Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 53

KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

KARANGAN BAHAGIAN A

1. FAEDAH KOPERASI SEKOLAH

Disediakan oleh :
1) Yi Xuan – 5UM
2) Mei Jing – 5 UM
Guru : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Umum mengetahui bahawa setiap sekolah mempunyai koperasi tersendiri.


Koperasi yang ditubuhkan oleh pihak sekolah memainkan peranan yang amat
penting untuk memberikan perkhidmatan kepada warga sekolah. Terdapat satu
organisasi yang terdiri daripada guru dan pelajar yang menguruskan koperasi
sekolah. Koperasi sekolah ditempatkan di sebuah bilik yang megandungi pelbagai
barang jualan. Pelajar bolah mendapatkan barang keperluan sekolah seperti alat
tulis dan buku tulis. Pada waktu rehat, koperasi mula berniaga dan menjual pelbagai
makanan dan minuman kepada pelajar. Dengan adanya sebuah koperasi yang
sistematik, kita dapat memperolehi faedah yang tidak dapat dikira dengan jari jemari
kita. Persoalannya, apakah faedah penubuhan koperasi kepada warga sekolah?

Menyingkap jendela perbincangan yang utama ialah koperasi sekolah


membekalkan barangan yang berharga lebih mudah berbanding di luar
sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana koperasi berperanan untuk membantu
golongan pelajar yang tidak mempunyai wang belanja yang banyak supaya mereka
dapat membeli keperluan sekolah dengan harga yang murah. Terdapat pelbagai
alatan pembelajaran dijual di koperasi selain daripada pen dan pensel iaitu seperti
kalkulator, gam, gunting, dan pengokot kertas. Selain itu, koperasi sekolah menjual
makanan dan minuman dengan membekalkan pilihan makanan yang berbeza
daripada kantin sekolah. Tambahan pula, koperasi juga menjual pakaian sekolah
seperti baju dan seluar PJK serta uniform kokurikulum. Hal ini dapat memudahkan
urusan jual beli pakaian sekolah kepada pelajar yang memerlukan. Kesannya
koperasi sekolah dapat membantu mengurangkan beban pelajar dengan menjual
barang pada harga yang berpatutan. Sebagai contoh, saya pernah membeli
kalkulator dengan harga yang murah berbanding di kedai alat tulis. Secara tidak
langsung, koperasi juga membantu pelajar menjimatkan kos pengankutan dan masa
untuk berkunjung ke kedai tertentu kerana mereka boleh mengambil masa waktu

1
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

rehat untuk membeli di koperasi sekolah. Peribahasa menyatakan bahawa sedikit-


sedikit, lama-lama menjadi bukit. Dengan menjimatkan duit, pelajar pasti dapat
memupuk amalan menabung dalam diri sendiri. Jelaslah bahawa koperasi sekolah
menjaga kebajikan murid dengan menjual barangan yang murah.

Fokus perbincangan yang seterusnya ialah koperasi membolehkan pelajar


dapat mempelajari asas dan ilmu berkaitan perniagaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana pelajar berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti jual beli seperti
menjaga kaunter jual beli di koperasi. Pelajar dapat belajar cara menetapkan harga,
mengendali stok barangan, membuat catatan kewangan dan belajar konsep
perakauan. Dalam hal ini pelajar akan memperolehi pengalaman untuk berniaga dan
mengetahui selok-belok perniagan. Pengalaman sebegini amat bernilai kerana tidak
diajar dalam sukatan pelajaran. Selain itu, pelajar dapat memupuk semangat
berniaga seperti sikap amanah dan jujur. Mereka juga akan menjadi lebih yakin
apabila berkomunikasi dengan pelanggan. Kesannya, murid dapat mempelajari
pengetahuan dalam perniagaan dengan lebih mendalam dan holistik. Pelajar juga
dapat mencungkil minat dan potensi dalam berniaga dan menceburi bidang
keusahawanan pada hari kelak. Selanjutnya , penguasaan matematik pelajar juga
bertambah cekap kerana terdapat peluang untuk mempraktikkan ilmu yang
dipelajari. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa manfaat koperasi sekolah ialah meningkatkan pengenalan pelajar
terhadap perniagaan.

Di samping itu, koperasi sekolah juga memberi faedah dalam memupuk


sifat bekerjasama dalam kalangan murid-murid. Hal ini dikatakan demikian
kerana, koperasi sekolah memerlukan ahli yang banyak dalam mengurus sesebuah
perniagaan. Sebagai contoh, ada pelajar yang menjadi ketua, ada yang
bertanggungjawab menjadi bendahari yang jujur, ada juga menjadi ahli
jawatankuasa dan sebagainya. Justeru, pelajar yang menyertai ahli koperasi sekolah
dapat mempelajari sikap bekerjasama dan bersatu padu berbanding dengan pelajar
yang tidak menyertainya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa koperasi sekolah
berfaedah dalam memupuk sifat bekerjasama antara murid. Akhir kata, bulat air
kerana pembetung, bulat munusia kerana muafakat. Hal ini akan menjadi kekuatan
mereka ketika mereka menghadapi masalah dalam pekerjaan.

2
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

Bulan samakin terang , bayang kian jelas bahawa pelbagai manfaat dapat
diperoleh dengan adanya aktiviti koperasi sekolah. Pelajar mempunyai lebih banyak
pilihan makanan untuk saparan dan mereka dapat mempelajari dalamselok-belok
perniagaan serta memupuk sifat kerjasama antara murid. Hal ini dapat
diimplementasikan oleh pihak sekolah untuk koperasi di koperasi sekolah. Di mana
ada kemahuan,di situ ada jalan. Pihak sekolah haruslah memberi peluang kepada
semua pelajar untuk mendapat faedah dari koperasi sakolah. Jika pihak sekolah
memajukan koperasi sekolah maka sekolah kita akan disegani oleh sekolah lain
lantas menjadi terkenal di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu ,kakitangan sekolah
diseru agar memberi sambutan dan sokongan kepada koperasi sekolah yang
ditubuhkan agar sama-sama mendapat manfaat daripadanya dan menyumbang
kepada pembangunan sekolah untuk menjadi lebih maju.

2. FAEDAH PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH

Disediakan oleh :
1) Yi Xuan – 5UM
2) Mei Jing – 5 UM
Guru : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Perhimpunan mingguan sekolah merupakan satu aktiviti yang lazimnya


diadakan pada pagi setiap hari Ahad dengan menghimpunkan semua murid
bersama guru di sesuatu tempat dalam sekolah. Perhimpunan ini wajib diadakan di
setiap sekolah supaya maklumat yang penting dapat disampaikan kepada murid-
murid oleh pengetua sekolah atau guru-guru. Tempat yang sentiasa digunakan oleh
pihak sekolah untuk menjalankan perhimpunan ialah dewan besar, dewan kecil,
tapak perhimpunan atau kantin. Banyak faedah yang dapat diperolehi oleh semua
warga sekolah dalam pelbagai aspek kehidupan, pembelajaran dan disiplin ilmu
sewaktu perhimpunan mingguan dijalankan.

Faedah perhimpunan mingguan sekolah ialah pelajar dapat memupuk


dislipin. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar harus mengikuti peraturan yang
ditetapkan semasa perhimpunan. Sebagai contohnya, pelajar dididik supaya

3
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

menghormati majlis yang diadakan dengan berada di tempat masing-masing


mengikut barisan dan senyap semasa guru-guru menyampaikan ucapan, mereka
mesti menumpukan berhatian dan fokus semasa berhimpunan supaya tidak terlepas
segala info yang disampaikan. Pelajar yang melanggar peraturan akan didenda
kerana mengganggu pelajar yang lain. Oleh itu jelaslah sikap dislipin dapat dipupuk
dalam karangan pelajar melalui perhimpunan mingguan sekolah.

Seterusnya, perhimpunan mingguan dapat memahirkan pelajar untuk


mencatat nota ringkas. Hal ini amat penting kerana pelajar boleh merujuk kembali
sebagai bahan tersebut apabila menghadapi kekeliruan. Dalam halini, pelajar dapat
membuat nota ringkas semasa guru mengajar untuk mengelakan mereka lupa apa
yang diajar oleh guru. Kemahiran ini bukan sahaja dapat diaplikasikan semasa
persekolahan malah di alam pekerjaan juga. Teknik tersebut juga dapat
memantapkan penulisan murid ketika menulis menulis karangan untuk skor-A dalam
peperiksaan. Secara ringkasnya, budaya kemahiran mencatat dapat diterapkan
dalam diri murid-murid dengan mengadakan perhimpunan sekolah.

Fokus perbincangan yang seterusnya ialah perhimpunan mingguan


sekolah dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah.
Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat atur cara yang diadakan semasa
perhimpunan seperti nyanyian lagu, menaikkan bendera dan membaca Ikrar Rukun
Negara. Pelajar sentiasa dididik untuk berdiri tegak semasa menyanyi Lagu
Negaraku, lagu Negeri dan Lagu Sekolah. Pelajar juga perlu menyanyi dengan
penuh semangat sebagai tanda menghormati dan menunjukkan semangat taat setia
dengan diiringi nyanyian lagu oleh murid-murid dengan penuh semangat. Selain itu,
sambutan bulan kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan dirasmikan semasa
perhimpunan mingguan untuk membakar semangat cinta akan tanah air dalam jiwa
warga sekolah. Dengan itu, pelajar dan guru dapat menghayati sejarah negara dan
menghargai jasa tokoh-tokoh negara. Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ
langit dijunjung. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semangat patriotik dapat
disuburkan melalui perhimpunan mingguan sekolah.

Kesimpulannya, pelajar harus mengambil berat tentang kebaikan


perhimpunan mingguan sekolah kerana segala kegiatan yang diadakan oleh pihak
sekolah pasti mempunyai kepentingannya. Perhimpunan mingguan merupakan

4
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

sebahagian unsur yang tidak boleh dikesampingkan disetiap sekolah untuk manfaat
pelajar. Maka, kita perlu menghadiri perhimpunan mingguan supaya perhimpunan
mingguan tidak seperti mencurah garam ke laut. Pihak sekolah sepatutnya
memperbaiki sistem penyiaran dan dewan perhimpunan supaya pelajar lebih
bersemangat dan fokus semasa perhimpunan. Para guru harus mengawal disiplin
pelajar dengan dedikasi supaya taklimat perhimpunan dapat disampaikan dengan
jelas dan berkesan. Kerjasama antara pihak sekolah dan pelajar amat diperlukan
untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Oleh itu, marilah bersama-sama
mengamalkan budaya perhimpunan mingguan secara berterusan.

3. KEPENTINGAN HARI TERBUKA SEKOLAH

Disediakan oleh :
1) Yi Lin – 5UM
2) Jing Wen – 5 UM
Guru : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Pada era globalisasi ini, isu tentang kepentingan hari terbuka sekolah
semakin menjadi isu yang hangat . Isu tersebut juga sering diperkatakan oleh
masyarakat dan meniti dari bibir ke bibir umat manusia khususnya dalam kalangan
tokoh ilmuan golongan pendidik dan para ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian
kerana , pada zaman nenek moyang kita, aktiviti hari terbuka sekolah kurang
mendapat perhatian sehingga perkara tersebut dipandang sebelah mata. Namun
pada hari ini,pihak sekolah mula mementingkan aktiviti hari terbuka sekolah kerana
pihak sekolah sudah menyedari kepentingan aktiviti tersebut. Aktiviti hari terbuka
sekolah ialah program untuk merapatkan hubungan antara pihak ibu bapa dengan
guru. Selain itu,tujuan yang paling penting untuk mengadakan aktiviti hari terbuka
sekolah ialah pihak ibu bapa akan mengetahui tentang anak mereka dari segi
pelajaran dan akhlak di sekolah. Oleh itu ,aktiviti tersebut mestilah diadakan pada
saban tahun kerana aktiviti tersebut akan memberikan banyak manfaat kepada kita .
Cuba bayangkan apa kesan jika aktiviti tersebut tidak diadakan? Jawapannya ialah
ibu bapa tidak mengetahui situasi anak-anak mereka di sekolah , maka mereka
tidak boleh membetulkan keperibadian anak-anak mereka. Melalui kajian yang

5
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

diadakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia , kebanyakkan pihak ibu bapa


bersetuju aktiviti hari terbuka diadakan pada setiap tahun kerana mereka boleh
mengetahui akhlak dan pelajaran anak mereka di sekolah. Oleh itu terdapat banyak
kepentingan hari terbuka sekolah kepada semua pihak.

Tidak dinafikan bahawa dengan mengadakan hari terbuka sekolah,


masalah yang dihadapi oleh pihak pelajar boleh diselesaikan. Hal ini dikatakan
demikian kerana , guru boleh menggunakan peluang tersebut untuk memberitahu
masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka kepada ibu bapa di sekolah. Pada
waktu ini ,kebanyakan ibu bapa sibuk dengan kerja untuk memberikan kehidupan
yang selesa untuk ahli keluarga mereka. Oleh itu, mereka akan mengabaikan akhlak
dan keputusan anak-anak mereka di sekolah. Apabila pihak sekolah menjalankan
aktiviti tersebut, guru-guru boleh memberitahu keadaan anak-anak mereka semasa
berada di sekolah. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai masalah dan bergaul
dengan rakan sebaya yang negatif , tidak membuat kerjayang
diberikan , melakukan vandalisme dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa boleh
memberikan nasihat dengan segera supaya anak-anak mereka tidak melakukan
kesalahan lagi. Seterusnya, guru juga boleh memberitahu cara menyelesaikan
masalah tersebut kepada ibu bapa. Pihak sekolah boleh memberikan cadangan
supaya anak-anak mereka berjumpa kaunselor dan sebagainya. Apabila masalah
pelajar diselesaikan maka pelajar tidak akan melakukan perkara yang menjatuhkan
imej dan maruah diri sendiri dan ahli keluarga. Sudah Jelaslah bahawa aktiviti hari
terbuka sekolah akan menggelakkan pelajar terus melakukan perkara yang negatif.
Tegaslah bahawa, masalah yang dihadapi oleh pihak pelajar dapat diselesaikan
dengan mengadakan aktiviti terbuka sekolah .

Dari perspektif yang lain , kepentingan mengadakan aktiviti hari terbuka


sekolah ialah pihak ibu bapa boleh memberikan cadangan kepada pihak
sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa boleh memberikan cadangan
supaya PdPc untuk pelajar mestilah lebih teliti , prasarana sekolah mestilah lebih
kondusif dan sebagainya. Pihak sekolah akan mengetahui kekurangan system
pentadbiran melalui cadangan pihak ibu bapa. Oleh itu , pihak sekolah akan
berusaha untuk memperbaiki kekurangan tersebut. Pihak guru juga akan
menggunakan cara pengajaran yang lebih efisien seperti penggunaan teknologi
supaya lebih mudah memahami topik yang baru atau topik yang susah seperti

6
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

subjek biologi, subjek fizik, subjek kimia dan sebagainya. Berita Harian pernah
mengutarakan rencana tentang teknologi merupakan salah satu cara pengajaran
yang efisien kerana boleh membantu anak-anak. Seterunya, ibu bapa juga boleh
memberikan cadangan kepada pihak sekolah untuk memanjangkan masa rehat
pelajar ketika hari terbuka sekolah. Oleh itu, pelajar akan mempunyai masa rehat
yang lebih panjang supaya pelajar tidak dalam keadaan tertekan. Kementerian
Penerangan Malaysia pernah melaporkan suatu berita yang berlaku pada Januari
2021 iaitu seorang pelajar melompat dari tingkat empat untuk membunuh diri
disebabkan pelajar tersebut tertekan dengan kerja sekolah. Oleh itu ,jika pihak ibu
bapa memberikan cadangan tersebut kepada pihak sekolah ,maka tragedi seperti
itu dapat dielakkan. Pelajar juga boleh belajar dalam suasana yang gembira dan
emosi baik. Hari terbuka sekolah telah memberikan suatu peluang kepada pihak ibu
bapa untuk mencurahkan fikiran mereka kepada pihak sekolah. Jelaslah
bahawa,kepentingan mengadakan hati terbuka sekolah ialah pihak ibu bapa boleh
memberikan cadangan yang membina kepada pihak sekolah .

Berdasarkan idea yang terakhir, kepentingan aktiviti hari terbuka sekolah


ialah hubungan yang rapat dapat diwujudkan antara pihak ibu bapa dan guru.
Melalui aktiviti tersebut ibu bapa dan guru menjadi lebih rapat selepas aktiviti hari
terbuka sekolah. Oleh itu, guru boleh memberitahu masalah yang dihadapi oleh
anak-anak mereka dengan segera. Selanjutnya, guru jangan menyembunyikan
masalah disiplin atau akhlak anak-anak mereka kerana itu semua untuk kebaikan
anak mereka kelak. Selain itu, pihak ibu bapa dengan pihak sekolah mempunyai
hubungan yang rapat selepas aktiviti hari terbuka sekolah, maka ibu bapa boleh
menjadi sukarela membantu sekolah menjayakan segala aktiviti . Sebagai
contoh , pihak sekolah boleh bekerjasama dengan ibu bapa untuk bersama-sama
menjayakan hari sukan, kejohanan merentas desa, hari jualan amal dan sebagainya.
Secara tidak langsung gagasan Satu Malaysia dapat dicapai kerana setiap kaum
bekerjasama untuk menjayakan aktiviti dengan tiada sebarang diskriminasi terhadap
kaum lain. Seterusnya , sekolah tersebut juga akan menjadi model terbaik kepada
sekolah lain kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak ibu bapa.
Mantan Menteri Pendidikan, Dato’ Maszlee Malik juga pernah menggalakkan pihak
ibu bapa dan pihak sekolah mestilah mempunyai hubungan yang rapat kerana
hubungan yang rapat akan membawa banyak manfaat kepada kita. Oleh itu, sudah

7
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

jelaslah bahawa,jika pihak sekolah mengadakan aktiviti hari terbuka sekolah, maka
hubungan yang rapat antara ibu bapa dan pihak sekolah dapat diwujudkan .

Kesimpulannya , aktiviti hari terbuka sekolah memberikan banyak manfaat


kepada pihak sekolah ,pihak ibu bapa dan pelajar. Oleh itu, semua pihak mestilah
bekerjasama bagai aur dengen tebing untuk terus mengadakan aktiviti hari terbuka
sekolah pada setiap tahun. Segala kejayaan yang dikecapai memerlukan usaha
yang proaktif dan semua pihak perlulah berpegang kepada kata-kata Mahatma
Gandhi , “ keputusan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian , usaha
yang sempurna akan menghasilkan keputusan yang sempurna.”oleh itu, tidak kira
dalam apa jua yang dilakukan memerlukan usaha yang gigih seperti genggam bara
api biar jadi arang. Pihak media massa boleh menyiarkan video pada
Facebook , Whatsapp, Instagram untuk memberitahu pihak ibu bapa tentang
kebaikan menghadiri hari terbuka sekolah. Apabila aktiviti hari terbuka sekolah terus
diadakan , maka pihak sekolah pasti akan menghasilkan pelajar yang cemerlang
kerana masalah yang dihadapi oleh pelajar telah diselesaikan. Negara kita akan
semakin maju tidak kira dalam bidang ekonomi atau pendidikan kerana negara kita
mempunyai ramai generasi muda yang berdisiplin dan berilmu. Bak kata
peribahasa,pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Negara kita juga boleh
duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan negara lain. Transformasi Nasional
2050 tidak akan menjadi angan-angan lagi. Persoalan yang berlegar di benak fikiran
ialah apakah kesan jika aktiviti hari terbuka sekolah tidak diadakan?, Fikir-fikirkan.

4. CIRI-CIRI MASYARAKAT PENYAYANG

Disediakan oleh :
8
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

1) Yi Lin – 5UM
2) Jing Wen – 5 UM
Guru : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Cantik sungguh hiasan mutiara,


Jadi hiasan beralas dulang,
Masyarakat penyayang diperkasa segera,
Pasti negara maju gemilang.

Pantun di atas menggambarkan betapa pentingnya masyarakat penyayang


kepada semua lapisan rakyat di Malaysia sekali gus dapat membantu memajukan
rakyat menjadi bangsa yang berjaya. Sehubungan dengan itu, masyarakat
penyayang ialah masyarakat yang hidup dengan berlandaskan nilai kasih sayang
antara satu lain. Pada zaman dahulu, masyarakat penyayang kurang diberikan
perhatian oleh semua orang. Namun begitu, sejak peredaran zaman berlaku,
kerajaan telah berusaha dan gigih untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai
ciri-ciri masyarakat penyayang supaya dapat memantapkan perpaduan dan
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun,
masyarakat yang penyayang akan memberikan banyak kesan baik kepada kita.
Kesan yang paling ketara ialah rakyat yang berbilang kaum dapat bersatu hati demi
kemajuan negara. Menurut Perdana Menteri ke-5 iaitu Tun Abdullah Bin Haji Ahmad
Badawi, beliau memberitahu bahawa pembentukan masyarakat penyayang adalah
amat penting, maka rakyat digalakan sentiasa menyertai kegiatan aktiviti gotong-
royong yang melibatkan pelbagai kaum agar menerapkan nilai murni dalam jiwa
mereka. Justeru, sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir,
wajarlah setiap individu mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan seharian
mereka. Persoalannya apakah ciri-ciri masyarakat penyayang?
Menyingkap jendela perbincangan yang pertama, salah satu ciri
masyarakat penyayang ialah rakyat mengamalkan sikap kasih sayang sesama
manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila seseorang menunjukkan sikap
kasih sayang, mereka dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan orang
lain. Bukan itu sahaja, kita juga perlu sentiasa mengamalkan sikap saling
menghormati, saling membantu, saling bertolak ansur antara satu sama lain
terutamanya di negara Malaysia yang berbilang kaum. Kita boleh menghulurkan

9
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

tangan kepada orang lain yang memerlukan bantuan tanpa mengira usia dan kaum.
Sebagai contohnya, apabila kita ternampak orang tua terjatuh, kita perlu membantu
untuk mengangkat dia dengan serta-merta. Kesannya, kita telah membantu
seseorang itu mengelakkan dirinya daripada mengalami kecederaan yang lebih
teruk dan serius dan kita telah melakukan sesuatu kebajikan secara tidak langsung.
Apabila semua rakyat telah mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan
mereka, sebarang perselisihan faham dapat dielakkan. Kesannya, jika rakyat tidak
mengamalkan sikap kasih sayang, pastilah banyak kesan yang negatif akan berlaku.
Negara akan menjadi tidak aman malah maruah negara akan terjejas. Hal ini kerana
akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu sehingga imej
akan terjejas. Jelaslah bahawa, amalan penyayang iaitu rakyat mengamalkan sikap
kasih sayang merupakan ciri masyarakat penyayang.
Berdasarkan idea perbincangan yang seterusnya, ciri masyarakat
penyayang ialah orang yang sayang dan prihatin dengan alam sekitar. Hal ini
dikatakan demikian kerana alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak
ternilai untuk kesejahteraan hidup bermasyarakat. Kita boleh sentiasa melibatkan diri
dalam aktiviti gotong-royong untuk membersihkan alam sekitar. Di samping itu, kita
boleh memupuk amalan 3R dalam kehidupan kita. Amalan 3R termasuklah
mengurangkan, guna semula dan kitar semula. Tamsilnya, kita boleh mengurangkan
penggunaan barang pakai buang seperti plastik kerana barang tersebut akan
meningkatkan jumlah sampah yang dihasilkan dalam seharian. Sebagai impaknya,
semua rakyat dapat menikmati dan hidup dalam alam sekitar yang bersih tanpa
sebarang pencemaran. Laporan daripada World Wide Fund for Nature (2019),
menegaskan bahawa Malaysia antara pengguna plastik tertinggi dalam kalangan
negara serantau. Sikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk-pucuk
masing harus dibanteraskan dalam kalangan rakyat Malaysia agar semua orang
menyayangi alam sekitar. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna,
kita perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu perbuatan yang akan mencemarkan
alam sekitar. Tuntasnya, masyarakat yang penyayang mesti sentiasa menghargai
dan menyayangi alam sekitar supaya keaslian alam sekitar dapat dikekalkan.

Meneruskan agenda perbincangan yang terakhir, masyarakat penyayang


harus mempunyai ciri menyayangi haiwan. Hal ini dikatakan demikian kerana
apabila seseorang menyukai haiwan bermaksud dia tidak akan melakukan sebarang
10
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

tindakan yang mencederakan haiwan. Berdasarkan laporan Persatuan Haiwan


Malaysia, kes penderaan telah meningkat sejak tahun 2018. Oleh itu, Kita perlu
melayan haiwan sama dengan manusia kerana haiwan juga mempunyai nyawa.
Misalnya, apabila kita menampak seekor kucing di dalam longkang, kita boleh
menyelamatkan kucing itu dengan mengeluarkannya dari longkang. Selanjutnya, kita
boleh membela haiwan seperti kucing untuk menjadikan binatang kesayangan kita
kerana haiwan ini sentiasa tiada makanan dan tempat tinggal yang tetap malah akan
dicederakan oleh orang jahat. Implikasinya, haiwan liar dapat hidup dengan penuh
kasih sayang dan perlindungan yang secukupnya. Cuba bayangkan, jika tiada orang
yang baik hati untuk membela kucing tersebut, adakah mereka hidup dengan
selamat? Mereka akan sentiasa dibenci dan dijauhi oleh orang lain. Tak tumbuh tak
melata, tak sungguh orang tak kata, maka kita seorang manusia sepatutnya
memberikan kasih sayang kepada haiwan.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ciri-ciri masyarakat penyayang yang
boleh dibincangkan. Ingatlah peribahasa yang pipih tidak datang melayang, yang
bulat tidak dapat bergolek. Peribahasa ini bermaksud rezeki perlu diusahakan
kerana rezeki tidak akan datang secara automatik. Peribahasa ini perlu diterapkan
oleh semua rakyat agar semua rakyat memiliki ciri masyarakat penyayang. Oleh itu,
semua pihak yang terlibat perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing supaya
semua rakyat dapat mengamalkan sikap masyarakat penyayang. Masyarakat
penyayang dapat mendorong ekonomi negara dan meningkatkan maruah negara
kita di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas peta.
Lama-kelamaan, negara kita akan disanjungi oleh negara lain dan dapat setanding
dengan negara maju sehingga mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara tersebut. Akhirnya, saya berharap rakyat Malaysia dapat memupuk
sikap penyayang agar menafikan pandangan negatif negara-negara barat yang
suatu ketika dahulu menganggap negara kita sebuah negara yang penduduknya
tinggal di atas pokok dan bercawat. Sebagai penutup tinta, masih terdapat persoalan
yang berlegar-legar di gawang horizon masyarakat iaitu adakah masyarakat
penyayang merupakan lambang kemakmuran suatu negara? Sila fikirkan.
5. AKTIVITI MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK

Disediakan oleh :
1) Gurunathan – 5UM
2) Yong Feng – 5 UM

11
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

3) Adrian – 5 UM
Guru : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Cantik sungguh kilauan mutiara,


Jadi hantaran beralas dulang.
Semangat patriotik diperkasa segera,
Pasti masyarakat maju dan gemilang
Pantun di atas menggambarkan bahawa betapa pentingnya semangat
patriotik dalam membentuk masyarakat yang berjaya. Semangat patriotik ialah
semangat cinta akan negara yang perlu ada dalam masyarakat di negara ini.
Semangat patriotik yang tinggi dalam sesebuah kedaulatan negara akan terus
terpelihara. Namun begitu,s emangat patriotik ini perlu sentiasa disuburkan dalam
generasi muda hari ini untuk memastikan mereka tidak hanyut dibawa arus
kemajuan. Pada zaman dahulu, ketika nenek moyang kita menyebut serta
melafazkan Merdeka dengan suara bergetar yang mempunyai rasa dalam jiwa
kerana mereka berasa sangat terharu, sangat gembira dan sangat bersyukur.
Sebaliknya, pada zaman sekarang terdapat segolongan masyarakat tidak
mempunyai pengetahuan tentang kepentingan semangat patriotik. Hal ini amat
membimbangkan dan kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat dapat dipertingkatkan. Oleh sebab itu, masyarakat moden ini harus
mengetahui kepentingan semangat patriotik dengan melibatkan diri dalam aktiviti
memupuk semangat patriotik supaya Malaysia menjadi negara yang maju dan
makmur. Persoalannya ialah apakah cara pelbagai pihak untuk memastikan aktiviti
memupuk semangat patriotik yang efektif boleh dilakukan oleh masyarakat Malaysia
untuk mencapai sasaran tersebut.
Agenda pertama ialah pihak yang bertanggungjawab menyuburkan
semangat patriotik ialah media massa. Media massa seperti televisyen, akhbar
dan media arus kontemporari iaitu media sosial perlu menjalankan kempen cinta
akan negara. Kempen perlu dijalankan sama ada secara bercetak mahupun
disebarkan melalui media elektronik. Sebagai contohnya, kempen yang paling
efisien dijalankan melalui Zoom, Youtube dan Facebook dengan meletakkan iklan
sisipan pada video yang ditonton oleh pengguna media sosial dan mengadakan kem
motivasi memupuk semangat patriotik secara dalam talian. Hal ini dikatakan
demikian kerana kita sedang menghadapi pandemik Covid-19 yang serius yang

12
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

perlu mengelakkan hubungan secara fizikal. Hal ini juga menyebabkan kita
melakukan aktiviti-aktiviti secara dalam talian. Bertitik tolak daripada itu, pengunaan
media sosial dan media massa mempunyai banyak kebaikan. Dengan kata lain,
media sosial hendaklah digunakan sebagai sebaran maklumat yang dapat
meningkatkan semangat patriotik. Selain itu, kita perlu menonton filem yang
ditayangkan seperti ‘’Bukit Kepong’’, ’’Paloh’’ dan drama-drama yang berkaitan
dengan semangat patriotik di kaca televisyen. Hal inibersesuaian dengan peribahasa
tak kenal maka tak cinta. Oleh itu benarlah bahawa semangat patriotik boleh
disuburkan melalui media dengan melakukan aktiviti kempen cinta akan negara dan
menayangkan filem yang berunsurkan patriotik di kaca televesyen.
Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa juga memainkan peranan yang
paling penting dalam memupuk semangat patriotik dalam jiwa sanubari anak-
anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak yang masih belum
matang untuk berfikir akan sentiasa mencontohi tingkah laku ibu bapa mereka ibarat
kata pepatahbapa borek anak rintik. Dengan keadaan sedemikian, anak-anak akan
ingat dan meniru apa yang dilihat dan sering mendengar kata-kata ibu bapa mereka.
Oleh sebab itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan semangat patriotik dalam jiwa
anak mereka bagai menatang minyak yang penuh untuk mengelakkan anak-anak
remaja zaman kini dilihat sering terlibat dengan masalah sosial. Bukan itu sahaja,
ibu bapa juga perlu melibatkan diri bersama anak-anak mereka dalam mengibarkan
bendera ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga halnya dengan ibu bapa perlu melawat
bersama-sama anak-anak ke tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti
sekolah. Bak kata pepatah sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Jelaslah
bahwa ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dan mempunyai
peranan yang paling penting untuk memupuk semangat patriotik dalam masyarakat
Malaysia dan lebih spesifiknya kepada anak-anak ketika masih kecil.
Berdasarkan dimensi yang ketiga, pihak kerajaan dan pihak sekolah
mempunyai peranan yang besar dalam memupuk semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat dan murid. Pihak kerajaan perlu memastikan semua subjek
sejarah diajarkan di sekolah supaya murid-murid dapat mengambil tahu tentang
pengorbanan tokoh-tokoh negara kita dan cara pembentukkan Malaysia. Hal ini
boleh menyedarkan semua pelajar supaya mereka mempunyai semangat patriotik
yang tinggi. Seterusnya, pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai
13
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

pertandingan dan aktiviti yang boleh menaikkan semangat patriotik pelajar dalam
kelas. Pihak sekolah boleh melakukan pertandingan meghias kelas dengan
menggunakan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang pada Hari Kemerdekaan.
Aktiviti ini bukan sahaja memupuk semangat patriotik, dia juga mengeratkan
hubungan antara kaum. Sebagai contoh, seseorang pelajar Cina yang mahu
menghias dinding dengan menggunakan bendera, tetapi dia mempunyai ketinggian
yang rendah, oleh itu dia boleh panggil seseorang pelajar yang tinggi dan berlainan
kaum untuk membantunnya. Hal Ini telah membuktikan aktiviti pertandingan
meghias kelas sempena Hari Kemerdekaan boleh mengeratkan hubungan antara
kaum dan memupuk semangat patriotik. Semua orang boleh menyambut Hari
Kemerdekaan dengan cara yang berbeza contohnya, jika dalam "lockdown" pihak
sekolah boleh meminta pelajar-pelajar menyambut hari kemerdekaan dengan
menyanyi lagu-lagu patriotic di rumah mereka. Hal ini boleh menaikkan semangat
patriotik dalam kalangan murid walaupun mereka dalam situasi yang tidak sesuai
untuk menyambut hari kemerdekaan.
Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan
warganegara yang cinta akan negara dan pastinya akan menjadi individu yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara sendiri. Saya yakin rakyat Malaysia
mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh sebab itu,
seseorang yang memiliki semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa berusaha
untuk memajukan diri dan negaranya demi mencapai kemajuan dan pembangunan
dengan cepat seiring dengan negara-negara maju yang lain seperti peribahasa
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Oleh itu, semua pihak dan ibu bapa perlu
bersama-sama berganding bahu dan menggembleng tenaga bagai aur dengan
tebing bagi memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
disuburkan dan dipupuk dalam generasi yang akan datang. Dengan adanya usaha-
usaha pelbagai pihak yang begitu efisien pasti Malaysia menjadi maju dan cinta
akan negara. Sebaliknya, jika semangat patriotik tidak dititikberatkan, negara kita
akan menagalami kerugian yamg amat besar dan berlaku perselisihan antara
pelbagi kaum. Justifikasinya, negara kita akan mungkin dijajahkan oleh negara lain
kembali.

6. KEBAIKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

14
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

Disediakan oleh :
1) Gurunathan – 5UM
2) Yong Feng – 5 UM
3) Adrian – 5 UM
Guru : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Cantik sungguh kilauan mutiara,


Jadi hantaran beralas dulang.
Pelajar cemerlang diperkasa segera,
Pasti sekolah maju gemilang
Pantun di atas menggambarkan bahawa betapa pentingnya pelajar
cemerlang dalam membantu sekolah mencapai kecemerlangan. Pelajar yang
cemerlang ialah tunjang negara dan sangat penting kepada perkembangan negara.
Majlis Anugerah Kecermelangan adalah satu majlis istimewa yang disediakan untuk
pelajar-pelajar cermelang. Dalam Majlis tersebut, Pelajar–pelajar yang cemerlang
akan menerima anugerah mereka dalam bidang akedemik atau bidang sukan. Oleh
itu, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar adalah sangat penting bagi
menggalakkan pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang
tertentu. Pada zaman dahulu, pelajar tidak bersemangat dalam pelajaran kerana
Majlis Anugerah Kecemerlang Murid belum diwujudkan. Hal ini menyebabkan
kekurangan daya saing dalam kalangan pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana
mereka tidak mempunyai matlamat dalam pelajaran. Selain itu, pelajar yang ingin
menjadi pelajar yang cemerlang perlu mendapat keputusan yang cemerlang dalam
bidang akedemik. Oleh itu, pelajar susah menerima anugerah pada masa itu.
Sebaliknya , sistem pendidikan pada masa sekarang telah mewujudkan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang dapat mencungkil bakat pelajar bukan
sahaja dalam bidang akedemik tetapi juga dalam bidang lain seperti sukan.
Persoalannya, apakah kebaikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar?
Berdasarkan dimensi yang utama, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar
dapat memberi motivasi kepada pemenang anugerah dan juga pelajar yang
lain untuk belajar dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh. Motivasi ialah
keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang
mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk
mencapai kejayaan. Motivasi juga bermaksud sesuatu yang mendorong seseorang
berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat. Setiap manusia

15
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

memerlukan dorongan positif yang berasal dari luar dirinya sehingga dia boleh
menyedari keberadaan dan segala potensi yang ada pada dirinya. Dengan motivasi
itu, seorang individu boleh bertindak dengan tepat untuk mencapai impiannya. Oleh
itu, mereka boleh diberi motivasi dengan mengadakan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Pelajar. Selain itu, pemberian anugerah juga ialah suatu peneguhan
bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran mereka. Hal Ini telah membuktikan
betapa pentingnya motivasi dalam kalangan pelajar diperlukan pada masa ini dan
membuktikan bahawa anugerah cemerlang mempunyai peranan yang besar dalam
memberi motivasi kepada murid-murid yang kurang bermotivasi. Carilah ilmu sampai
dapat, jangan sampai putus harapan.
Seterusnya, pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar cemerlang
dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang turut menjadi kebanggaan ibu bapa.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak
mereka menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Selain itu, pelajar yang
cemerlang lebih senang untuk mendapat peluang pekerjaan pada zaman sekarang .
Oleh itu, ibu bapa mengambil prihatin terhadap anugerah pelajar di dalam sekolah
untuk memastikan masa depan pelajar menjadi cerah. Pelbagai usaha dilakukan
untuk memastikan anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam
pelajaran mereka. Sebagai contoh, mereka akan menghantar anak-anak mereka
menghadiri kelas tambahan supaya mereka dapat mengulangkaji dengan berkesan
dan efektif. Usaha-usaha ini telah dibuat oleh ibu bapa dengan tujuannya supaya
anak-anak menjadi pelajar yang cemerlang dalam sekolah . Apabila pencapaian
anak-anak diiktiraf, ibu bapa juga berasa bangga atas pengorbanan yang dilakukan
dari segi wang dan masa. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang secara tidak langsung
mengiktiraf pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa dan juga menjadikan mereka
bangga.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Majlis Anugereah
Kecemerlangan Pelajar membolehkan pihak sekolah menghargai pencapaian
tertinggi seseorang pelajar. Melalui majlis ini, pihak sekolah memberikan hadiah
sebagai pengiktirafan kepada pelajar cemerlang sama ada dalam akedemik
mahupun dalam kokurikulum. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sudah rajin
dan berusaha menjadi pelajar cemerlang, bak kata pepatah, rajin dan usaha tangga
kejayaan. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar yang menerima pengiktirafan daripada
pihak sekolah sudah pasti berbesar hati atas kejayaan yang dicapai. Bagi
16
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

membuktikan perkara ini pihak sekolah memberi ganjaran keputusan akademik dan
kokurikulum seperti piala, wang ganjaran, alat-alat tulis dan sebagainya. Dengan
berbuat demikian, pelajar-pelajar akan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk meningkatkan prestasi diri sehingga ke menara gading kelak kerana mereka
sedar bahawa jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Selain itu,
hadiah yang diberikan kepada pelajar cemerlang seperti akademik dalam PT3 dan
SPM sedikit sebanyak memberi dorongan supaya pelajar-pelajar lebih rajin belajar.
Penghargaan yang diberikan oleh pihak sekolah membolehkan pelajar terus
berusaha untuk kejayaan mereka pada masa hadapan. Jelaslah bahawa Majlis
Anugerah Kecermelangan Pelajar membolehkan pihak sekolah menghargai
pencapaian tertinggi seseorang pelajar.
Kesimpulannya, semua pihak perlu menunjukkan kerjasama dan
tanggungjawab mereka dalam mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar
supaya kebaikan-kebaikan ini dapat menjadi perangsang dalam kalangan murid.
Kerajaan perlu memastikan semua sekolah menyambut kejayaan murid-murid
dengan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dalam apa-apa situasi
termasuklah dalam keadaan pandemic Covid-19 ini. Pihak sekolah boleh
melaksanakan majlis ini dalam atas talian jika perintah kawalan pergerakan (PKP)
belum berakhir. Akhir sekali, diri sendiri mesti menunjukkan kerajinan yang paling
kuat supaya semua pihak gembira untuk memberi ganjaran kepada kita. Bak kata,
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-
senang kemudian. Peribahasa ini membawa maksud kita perlulah berusha dahulu
sebelum mencapai kejayaan. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Malaysia
Boleh!

BAHAGIAN B

17
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

1. BUDAYA PENYAYANG

Disediakan oleh :
1) Jing En – 5UM
2) Jin Mei – 5 UM
3) Chia Jun – 5 UM
Guru : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Cantik sungguh hiasan mutiara,


Jadi hantaran letak di dulang,
Budaya penyayang diperkasa segera,
Negara Malaysia maju gemilang.

Pantun di atas menggambarkan bahawa betapa pentingnya budaya


penyayang dalam membantu memakmurkan masyarakat Malaysia menjadi warga
yang berjaya terutamanya generasi muda pada masa kini. Sehubungan dengan itu,
peranan sekolah amat penting bagi membantu murid menjadi seorang yang
mempunyai sikap dan tingkah laku yang baik dengan memupuk budaya penyayang.
Pada suatu ketika dahulu, pelajar tidak melakukan perkara yang buruk dan negatif
terhadap diri sendirinya dan keluarganya serta sekolah. Sebaliknya, mereka akan
melakukan perkara yang terpuji untuk meningkatkan imej keluaraga. Selain itu,murid
pada zaman dahulu juga akan mengelakkan diri daripada gejala sosial untuk tidak
menjatuhkan maruah keluarga. Namun berbeza pula pada waktu kini, masalah
disiplin murid kerap menjadi bahan perbincangan dalam kalangan masyarakat dan
media. Masalah ini bukan sahaja menyusahkan murid-murid tetapi juga ibu bapa
mereka. Sesetengah murid terlibat dengan salah laku seperti buli dan vandalisme
harta benda di sekolah. Hal ini berlaku kerana mereka tidak ada rasa tanggungjawab
dan sayang akan sekolah. Tambahan pula, mereka juga kekurangan kasih sayang
daripada ibu bapa serta ahli keluarga yang lain. Oleh itu, mereka akan melakukan
perkara yang buruk untuk menarik perhatian daripada ibu bapa dan orang
sekelilingnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan perlakuan yang buruk ini
ibu bapa dapat meluangkan masa mereka untuk bersama dengan murid itu. Sebagai
contohnya, murid akan merosakkan harta benda di sekolah contohnya menconteng
dinding tandas, merosakkan kerusi meja sekolah serta membuang sampah merata-
rata di sekelilingi kelas. Kesannya, sekolah akan tidak ceria dan semakin serabut
walaupun sudah dibersihkan. Seterusnya, imej sekolah juga akan jatuh kerana

18
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

mempunyai anak murid yang nakal dan tingkah laku yang buruk. Pihak sekolah
mungkin akan dipandang rendah oleh sekolah lain. Oleh itu, untuk mengelakkan
perkara yang buruk ini berlaku, peranan pihak sekolah sangat penting untuk
mengambil pelbagai langkah bagi memupuk budaya penyayang dalam diri anak
murid sejak dari kecil ketika di sekolah.

Menyingkap jendela perbincangan yang utama, melalui aktiviti kokurikulum


dapat memupuk budaya penyayang dalam diri sendiri murid di sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana dengan bimbingan guru, murid dapat membentuk budaya
penyayang semasa melakukan aktiviti kokurikulum dengan cara yang betul.
Sementarahan pula, apabila melakukan aktiviti kokurikulum, murid dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di sekolah. Melalui aktiviti
bersukan, murid-murid akan melaksanakan tugas dalam bentuk kumpulan. Sambil
melaksanakan tugasan, mereka akan bekerjasama antara satu sama lain. Melalui
aktiviti ini, murid dapat memahami budaya penyayang dalam kumpulan masing-
masing dan mereka akan berfikir kebaikan untuk ahli kumpulan yang lain. Misalnya,
melakukan aktiviti unit beruniform dan aktiviti kelab persatuan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Selain itu, dengan melancarkan aktiviti kokurikulum murid juga dapat
memupuk sikap toleransi dalam kalangan pelajar. Murid dapat memupuk sikap
toleransi kerana menjayakan tugasan yang diberi oleh guru dengan cepat dan tepat.
Berdasarkan perkara ini, mereka akan mendengar pendapat setiap orang untuk
mengumpulkan idea dan cara yang paling sesuai bagi mencapai kejayaan.
Seterunya, pihak sekolah boleh menganjurkan pelbagai pertandingan yang boleh
disertai oleh pelajar di luar bilik darjah. Sebagai contohnya, pertandingan
koakademik seperti pantun, bahas dan pidato. Pelajar yang menyertai pertandingan
dapat merasakan bahawa mereka bertanggungjawab membawa kemenangan
kepada sekolah. Pada masa yang sama, disebabkan kerana penuh semangat murid
yang hendak meningkatkan imej sekolah, mereka dapat memupuk budaya
penyayang dalam diri sendiri. Natijahnya, pelajar dapat mengharumkan nama
sekolah dengan kemampuan yang dimiliki oleh mereka. Contoh ini menggambarkan
bahawa, budaya penyayang dalam diri murid dapat ditingkatkan. Pepatah melayu
ada menyatakan bahawa sambil menyelam minum air yang bermaksud sekali
melakukan pekerjaan dua tiga pekerjaan lain turut tercapai. Sesungguhnya pepatah
ini sangat mendokong situasi yang berlaku di sekolah pada masa ini. Nah, sudah

19
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

terang lagikan bersuluh, langkah ini merupakan langkah yang baik bagi pihak
sekolah untuk dilakukan demi memupuk budaya penyayang dalam diri murid.

Menerusi idea perbincangan yang kedua, pihak sekolah bertanggungjawab


dalam melahirkan masyarakat penyayang. Hal ini dikatakan demikian kerana
langkah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mewujudkan amalan guru
penyayang di sekolah ialah idea sangat baik dalam melahirkan insan dan
masyarakat yang penyayang. Sekolah merupakan tempat pelajar menuntut ilmu
yang disampaikan oleh guru dan merupakan rumah kedua bagi ramai murid kerana
murid dapat mendapat kasih sayang daripada guru-guru. Guru penyayang boleh
menunjukkan senyuman yang mesra kepada pelajar setiap pagi. Oleh itu, pelajar
juga akan berbalas senyuman gurunya. Senyuman bukan sahaja merupakan ubat
semula jadi untuk kesihatan, senyuman juga mempunyai suatu tenaga yang
menyampaikan kasih sayang kepada orang lain. Hal ini telah memupuk amalan
penyayang dalam kalangan pelajar dan mengeratkan hubungan guru dengan
pelajar. Situasi ini selaras dengan peribahasa iaitu bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Sebagai contohnya, semasa saya bersekolah di sekolah rendah, sekolah
saya pernah mengadakan suatu program iaitu Program Anak Angkat. Kita diberikan
satu guru sebagai ibu atau ayah kedua kita di sekolah. Matlamat utama program
tersebut adalah untuk memupuk amalan penyayang dalam kalangan pelajar di
sekolah. Ibu atau ayah angkat boleh membantu kita dari segi pelajaran dan emosi.
Apabila kita merasai kasih sayang yang penuh dari ibu kedua, maka kita juga akan
menyampaikan kasih sayang kepada orang yang lain. Selanjutnya, pihak sekolah
juga boleh menitikberatkan Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dalam pembelajaran. Kedua-dua subjek ini mengandungi
pelbagai nilai murni yang boleh diterapkan oleh pelajar dalam kehidupan mereka
supaya pelajar sentiasa bertindak wajar dan berkasih sayang. Akhlak yang baik
perlu ditanam di dalam kalbu setiap manusia terutamanya golongan remaja supaya
melahirkan masyarakat penyayang dengan lebih mudah. Oleh itu, didikan agama
dan moral oleh guru adalah wajib dilaksanakan di sekolah. Kesannya, semua pelajar
mengamalkan sikap penyayang semasa bergaul dengan kawan yang berbilang
kaum dan bangsa, perpaduan yang kukuh akan wujud di sekolah. Jika masyarakat
yang penyayang tidak wujud di sekolah, banyak kesan yang negatif akan berlaku di
sekolah. Masalah disiplin akan meningkat secara mendadak dalam kalangan pelajar

20
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

kerana semua pelajar tidak bertolak ansur dan sentiasa berlaku perselisihan antara
satu sama lain. Bak kata pepatah tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak
kata, sesuatu perkara tentulah ada sebabnya, maka amalan guru penyayang perlu
dilaksanakan di sekolah bagi memupuk budaya penyayang dalam diri murid sejak
dari kecil.

Menyingkap jendela perbincangan yang terakhir, pihak sekolah boleh


mengadakan aktiviti keceriaan bagi memupuk budaya penyayang dalam diri
murid. Sebagai seorang yang penyayang bukan sahaja menyayangi orang
sekeliling bahkan alam sekitar juga perlu disayangi dan dihargai oleh masayrakat
terutamanya generasi muda. Alam sekitar merupakan ciptaan daripada Tuhan untuk
mencorak kehidupan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, kawasan yang buruk
dan tidak ceria akan menjejaskan emosi serta kesihatan seseorang. Oleh itu, pihak
sekolah perlulah menganjurkan aktiviti keceriaan yang boleh melibatkan para murid.
Sebagai contohnya, aktiviti keceriaan yang boleh dijalankan ialah aktiviti gotong-
royong, pertandingan keceriaan kelas, membuat taman herba dan sebagainya.
Melalui aktiviti keceriaan yang dijalankan, guru dan pelajar bagai aur dengan tebing
membersihkan kelas dan kawasan sekolah. Sementara itu, hubungan silatutahim
antara guru dan pelajar akan dapat dieratkan. Selain itu, dengan suasana sekolah
yang bersih dan ceria, pelajar akan lebih fokus dalam sesi pembelajaran dan
keputusan peperiksaan dapat dipertingkatkan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
emosi pelajar akan terganggu dengan kawasan sekolah yang kotor. Bukan itu
sahaja, pihak sekolah juga boleh membawa pelajar membersihkan kawasan luar
sekolah seperti di tepi pantai, taman permainan, kawasan perumahan dan lain-lain.
Hal ini akan menarik perhatian masyarakat supaya mereka sedar diri dan berubah
sikap dalam penjagaan alam sekitar. Kesannya, pelajar yang sayang akan alam
sekitar dapat dilahirkan dengan melibatkan diri dalam aktiviti keceriaan. Contoh ini
menggambarkan bahawa, budaya penyayang seseorang itu mempunyai hubungan
yang erat dengan kawasan sekelilingnya. Jika seseorang itu mempunyai budaya
penyayang, kawasan di sekelilingnya mesti bersih dan ceria. Nah sudah jelas
bahawa, program keceriaan dapat memupuk budaya penyayang dalam diri murid di
sekolah dan memberikan mereka banyak kebaikan ketika remaja membesar kelak.
Budaya yang telah dipelajari dan dipupuk sejak daripada kecil akan diamalkan
dalam kehidupan yang seterusnya walau di mana mereka berada. Maka jelaslah,

21
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

melalui aktiviti keceriaan menyebabkan budaya penyayang dapat dipupuk dengan


mudah.

Kesimpulanny bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa pihak


sekolah memainkan peranan yang singnifikan untuk memupuk budaya penyayang
dalam kalangan pelajar. Namun begitu, obligasi untuk melahirkan generasi yang
penyayang di negara kita tidak seyogianya diletakkan atas pundak pihak sekolah
sahaja. Oleh itu, semua pihak tanpa mengenal batasan usia dan warna kulit
perlulah bersinergi ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk
memupuk budaya penyayang sejak kecil, Hal ini dikatakan demikian kerana,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadikanlah budaya penyayang dalam
kalangan masyarakat bagi menghasilkan suasana yang bahagia dan kehidupan
yang lebih bermakna. Sehubungan dengan itu, peranan ibu bapa amat penting untuk
melahirkan murid yang mempunyai budaya penyayang yang baik. Ibu bapa
merupakan suri teladan kepada anak-anak untuk menjadi seorang yang penyayang.
Dengan peranan mereka, ibu bapa perlulah menunjukkan sikap yang penyayang
dalam kehidupan seharian. Contohnya, ibu bapa perlulah sentiasa memastikan
kebersihan di rumah dan di sekelilingi rumah. Anak -anak akan mengikuti sikap yang
dilakukan oleh ibu bapa, oleh itu ibu bapa perlulah menjadi seorang yang
penyayang. Selanjutnya, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting
untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan masyarakat. Pihak kerajaan
perlulah mengetatkan peraturan dan undang-undang dan memberikan hukuman
yang sepatutnya kepada masyarakat yang telah mencemarkan keceriaan alam
sekitar. Pelbagai akta dinubuhkan untuk memastikan masyarakat mematuhi dan
kebersihan dan kesihatan alam sekitar. Kesannya, pembalakan haram tidak berlaku
dan ekosistem kekal stabil. Oleh itu, budaya penyayang amat penting untuk
kehidupan harian kita, bukan sahaja terhadap alam sekitar. Pendek kata, kita
perlulah memupuk budaya penyayang dalam diri sendiri sejak dari kecil. Jika
sesebuah negara mempunyai rakyat yang tidak bersikap penyayang, apakah yang
akan terjadi kepada keceriaan dan ekonimi negara tersebut?

22
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

2. PERANAN IBU BAPA DALAM MELAHIRKAN KELUARGA YANG BAHAGIA.


Disediakan oleh :
1) Jing En – 5UM
2) Jin Mei – 5 UM
3) Chia Jun – 5 UM
Guru : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Manis gadis rambut bersanggul,


Menuju desan jalannya sopan;
Sepakat muafakat perkara yang unggul,
Bahagia keluarga amalan kehidupan.

Pantun di atas menggambarkan betapa pentingnya permuafakatan dan


hubungan yang baik untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. Dalam institusi
kekeluargaan, ibu bapa merupakan tunjang utama ke arah pembentukan keluarga
bahagia. Pada zaman dahulu, hubungan ahli keluarga adalah begitu erat seperti isi
dengan kuku, tetapi pada zaman ledakan teknologi ini, kebahagiaan keluarga
digadaikan untuk mengejar kebendaan. Antara faktor yang menyebabkan institusi
kekeluargaan masyarakat runtuh ialah kesibukan dalam kerjaya dan pelajaran,
ketaasuban terhadap wang ringgit dan kebendaan serta pengaruh budaya barat.
Pada hakikatnya, keluarga merupakan tempat kehidupan kita bermula. Keluarga
merupakan tempat kita membesar, tempat kita berubah daripada seorang kanak-
kanak yang nakal kepada seorang remaja dan seterusnya seorang dewasa yang
matang. Ahli keluarga merupakan insan yang terdekat dengan kita. Hanya ahli
keluarga yang akan sedaya upaya menghulurkan bantuan kepada kita apabila kita
menghadapi masalah tanpa meminta balasan. Sebenarnya, keluarga yang bahagia
sangat penting untuk tumbesaran seorang anak. Ironinya, isu institusi kekeluargaan
yang negatif sering berlaku. Isu penderaan anak, pembuangan bayi dan sumbang
mahram sering dipaparkan di dada akhbar. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia,
pada tahun 2018, terdapat 206253 bilangan perkahwinan dan 50356 bilangan
perceraiaan. Angka kes perceraian sangat membimbangkan kerana nisbah bilangan
perceraiaan kepada bilangan perkahwinan 2018 ialah kira-kira 1:4. Oleh itu, pelbagai
langkah yang drastik, istiqamah dan proaktif perlu disegerakan. Persoalan yang
berlegar-legar di denak fikiran ialah apakah peranan ibu bapa dalam melahirkan
keluarga yang bahagia.

23
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

Agama dan didikan moral merupakan elemen yang terpenting dalam


kehidupan seseorang. Menyingkap agenda perbincangan yang pertama, ibu bapa
perlu memberi didikan agama dan moral yang sempurna kepada anak-anak untuk
membentuk keluarga yang bahagia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
didikan ialah cara mendidik, latihan atau ajaran agar seseorang bertambah baik dari
semua aspek. Hal ini dikatakan demikian kerana, seseorang yang berpegang teguh
dengan didikan agama tidak akan melakukan sebarang perkara yang bercanggah
dengan ajaran agama. Ibu bapa perlu membawa anak-anak ke sekolah agama sejak
kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selapas itu, ibu bapa juga perlu
memastikan anak-anak solat lima waktu pada setiap hari bagi keluarga Islam dan
sembahyang mengikut cara masing-masing bagi keluarga Buddha, Hindu dan lain-
lain. Ibu bapa juga perlu sentiasa mendedahkan anak-anak dengan didikan agama
dan moral. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak agar mengamalkan nilai-nilai murni
dalam keluarga. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan adalah toleransi, saling
menghormati dan menyayangi ahli keluarga. Pada masa yang sama, ibu bapa juga
perlu menegur anak-anak jika anak-anak bergaduh atau bertelingkah dengan adik-
beradik. Jika diperlukan, hukuman yang setimpal perlu dikenakan kepada anak-anak
yang bergaduh agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama. Antara
hukuman yang boleh dikenakan ialah denda menulis karangan, denda rotan dan
denda ketuk ketampi. Implikasinya, anak-anak akan dididik menjadi seorang insan
yang menyayangi dan menghargai keluarga. Oleh itu, anak-anak akan berbaik-baik
dengan ahli keluarga. Apabila mereka besar kelak, mereka juga akan sentiasa
pulang ke rumah untuk meneman ibu bapa dan adik-beradik. Tegaslah bahawa
didikan agama dan didikan moral perlu diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak
untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Membuka agenda perbincangan yang kedua, ibu bapa perlu menjadi suri
teladan yang baik kepada anak-anak dalam melahirkan keluarga yang bahagia.
Suri teladan ialah contoh baik yang perlu diikuti supaya kita menjadi insan yang lebih
baik. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa merupakan insan yang paling
dekat dengan anak-anak dan anak-anak akan mengikut jejak perbuatan ibu bapa
mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu berinteraksi dan berkomunikasi dengan sopan dan
lemah lembut. Ibu bapa perlu saling menghormati antara satu sama lain. Di samping
itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa untuk menemani ahli keluarga. Apabila

24
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

anak-anak melihat keharmonian kedua-dua ibu bapa mereka, mereka juga akan
meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi dengan ahli keluarga kerana bapa
borek anak rintik. Cuba fikirkan, adakah anak-anak akan balik ke kampung untuk
meneman kita apabila mereka sudah dewasa sekiranya kita tidak membawa anak-
anak menziarahi datuk dan nenek mereka? Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu
mengelakkan segala perbuatan negatif yang akan mempengaruhi anak-anak.
Tamsilnya, ibu bapa tidak boleh bertengkar dan bapa pula tidak boleh mendera isteri
atau anak kerana perbuatan-perbuatan negatif ini bukan sahaja menjejaskan
perkembangan jiwa anak-anak tetapi juga akan menjejaskan hubungan
kekeluargaan. Jika pertelingkahan dan pergaduhan sentiasa berlaku maka sudah
pasti anak-anak akan bergaduh dengan adik-beradik. Rumah akan menjadi neraka
kepada anak-anak. Adalah lebih malang lagi, apabila anak-anak berumah tangga
kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak kesudahan, iaitu sejarah yang
telah diwarisi oleh mereka daripada ibu bapa mereka. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa mestilah menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak dalam melahirkan
keluarga bahagia. Kesannya, anak-anak juga akan mengikut jejak segala perbuatan
ibu bapa yang baik, sudah pasti, keluarga bahagia akan dapat diwujudkan. Tak
tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa antara peranan ibu bapa
dalam pembentukan keluarga bahagia ialah ibu bapa perlu menunjukkan suri
teladan yang baik.

Stastistik telah menunjukkan bahawa hampir 70 peratus ibu bapa bekerja dan
50 peratus ibu bapa bercakap dengan anak-anak melebihi 30 minit sehari. Statistik
ini amat membimbangkan. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi perhatian dan kasih
saying yang mencukupi kepada anak-anak untuk membina keluarga yang
sempurna dan bahagia. Kasih sayang ialah belas kasihan manakala perhatian
ialah keinginan atau kesukaan terhadap sesuatu. Hal ini dikatakan demikian kerana,
kasih sayang dan perhatian merupakan elemen terpenting dalam perkembangan
mental anak-anak. Hukama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang
kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk ialah yatim. Perkataan yatim
begitu menyedihkan tetapi itulah hakikat yang sebenar. Oleh itu, ibu bapa perlu
meluangkan masa untuk menemani ahli keluarga. Ibu bapa boleh melancong ke
tempat menarik atau berkelah di tepi pantai bersama dengan ahli keluarga pada
setiap hujung minggu. Ibu bapa juga perlu melancong ke destinasi menarik sama

25
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

ada di luar negara mahupun di dalam negara bersama-sama ahli keluarga pada
setiap tahun mengikut kemampuan ekonomi seperti peribahasa ukur baju di badan
sendiri. Di samping itu, ibu bapa juga perlu sentiasa prihatin terhadap anak-anak. Ibu
bapa perlu senantiasa prihatin akan perkembangan mental dan fizikal anak-anak.
Sekiraya anak-anak kelihatan sedih, ibu bapa perlu bertanya anak-anak tentang
masalah yang dihadapi oleh mereka. Ibu bapa juga perlu berbincang dengan anak-
anak dan memberi nasihat dan cadangan untuk menyelesaikan masalah. Ibu bapa
juga perlu mengenali rakan-rakan anak mereka supaya anak-anak tidak bergaul
dengan rakan yang berkelakuan negatif kerana bersahabat dengan juara, selilit
benang bulang tahu juga. Jika ibu bapa mencurahkan kasih sayang yang penuh dan
perhatian yang cukup kepada anak-anak, anak-anak pasti akan membesar dalam
keadaan yang baik. Selepas itu, keluarga akan menjadi harmoni dan bahagia kerana
kasih sayang telah menjadi amalan dan sebati dalam institusi kekeluargaan. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlu memberi kasih sayang dan perhatian
yang mencukupi kepada anak-anak agar institusi keluarga yang bahagia dapat
dibentuk.

Kesimpulannya, terdapat seribu satu peranan yang perlu dimainkan oleh ibu
bapa dalam melahirkan keluarga yang bahagia. Peribahasa Melayu ada berbunyi, ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Peribahasa tersebut bermaksud
mengharungi kesusahan dan kesenangan bersama-sama. Peribahasa ini perlulah
dihayati oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya pihak keluarga untuk
mewujudkan institusi kekeluargaan yang bahagia. Semua pihak perlu berganding
bahu dan menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk mewujudkan
institusi kekeluargaan yang bahagia dalam masyarakat Malaysia. Pihak kerajaan,
terutamanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Malaysia perlu mengadakan kempen berkaitan keluarga kepada masyarakat.
Selepas itu, pihak media massa perlu mengiklankan iklan kepentingan institusi
kekeluargaan yang bahagia dan menayangkan rancangan berasaskan keluarga.
Pihak sekolah hendaklah mendidik pelajar-pelajar untuk menyayangi dan
menghargai ahli keluarga melalui subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Ibu bapa pula hendaklah berusaha
membentuk keluarga yang harmoni. Setiap ahli keluarga hendaklah memainkan
peranan-peranan masing-masing dalam mewujudkan keluarga bahagia. Dengan

26
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

adanya usaha-usaha pelbagai pihak yang begitu efisien, institusi kekeluargaan


masyarakat Malaysia pasti manjadi bahagia dan sempurna. Walaupun Malaysia
merupakan titik kecil di peta dunia, malah usaha-usaha Malaysia untuk mewujudkan
keluarga bahagia boleh dijadikan teladan kepada dunia. Keluarga bahagia,
masyarakat terbilang. Keluarga yang bahagia mampu melahirkan generasi muda
yang cemerlang. Seterusnya, generasi muda yang merupakan tonggak negara akan
memimpin negara untuk terus maju dan setanding dengan negara maju yang lain
seperti duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Sekiranya peranan-peranan ibu
bapa untuk membentuk keluarga bahagia tidak disegerakan, hasrat pembentukan
keluarga bahagia akan menjadi impian dan angan-angan Mat Saleh. Sebagai
penutup tinta, masih terdapat persoalan yang bermain di gawang horizon pemikiran
masyarakat bahawa apakah yang akan berlaku sekiranya keluarga yang tidak
bahagia diwujudkan? Fikir-fikirkan.

3. SEMANGAT KEJIRANAN

Disediakan oleh (murid) :


1) Syazmel – 5UM
2) Syamil – 5 UM
3) Aisyah – 5 UM
Penyemak : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan


iktisad negara yang kian membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul
sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun begitu, isu memupuk
semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia.
Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari
semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan
membudayakan hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai satu perasaan
yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit
bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara

27
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat


tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah
Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan,
belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita
ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan yang
melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, beberapa langkah yang
pragmatik harus diambil bagi memupuk semangat kejiranan kepada semua lapisan
masyarakat.

Langkah yang paling pragmatik untuk memupuk semangat kejiranan ialah


ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa
merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi
teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai
contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun
mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah
tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk
semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran
dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat
yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu
bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama
dalam mentadbir membangunkan negara ke arah kemajuan negara pada masa
akan datang. Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

Memetik wasitah nirmala seterusnya, uslub lain untuk memupuk semangat


kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun
tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini kerana
program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan
kawasan perumahan terutama pada malam hari. Anggotanya membabitkan semua
pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga
keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga
akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia, agama dan status.
Secara ghalibnya, senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai
isi dengan kukusekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki. Menurut Tun

28
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh
itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat
kejiranan yang utuh dan bersatu padu.

Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah dengan
mengadakan aktiviti gotong-royong oleh ahli komuniti atau badan bukan
kerajaan (NGO). Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan
bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai
contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong adalah seperti
membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan
sebagainya. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-
kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu
mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan
melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta.
Selepas mengenali hati budi antara satu sama lain barulah benih-benih kasih
sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan di samping
dapat menerapkan pelbagai nilai murni. Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri
pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-
royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja,
kawasan kediaman juga akan menjadi bersih dan terpelihara daripada penyakit
demam denggi. Jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan
majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini
dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam
kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan
khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih dekat.
Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat
berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang
disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah
terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Maka, dengan adanya
pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiap
sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan

29
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

sayang-menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan, “serumpun seperti
serai, seikat seperti sirih”. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian dari Universiti Sains
Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran program “Rumah Terbuka
Kebangsaan” dalam mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buah
kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek kata, majlis rumah terbuka
mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya


kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk
dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita
digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah
dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke
hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana
menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun
sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan
terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi,
kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran
kita. Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang dialami
oleh jiran kita. Izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.

Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah


disimpulkan bahawa terdapat beberapa langkah yang dapat dipraktikkan untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era
globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang
lain semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan
seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh. Oleh itu, kita perlu memupuk semangat kejiranan bermula daripada
sekarang. Cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus subur mewangi
dalam kehidupan kita sehari-hari. Golongan remaja seharusnya menyuburkan
semangat kejiranan kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai
corak pemerintahan pada masa hadapan. Namun begitu, kita tidak seharusnya
meletakkan usaha ini pada bahu satu pihak kerana bertepuk sebelah tangan tak

30
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

akan berbunyi. Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi ibarat berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing untuk menghidupkan semangat kejiranan di negara kita. Allah
berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”. Semoga
Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh.

4. USAHA MELESTARIKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Disediakan oleh (murid) :


1) Syazmel – 5UM
2) Syamil – 5 UM
3) Aisyah – 5 UM
Penyemak : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Bunga layu di dalam taman,


Bunga ditanam di tepi gerun,
Permainam tradisional jangan dilupakan,
Menjadi kebanggaan turun-temurun.

Pantun di atas menggambarkan bahawa betapa pentingnya permainan


tradisional dalam membantu masyarakat malaysia menjadi warga yang berjaya.
Sehubungan dengan itu, permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas walaupun popularitinya semakin
berkurangan, Pada zaman dahulu, permainan tradisional disanjung tinggi oleh rakyat
namun pusaka itu dipandang rendah oleh zaman sekarang akibat terlalu obses
dengan budaya barat sehingga warisan turun-temurun nenek moyang disisihkan
dengan mudah sekali. Antara contoh permainan tradisional ialah congkak, wau,
gasing ,batu seremban, layang-layang dan sebagainya yang sesuai untuk dimainkan
oleh semua bangsa, kaum juga umur. Malangnya, generasi muda hari ini tidak
mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi
yang begitu pesat. Mereka juga terlalu taksub dengan budaya barat seperti lagu-lagu
yang dinyanyikan oleh Justin Bieber, Selena Gomez,Shawn Mendes, Taylor Swift

31
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

dan lain-lain sehingga melupakan permainan tradisional tanpa disedari. Oleh itu, ini
adalah tanggungjawab semua pihak untuk berganding bahi dalam melestarikan
permainan tradisional terutama pada golongan remaja. Hal ini dikatakan demikian
kerana, remaja memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman
kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita
sentiasa subur dalam sanubari. Persoalannya, apakah usaha-usaha bagi setiap
pihak dalam melestarikan permainan tradisional?

Berdasarkan agenda perbincangan yang utama, ibu bapa adalah antara


pihak yang amat penting bagi melestarikan permainan tradisional. Hal ini
demikian kerana, mereka merupakan suri teladan yang terdekat dalam membentuk
permikiran remaja ke arah kebaikan. Jika ditelusuri secara mendalam, antara yang
boleh diimplementasikan ialah ibu bapa menggalakkan anak-anak dalam bermain
permainan tradisional di rumah. Hal ini kerana, anak-anak berpeluang untuk
mengetahui tentang permainan tradisional secara mendalam serta telah menambah
ilmu pengetahuan. Tambahan pula, mereka akan berkongsi segala tentang
berkaitan permainan tradisional kepada rakan-rakannya dan tertarik ingin bermain
bersama. Secara tidak langsung, keadaan ini telah menambah jumlah golongan
remaja yang meminati permainan tradisional. Selain itu, ibu bapa bapa perlulah
mengajar anak-anak cara bermain permainan tradisional supaya mereka dapat
bermain dengan betul. Pada zaman dahulu, ibu bapa akan mengisikan waktu mereja
untuk bermain permainan tradisional bersama anak anak namun berpaling pada
zaman sekarang. Ibu bapa zaman sekarang terlalu sibuk akan kerja sehingga
terlupa tanggungjawab di rumah. Kesannya, anak-anak berasa bosan dan sentiasa
bermain game seperti ps4, ps2,ps5 dan lain-lain. Kehidupan anak-anak akan sunyi
tanpa perhatian ibu bapa di rumah, keadaan itu membuat permainan game yang
serba moden adalah rutin harian mereka untuk bermain. Alangkah seronoknya, jika
semua ibu bapa dapat mengisikan masanya sedikit untuk bermain permainan
tradisional bersama anak-anak supaya suasana bertambah seronok. Oleh itu, ibu
bapa perlulah memberikan perhatian kepada anak-anak mereka dan memberikan
hadiah permainan tradisional sempena hari jadi. Hal ini, mereka akan menghargai
setiap pemberian yang diberikan dan semangat untuk bermain. Dengan ini, ibu bapa
perlu menjadi tulang belakang anak-anak bagi melestarikan permainan tradisional di
dalam Malaysia.

32
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

Meneruskan idea perbincangan yang kedua, usaha melestarikan


permainan tradisional adalah peranan sekolah agar mengadakan kegiatan
kokurikulum yang berkaitan permainan tradisional. Kanak-kanak di peringkat
prasekolah haruslah didedahkan kepada permainan tradisional bak kata
peribahasaa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sehubungan dengan itu, pihak
sekolah haruslah menubuhkan kelab dan pertandingan permainan tradisional
supaya para pelajar dapat disuntik ilmu tentang cara membuat alat permainan, cara
bermain dan lain-lain lagi kepada pelajar. Sebagai contoh permainan tradisional
ialah permainan congkak, mencipta wau sobek, gasing atau bermain sepak raga.
Bukan sahaja mengadakan pertandingan, tetapi langkah mewajibkan permainan ini
di sekolah turut mampu memupuk minat dalam jiwa remaja. Tindakan ini bertujuan
menyemarakkan semangat pelajar dan memahirkan diri mereka terhadap teknik
bermain permainan tradisional, bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan dan memastikan semua pelajar akan menyertai satu permainan tradisional
sebagai aktiviti kokurikulum mereka. Hal ini demikian kerana, jiwa para pelajar yang
ingin mencuba perkara baru akan tertarik perhatiannya untuk menyertai kegiatan
kokurikulum berdasarkan permainan tradisional ini kerana mereka kurang terdedah
dengan permainan tersebut. Keadaan ini membuatkan pelajar terhindar daripada
melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti ponteng sekolah, melepak,
merempit dan sebagainya. Maka, semakin ramai remaka zaman sekarang yang
mengenali dan berminat terhadap permainan tradisional. Selain itu, pihak sekolah
pihak juga perlu mengadakan kuiz tentang permainan tradisional setiap lima minit
pagi sebelum perhimpunan dan menghadiahkan mereka dengan permainan
tradisional. Hal ini demikian kerana, pelajar akan berusaha untuk mempelajari
tentang permainan tradisional supaya memenangi kuiz tersebut. Oleh itu, tindakan
mengadakan kagiatan kokurikulum berdasarkan permainan tradisional di sekolah
berupaya mengekalkan kewujudan permainan ini pada saat masa yang panjang.

Berdasarkan idea terakhir, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai


permainan tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk
mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu
dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan
berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar
dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari

33
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing,


congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak
media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan
permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus
dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran,
peraduan melukius poster dan lain-lain lagi. Melalui proses tersebut, permainan
tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan
kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Selain itu, kerajaan juga perlu
membina lebih banyak kemudahan untuk permainan tradisional. Pembinaan
kawasan padang dan gelanggang khas membolehkan lebih banyak rakyat negara ini
turut melibatkan diri dalam permainan tradisional yang memberi banyak kesan positif
kepada rakyat Malaysia seperti manyatu padukan dan mengeratkan silaturahim
sesama masyarakat. Suasana yang meriah sebegini pasti memberikan impak positif
kepada masyarakat. Mereka melihat permainan ini sebagai sesuatu yang penting
dalam kehidupan harian mereka. Sesungguhnya, lebih banyak kawasan khas
permainan ini disediakan semakin bertambahlah minat masyarakat kita untuk
bermain permainan tradisional. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang
dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi
semakin popular khususnya kepada generasi baru.

Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya


mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan
tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia
sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara
maju pada tahun 2021, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit
yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek
moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah
budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam
warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka
ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan
menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian
negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Permainan
tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam kalangan generasi
muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan kembali

34
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan tradisional
warisan berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama
dan iltizam semua pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita
sampai bila-bila. Hal ini demikian kerana permainan tradisional membawa banyak
kebaikan kepada masyarakat dan negara. Dalam bidang pelancongan misalnya
permainan tradisional dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Khazanah permainan
tradisional, sekiranya tidak dikekalkan akan melenyapkan identiti bangsa. Semoga
warisan negara yang berharga ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

5. MASALAH DISIPLIN – PERANAN IBU BAPA

Disediakan oleh (murid) :


1) Sopiya – 5UM
2) Fateha – 5 UM
3) Hanani – 5 UM
Penyemak : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapa yang akan
mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalam masa depannya.
Ibu bapa merupakan penjaga kita dalam kehidupan sejak kita kecil lagi dan
merupakan watak penting bagi memuliakan kehidupan kita. Maka, ibu bapa perlu
memastikan bahawa anak-anaknya mendapat keperluan kehidupan yang sempurna
serta peluang mendapat pendidikan. Sehubungan dengan itu, masalah disiplin
dalam kalangan remaja menjadi bualan hangat dari bibir ke bibir umat manusia di
segenap empat penjuru dunia. Masalah disiplin anak-anak muda sering terpampang
di dada-dada akhbar dewasa ini seperti buli dan ponteng sekolah. Disiplin adalah
kelakuan yang berteraskan peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah institusi
yang harus dipatuhi. Selain guru dan pihak sekolah ibu bapa memainkan peranan
yang besar dalam menangani masalah pelajar. Dalam konteks ini, peribahasa
melayu seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya, harus diaplikasikan oleh ibu
bapa di rumah. Masalah pelajar boleh dibendung jika ibu bapa mendidik mereka
sejak kecil lagi. Anak-anak membesar di rumah bersama ibu bapa hingga mencapai

35
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

usia yang sepatutnya mereka akan melangkah keluar dari rumah untuk
mendapatkan pendidikan selanjutnya di tadika dan sekolah. Menurut Dr.Hassan
Ali,Pengarah Akedemi Keluarga Bahagia Malaysia, kesejahteraan bermula dari
rumah, maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh
kedamaian dan keindahan kepada anak-anak. Tahukah anda pada zaman dahulu
ibu bapa tidak mengambil berat akan masalah disiplin anak-anak mereka
menyebabkan mereka terjerumus ke dalam masalah disiplin. Pada zaman kini, ibu
bapa sudah sedar tentang masalah disiplin dalam kalangan anak-anak mereka
menyebabkan masalah ini sering diperkatakan pada masa kini. Dalam hal ini, ibu
bapa amat berperanan bagi membentuk akhlak anak-anak. Persoalannya, apakah
peranan ibu bapa membendung masalah disiplin anak-anak daripada berleluasa?

Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, ibu bapa merupakan suri teladan
yang terdekat dengan kehidupan anak-anak. Ibu bapa ialah insan yang
melahirkan, membesarkan, mengasuh, mendidik dan menyediakan keperluan dari
kecil hingga dewasa. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu memastikan segala
tingkah laku dan pertuturan anak-anak kerana segala perlakuan ibu bapa akan
diperhatikan oleh anak-anak. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa mereka
merupakan cermin kepada anak-anak. Jika di sekolah guru mencari contoh atau suri
teladan mana kali rumah kulit buah apa yang menjadi suri teladan kepada anak-
anak. Ibu bapa mestilah bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan
disiplin anak-anak dan menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi mengelakkan
mereka terjebak dalam kancah negatif. Sementelahan pula, ibu bapa mestilah
mempamerkan disiplin yang tinggi terhadap anak-anak. Pepatah Melayu ada
menyatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Maksud pantun
ini ialah baik buruk ibu bapa mereka sedikit sebanyak turun kepada anaknya.
Sesungguhnya pepatah ini sangat mendukung situasi bahawa sedikit ibu bapa di
rumah menjadi contoh kepada anak-anak. Dis samping itu jika bapa mempamerkan
sikap yang baik di rumah anak-anak tidak akan melakukan perkara yang menyalahi
peraturan atau undang-undang seperti merokok pada sekolah budi dan vandalisme.
Cuba kita bayangkan dapatkah ibu bapa yang mempunyai baik buruk seperti
menghisap dadah mendidik anak-anak mereka agar tidak akan tidak
menyalahgunakan dadah juga? Sebaliknya ,ibu bapa melakukan perkara yang baik
seperti membuang sampah ke dalam tong sampah membolehkan anak-anak

36
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

mereka akan mencuci perkara baik tersebut. Misalnya, 95 peratus masalah disiplin
berpunca daripada keluarga yang masalah kata pakar motivasi Dato Dr Fadzilah
Kamsah. Contoh ini menggambarkan bahawa keluarga sangat memainkan peranan
yang besar dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Kesannya, anak-anak akan
mengalami tekanan emosi dan berkelakuan tidak terkawal. Mereka akan
menghabiskan masa diluar rumah bersama-sama rakan yang menghadapi masalah
yang sama hingga larut malam. Seterusnya mereka akan melakukan perkara yang
tidak elok seperti menyalahgunakan dadah. Pepatah Melayu ada menyatakan
bahawa ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Sesungguhnya pepatah ini sangat
mendokong bahawa ibu bapa perlu menjadi suri teladan yang baik kita mahu anak-
anak mereka berdisplin. Tak tumbuh tak melata tak sungguh kita orang berkata
bahawa sikap anak-anak melambangkan juga sikap ibu bapa mereka.

Hadis nabi berbunyi bahawa tiada pemberian yang lebih baik daripada ibu
bapa kepada anak – anak melainkan peribadi yang teratur . Peranan ibu bapa
dalam memberikan didikan agama dan ajaran moral yang teguh berkait rapat
dengan hadis tersebut dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa .
Didikan agama dan moral amat penting dalam membentuk sahsiah anak – anak
apabila sudah besar nanti . Ibu bapa perlu menitikberatkan ajaran agama kepada
anak-anak sejak setahun jagung lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya . Didikan agama merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh
keimanan anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar
tatasusila . Kesannya anak – anak akan bijak dalam membezakan antara yang batu
dengan permata . Anak anak juga akan tidak mudah terpengaruh dengan anasir
-anasir negatif yang memberi kesan yang buruk kepada mereka seperti menghisap
dadah , mencuri dan melakukan vandalisme . Ibu bapa juga harus menitikberatkan
ajaran agama seperti tidak mengabaikan solat kerana solat dapat mencegah
kemungkaran .Sebagai penjaga mereka, ibu bapa harus memperhatikan tingkah
laku anak-anak . Segala tingkah laku anak-anak ibu bapa perlulah mengambil tahu
dengan siapa mereka berkawan,dimana mereka pergi,apa yang mereka lakukan
ketika tiada bersama mereka dan sebagainya, kerana peranan ini dapat
mengelakkan anak-anak dari terjebak dalam perkara yang membawa kerosakan
akhlak dan moral meraka . Oleh itu , dengan ajaran agama dan moral yang mantap

37
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

anak – anak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi individu yang berketerampilan
yang baik dan berwibawa .

Menyingkap jendela perbincangan seterusnya, ibu bapa berperanan untuk


mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Secara
umumnya, kasih sayang dimaksudkan sebagai perasaan yang lahir daripada hati
yang ikhlas. Sehubungan dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa
untuk menyayangi anak-anaknya walaupun anak itu tidak sempurna fizikal, bodoh,
mahupun seorang yang bermasalah. Hal ini dikatakan demikian kerana, anak-anak
merupakan anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan kepada pasangan suami isteri.
Sebenarnya jika hal ini ditelusuri dengan lebih mendalam, menjadi kewajipan
sebagai ibu bapa menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak melepaskan
batuk ke tangga. Hal ini dikatakan demikian kerana pada alaf globalisasi ini
kebanyakan ibu bapa terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak di
rumah berasa diabaikan dah tersisih bagai peribahasa kera di hutan disusukan anak
di rumah mati kelaparan. Situasi ini akan mengganggu emosi anak-anak dan
sekaligus menyebabkan masalah disiplin dalam diri anak-anak misalnya terjebak
dalam masalah sosial, membuli dan merokok. Tambahan lagi, menurut Doktor Ting
Chew Peh segelintir murid yang ponteng sekolah adalah berkait rapat dengan isu
keruntuhan rumahtangga. Justeru itu, ibu bapa perlu menjaga, membesarkan dan
menyediakan keperluan yang mencukupi untuk anak-anak. Oleh demikian itu,
semua perkara yang berlaku pasti terdapat sebab-sebab yang mendorongnya
kerana pepohon tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa ibu bapa yang mencurah kasih sayang kepada anak-anak bagai
menatang minyak yang penuh dapat membendung berlakunya masalah disiplin
dalam kalangan anak-anak.

Bulan semakin terang bayang kian jelas bahawa peranan ibu bapa adalah
amat penting untuk membendung masalah disiplin dalam diri anak-anak. Hal ini
dikatakan demikian kerana, anak-anak yang merasakan dirinya disisihkan dan tidak
dipedulikan dek kerana ibu bapa terlalu mementingkan kerjaya akan menyebabkan
emosi anak-anak terganggu dan mulai memberontak. Hadis Rasulullah SAW ada
menyebutkan bahawa anak-anak ini diibaratkan sehelai kain yang putih dimana ibu
bapalah yang perlu mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Majusi. Hadis
ini membawa maksud dari detik anak-anak tumbuh dalam rahim ibu telah menjadi

38
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

tanggungjawab kepada pasangan suami isteri untuk menentukan masa depan anak-
anak sama ada membesarkannya dengan baik dan tersenyum melihat kejayaannya
ataupun hanya membiarkan anak-anak leka dengan dunia dan menanggung rasa
penyesalan satu hari nanti. Rentetan itu, ibu bapa perlu melihat isu masalah disiplin
anak-anak dari kaca mata burung. Jika hal ini dipandang enteng dengan satu
kesilapan sahaja masa depan anak-anak kecil yang tidak berdosa ini akan
diperjudikan. Oleh demikian itu, satu anjakan paradigma harus dilakukan bagi
membendung masalah disiplin anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila
nasi sudah menjadi bubur tidak berguna lagi untuk ibu bapa menunding jari
mempersoalkan salah siapa ini. Tuntasnya ,ibu bapa seyogianya menepuk dada dan
menanyakan apakah perlu menanggung perasaan sesal hanya pada satu kesilapan
sahaja. Harapan yang mengunung kepada ibu bapa untuk memainkan peranan
masing-masing. Namun begitu, menjadi tanda tanya siapakah yang perlu
dipersalahkan sekiranya masalah disiplin anak-anak menjadi konflik dunia suatu hari
nanti.

6. KEMALANGAN JALAN RAYA

Disediakan oleh :
1) Sopiya – 5UM
2) Fateha – 5 UM
3) Hanani – 5 UM
Guru : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Harum kasturi semerbaknya bau,


Terjaga Si Bujang yang sedang lena,
Kemalangan jalan raya tidak berbau,
Nyawa diragut tangisan tidak berguna.

Pantun diatas mengambarkan bahawa betapa seriusnya kemalangan jalan


raya yang boleh meragut nyawa seseorang yang tidak berdosa. Hal ini dikatakan
demikian kerana, kes kemalangan jalan raya telah mencatatkan sebagai pembunuh
kelima tdi Malaysia selapas penyakit jantung dah kencing manis. Pada tahun 2019,

39
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

purata kes maut jalan raya adalah sekitar 7,000 hingga 8,000 orang setahun. Hal ini
bermakna dianggarkan 20 orang maut pada setiap hari di jalan raya manakala lebih
25,000 orang cedera pada setiap tahun. Kadar kematian jalan raya di Malaysia di
tempat ketiga tertinggi dunia mengatasi India dan China. Hal ini dikatakan demikian
kerana, Malaysia merekodkan kadar kematian jalan raya tinggi iaitu 23 orang setiap
100,000 penduduk berbanding Indonesia 15 kes dan Filipina 11 kes. Sementelahan
itu, Laporan Bloomberg pada 20 Jun 2017 merekodkan statistik Organisasi
Kesihatan Sedunia (WHO) bagi 2013, Malaysia bakal menjadi negara antara paling
berisiko bila berada di atas jalan raya selepas Thailand dan Afrika Selatan. Oleh
demikian itu, kemalangan jalan raya merupakan asbab kepada sebuah keluarga itu
musnah, kehilangan orang yang tersayang dan mengalirkan air mata. Justeru itu,
timbul persoalan apakah punca berlakunya kemalangan jalan raya dan langkah
untuk mengatasinya.

Berdasarkan jalinan idea utama, penyebab kemalangan jalan raya ialah


pemandu memandu kenderaan melebihi had laju. Hal ini dikatakan demikian
kerana, masih ada pemandu yang memandang enteng kepada undang-undang jalan
raya seterusnya melanggar undang-undang itu tanpa rasa bersalah. Menurut kamus
pelajar edisi keempat,had laju didefinisikan sebagai kadar pergerakan sesuatu
objek. Dalam istilah yang mudah difahami oleh masyarakat ialah kelajuan
maksimum yang harus diikuti oleh pemandu pada kawasan tertentu. Misalnya ,had
laju lebuh raya ialah 110 kilometer sejam, kawasan bandar pula ialah 60 kilometer
sejam dan bagi kawasan berdekatan dengan sekolah ialah 30 kilometer sejam. Had
laju diwujudkan supaya pemandu kenderaan bermotor tidak membawa kenderaan
dengan laju sehingga mengakibatkan nyawa orang lain tergadai. Menurut akta
pengangkutan jalan raya akta 333 seksyen 69 menyatakan bahawa mana-mana
orang yang gagal mematuhi had laju kebangsaan yang ditetapkan di bawah
subseksyen (1) atau had laju yang ditetapkan di bawah subseksyen (1A) adalah
melakukan kesalahan. Oleh demikian itu, langkah untuk mengatasi punca ini ialah
memberikan saman kepada pemandu yang disabitkan kesalahan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, dalam akta pengangkutan jalan raya akta 333 seksyen 40
menyebutkan bahawa apabila pemandu membuat kesalahan dan apabila disabitkan
akan dikenakan denda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak melebihi
daripada dua ribu ringgit. Rentetan itu, semua pemandu jalan raya haruslah

40
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

mematuhi undang-undang jalan raya kerana malang tidak berbau. Jelaslah bahawa
memandu kenderaan melebihi had laju dapat mengakibatkan kemalangan jalan
raya.

Menyingkap jendela perbincangan yang seterusnya, sikap manusia gagal


merancang perjalanan dengan teliti. Hal ini demikian kerana kelalaian manusia
sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Mereka sering alpa untuk memastikan
kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak menghantar
kenderaan tersebut untuk diselenggara di pusat servis. Pepatah melayu ada
menyatakan bahawa jauh perjalanan, luas pemandangan. Sesungguhnya pepatah
ini sangat mendokong situasi bahawa perjalanan yang jauh dapat membuka mata
kita kepada perkara baru. Maksud pepatah melayu tersebut ialah jika kita banyak
merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat. Menjelang hari perayaan seperti
Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Hari Raya Aidiladha ramai
warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut
perayaan bersama keluarga tersayang. Jarak perjalanan dari kota ke kampung
mengambil masa yang lama. Kehadiran jumlah kenderaan yang banyak di atas
lebuh raya menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa menjelang hari
perayaan. Tambahan pula, umat Islam perlu menunaikan kewajipan mereka apabila
masuk waktu. Mereka perlu berhenti di kawasan rehat dan rawat. Hal yang demikian
kerana kawasan rehat dan rawat menyediakan tempat letak kenderaan, stesen
minyak, tandas, restoran dan surau. Jika mereka terlepas hentian kawasan rehat
dan rawat mereka perlu memandu lebih jauh. Seterusnya kenderaan yang tidak
diservis di pusat servis mempunyai peluang yang lebih tinggi terlibat dalam
kemalangan. Misalnya Berita Harian Online mengatakan 80 peratus kemalangan
disebabkan kesilapan manusia sendiri. Persoalannya, apakah langkah drastik yang
perlu diambil untuk mengatasi komplikasi ini? Jawapannya pastinya peranan yang
dimainkan oleh pihak media massa. Kemalangan maut ini dapat diatasi dengan
pelbagai kaedah antaranya melalui kempen-kempen di media massa dan papan
iklan di tepi jalan atau lebuh raya. Radio dan televisyen boleh memaparkan iklan
supaya mereka tidak lupa akan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh mereka
sudah memulakan perjalanan. Kempen dan iklan seperti itu dirasakan berkesan
kerana para pengguna jalan raya dapat melihat iklan tersebut dengan mudah.
Jelaslah di sini bahawa melalui kempen, perkara itu akan mengingatkan mereka

41
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

tentang bahaya kemalangan jalan raya. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa
ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Sesungguhnya pepatah ini
sangat mendukung situasi bahawa kesalahan pemandu boleh meragut nyawa orang
lain. Nah, sudah terang lagikan bersuluh sikap manusia gagal merancang perjalanan
dengan teliti boleh menyebabkan kemalangan jalan raya dan lebih mengerikan
meragut nyawa orang lain.

Melihat dari perspektif yang berbeza, aktiviti lumba haram yang semakin
menjadi-jadi juga sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya dalam
kalangan pelesit-pelesit rempit. Tanpa mengira keadaan trafik, para pelumba
motosikal haram ini akan berkumpul dan berlumba di tengah-tengah kota pada
malam hujung minggu. Kodok-kodok rempit ini akan bermaharajalela di jalan-jalan
raya dan menjadi pemandu yang beraja di mata dan bersultan di hati dengan aksi-
aksi yang membanggakan diri masing-masing. Aksi-aksi lumba haram yang ganas
seperti ‘drift and drag’, gaya 'aerospace' dan 'superman' bukan sahaja salah di sisi
undang-undang negara, malah membahayakan nyawa penguna jalan raya yang lain
serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Cuba kita bayangkan pelbagai kemungkinan
yang akan menimpa pelumba haram yang memecut laju dengan kelajuan 200
kilometer sejam secara tiba-tiba gagal mengawal motosikalnya dan melanggar
seorang kanak-kanak. Adakah dia dan kanak-kanak itu masih terselamat? Dan
adakah dia akan dibawa ke muka pengadilan setelah menyebabkan kematian
seorang kanak-kanak yang tidak berdosa? Maka, tidak hairanlah jika aktiviti lumba
haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya di
negara ini .Langkah susulan ialah pihak kerajaan membuat lebih banyak sekatan
jalan raya di kawasan-kawasan berisiko tinggi untuk berlakunya perlumbaan
motosikal ini. Tindakan pihak polis yang lebih proaktif menyebabkan remaja berfikir
dua kali sebelum terlibat dalam tindakan negatif ini kerana menyedari tindakan
mereka sudah dihidu oleh pihak berkuasa awal-awal lagi. Pihak polis juga perlu
membuat pengumuman awal tentang hasrat mereka mengadakan sekatan jalan
raya untuk memberi amaran awal kepada remaja supaya tidak melakukan tindakan
bodoh dengan membuat perlumbaan motosikal di situ. Maka, tindakan pantas dan
bijak pihak kerajaan terutama pihak polis menyebabkan remaja tidak berani
melakukan aktiviti sumbang ini.

42
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

Sebagai menutup tirai perbincangan,segala punca dan langkah mengatasi


masalah kemalangan maut perlu diteliti dan diambil serius . Semua pihak perlulah
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani masalah kemalangan
maut.Segala usaha yang dilaksakan hendaklah berterusan dan istiqamah bukannya
sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk ditangga
sahaja.Jangan sampai sudah terhantuk baru tergadah,barulah inisiatif dirangka
untuk mengatasi masalah ini.Oleh itu,semua masyarakat haruslah beringat dan
jangan jadikan lebuhraya sebagai pusara kerana nyawa manusia merupakan satu
anugerah yang perlu dihargai.Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya
berpunca daripada pelbagai faktor. Pada hakikatnya, kecelakaan jalan raya bukan
sahaja mengakibatkan kecederaan serta menyebabkan banyak nyawa terkorban,
malah telah memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan yang terdapat
di jalan raya. Hal ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kejatuhan
ekonomi negara memandangkan pihak kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta-juta
ringgit untuk membaik pulih infrastruktur jalan. Oleh hal yang demikian, pelbagai
pihak haruslah berganding bahu dalam mencari ikhtiar supaya kadar kemalangan
maut jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan. Jika Beijing berjaya melakukannya,
mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh! Insya-Allah. Jika segala permasalahan ini
dapat dirungkaikan, tidak mustahil hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 seperti yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
boleh menjadi kenyataan.

7. PENJAGAAN KESIHATAN – PERANAN IBU BAPA / KELUARGA

Disediakan oleh :
1) Khayrin – 5UM
2) Saidatul – 5 UM
3) Dania – 5 UM
Guru : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

“Kesihatan melambangkan kejayaan dan kekayaan”

Kata-kata diatas jelas menyatakan bahawa betapa pentingnya nilai kesihatan


dalam diri seseorang, tanpa kesihatan yang baik seseorang pasti akan mengalami

43
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

kesulitan dalam memiliki kejayaan yang diidamkan. Menurut Pertubuhan Kesihatan


Sedunia (WHO), kesihatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang sempurna, sihat
dari segi fizikal, mental, rohani, dan sosial. Umum mengetahui bahawa aset manusia
yang paling berharga adalah untuk mencapai kesempurnaan dalam sebuah
kehidupan. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,”Rebutlah lima perkara
sebelum lima perkara iaitu muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang
sebelum sempit,sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati. Berdasarkan hadis
lima perkara tersebut terselitnya ayat sihat sebelum sakit maka terbukktilah bahawa
kesihatan ini amat penting untuk diri kita. Setiap tahun pada tanggal 7 April kita akan
menyambut Hari Kesihatan Sedunia yang ditanja oleh WHO. Dalam mendepani
realiti dunia yang semakin padat dengan inovasi ini,lantaran terlalu dihidangkan
dengan sains dan teknologi,menyebabkan amalan gaya hidup sihat semakin
dipinggirkan oleh masyarakat khususnya kepada golongan muda-mudi negara ini.
Oleh sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja sendiri,generasi muda kini semakin
memandang remeh terhadap pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat
sehingga mengundang pelbagai penyakit yang berbahaya seperti obesiti,kencing
manis,darah tinggi dan sebagainya.Kementerian Kesihatan Malaysia juga
mencatatkan kira-kira antara 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12
hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat. Namun begitu,tidak dapat
dinafikan bahawa setiap individu ingin hidup sihat dari segi fizikal dan mental. Hal ini
dapat menjadikan seseorang dapat melakukan aktiviti harian tanpa gangguan
dengan memiliki tubuh badan yang sihat. Anak-anak yang masih darah setampuk
pinang hendaklah dididiki oleh kedua-dua ibu bapa tentang pengamalan gaya hidup
sihat. Sesungguhnya,benarlah bicara bijak pandai bahawa setiap penyakit ada
penawarnya,setiap masalah yang terjadi pasti ada penyelesainnya.
Persoalannya,bagaimanakah ibu bapa dapat memupuk amalan gaya hidup sihat
atau penjagaan kesihatan ini dalam diri anak-anak? Marilah kita capahkan lensa
perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus dalam meneliti perbincangan ini.

Umum mengetahui bahawa langkah yang bertunjangkan kewarasan minda


perlulah diambil iaitu ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana,kanak-kanak yang
semakin meningkat usia memerlukan zat makanan yang mencukupi kerana zat
makanan ini membekalkan tenaga kepada anak-anak. Sekiranya anak-anak

44
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

kekurangan zat makanan,mereka akan kurang bertenaga dalam melakukan aktiviti


harian, malahan mereka juga akan sering berasa letih dan lesu meskipun tidak
melakukan kerja yang berat. Zat makanan yang diperoleh dengan cukup mampu
menjamin tumbesaran yang sihat dan mempunyai daya tahan yang tinggi daripada
serangan penyakit. Tahap imunisasi seseorang kanak-kanak juga akan turut
meningkat lalu mereka tidak akan mudah jatuh sakit. Jika dapat diimbas kembali,
kanak-kanak zaman dahulu mudah diserang penyakit-penyakit yang melibatkan
kekurangan zat makanan misalnya penyakit kwashiorkor. Penyakit ini berpunca
kerana kanak-kanak ini kekurangan protein dalam pemakanannya. Kanak-kanak
yang menghidap penyakit ini akan kelihatan buncit di bahagian perut namun pada
bahagian lain terlihat sangat kurus. Namun, keadaan sekarang telah berubah dek
kerana ibu bapa kini sudah celik mata mengenai kepentingan kesihatan terhadap
anak-anak. Ibu bapa boleh menyediakan makanan mengikut piramid makanan yang
disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana memberikan permakanan
seimbang yang merangkumi karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral mampu
membantu anak-anak membesar dengan sihat. Ibu bapa juga digalakkan untuk
memasak makanan di rumah yang sihat dan lazat daripada membeli makanan di
luar. Hal ini dikatakan demikian kerana makanan yang dibeli daripada gerai-gerai
atau restoran kebiasaannya mempunyai kandungan minyak, garam dan gula yang
tinggi. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga tidak digalakkan atau seharusnya
mengelakkan daripada membeli makanan yang diproses atau makanan ringan serta
minuman berkarbonat. Menurut kata mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.Chua
Soi Lek mengandaikan bahawa makanan segera merupakan bom jangka yang boleh
meledak menjadi penyakit kronik sekiranya diambil sejak usia muda. Justeru itu,ibu
bapa haruslah menggalas tanggungjawab untuk membudayakan amalan gaya hidup
yang sihat terhadap anak-anak dari mereka kecil sehingga dewasa bak kata
peribahasa”alah bisa tegal biasa”. Lantaran berpaksikan kebenaran yang
disampaikan, jelaslah bahawa ibu bapa wajar memupuk amalan penjagaan
kesihatan melalui pemakanan yang seimbang.

Pepatah Arab ada menyatakan otak yang cerdas terletak pada tubuh badan
yang sihat. Aktiviti riadah seperti bermain badminton dan bersenam di taman
rekreasi dapat meningkatkan stamina dan ketahanan fizikal seseorang. Sejajar
dengan isu ini, Nabi Muhammad S. A. W. sendiri pernah bersabda, “ajarlah anakmu

45
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

berenang, memanah dan menunggang kuda,” yang secara izharnya menunjukkan


pentingnya aktiviti riadah ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa melakukan
aktiviti senaman secara berterusan juga merupakan antara cara penjagaan
kesihatan yang mudah untuk dilakukan oleh individu. Bersenam merupakan
pergerakan atau gerak kerja yang melibatkan anggota badan sehingga boleh
mengeluarkan peluh. Oleh itu, ibu bapa perlu menggalakkan ahli keluarga
mereka bersenam, daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa sehinggalah
warga emas juga boleh melakukan senaman. Apabila bersenam, badan kita akan
mengeluarkan peluh sekali gus dapat menyingkirkan sisa-sisa toksik, melancarkan
pengaliran darah serta membakar lemak supaya jantung dapat berfungsi dengan
baik. Benar kata peribahasa, hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih, ibu bapa
perlu memastikan ahli keluarga melakukan aktiviti senaman pada bila-bila masa
yang sesuai dan terluang. Sebagai contoh, pada waktu petang atau pagi jika tidak
bekerja, ibu bapa dan anak-anak boleh melakukan senaman di halaman rumah,
taman permainan, padang bola sepak dan sebagainya. Menurut pakar kesihatan,
amalan senaman wajar diamalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dalam
masa seminimum 20 minit untuk satu sesi. Aktiviti senaman ini hendaklah diamalkan
oleh ibu bapa dan anak-anak sehingga menjadi rutin harian dalam kehidupan kerana
aktiviti ini dapat mencergaskan tubuh dan pada masa yang sama mencerdaskan
minda. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa senaman merupakan aktiviti
penjagaan kesihatan yang mudah untuk dilakukan oleh ibu bapa dan anak-anak
kerana aktiviti ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Jalinan idea yang seterusnya ialah ibu bapa perlu memastikan anak-anak
melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini dikatakan demikian
kerana pemeriksaan kesihatan adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan
kita sentiasa berada di bawah paras bahaya dan dapat mengesan sesuatu penyakit
kronik dengan lebih awal. Secara langsung pengesanan awal boleh menyelamatkan
nyawa kerana kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit
tiga serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Sebagai
contoh, sekiranya terdapat yang pesakit mengalami penyakit kencing manis, doktor
berpengalaman akan menasihatkan pesakit itu mengawal kaedah pemakanan yang
sesuai dan sekiranya pesakit mengalami masalah diabetes yang kronik, suntikan
insulin akan dilakukan supaya dapat mengawal paras gula dalam badan. Hal ini

46
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

bertepatan dengan peribahasa “mencegah lebih baik dari mengubati”. Mengikut


saranan pakar perubatan, seseorang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan
sekurang-kurangnya enam bulan sekali iaitu dua kali dalam setahun. Apabila kita
melakukan rawatan kesihatan secara berkala, perkembangan kesihatan kita boleh
dipantau oleh doktor dengan sebaik-baiknya. Misalnya, semasa ibu bapa membawa
anak-anak mereka menjalani pemeriksaan kesihatan, mereka akan dapat
mengetahui berat badan anak-anak mereka sama ada bacaan Indeks Jisim Tubuh
(BMI) yang normal ataupun sebaliknya. Jika BMI anak mereka melebihi bacaan 30,
bacaan ini menunjukkan mereka dalam kategori obesiti. Maka ibu bapa dapat
mengawal pemakanan anak-anak mereka kerana obesiti akan menyumbang kepada
penyakit-penyakit yang lebih kronik. Hal ini sangat penting kerana anak-anak pada
peringkat ini mengambil variasi makanan tanpa mengikut diet yang seimbang. Jika
pemeriksaan kesihatan ini dilakukan, ibu bapa dapat mengesan lebih awal jika anak-
anak mereka menunjukkan simptom menghidap sebarang penyakit sebelum nasi
sudah menjadi bubur. Nah, sudah terang lagi bersuluh bahawa usaha ibu bapa
dalam memastikan anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala
mampu memastikan kesihatan mereka sentiasa terjamin.

Jika mendaki menuju ke puncaknya, jika berbicara menuju ke noktahnya.


Kemelut yang bersangkut isu peranan ibu bapa telah dikupas dengan mendalam.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan
rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Hal ini, dapat menjana
ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi supaya kita setanding dengan
negara-negara barat. Oleh itu, usaha-usaha di atas perlulah diamalkan oleh ibu
bapa kepada anak-anak mereka yang akan menjadi tonggak pemimpin generasi
pada masa hadapan bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka wajar mendorong anak-
anak mreka ke landasan yang betul supaya mampu membentuk anak-anak yang
sihat dan mempunyai mentaliti minda kelas pertama. Sekiranya anak mereka tidak
berdisiplin dan tidak mampu menjaga kesihatan mereka, bagaimanakah mereka
hendak menyumbangkan khidmat kepada negara sekiranya tubuh badan mereka
kurang sihat? Kesihatan sebenarnya amat berharga bagi seseorang kerana badan

47
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

yang sihat akan mampu melakukan pelbagai perkara. Justeru, cogan kata seperti
"Amalkan Gaya Hidup Sihat", "Sihat Sepanjang Hayat" dan "Utamakan Kesihatan"
perlulah dijadikan pedoman dalam kehidupan supaya dapat melahirkan anak-anak
yang sihat. Semua rakyat Malaysia haruslah bersama-sama berganding bahu
mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti,
darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan dalam jangka masa
yang panjang. Dengan kata lain, segala kelemahan perlu ditangani sebelum padi di
sawah menjadi lalang, sebelum ayam di reban disambar helang. Jelasnya, jika hal-
hal yang dinyatakan di atas itu kita laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri
manusia yang berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu
dalih.

8. SASTERA - CARA MENARIK MINAT MURID MEMBACA SASTERA

Disediakan oleh (murid) :


1) Khayrin – 5UM
2) Saidatul – 5 UM
3) Dania – 5 UM
Penyemak : Cikgu Hafizuddin bin Hussin

Budaya membaca, bangsa berjaya. Kata-kata hikmah ini membawa maksud


bahawa budaya membaca mampu menjadikan seseorang berjaya. Maka, kata-kata
hikmah ini sangat bertepatan dengan isu pembacaan sastera. Karya sastera
didefinisikan sebagai wadah atau sarana untuk menyampaikan mesej masyarakat
seiring latar masyarakat dan latar masa iaitu latar pemikiran sezaman. Karya sastera
merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli dan tersendiri.
Kebanyakannya, karya ini dicipta oleh sasterawan negara yang ternama dan dikenali
ramai. Namun, saban hari karya sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba
canggih dan moden. Orang ramai yang terdiri daripada golongan dewasa, golongan
remaja malahan kanak-kanak juga pada era ini, dikatakan kurang meminati karya
sastera berpunca daripada pelbagai sebab yang berkaitan dengan perkembangan
teknologi terkini dan motivasi diri yang rendah terhadap pembacaan. Masyarakat
sebegini acapkali mengatakan bahawa membaca adalah perkara yang

48
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

membosankan dan hanya ulat buku yang membaca sehinggakan mereka yang
membaca digelar, ‘budak skema’, ‘budak genius’, ‘si nerd’, dan sebagainya.
Fenomena ini sering menjadi mauduk bicara komuniti dunia yang telah melalui
anjakan paradigma dalam kehidupan. Masyarakat Malaysia yang mentalitinya masih
berada di kelas ketiga kurang menghargai buku-buku yang memberikan ilmu apatah
lagi karya sastera. Jika kita memfokuskan lensa perbincangan ke negara lain,
negara Jepun terutamanya akan menjadi entiti mithali kita. Masyarakat Jepun amat
menghargai ilmu dan mengamalkan budaya membaca di mana-mana dan pada bila-
bila masa sahaja. Mereka dapat dilihat membaca buku semasa menunggu LRT, di
kedai kopi dan di rata-rata tempat. Jangan salah sangka bahawa buku hanya tulisan
semata-mata tanpa membawa apa-apa keindahan dan pengertian dalam kehidupan.
Banyak faedah yang boleh diperoleh apabila kita membaca karya sastera.
Tambahan lagi, budaya membaca merupakan satu amalan yang signifikan bagi
mencapai kecemerlangan dengan jayanya. Oleh itu, langkah-langkah segera harus
diambil oleh pelbagai pihak bagi mengatasi isu membaca yang semakin pudar pada
masa ini. Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan bagi menarik minat murid-
murid untuk membaca karya sastera?

Menyingkap jendela perbincangan yang utama ialah peranan ibu sangat


penting dalam mengambil langkah untuk menarik minat anak-anak membaca
karya sastera. Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang karya sastera
kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapalah yang
mencorakkannya. Ibu bapa merupakan pendidik pertama kanak-kanak dan
berperanan penting sebagai suri teladan mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
membaca sastera rakyat kepada anak-anak sebelum mereka masuk tidur. Melalui
cara ini, hubungan silaturrahim antara ibu bapa dengan anak-anak bukan sahaja
dapat dipereratkan, malah anak-anak dapat mengetahui cara hidup dan budaya
masyarakat kita sendiri. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan
dicontohi dan diikuti oleh anak-anak kerana terdapat pepatah menyatakan bahawa
bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.
Pada zaman ini, anak-anak masih tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Maka, ibu bapa boleh menetapkan suatu bilik di
rumah sebagai perpustakaan mini yang dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan

49
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

khususnya karya-karya sastera seperti prosa atau puisi tradisional dan moden yang
dihasilkan oleh pengarang tersohor supaya mereka dapat menghayati keindahan
hasil warisan bangsa selain dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah dan
mengelakkan diri dari gejala maksiat. Oleh itu, minat anak-anak untuk membaca
karya sastera dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa mereka. Ruang perpustakaan
ini juga mestilah dalam keadaan yang selesa supaya anak-anak dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya semasa membaca. Membaca juga boleh dijadikan sebagai
suatu aktiviti penerokaan minda yang membolehkan anak-anak menjadi lebih
matang daripada usia mereka. Namun belakangan ini akibat tekanan kerja, minat
membaca dalam kalangan ibu bapa sendiri pun amat rendah. Masing-masing telah
terbawa-bawa dengan gaya hidup baharu yang tidak boleh lekang dengan budaya
‘WhatsApp’, ‘Facebook’, ‘Twitter’ dan ‘Instagram’. Sesungguhnya, inilah virus yang
sedang bergerak aktif untuk meletakkan manusia pascamilenium terperap dalam
kepompong kebodohan ciptaan sendiri. Maka, tanamkanlah sifat positif dalam diri
dan kalangan anak-anak seperti sifat gemar meneroka dan mencari maklumat
baharu dengan aktiviti membaca. Dengan kupasan yang menarik, sememangnya
diakui bahawa peranan ahli keluarga, terutamanya ibu bapa memainkan peranan
yang besar dalam menarik minat anak-anak untuk membaca karya satera.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pendekatan yang lebih


pragmatik perlu diambil bagi menarik minat murid terhadap karya sastera
adalah melalui media massa. Berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka,media massa dapat ditakrifkan kepada pelbagai bentuk teknologi media
yang bertujuan untuk mencapai sejumlah besar pengguna media melalui komunikasi
massa.Tidak dapat disangkal lagi pada zaman kini hampir kesemua lapisan
masyarakat mempunyai televisyen.Televisyen ini merupakan salah satu daripada
alat pandang dengar dan juga merupakan salah satu alat untuk menyiarkan berita-
berita terkini.Karya sastera ini dapat disampaikan melalui drama atau filem,pihak
penyiaran haruslah memberikan kerjasama dengan pihak penerbitan bagi
menayangkan drama atau filem-fillem sastera di kaca televisyen supaya masyarakat
mahupun murid dapat menghayatinya dalam keadaan santai.Terdapat pelbagai lagi
saluran media massa yang lain antaranya ialah telefon bimbit.Pada zaman yang
serba moden ini telefon bimbit merupakan salah satu keperluan asas yang harus
dimiliki oleh semua orang.Hal ini dikatakan demikian kerana ,telefon bimbit ini bukan

50
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

sahaja memudahkan urusan untuk bertanyakan khabar malah ianya juga merupakan
satu tempat untuk kita memperolehi maklumat maklumat dengan pantas tanpa perlu
keluar rumah untuk ke perpustakaan atau kawasan-kawasan yang memunyai
sumber ilmu.Jika dapat diimbas kembali, murid terdahulu hanya bergantung harap
terhadap guru-guru atau perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang
diinginkan.Namun kini semuanya telah berubah dengan begitu pantas seperti
cendawan tumbuh selepas hujan segala maklumat yang diinginkan berada dihujung
jari sahaja.Oleh itu,pihak media haruslah menggunakan peluang ini dengan
mempromosikan karya-karya sastera yang telah dicipta oleh karyawan kepada
masyarakat agar setiap masyarakat mengetahui cara untuk mendapatkan karya
sastera di pasaran.Bukan itu sahaja,pihak media juga boleh menyiarkan sudut
sastera atau ulasan karya sastera yang agung di akhbar dan majalah kepada orang
ramai.Dengan itu,orang ramai berpeluang untuk mengenali karya sastera di negara
ini dengan lebih mendalam.Tambahan lagi, pihak media boleh menganjurkan
pelbagai jenis peraduan mengenai sastera dengan memberikan ganjaran yang
lumayan terhadap pemenangnya.Antara peraduan yang boleh dianjurkan adalah
peraduan teka-teki,peraduan menulis puisi,peraduan mendeklamasikan sajak dan
pelbagai lagi.Berdasarkan perbincangan yang dinyatakan diatas,terbuktilah bahawa
peranan media massa membantu dalam menarik minat murid terhadap karya
sastera.

Membaca dapat menjamin keberkesanan dalam melahirkan masyarakat


yang kreatif dan inovatif. Individu yang telah tersemat dengan kepelbagaian
kreativiti dan inovatif yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk
atau ciptaan baru berpandukan kepadatan idea yang datangnya daripada membaca.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa untuk menarik minat murid terhadap
kesusasteraan melayu, kerajaan memainkan peranan yang besar. Menganjurkan
kursus penulisan karya sastera terutamanya di kalangan murid-murid sekolah. Hal
ini dikatakan demikian kerana, murid-murid akan dapat mengetahui apa yang
dimaksudkan dengan karya sastera dan juga mengetahui cara-cara untuk membaca
karya sastera yang baik dan bagus. Dengan adanya kursus seperti ini mereka akan
dapat membaca karya sastera dengan menggunakan daya kreativiti mereka yang
asli dan mempunyai idea yang tersendiri. Contohnya menganjurkan Perkampungan
Penulis Muda bagi pelajar sekolah dan juga masyarakat. Kerajaan juga boleh

51
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

mengadakan kempen membaca secara besar-besaran bagi memupuk minat


membaca di kalangan pelajar mahupun masyarakat. Justeru, untuk menghasilkan
sebuah karya yang baik memupuk minat membaca di dalam diri seseorang
merupakan satu intensif yang bijak. Dengan wujudnya minat membaca para pelajar
mahupun masyarakat dapat memperolehi perkataan yang baru dan indah
sebutannya untuk menghasilkan karya sastera yang baik. Kempen seperti ini perlu
dianjurkan dengan lebih kerap lagi, agar minat membaca dan minat terhadap karya
sastera tidak akan hilang begitu sahaja. Melalui kempen seperti ini, para pelajar
akan dapat melihat pelbagai jenis karya sastera yang telah dikarang oleh pengarang
mahupun sasterawan Negara. Contohnya, kempen ini perlu dianjurkan sebulan
sekali atau dua bulan sekali agar minat terhadap membaca dan juga minat terhadap
karya sastera dapat dikembangkan dan diperluaskan dengan lebih pesat lagi.

Tabiat membaca adalah pemangkin kemajuan negara. Hal ini demikian


kerana, kemajuan sesebuah negara tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-
mata tetapi juga diukur pada kemajuan intelektual rakyatnya. Rakyat berilmu
mencerminkan kemajuan sesebuah negara. Sekiranya negara kita dapat
mengurangkan kadar buta huruf secara tidak langsung, taraf pendidikan di negara
kita turut meningkat dalam usaha melahirkan rakyat bertamadun tinggi. Sejarah
telah membuktikan bahawa pembangunan tamadun keintelektualan manusia
bermula daripada buku. Karya-karya sastera merupakan khazanah ilmu dan budaya
yang sangat bernilai. Di dalamnya terhimpun pelbagai peristiwa sejarah dan nilai-
nilai murni yang mampu dijadikan teladan. Penerapan nilai-nilai murni dalam karya
sastera merupakan sesuatu yang amat berharga. Sebagai misalannya, kemajuan
Kota Baghdad telah muncul sebagai pusat penyebaran ilmu yang unggul di dunia
suatu ketika dahulu disebabkan ledakan ilmu menerusi penulisan dan
penterjemahan pelbagai buku dari seantero dunia. Tuntasnya, melalui tabiat
membaca, kita dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia. Dengan wujudnya
usaha-usaha yang drastik dan konkrit, masalah memupuk minat membaca karya
sastera dapat diatasi dengan begitu mudah sekali. Semua pihak perlu berusaha
untuk memupuk minat membaca karya sastera dikalangan murid mahupun
masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah kekal tetapi tamadun ilmu
boleh merentas zaman.

52
KOLEKSI KARANGAN TUDINGAN SPM 2020 DARIPADA 5UM – SMK PEKAN NANAS

53

You might also like