Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Halangan komunikasi

Komunikasi ialah proses pemindahan maklumat dan pemahaman dariapda satu pihak kepada satu
pihak yang lain. Halangan komunikasi ialah gangguan yang berlaku ketika proses komunikasi.
Halangan komunikasi yang pertama ialah dari segi fizikal. Halangan dari segi fizikal ialah gangguan
secara langsung atau nyata. Sebagai contoh, bunyi bising daripada mesin, radio atau telefon.

Gangguan semantic

Gangguan semantik berlaku disebabkan oleh makna sesuatu perkataan dapat ditafsirkan lebih
daripada satu cara oleh penerima. Terdapat istilah yang mempunyai bunyi yang hampir sama tetapi
makna yang berbeza. Hal ini akan mengakibatkan berlaku salah faham pendengar atau penerima.

Emosi penutur dan penerima

Sikap dan emosi seseorang penutur juga akan mempengaruhi proses komunikasi berlaku. Seseorang
yang murung dan bersifat negatif tidak dapat menyampaikan mesej yang baik dan berkesan kepada
pendengar serta penerima. Sebaliknya, seorang penutur yang positif akan memberi atau
mempengaruhi pendengar menjadi lebih ceria dan aktif

You might also like