Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Jawab empat soalan sahaja.

1. Bincangkan susun lapis masyarakat feudal di England pada abad ke 16 dan 17 Masihi. (20 m)

2. Galurkan peristiwa yang menyebabkan tercetus Revolusi Perancis yang membawa kepada
penubuhan kerajaan republik di Perancis pada 1789. (20 m)

3. Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalism di Jerman pada abad ke 16 hingga 18 M.


(20 m)

4. Bincangkan sumbangan Charles Louis Montesquien kepada masyarakat dunia. (20 m)

5. “Perang Dunia Pertama bermula apabila Jerman menyerang Belgium pada 4 Ogos 1914.”
Jelaskan faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama. (20 m)

6. Sejauh manakah Pendidikan Barat telah membangkitkan gerakan nasionalisme di India pada
abad ke 20 M. (20 m)
Bincangkan susun lapis masyarakat feudal di England pada abad ke 16 dan 17 Masihi. (20 m)

Masyarakat feudal yang terbentuk di England pada abad ke-16 dan abad ke-17 dikaitkan dengan
pelaksanaan pemerintahan monarki kebangsaan apabila raja berhasrat memulihkan kuasanya.
Sehubungan dengan hasrat raja memulihkan kuasa, kerjasama telah wujud antara golongan raja dan
golongan bangsawan bagi membentuk hierarki masyarakat pada abad ke-16 dan abad ke-17. Secara
amnya, susun lapis masyarakat di England terbahagi kepada dua, iaitu golongan pemerintah dan
golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, bangsawan dan knight. Golongan
yang diperintah pula terdiri daripada petani dan buruh yang diistilahkan sebagai serf pada zaman
feudal serta terdapatnya golongan petani bebas yang dikenali sebagai yeoman dan rakyat biasa.

Dalam struktur masyarakat feudal di England, raja menduduki hierarki tertinggi. Kekuasaan raja di
England pada abad ke-16 bermula apabila Raja Henry VII berjaya menamatkan Perang Bunga Ros
yang melibatkan dua keluarga bangsawan, iaitu York dan Lancaster. Beliau telah menggunakan
kewibawaannya termasuk membubarkan tentera peribadi golongan bangsawan. Beliau menubuhkan
tentera diraja, menghapuskan penggunaan simbol tertentu dan menubuhkan Majlis Diraja. Raja
Henry VII yang telah menubuhkan Dinasti Tudor bertindak memusatkan kuasa di tangannya, namun
kuasanya dibatasi oleh perlembagaan England yang dikenali sebagai Magna Carta. Berakhirnya
Dinasti Tudor telah membawa kepada munculnya Dinasti Stuart di bawah pimpinan Raja James I.
Raja James I berusaha memusatkan kekuasaannya dengan mengenepikan Magna Carta serta
menganggap dirinya raja yang diutuskan oleh Tuhan. Raja James I juga mengenepikan golongan
bangsawan dan golongan gereja termasuk institusi Parlimen. Dasarnya telah diteruskan oleh Raja
Charles I sehingga mengundang konflik dengan institusi Parlimen serta membawa kepada
tercetusnya perang saudara. Namun pada abad ke-17, senario politik di England sekali lagi berubah
apabila berlakunya Revolusi Cemerlang. Raja England, iaitu William of Orange dan Ratu Mary telah
dipaksa oleh ahli Parlimen menandatangani pengisytiharan akur dengan kekuasaan Parlimen dan
sekaligus akan berperanan sebagai Raja Berperlembagaan di England.

Struktur masyarakat kedua ialah golongan bangsawan atau baron. Golongan bangsawan
merupakan golongan yang berpengaruh dalam kegiatan politik, ekonomi dan sosial masyarakat
England. Pada zaman awal ini, golongan bangsawan dikenali sama ada sebagai baron, lord atau
vassal bergantung kepada pemilikan sejumlah tanah di England. Pada abad ke-16 dan abad ke-17,
golongan bangsawan terdiri daripada individu yang menganggotai Parlimen yang merangkumi tuan-
tuan tanah, golongan pertengahan (borjuis) dan golongan gentry yang terdiri pengusaha ladang,
pemilik bank, golongan intelektual dan sebagainya. Peringkat awal sebelum raja memulihkan
kuasanya golongan ini amat berpengaruh dalam masyarakat sehingga berlaku hubungan timbal balik
antara golongan ini dengan kelas bawahan seperti para petani atau serf. Sehubungan dengan itu,
pada era pembentukan monarki kebangsaan, golongan bangsawan ini telah dianugerahkan dengan
gelaran tertentu seperti duke, baron, lord, earl dan sebagainya bagi memastikan kedudukan
golongan ini dihormati oleh rakyat biasa. Pada abad ke-16 dan ke-17, golongan bangsawan tetap
menjadi cabaran kepada institusi beraja. Sebagai anggota Parlimen, mereka berusaha untuk
mengehadkan kuasa raja. Kejayaan terbesar golongan bangsawan ialah memaksa William of Orange
menandatangani pengisytiharan konsep Raja Berperlembagaan.

Struktur masyarakat ketiga ialah golongan knight. Golongan knight menjadi penentu kepada
kekuatan dan pengaruh golongan bangsawan tertentu. Golongan knight bersedia mencurahkan
khidmat dan kesetiaan kepada golongan bangsawan yang menganugerahkan tanah kepada mereka.
Pembentukan negara bangsa telah menyebabkan kedudukan golongan konight mula tergugat
apabila raja yang berusaha memulihkan kuasa telah mengarahkan semua golongan bangsawan
membubarkan tentera peribadi masing-masing. Ada sesetengah daripada golongan konight kini
berkhidmat sebagai tentera diraja dengan mendapat gaji yang tetap. Namun begitu, kepopularitian
golongan ini kian merosot apabila keanggotaan sebagai tentera turut dibuka kepada para petani dan
rakyat biasa.

Struktur masyarakat keempat ialah golongan petani. Golongan petani merupakan golongan yang
berada di bawah penguasaan golongan bangsawan. Pada zaman feudal, golongan petani terbahagi
kepada dua, iaitu petani bebas yang dikenali sebagai yeoman yang memiliki tanah sendiri dan
menggunakan peralatan tradisional untuk menghasilkan produktiviti. Segolongan lagi ialah petani
yang terikat dengan tuan-tuan tanah. Mereka berada di bawah pengawasan tuan-tuan tanah,
membayar cukai dan dikehendaki berkhidmat sebagai buruh kepada tuantuan tanah. Petani sebegini
terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh tuan-tuan tanah dan kehidupan mereka hanya
sekitar manor masing-masing dengan kemudahan yang terbatas. Namun begitu, menjelang abad ke-
16 dan abad ke-17, golongan ini mula membebaskan diri daripada tuan-tuan tanah ekoran
perkembangan ekonomi yang pesat serta kini berkhidmat sebaga buruh di kilang-kilang yang terletak
di bandar.

Struktur masyarakat yang terakhir ialah golongan hamba. Pada zaman awal feudal, golongan ini
lebih dkenali sebagai serf. Kehidupan mereka dibelenggu oleh tuan-tuan tanah atau golongan
bangsawan. Sebagaimana yang dinyatakan, golongan ini akhirnya membebaskan diri daripada tuan-
tuan tanah untuk bekerja di kilang-kilang yang terletak di bandar-bandar seperti Liverpool,
Manchester, London dan sebagainya. Namun disebabkan oleh kemahiran yang terhad, golongan ini
dihimpit dengan masalah kemiskinan di bandar.

Kesimpulannya, susun lapis masyarakat feudal di England pada tempoh masa itu masih
menunjukkan bahawa 'semangat feudal' zaman klasik tetap wujud. Oleh sebab perkembangan
ekonomi yang kian pesat terutamanya sektor perindustrian golongan-golongan bawahan berusaha
membebaskan daripada cengkaman pihak tertentu menyebabkan mobiliti sosial telah berlaku
walaupun dalam keadaan terbatas.
Galurkan peristiwa yang menyebabkan tercetus Revolusi Perancis yang membawa kepada
penubuhan kerajaan republik di Perancis pada 1789. (20 m)

Pendahuluan
• Revolusi Perancis merupakan peristiwa politik yang amat signifikan dalam sejarah Eropah.
• Revolusi ini meletakkan asas bagi perubahan yang berlaku dalam sistem politik di Eropah.
• Revolusi ini meletakkan asas bagi kemunculan sistem pemerintahan republik bagi menggantikan
sistem pemerintahan beraja di Perancis.

Isi-isi penting
(a) Persidangan Parlimen Perancis
• Pada tahun 1789, Raja Louis XVI mengadakan Persidangan Parlimen Perancis.
• Persidangan tersebut gagal kerana timbul perbezaan pendapat berhubung cara pengundian dalam
kalangan anggota dewan.
• Dewan Ketiga menuntut agar setiap anggota diberikan satu undi yang berasingan.
• Selain itu, Dewan Ketiga menuntut agar ketiga-tiga dewan mengadakan persidangan bersama dan
undian majoriti harus diterima.
• Namun demikian, tuntutan yang dikemukakan oleh Dewan Ketiga tidak diterima
oleh Raja Louis XVI.

(b) Penubuhan Perhimpunan Kebangsaan


• Selepas Raja Louis XVI menolak tuntutan mereka, Dewan Ketiga mengisytiharkan
penubuhan Perhimpunan Kebangsaan.
• Dalam pada itu, Dewan Pertama dan Dewan Kedua dijemput untuk menyertai
perhimpunan tersebut.
• Dewan Ketiga mendakwa mereka mempunyai hak untuk bercakap dan bertindak
bagi seluruh negara Perancis.
• Perkembangan ini menandakan bermula perselisihan antara Dewan Ketiga dengan
golongan bangsawan, paderi dan raja.

(c) Peristiwa Sumpah Gelanggang Tenis


• Marie Antoinette mendesak Raja Louis XVI agar menutup pintu dewan persidangan
kepada anggota dewan ketiga.
• Perkembangan ini menyebabkan anggota Perhimpunan Kebangsaan mengadakan
pertemuan di sebuah gelanggang tenis pada 20 Jun 1789.
• Dalam pertemuan tersebut, mereka bersumpah untuk terus mengadakan persidangan sehingga
perlembagaan baru digubal.
• Peristiwa bersejarah ini dikenali sebagai ‘Sumpah Gelanggang Tenis’ yang meletakkan asas bagi
tercetus Revolusi Perancis.

(d) Pemberontakan rakyat


• Raja Louis XVI mengemukakan ugutan untuk menumpaskan Perhimpunan Kebangsaan.
•Tindakan Raja Louis XVI membangkitkan kemarahan penduduk di Paris yang melancarkan tunjuk
perasaan.
•Pada 14 Julai 1789, penunjuk perasaan menggempur penjara Bastille yang merupakan lambang
kezaliman rejim lama.
•Kejatuhan Bastille memberi semangat kepada pemberontak untuk melancarkan tunjuk perasaan di
seluruh Perancis.
•Apabila revolusi tersebar ke kawasan desa, rakyat memansuhkan semua bentuk perjanjian dengan
tuan-tuan tanah.
(e) Persidangan Perhimpunan Kebangsaan
•Perhimpuanan Kebangsaan telah mengadakan persidangan pada 4 Ogos 1789.
•Pernimpunan Kebangsaan menggubal perlembagaan baru bagi negara Perancis.
•Perhimpunan Kebangsaan mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan hak keistimewaan
golongan feudal.
•Selain itu, Perhimpunan Kebangsaan mengambil alih tanah daripada gereja dan membatalkan
gelaran kepada golongan bangsawan.
•Pada 27 Ogos 1789, Perhimpunan Kebangsaan meluluskan 'Pengisytiharan Hak Manusia'.

(f) Penubuhan Kerajaan Raja Berperlembagaan


• Raja Louis XVI bersama isterinya Marie Antoinette mengambil keputusan untuk melarikan diri ke
negara lain.
• Mereka ditahan oleh golongan revolusioner berhampiran sempadan di Varennes dan
dipaksa kembali ke Paris.
• Pada bulan Julai 1791, Raja Louis XVI terpaksa menerima perlembagaan baru yang diluluskan oleh
Perhimpunan Kebangsaan.
• Menurut perlembagaan baru, sebuah kerajaan raja berperlembagaan telah ditubuhkan.

(g) Pengisytiharan Republik


• Perkembangan yang berlaku di Perancis membimbangkan negara-negara Eropah yang
mengamalkan pemerintahan beraja.
• Raja-raja Prussia dan Austria mengambil keputusan untuk membantu Raja Louis XVI.
• Perkembangan ini menyebabkan kedudukan golongan revolusioner di Perancis terancam.
• Pada bulan April 1792, kerajaan Perancis mengisytiharkan peperangan terhadap Austria.
• Pada bulan Ogos 1792, Perhimpunan Perundangan bertindak menahan Raja Louis XVI dalam
penjara.
• Pada bulan September 1792, Perhimpunan Perundangan digantikan dengan Constitutional
Convention.
• Perkembangan ini menyebabkan negara Perancis diisytiharkan sebagai sebuah republik.
Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalism di Jerman pada abad ke 16 hingga 18 M. (20m)

Pendahuluan
• Sistem feudalisme mula berkembang di Jerman selepas tamat Perang 30 Tahun (1618-1648).
• Era selepas perang menyaksikan kebangkitan Jerman sebagai kuasa politik dan ekonomi yang
kuat.
• Salah satu faktor yang berperanan dalam kebangkitan Jerman adalah perkembangan sistem
ekonomi feudalisme.
• Sistem ekonomi feudalisme berkembang semasa pemerintahan Raja Ferderick William (1640-
1682), Frederick I (1688-1713) dan Frederick William I (1713-1740).
• Antara kegiatan ekonomi feudalisme yang berkembang di Jerman pada abad ke-16 hingga
18 adalah pertanian, perdagangan, perindustrian dan pertukangan.

Isi-isi penting
(a) Pertanian
• Perkembangan kegiatan ekonomi feudalisme di Jerman dapat dikesan daripada aktiviti pertanian.
• Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat feudal di Jerman.
• Tanah pertanian dimiliki oleh tuan tanah dan petani terikat kepada mereka
• Tuan-tuan tanah diberikan keistimewaan kerana mereka memiliki tanah yang luas.
• Tanaman yang diusahakan ialah gandum, barli, oat dan kekacang.
• Petani dikehendaki menyerahkan sebahagian daripada hasil tanaman sebagai cukai
Jelas ternyata, aktiviti pertanian mengukuhkan hubungan antara tuan tanah dan petani serta
perkembangan sistem ekonomi feudalisme.

(b) Perdagangan
• Perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman dapat dikesan daripada kemajuan yang berlaku
dalam kegiatan perdagangan.
• Kegiatan perdagangan dijalankan di bandar-bandar seperti Luberk, Hamburg dan Bremen.
• Menjelang abad ke-18, Jerman menjadi pusat pemasaran ternakan dan bijirin.
• Jerman menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara di Eropah seperti Sepanyol,
Portugal dan Belanda.
• Perkembangan perdagangan menyebabkan kesatuan dagang ditubuhkan bagi menyelaraskan
aktiviti perdagangan.
• Industri perkapalan turut berkembang pesat di Jerman menjelang abad ke-18 Masihi.
• Bank-bank memberi bantuan modal kepada pedagang-pedagang Jerman yang terlibat dalam
urusan perdagangan.
• Justeru, perkembangan pesat aktiviti perdagangan telah mengukuhkan sistem ekonomi
feudalisme di Jerman.

(c) Perindustrian
• Perkembangan sistem ekonomi feudalisme d iJerman dapat dikesan melalui kemajuan dalam
bidang perindustrian.
• Contohnya, industri tekstil telah mengalami perkembangan pesat di Jerman pada abad ke-16 M.
• Industri tekstil terdiri daripada pengeluaran kain bulu, linen, kain kapas dan sutera.
abad ke-16 M.
• Pengeluaran tekstil secara besar-besaran untuk pasaran dalam negara dan dieksport.
• Perkembangan industri tekstil di lerman disebabkan oleh sokongan daripada pemerintah.
• Terdapatjuga kerjasama antara kerajaan antara kerajaan dan syarikat persendirian dalam
memajukan sektor perindustrian.
• Contohnya, kilang cermin di Neuhaus ditubuhkan pada tahun 1701 hasil kerjasama antara
kerajaan dan swasta.
• Tuntasnva, kemajuan dalam sektor perindustrian turut memainkan peranan dalam perkembangarn
sistem ekonomi feudalisme di Jerman.

(d) Pertukangan
• Industri kraf tangan berkembang di kawasan pedalaman.
• Pusat pengeluaran hasil kraf tangan terkenal terletak di Bohemia.
• Hasil kraf tangan dieksport ke Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Kesimpulan
• Menjelang abad ke-16 hingga 18 Masihi, sistem ekonomi feudalisme berkembang di Jerman.
• Golongan bangsawan (Junkers) memainkan peranan dalam perkembangan sistem ekonomi
feudalisme.
• Sistem ckonomi feudal berjaya mengukuhkan kedudukan maharaja dan golongan bangsawan.
• Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman bangkit sebagai sebuah kuasa politik yang unggul
di Eropah pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.
Bincangkan sumbangan Charles Louis Montesquien kepada masyarakat dunia. (20 m)

Pendahuluan
1 Pada abad ke-17, benua Eropah telah mengalami Zaman Pencerahan (Enlightenment) dan
berlakunya revolusi intelektual baru yang pesat yang mementingkan fakta dan rasional.
2 la dipolopori oleh golongan intelektual baharu yang mengenepikan unsur teologi dan fahaman
kolot yang menular dalam masyarakat Eropah pada masa itu. Antara tokoh intelek pada zaman ini
ialah Charles Louis Montesque dari Perancis. Beliau merupakan pemikir politik Perancis yang
terkenal dan idea-idea beliau banyak memberi kesan yang besar dalam perkembangan
intelektual di Eropah.

Isi-isi
1 Memperkenalkan idea atau kaedah baru
(a) Idea beliau ini dapat dilihat dalam karyanya yang bertajuk Spirit of the Law (1748). Dalam
bukunya ini, beliau menegaskan bahawa bentuk pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza
mengikut iklim dan keadaan.
(b) Sebagai contoh, pemerintahan mutlak adalah sesuai untuk empayar yang luas dalam iklim yang
panas sementara sistem demokrasi pula adalah sesuai di negara kota yang kecil. Idea beliau ini tidak
pernah wujud di Perancis yang baru mengalami kejatuhan sistem Raja Mutlak pada tahun 1715.

2 Konsep pengasingan kuasa (pembahagian dan imbangan kuasa)


(a) Idea ini ditujukan dalam menentang pemerintahan mutlak di Perancis. Menurut beliau, kuasa
harus dibahagikan antara raja dan badan-badan perantaraan seperti parlimen, estet-estet provinsi,
golongan bangsawan, bandar, dan gereja.
(b) Ini bermakna mesti terdapat pemisahan antara Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan badan
Kehakiman untuk memastikan rakyat mendapat kebebasan.
(c) Tujuan pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelak berlakunya pertindihan dan
penyelewengan kuasa yang mengganggu badan lain dalam pentadbiran setiap bidang. Idea beliau ini
telah mempengaruhi 'Syarikat Amerika pembentukan Perlembagaan (1787).

3 Pandangan baru dalam soal amalan adat masyarakat Perancis -Letters Persanes 1721
(a) Beliau mengkritik amalan masyarakat Perancis yang masih lagi mengamalkan adat lama yang
menyekat kemajuan khususnya kongkongan lelaki terhadap wanita.
(b) la dianggap sebagai ahli sosiologi yang melihat gaya hidup mewah golongan atasan dan
kemerosotan akhlak masyarakat Perancis di akhir zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Raja Louis
XV. Beliau juga mengkritik sikap masyarakat Perancis yang memberi taat setia yang keterlaluan
kepada raja.
(c) Idea ini merupakan pencetus kepada perubahan sikap masyarakat Perancis terhadap raja
berkuasa mutlak. Montesque juga memperkecilkan prinsip pemerintahan mengikut mandat tuhan.
(d) Idea beliau ini telah menimbulkan kesedaran masyarakat Perancis untuk menilai semula
kehidupan dan taraf mereka di sisi raja.
(e) Dengan ini sekitar tahun 1789 - 1795 telah wujud semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat
Perancis yang menuntut kedaulatan, kebebasan dan persamaan yang akhirnya mencetuskan
Revolusi Perancis.

4 Memperbaharui kaedah penulisan sejarah yang mementingkan bukti yang saintifik dan relevan
berdasarkan sebab dan akibat secara tersurat dan tersirat
(a) la menolak bukti yang samar dan bersifat peribadi dalam penghasilan penulisan sejarah. Sebab
itulah beliau dikenal sebagai ahli sosiologi yang pertama dalam mengkaji kesan dan akibat sosial
dan fenomena persekitaran terhadap tingkah laku manusia.
(b) Ini dapat dilihat melalui hasil karyanya "The Consideration of the Grandeur and Decadenceof the
Roman (1734) yang membincangkan kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan Rom. Apa yang
menariknya dalam kajian ini, beliau telah mengemukan sebab sebab tersirat kejatuhan Rom iaitu
keruntuhan moral pemimpin Rom, ketiadaan semangat nasionalisme di kalangan rakyat di
empayar yang luas dan sebagainya.
(c) Kajian beliau ini telah memperkembangkan kegiatan intelektual di Perancis dan di Eropah secara
keseluruhannya.

Kesimpulan
1 Secara kesimpulannya, Charles Louis Monteesque telah memberi sumbangan yang besar dalam
kemajuan perkembangan intelektual di Perancis dan Eropah. Hasil-hasil penulisan beliau telah
mempengaruhi masyarakat Eropah di zaman penyerlahan untuk mencipta kehidupan baru yang
lebih ideal dan selesa.
2 Di Perancis, idea konsep pengasingan kuasa dan ketaatan kepada raja serta pembesar telah
menyebabkan berlakunya Revolusi Perancis dan berakhirnya sistem pemerintahan beraja Mutlak.
“Perang Dunia Pertama bermula apabila Jerman menyerang Belgium pada 4 Ogos 1914.” Jelaskan
faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama. (20 m)

Perang Dunia Pertama melibatkan dua buah kuasa atau dua blok yang masing-masing mempunyai
kepentingan. Kuasa-kuasa berkenaan ialah Kuasa Perikatan yang diketuai oleh Jerman yang disokong
oleh Itali dan Austria-Hungary yang dikenali sebagai Triple Alliance. Manakala satu pihak lagi dikenali
sebagai Triple Entente yang diketuai oleh Rusia dengan disokong oleh Britain dan Perancis.
Peperangan ini berakhir apabila Jerman Berjaya dikalahkan dan terpaksa menerima Perjanjian
Versailles yang meninggalkan impak yang besar kepadanya dan negara-negara Eropah lain.

Antara faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama ialah kegagalan pakatan tentera. Pada peringkat
awal, sistem pakatan dibentuk apabila Jerman berjaya mengalahkan Perancis pada tahun 1870.
Tujuan pembentukan pakatan Triple Alliance dan Triple Entente ini adalah untuk menyekat mana-
mana kuasa yang lebih kuat daripada lawannya atau mengimbangi kuasa antara negara-negara
terbabit. Kepentingan wujudnya keadaan ini adalah bagi memastikan kestabilan politik antara kuasa-
kuasa berkenaan terutamanya selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Selepas tahun 1900,
situasi mula berubah apabila timbulnya perasaan saling mencurigai antara kuasa-kuasa berkenaan
terutamanya selepas kejatuhan kerajaan Islam tersebut. Rusia berusaha mengukuhkan pengaruhnya
dalam kalangan bangsa Slav, bertembung pula dengan tindakan Austria-Hungary yang berhasrat
menguasai negara-negara Balkan seperti Bosnia dan Serbia.

Selain itu, faktor imperialisme turut mencetuskan Perang Dunia Pertama. Imperialisme
merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh kuasa-kuasa Barat bagi meluaskan pengaruh
dan kekuasaan. Pada abad ke-20, kuasa-kuasa Barat kian hebat khususnya antara Jerman dan Britain
memandangkan kedua-duanya merupakan negara industri di Eropah. Bagi mendapatkan bahan-
bahan mentah, kedua-dua buah negara berkenaan aktif mencari tanah jajahan. Situasi ini telah
menyebabkan berlakunya konflik antara negara yang terlibat umpamanya di Morocco. Jerman telah
bertembung dengan Perancis sehingga mencetuskan peperangan awal antara dua buah kuasa
tersebut. Sekutu Perancis, Britain telah melihat situasi ini sebagai memberikan ancaman terhadap
tanah jajahannya di Asia. Oleh sebab, itu Britain mula mempersiapkan angkatan tenteranya bagi
mencabar Jerman sekaligus mewujudkan fenomena perlumbaan senjata antara pihak terbabit.

Di samping itu, fenomena perlumbaan senjata berlaku dalam kalangan negara yang berhasrat
meluaskan kuasa dan pengaruhnya khususnya Jerman. Cabaran Britain kian ketara apabila berjaya
menghasilkan kapal perang yang canggih yang dikenali sebagai H.M.S. Dreadnought. Akibat keadaan
ini, negara-negara Eropah mula memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi meningkatkan
kekuatan tenteranya. Kecenderungan ini menjadi pemangkin kepada tercetusnya Perang Dunia
Pertama.

Sehubungan dengan itu, pengaruh autokrasi juga dikaitkan dengan senario politik di Jerman.
Senario ini berlaku apabila politik negara Jerman dikuasai oleh golongan tentera. Contohnya,
golongan ini bertanggungjawab terus kepada Kaiser Jerman. Kebetulan Kaiser Jerman, Kaiser
Wilhem II sememangnya bercita-cita mewujudkan empayar Jerman yang kuat dan berpengaruh di
Eropah. Sokongan golongan elit ini terbukti apabila Kaiser Wilhem II bersetuju dengan program
pembinaan kapal-kapal perang, peluru berpandu dan meriam besar. Selain itu, Kaiser Wilhem II juga
merancang membina landasan kereta api yang menghubungkan Berlin dan Baghdad bagi
mengukuhkan pengaruh Jerman di Timur Tengah. Perancangan dan percubaan Kaiser Wilhem II ini
menimbulkan rasa curiga dalam kalangan kuasa-kuasa Barat lain.
Seterusnya, kebangkitan semangat nasionalisme yang melampau menimbulkan permusuhan
dalam kalangan negara- negara bangsa di Eropah. Pada abad ke-20, muncul seorang pemikir Jerman
Frederich Nietzche yang menawarkan atau mempelawa agar golongan muda bangkit Bersama
negara meluaskan pengaruh dan kekuasaan Jerman. Idea yang dikemukakannya bukan sahaja
tersebar di Jerman, bahkan dalam kalangan intelek muda di Rusia dan Serbia. Di Jerman sendiri,
kurikulum pendidikan mula mengalami perubahan kerana para pemimpinnya berpendapat hanya
melalui bahasa sikap cinta akan negara dapat diwujudkan dalam kalangan generasi muda. Di
Perancis pula, Pendidikan Sejarah yang dilaksanakan secara tersiratnya menggesa rakyat membuat
persiapan yang sewajarnya seandainya Perancis terlibat dengan peperangan yang boleh
mengakibatkan negara berkenaan jatuh ke tangan negara lain seperti Jerman.

Akhir sekali, faktor tercetusnya Parang Dunia Pertama,ialah Krisis Balkan. Permusuhan antara
Austria-Hungary dengan Serbia menimbulkan ketegangan di rantau Balkan. Pembunuhan Archduke
Ferdinand, iaitu waris takhta Austria-Hungary ini merupakan faktor serta-merta tercetusnya Perang
Dunia Pertama. Kerajaan Austria-Hungary telah menuduh Serbia terlibat dengan pembunuhan di
Sarajevo ini. Austria-Hungary telah bertindak balas mengisytiharkan perang ke atas Serbia yang
menyebabkan Rusia bertindak balas memberi bantuan kepada sekutunya tersebut (Serbia).
Implikasinya kian mendalam apabila Jerman turut campur tangan membantu Austria-Hungary dan
mengisytiharkan perang terhadap Rusia. Perancis turut sama menyertai konflik ini dengan harapan
akan memperoleh kembali dua buah wilayahnya Alsace dan Lorraine yang berada di tangan Jerman.
Senario semakin tegang apabila tindakan Jerman menceroboh Belgium untuk menyerang Perancis
manakala Britain pula menyertai Rusia dan Perancis dan hal inilah yang membawa kepada Perang
Dunia Pertama.

Kesimpulannya, Perang Dunia Pertama ini menyebabkan munculnya kuasa-kuasa baharu dalam
bidang politik antarabangsa. Impak peperangan itu amat buruk. Hal ini menyebabkan ekonomi
semakin merosot, pelbagai masalah sosial belaku, banak nyawa yang terkorban dan munculnya
konflik Perang Dunia Kedua yang menjadikan dunia semakin suram.
Sejauh manakah Pendidikan Barat telah membangkitkan gerakan nasionalisme di India pada abad
ke 20 M. (20 m)

Pengenalan
1 Kebangkitan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India bermula sejak tahun 1857 lagi
iaitu setelah kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama.
2 Pertubuhan-pertubuhan ini membangkitkan kesedaran kebangsaan melalui pembaharuan sosial.
3 Selain itu, dasar pentadbiran serta amalan diskriminasi British dalam pentadbiran, pendidikan,
ekonomi dan perkhidmatan awam turut membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan
penduduk tempatan.

Isi-isi

1 Pendidikan Barat
(a) Pendidikan Barat melahirkan ramai golongan cerdik pandai di India.
(b) Mereka yang berpendidikan ini terdedah kepada konsep-konsep seperti kebebasan, demokrasi,
persamaan, dan hak asasi manusia.
(c) Perkembangan ini melahirkan tokoh-tokoh nasionalis yang memainkan peranan dalam gerakan
kebangsaan di India.
(d) Tokoh-tokoh tersebut ialah Raja Ram Mohan Roy, W. C. Banerjee, Surendranath Banerjee, dan G.
Gokhale.

2 Bahasa Inggeris
(a) Bahasa Inggeris memainkan peranan membangkitkan kesedaran kebangsaan.
(b) Di India, lebih kurang 600 bahasa daerah yang dituturkan menjadi batu penghalang untuk
memupuk persefahaman
(c) Bahasa Inggeris juga memainkan peranan sebagai -alat-perpaduan yang menyatukan rakyat India
yang terpisah dari segi agama, bangsa dan wilayah.

3 Diskriminasi dalam perkhidmatan awam


(a) British mengamalkan dikriminasi dalam pengambilan rakyat India bagi memegang jawatan tinggi
dalam perkhidmatan awam.
(b) Amalan diskriminasi ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan terpelajar di
India.

4 Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan


(a) Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden juga pencetus kepada semangat
kebangsaan.
(b) Pembinaan jalan keretapi dan jalan raya menyatukan rakyat India yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dan keturunan

5 Dasar pentadbiran Lord Lytton


(a) Lord Lytton memperkenalkan Akta Senjata dan Akta Akhbar Vernakular yang melahirkan
sentiment anti-British.
(b) Langkah-langkah yang diambil seperti menggalakkan import kain kapas dari England dan
menghadkan umur penyertaan dalam perkhidmatan awam kepada 18 tahun.
(c) Langkah-langkah ini menimbulkan kemarahan rakyat India terhadap pemerintahan British

6 Akta Ilbert 1883


(a) Akta Ilbert 1883 merancakkan lagi sentimen anti- British.
(b) Akta ini memberi kuasa kepada hakim-hakim berketurunan India mengadili dan menjatuhkan
hukuman ke atas orang Inggeris.
(C) Akta ini mendapat tentangan daripada golongan Anglo-India hingga menyebabkan British
menarik balik akta tersebut.
(d) Tindakan British menyedarkan rakyat India tentang perasaan anti-India yang terpendam dalam
hati orang Inggeris.
(C) Surendranah Banerjee mengambil langkah untuk menganjurkan Persidangan Kebangsaan bagi
menentang British.

7 Peranan akhbar
(a) Akhbar-akhbar tempatan memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran
kebangsaan.
(b) Akhbar seperti Kesari, The Maratha, Amrit Bazar Patrika, dan Patriot merupakan akhbar yang
mengkritik dasar British.
(c) Akhbar ini turut menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan amalan demokrasi dalam kalangan
penduduk tempatan.

8 Kajian terhadap keagungan silam


(a) Kajian ini melahirkan keyakinan rakyat India teradap kebudayaan dan peradaban mereka.
(b) Sarjana yang mengakaji peradaban India ialah Sir William Jones, Max Muller dan Monier
Williams.
(c) Kajian seperti ini membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan masyarakat India.

9 Peranan kesusasteraan
(a) Karya-karya kesusasteraan juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran
kebangsaan
(b) Karya-karya kesusasteraan telah dimuatkan dalam akhbar-tempatan menyebabkan idea
nasionalisme tersebar keseluruh India.
(c) Tokoh-tokoh yang banyak menulis ialah Bankim Chandra Chatterjee dan Rabindranath Tagore.

10 Dasar ekonomi British


(a) British mengamalkan dasar ekonomi bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di England.
(b) Dasar ini menyebabkan British tidak menggalakkan perkembangan industri tempatan dan
mengawal perusahaan-perusahaan tempatan.
(c) Langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap British di India.

11 Penindasan terhadap buruh-buruh India di Seberang laut


(a) Buruh-buruh India yang bekerja di seberang laut menerima layanan buruk daripada British.
(b) British tidak mengambil berat tentang kebajikan dan hak asasi mereka.
(c) Layanan sedemikian menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan nasionalis
terhadap British.

12 Gerakan reformasi sosioagama


(a) Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama melahirkan semangat nasionalisme dalam
kalangan masyarakat India.
(b) Antara pertubuhan yang memainkan peranan ialah Brahmo Samaj, Brahma Samaj, Arya Samaj
dan Pertubuhan Ramakrishna.
(c) Pertubuhan-pertubuhan agama ini meletakkan asas bagi kebangkitan semangat kebangsaan dan
kemunculan Parti Kongres India pada tahun 1885.
Kesimpulan
1 Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh British merupakan asas kepada kemunculan sentimen anti-
British.
2 Kebangkitan semangat kebangsaan melahirkan pemimpin-pemimpin nasionalisme yang mengatur
gerakan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

You might also like