Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PRAKATA

Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan kurikulum bagi mata pelajaran vokasional
(MPV) di sekolah menengah akademik. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran tersebut pada peringkat Tingkatan IV bermula pada tahun 2002.

Mata pelajaran tersebut ditawarkan sebagai mata pelajaran pada peringkat peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia, SPM. Format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut direkabentuk
berdasarkan hasrat dan kandungan kurikulum berkenaan, seperti yang ternyata dalam
dokumen rasmi sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Format pentaksiran
diluluskan pada tahun 2002 dan akan digunakan mulai SPM 2003.

Format pentaksiran direkabentuk dengan mementingkan prinsip-prinsip asas pentaksiran,


terutamanya aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti.
Aspek keserasian dengan kurikulum turut diberi keutamaan. Ini bermakna pentaksiran memberi
fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran, yang merangkumi bidang
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni. Rekabentuk pentaksiran juga memastikan
keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupan cakupan dari aspek
kandungan sukatan pelajaran.

Dokumen ini dikeluarkan dengan hasrat utama mendekatkan pentaksiran dengan masyarakat,
terutamanya para guru, ibu bapa dan para pelajar sendiri. Adalah diharapkan maklumat yang
terkandung di dalam dokumen ini dapat memberi gambaran jelas tentang apa yang ditaksir dan
bagaimana pentaksiran itu akan dilaksanakan. Usaha ini dianggap penting bagi memberikan
keadilan kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan serta menjaga kewibawaan
institusi Lembaga Peperiksaan.

DATUK HAJI YAAKOP BIN EDERIS @ IDRIS


Pengarah Peperiksaan,
Lembaga Peperiksaan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur.

i
FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV)
MULAI SPM 2003

1.0 PENGENALAN

Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah akademik
telah dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 2000. Sukatan
pelajaran tersebut telah diluluskan oleh Jawatan Kuasa Kurikulum Pusat pada tahun
2001.

Mata pelajaran vokasional (MPV) ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif kepada calon
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran ialah:

2.1 Kesahan

Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan
bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang
ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran. Item-item yang
dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai
kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.
Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diperolehi dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan,
seperti yang dihasratkan oleh kurikulum.

2.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan.
Satu spesifikasi ujian direkabentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk
dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk
memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang
dihasilkan setiap tahun.

2.3 Kebolehlaksanaan

Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek yang mempastikan


pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan.

1
2.4 Penjaminan Kualiti

Format pentaksiran ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan
sebagai mekanisma dalam memastikan bukan sahaja semua yang diharapkan
dalam kurikulum mata pelajaran vokasional dapat direalisasikan tetapi juga
menepati tahap kualiti yang dihasratkan.

2.5 Keserasian Dengan Kehendak Kurikulum

Format pentaksiran dan jenis item yang dicadangkan mengambil kira pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang ingin diperkembangkan dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran vokasional.

3.0 KELULUSAN

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format


pentaksiran bagi mata pelajaran vokasional (MPV) 2003. Format tersebut telah diluluskan
dalam Mesyuarat Kurikulum Pusat, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 2/2002 pada 2
Ogos 2002.

4.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM) SENI REKA TANDA

Objektif mata pelajaran Seni Reka Tanda adalah untuk membolehkan pelajar:

4.1 Mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan mereka bentuk, membuat susun atur
dan menanda tulis dalam pembuatan produk yang bernilai komersil untuk bidang
pengiklanan.

4.2 Menggunakan kelengkapan visual untuk kerja pindahan tata letak.

4.3 Menghasilkan ilustrasi dengan menggunakan peralatan semburan angin.

4.4 Melakukan kerja semburan cat untuk menghasilkan papan tanda.

4.5 Melakukan kerja cetakan skrin untuk menghasilkan cetakan fabrik dan perspek .

4.6 Menggunakan kelengkapan Computer Aided Signage (CAS) untuk menghasilkan


kerja pengiklanan.

4.7 Membuat anggaran bahan dan kos.

4.8 Mengamalkan prosedur kerja yang betul dan selamat.

4.9 Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan.

2
4.10 Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan meminati bidang
keusahawanan.

(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Seni Reka Tanda,
Pusat Perkembangan Kurikulum, Februari 2002)

5.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN SENI REKA TANDA

Berdasarkan objektif mata pelajaran Seni Reka Tanda, berikut adalah objektif pentaksiran
(OP) yang dikenalpasti. Objektif pentaksiran ialah untuk mengukur kebolehan pelajar:

5.1 Mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan mereka bentuk dalam pembuatan


produk Seni Reka Tanda yang kreatif.

5.2 Mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan, menyusun atur huruf dan imej dalam
pembuatan produk Seni Reka Tanda.

5.3 Mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan menanda tulis dan memotong bahan
dalam pembuatan produk Seni Reka Tanda.

5.4 Menggunakan alatan lukisan geometri untuk menghasilkan bentuk geometri bagi
logo, grafik dan papan tanda.

5.5 Menggunakan kelengkapan visual untuk kerja pemindahan tata letak.

5.6 Melakukan kerja semburan cat untuk menghasilkan papan tanda.

5.7 Melakukan kerja cetakan skrin untuk menghasilkan cetakan skrin.

5.8 Menghasilkan ilustrasi dengan menggunakan peralatan semburan angin.

5.9 Menggunakan kelengkapan ‘Computer Aided Signage’ (CAS) untuk menghasilkan


produk Seni Reka Tanda.

5.10 Membuat anggaran bahan.

5.11 Membuat anggaran kos.

5.12 Mengamalkan prosedur kerja yang betul dan selamat.

5.13 Menguruskan kerja dengan baik.

5.14 Berkomunikasi dengan berkesan.

5.15 Menyediakan perancangan perniagaan yang mudah.

3
6.0 ARAS KESUKARAN ITEM

Item-item yang dikemukakan mempunyai tiga aras iaitu:

6.1 Aras R (Bahagian A)


Item yang mempunyai aras kesukaran rendah.

6.2 Aras S (Bahagian B)


Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana.

6.3 Aras T (Bahagian C)


Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi.

7.0 FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran Mata Pelajaran Vokasional (MPV) SPM 2003 bagi Seni Reka Tanda
menggunakan dua instrumen. Kedua-dua kertas adalah wajib bagi setiap calon.

7.1 Pentaksiran berpusat (7401/1) – Sila lihat Lampiran I

7.2 Pentaksiran berasaskan sekolah (7401/2)

8.0 KERTAS SOALAN CONTOH

Contoh yang dibekalkan bertujuan memberi idea kepada pengguna tentang kepelbagaian
konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada keseluruhan kertas soalan berdasarkan
piawaian spesifikasi ujian.

Pembinaan instrumen setiap tahun adalah mengikut satu dokumen spesifikasi ujian yang
piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran adalah mengikut spesifikasi ujian tersebut
tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

8.1 Kertas Soalan Contoh bagi Seni Reka Tanda ( 7401/1) adalah seperti dalam
Lampiran 2.

4
Lampiran I

FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN
PERKARA BERASASKAN PENTAKSIRAN BERPUSAT
SEKOLAH
Jenis
Projek Ujian Subjektif
Instrumen
Berdasarkan
Jenis Item Item Respons Terhad / Terbuka
projek/aktiviti
Bilangan Bahagian A Bahagian B Bahagian C
soalan 10 3 2
Skor diberi Kompeten / Belum Kompeten
Mengikut Bahagian A Bahagian B Bahagian C
bilangan 50 30 20
Jumlah Skor kompetensi yang
ditaksir dalam 100
mata pelajaran

Sepanjang Bahagian A Bahagian B Bahagian C


Tempoh Ujian proses P&P di 50 min 40 min 60 min
Ting. 4 & 5 2 jam 30 min
KOMPETENSI
Kompetensi berdasarkan evidens pengetahuan
Bahagian A Bahagian B Bahagian C
Prosedur mengikut Aplikasi Kreativiti
budaya kerja baik
Konstruk Kompetensi dan selamat
ditaksir berdasarkan
Pengalaman Mengaplikasi satu Menghasilkan idea
evidens proses
dialami semasa situasi/pengalaman ke baru/menjana
dan produk
membuat satu situasi lain – guna idea/menginovasi
projek/aktiviti/hasil pengetahuan/kemahiran (cth: bagi tujuan
kerja (experiential) untuk situasi lain komersial, dll.)
(one situation to another
situation)
Cakupan
Mencakupi semua Modul Ting. 4 dan Ting. 5
Konteks
Berdasarkan Bahagian A Bahagian B Bahagian C
Aras standard dalam Rendah Sederhana Tinggi
Kesukaran pernyataan
5 3 2
dan Wajaran kriteria yang
dirujuk
Alatan tambahan diperlukan Kalkulator saintifik

You might also like