Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

ASMA DAN PERNAFASAN

PENYAKIT RESPIRATORI
Istilah perubatan yang merangkumi keadaan
patologi yang menjejaskan organ dan tisu yang
membolehkan pertukaran gas dalam organisme
yang lebih tinggi, termasuk keadaan-keadaan pada
trakus pernafasan atas, trakea, bronkus, bronkiol,
alveolus, pleura dan rongga pleura, serta saraf dan
otot pernafasan. Penyakit pernafasan terdiri
daripada yang ringan dan terhad seperti selesema,
kepada yang mengancam nyawa seperti pneumonia
bakteria, embolisme paru-paru, dan barah paru-
paru.
Jenis
• Penyakit berkaitan paru-paru dan pernafasan:-
– Asma
– Cystic
– Emphysema
• penyakit paru-paru kronik yang membengkak
dan menyempitkan saluran pernafasan.
• ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang
bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan
batuk pada suhu rendah (sejuk).
FAKTOR
• Jangkitan pernafasan dan selsema
• Pendedahan kepada asap rokok
• Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu,
habuk, makanan, dan lipas
• Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan
pencemaran zarah
• Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-
tiba
• Tekanan (stress)
• Latihan (senaman)
• Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid
seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen
DIAGNOSIS
• Penyakit pernafasan boleh disiasat dengan melakukan
antara ujian-ujian berikut:

• Sinar X dada
• Ujian fungsi paru-paru
• Imbas tomografi berkomputer
• Kultur microorganisme daripada rembesan seperti kahak
• Bronkoskopi
• Biopsi paru-paru atau pleura
• Imbas ventilasi/perfusi
• Imbas ultrabunyi untuk mengesan bendalir seperti efusi
pleura
UBAT UNTUK PESAKIT ASMA
• Terdapat dua jenis ubat-ubatan asma

• Ubat-ubatan pengawal – adalah untuk kawalan asma yang


berterusan. Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan keradangan
ketika serangan asma. Ubat-ubat ini perlu diambil setiap hari sama
ada seseorang mempunyai gejala atau tidak. Ubat pengawal
termasuk kortikosteroid dihidu (jenis ubat utama) dan perencat
leukotriene. Contoh ubat : Beclomethasone, Budesonide,
Fluticasone .
• Ubat Penyelamat – diambil apabila tanda-tanda serangan asma
bermula dan ia boleh menghentikan serangan tersebut. Antara
ubat yang digunakan termasuk beta-agonis dan anticholinergic.
Contoh ubat: Salbutamol, Terbutaline, Fenoterol, Ipratropium
bromide (Atrovent).
PENCEGAHAN
Serangan asma tidak dapat dielakkan, tetapi asma boleh dicegah.

• Elakkan terdedah kepada faktor penyebab asma berlaku


• Ambil ubat-ubatan seperti yang disyorkan
• Orang yang mempunyai alahan luaran harus mengelakkan aktiviti
luar apabila bacaan indeks pencemaran adalah tinggi/tidak sihat.
• Senaman juga boleh menyebabkan berlakunya asma. Beberapa
perkara boleh membantu seperti menjalankan aktiviti pemanasan
(warming up) sebelum memulakan aktiviti dan secara beransur-
ansur melakukan penyejukan badan selepas bersenam. Elakkan
bersenam semasa jangkitan saluran pernafasan serta elakkan
senaman dalam cuaca yang sangat sejuk.

You might also like