan sesuatu penyakit menggunakan cara tertentu berpandukan al-Quran, sunnah

dan ijtihad ulama muktabar. Dalam perubatan Islam, meletakkan kuasa penyembuh hanya

kepada Allah SWT adalah prinsip yang perlu dipegang oleh pengamal perubatan tersebut.

Oleh yang demikian, keyakinan sepenuhnya haruslah disandarkan kepada kuasa Tuhan Yang

Maha Menyembuh segala penyakit dan disusuli dengan ikhtiar hasil kombinasi beberapa

kaedah perawatan seperti menggunakan air, tumbuhan herba serta bahan halal lagi baik yang

dibenarkan mengikut syarak.

Setiap penyakit datang daripada Allah SWT dan Dialah juga penyembuh segala penyakit.

Rasullah SAW telah bersabda dan diriwayatkan oleh Usamah ibnu Syarik RA iaitu

“Berubatlah kalian wahai hamba Allah, kerana Allah SWT tidak menciptakan penyakit

kecuali diciptakan ubat bersamanya kecuali satu penyakit iaitu tua. (HR Ibnu Majah). Oleh

kerana itu, sebagai manusia yang menyedari kelemahan diri, jangan sesekali berputus asa

untuk mencari penawar sesuatu penyakit. Keyakinan yang mendalam perlu diletakkan kepada

21
Temubual bersama Che Asri Bin Abdul Wahab di Kampung Lubuk Tapah, Pasir Mas pada 2.11.2020.
Allah SWT bagi memperolehi kesembuhan disamping menggunakan wasilah ubatan yang

dibenarkan dalam Islam.

Tuan Guru Haji Lah juga mengamalkan kaedah rawatan Islam dalam menyembuhkan

penyakit-penyakit tertentu.Kebolehan tersebut menyebabkan Tuan Guru Haji Lah sentiasa

dikunjungi oleh pelawat dan tetamu dari dalam dan luar negeri Kelantan. Kebanyakkan

tetamu yang datang mempunyai hajat dan pertolongan dari Tuan Guru Haji Lah untuk

menjampi air penawar sebagai penerang hati, mengubati penyakit misteri dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, beliau tidak meminta sebarang bayaran diatas rawatan tersebut namun

jika ada tetamu yang hulurkan wang , beliau minta agar diniatkan sedekah.

Hasil temu bual bersama Puan Aminah Binti Jaafar yang merupakan antara individu yang

telah meminta hajat dari Tuan Gur Haji Lah untuk menjampi air penawar. Puan Aminah telah

ke kediaman Tuan Guru Haji Lah pada tahun 2006 bagi merawat masalah kedegilan anaknya

dengan cara ikhtiar daripada air penawar. Katanya, Tuan Guru Haji Lah telah menjampi air

mineral yang dibawa olehnya dengan membaca kalimah penerang hati dan ayat-ayat suci al-

Quran.22 Dengan izin Allah SWT, anaknya yang dulu dikatakan sangat degil dan nakal mula

berubah kearah yang lebih baik.

3.9 Kesimpulan
22
Temuramah bersama Puan Aminah Binti Jaafar di Kg. Chicha Tinggi, Pasir Mas pada 22.10.2020.
Secara kesimpulan bagi bab ini, pengkaji telah menjelaskan peranan dan sumbangan Tuan

Guru Haji Abdullah terhadap pelbagai bidang. Peranan dan sumbangan beliau telah banyak

memberi manfaat kepada masyarakat lebih-lebih lagi untuk penduduk Kampung Lubuk

Tapah itu sendiri. Tindakan yang lakukan itu telah berjaya mengangkat beliau menjadi Tokoh

Maal Hijrah Negeri Kelantan 1426H. Peranan dan sumbangan beliau juga telah berjaya

meningkatkan kemajuan dan perkembangan institusi pondok sekaligus membuka mata

masyarakat bahawa pentingnya kewujudan Ulama dalam kehidupan di dunia yang sementara

ini.

You might also like