Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

4.

0 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF

Pengenalan

Membuat pilihan mengenai jenis ujian yang akan diberikan kepada pelajar anda bagi tujuan
mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar dan rumit seperti menulis atau membina
item itu sendiri. Ada dua jenis kategori ujian a) item objektif yang memerlukan pelajar
membuat pilihan jawapan yang betul dari beraneka pilihan atau memberi jawapan dalam
bentuk perkataan atau jawapan pendek atau melengkapkan ayat b) item subjektif atau esei
yang membenarkan pelajar membentuk dan menyediakan jawapan yang asal dan tepat. Item
objektif termasuklah aneka pilihan, betul-salah, padanan dan melengkapkan sementara item
subjektif memerlukan esei jawapan pendek, jawapan terbuka , penyelesaian masalah atau
item ujian pencapaian.

Kebiasaannya, apabila diberikan tugasan untuk membina instrumen ujian mereka akan
menghadapi kesan emosi iaitu gembira atau risau atau kedua-duanya sekali. Kerisauan timbul
kerana mungkin mereka belum pernah melakukannya dan gembira mungkin kerana diberi
peluang untuk mencuba dan berkongsi pengetahuan dan kemahiran mengenai apa yang patut
diukurkan. Bagi yang sudah bersedia, mereka mungkin telah pun bersedia dengan penulisan
dan pembinaan yang dihajati. Namun persediaan dan pengetahuan tentang pembinaan item
merujuk kepada ketetapan yang telah disandarkan merupakan satu ujian yang agak getir.
Dengan berpandukan panduan dan peraturan yang telah ditetapkan seseorang pembina item
atau soalan boleh merancang dan menentukan kehendak yang diperlukan atau jenis soalan
atau item yang perlu disediakan.

Objektif

Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat :

 Merancang pelbagai instrumen pengukuran untuk menilai pencapaian pelajar


didalam sesuatu matapelajaran
 Membuat padanan item ujian mengikut objektif

 Membina ujian objektif dan ujian esei

 Memberi maklumbalas berasaskan ujian pencapaian pelajar

4.1 Jadual Penentuan Ujian


Pembinaan ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan
spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan ujian yang hendak
dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek
kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan pengguna. Kaedah ini boleh
mmemastikan pengguna diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan
yang sebenar dengan memberi keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas
pengetahuan mengenai perkara yang dipelajari.

Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan
item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan pra-ujian bagi memastikan item
ujian adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali, sebelum
ujian tersebut boleh dijalankan, item ujian biasanya dikaji dan dinilai oleh pakar pembina
item. Keseluruhan proses kaji-semula ini boleh membantu dalam memastikan mutu dan
kualiti item ujian mempunyai sifat kesahan, kebolehpercayaan dan pengukuran yang adil.
(Hale, 1980)

“A Table of Specifications consists of a two-way chart or grid (Kubiszyn & Borich, 2003;
Linn & Gronlund, 2000; Mehrens & Lehman, 1973; Ooster, 2003) relating instructional
objectives to the instructional content. The column of the chart lists the objectives or
"levels of skills" (Gredler, 1999, p.268) to be addressed; the rows list the key concepts or
content the test is to measure. According to Bloom, et al. (1971), "We have found it
useful to represent the relation of content and behaviors in the form of a two dimensional
table with the objectives on one axis, the content on the other. The cells in the table then
represent the specific content in relation to a particular objective or behavior" .

Jadual penentuan ujian bukan sahaja membantu mengenalpasti kandungan pelajaran yang
diajar dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain
objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa mereka
mengukur pembelajaran pelajar dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan
lupa mengenai kandungan apa yang patut di ajar.

Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi
ujian adalah : (1) keseimbangan sasaram ujian; (2) keseimbangan tahap
pembelajaran; (3) format ujian; (4) jumlah item; (5) bilangan item ujian bagi
setiap sasaran tahap pembelajaran; dan (6) kebolehan kemahiran yang dipilih
bagi setiap rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini
akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit
yang seimbang sasaran dan tahap pembelajaran.

Aktiviti

Ambil satu contoh kertas ujian yang pernah anda lihat. Berdasarkan item ujian tersebut
senaraikan beberapa objektif pengajaran yang anda dapat perolehi.

Jadual penentuan ujian dibina sebelum ujian di tulis. Seharusnya ianya hendaklah dibina
sebelum pengajaran dimulakan. (Kubiszyn & Borich. 2003; Mehrans & Lehman, 1973;
Ooster. 2003). Memang banyak masa dan tenaga diperlukan bagi membina spesifikasi
ujian. (Kubiszyn & Borich, 2003). Linn and Gronlund (2000) menyatakan "Walaupun
prosesnya mengambill dan memakan masa yang lama, tugasab yang dijalankan dalam
pembentukan jadual penentuan ujian akan membolehkan kerja persediaan lebih mudah
dimasa depan.

4.1.1. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran

Merujuk pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai / dikuasai murid selepas sesi
Pengajaran dan & Pembelajaran. Objektif pengajaran merupakan asas pemilihan bahan
dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas yang berkaitan yang (pengetahuan sedia ada),
isi pelajaran; di samping mencadangkan aktiviti guru-murid dalam proses pengajaran-
pembelajaran.

Pernyataan objektif pengajaran adalah berasaskan:

i. Hasil yang akan diperolehi murid;


ii. Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur, selepas
sesi pengajaran;
iii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku;
iv. Darjah atau peringkat perubahan tingkah-laku yang dijangkakan.
v.  

Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan:

i) Perkara yang masih belum dikuasai murid;


ii) Masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya, di akhir
pengajaran);
iii) Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu;
iv) Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki (misalnya,
kemahiran intelektual yang harus dilaksanakan).

Jadual penentuan ujian dibentuk untuk memberi suatu gambaran mengenai


kandungan dan format item ujian bagi mengukur objektif pembelajaran. Setiap
item penentuan ujian mengandungi perkara-perkara berikut : nombor pengenalan
objektif, tahap gred, rangkuman matapelajaran, pengenalan tujuan, penerangan
kemahiran, rangsangan dan sample item. Penentuan ujian boleh memberi arah
kepada guru dalam memaklumkan pencapaian pelajar dalam pengajaran yang
telah diberi. Guru juga boleh membimbing pelajar tentang persediaan
menghadapi ujian.

Bagi tujuan ujian berpusat, diantara proses yang dijalankan pembentukan jadual
penentuan ujian termasuklah : (1) menentukan dan membentuk piawaian (2)
membina spesifikasi ujian (3) membina item (4) mendaftar dan mentadbir ujian
dan (5) penskoran, analisa dan pelaporan. Bagi tujuan menentukan piawaian,
maklumbalas dari ahli-ahli dari pelbagai bidang hendakah diperolehi. Untuk
tujuan itu, tujuan ujian, jenis hasil ujian, bilangan item ujian dan masa yang
diperlukan untuk mentadbir ujian, jenis item, definisi kandungan dan kemahiran,
ciri-ciri ujian seperti format, kesusahan dan ujian diskriminasi ; kesahan dan
kebolehpercayaan ujian. Pembinaan ujian merangkumi pembinaan item dan
pengujian awal. Pendaftaran dan pentadbiran ujian melibatkan calon, tempat
ujian dan pentadbiran ujian. Langkah terakhir melibatkan penskoran, analisa dan
pelaporan keputusan. (Hecht, 1974)

4.1.2 Pengertian Jadual Penentuan Ujian

Sebelum sesuatu ujaian dapat dibina dengan sempurnanya, satu jadual penentuan
ujian atau disebut sebagai JPU mestilah dibentuk terlebih dahulu. JPU
merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina. JPU dibina hanya setelah
pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina.
Pembinaan JPU membantu pembina ujian mendapatkan skor yang boleh
dipercayai dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat ke atas kandungan ujian
berkenaan.

Dalam proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh dipercayai prosedur
berikut hendaklah diikuti.

1. merancang ujian
1. menggubal soalan
2. memilih dan menyelaras soalan
3. memprauji soalan
4. memasang kertas soalan

4.1.2.1 Perancangan Ujian dan Pembinaan Jadual Penentuan Ujian

Perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan Jadual


Penentuan Ujian (JPU) (Test Table of Specification).

Dalam pembinaan Jadual Penentuan Ujian langkah-langkah berikut hendaklah


diikuti.

4.1.2.2. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang


kurikulum yang telah dibina. Isi kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk
menentukan kepentingan tiap-tiap satu isi kandungannya. Antara aspek-aspek
yang dianalisis ialah

(i) skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk


(i) pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
(ii) kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk yang lain
(iii) kekomplekskan sesuatu tajuk
(iv) masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk

4.1.2.3 Menganalisis Objektif Pendidikan


Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis
kemahiran yang perlu di uji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.
Lazimnya aras kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh
Bloom dan rakan-rakannya.

Maklumat-maklumat yang tersebut di atas ini adalah amat penting kepada


penggubal soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian itu
ditentukan, bilangan soalan bagi setiap ujian ditentukan, dan pada aras kemahiran
dan kesukaran apakah yang ia perlu diuji.

Berdasarkan penganalisaan inilah Jadual Penentuan Ujian dibina. Lazimnya


Jadual Penentuan Ujian mengandungi tiga paksi utama.

1. Paksi Kandungan

- Tajuk
- Subtajuk

1. Paksi Kemahiran

- Aras kemahiran

2. Paksi Wajaran

- Peratusan pemberatan setiap tajuk


- Bilangan soalan

4.1.2.4 Kepentingan Jadual Penentuan Ujian

Jadual Penentuan Ujian yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu


penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya Jadual
Penentuan Ujian ialah:

1. Ujian akan dibina secara sistematik.


1. Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
2. Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan
kurikulum.
3. Taraf, mutu dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke
setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan.
4. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina ujian.

Aktiviti

Ambil item ujian yang pernah anda gunakan atau bina dan cuba bina satu jadual
penentuan ujian.
4.1 Pembinaan Item Ujian Objektif

Ujian pencapaian adalah perlu bagi pendidik untuk mengetahui objektif maklumbalas pelajar
tentang banyak manakah mereka faham dan belajar. Jika diguna dengan betul, ianya boleh
menilai tahap pengetahuan setiap pelajar dan juga membandingkan pencapaian antara
sekolah. Ujian pencapaian yang sering digunakan disekolah adalah hasil dari pembinaan guru
matapelajaran itu sendiri.

Ujian yang menepati pencapaian dan kehendak adalah ujian yang dibina oleh guru berkenaan
bagi kegunaan kelas tertentu. Guru boleh menyesuaikan informasi yang mereka fikir penting
bagi membolehkan kesesuaian dengan tahap pelajar mereka. Jika dibina dengan betul, ujian
yang dibina dan dijalankan itu akan berupaya memberi maklumat berguna dan tepat
mengenai pengetahuan yang dapat diperolehi dari pelajar atau murid mereka.
 

Langkah 1. Merekabentuk Ujian

Langkah pertama dalam merekabentuk sesuatu ujian yang berkesan adalah mengenalpasti
apa yang anda mahu murid pelajari dari sesuatu unit pengajaran. Pertimbangkan keutamaan
objektif dan masukkan soalan-soalan pertimbangan mengenai apa yang penting dalam
objektif pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, jika ujian tidak menumpukan kepada
objektif-objektif kehendak, murid tidak akan berpeluang menunjukkan tahap dan daya
kefahaman aspek-aspek yang lain dan anda tidak akan dapat membuat penilaian tepat keatas
setiap kebolehan dan pengetahuan murid anda.

Objektif pembelajaran yang ingin anda sampaikan bukan sahaja dapat memberikan maklumat
yang akan diberi dalam ujian tetapi bentuk spesifik ujian yang akan dijalankan. Sebagai
contohnya, adalah penting dan murid seharusnya mampu menyelesaikan masalah matematik
yang memerlukan jawapan bertulis yang panjang dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.
Jenis soalan yang akan digunakan juga bergantung kepada objektif pembelajaran. Jika murid
diperlukan untuk memahami bagaimana kesan sejarah yang berlaku adalah berkaitan dan
mengakibatkan perubahan kepada keadaan, mungkin soalan jawapan pendek atau soalan esei
adalah lebih sesuai. Jika murid diperlukan untuk mengingati tarikh penting dalam sejarah,
mungkin soalan pelbagai pilihan ( objektif ) atau soalan mengisi tempat kosong adalah lebih
bermakna.

Langkah 2. Menulis Soalan ujian

Sebaik sahaja anda telah menyatakan kepentingan objektif pembelajaran dan dalam masa
yang sama telah menentukan jenis-jenis soalan dan rekabentuk soalan yang akan digunakan,
anda mungkin telah bersedia untuk memulakan langkah berikutnya iaitu membina satu ujian
yang efektif dan langkah tersebut adalah menulis soalan ujian.

      Prinsip Am

Meski pun terdapat pelbagai jenis dan bentuk soalan-soalan ujian seperti soalan pelbagai
pilihan (multiple choice) , soalan mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank) atau soalan
jawapan pendek (short answer), soalan betul-salah (true-false), soalan padanan (matching)
dan soalan esei (essay) dibina berlainan cara , prinsip pembinaan yang sama digunakan
untuk tujuan pembinaan.
 

1. Arahan bagi setiap jenis soalan hendaklah mudah dan ringkas.

2. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas. Jika bahasa yang digunakan tidak di fahami, murid
yang memahami bahan ujian tetapi tidak mempunyai kemahiran bahasa yang baik akan
menghadapi masaalah dalam menjelaskan pengetahuan mereka. Jika bahasa yang digunakan
tidak jelas , murid yang mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi sekali pun akan menjawab
dengan tidak betul atau tepat oleh kerana tafsiran mereka mengenai soalan ujian tidak sama
dengan kehendak instruktor berkenaan.

3. Bina dan tulis item atau soalan yang memerlukan pengetahuan spesifik atau kebolehan yang
dapat dibentuk dari unit tersebut dan bukannya kepintaran am atau kebijaksaan ujian.

4. Jangan memberi cadangan jawapan bagi sesuatu soalan kepada soalan yang lain. Ini akan
menjadikan ujian tersebut kurang berkesan, kerana murid yang bijak akan mempunyai
kelebihan berbanding rakan mereka yang mempelajari dan mengetahui perkara yang sama
tetapi kurang bijak dalam kemahiran mengambil ujian.

5. Jangan menulis soalan ujian dalam bentuk yang negatif. Jika anda memerlukan soalan
berbentuk negatif, “tandakan” atau bezakan maksudnya kerana soalan ini akan membawa murid
untuk menjawab soalan dengan tidak betul.

6. Tentukan unit dan ketepatan jawapan. Contohnya, adakah anda bersedia menerima jawapan
kepada soalan matematik dalam integer bundal.

Langkah 3 . Semakan Akhir

Akhir sekali, buat penilaian semula keatas ujian tersebut. Adakah arahan yang diberikan tepat ?
Adakah objektif pembelajaran yang dipilih sesuai dan mencukupi dan seimbang ? Adakah
soalan yang diberi dinyatakan dalam bahasa yang tepat dan mudah serta jelas ? Perhatian
hendaklah diberikan agar soalan yang diberi tidak membawa pelajar kepada jawapan yang
dapat dikesan. Soalan ujian yang lemah tahap pembinaannya bukan sahaja tidak mengukur
tahap pengetahuan murid tetapi sekadar mengukur kebolehan murid mengambil ujian.

  Mentafsir Keputusan Ujian

 
Jika anda sudah pun berpuas hati dengan pengunaan prinsip am pembinaan ujian yang telah
anda lakukan, anda tentu yakin terhadap ujian yang telah anda bina dan seterusnya memastikan
bahawa ujian tersebut akan memberi pengetahuan keatas pelajar anda. Dengan mengambilkira
kepelbagaian dalam soalan yang telah dibina berlandaskan objektif pembelajaran sebagai ujian
sampingan, anda boleh membina profil pengetahuan dan kemahiran objektif bagi setiap murid
anda. Skoran yang dihasilkan dari ujian sampingan ini boleh menjadi satu kaedah mengetahui
keseluruhan skoran ujian dimana anda akan dapat mengenal pasti bahagian manakah yang perlu
dititikberatkan. Sesuatu ujian yang dikendalikan dengan baik akan dapat membantu
memaklumkan sejauh manakah pembelajaran yang diperolehi oleh murid dan seterusnya
membantu murid menyelami sepenuhnya objektif pembelajaran tersebut.

4.1.1 Item Aneka Pilihan

Soalan yang sering digunakan didalam ujian adalah soalan/item aneka pilihan. Item aneka
pilihan dikatakan lebih mudah dan skorannya juga lebih senang dikendalikan daripada
soalan esei tetapi adalah agak susah dari segi menjawab dengan betul tanpa mengetahui
keperluan pengetahuan sebenar dari soalan/item betul-salah. Namun, soalan item aneka
pilihan merupakan jenis soalan yang sukar untuk dibina. Berikut adalah beberapa langkah
pembinaan badi menyediakan soalan/item aneka pilihan.

1. Nyatakan dengan jelas arahan-arahan samada anda memerlukan jawapan yang tepat
atau jawapan terbaik bagi setiap soalan/item.

2. Jangan ulang perkataan-perkataan pada setiap alternatif tetapi hendaklah memasukkan


perkataan didalam badan utama soalan. Ini akan memudahkan soalan dibaca dan opsyen
mudah dibandingkan. Struktur nahu atau tatabahasa soalan utama hendaklah tidak
mempunyai atau mengandungi pembayang bagi respon yang betul.

3. Jadikan alternatif menarik dengan tujuan merangsang pemikiran agar menarik bagi
murid yang belum mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
4. Pastikan pilihan jawapan diletakkan secara rawak.

5. Pastikan semua pilihan anda selaras. Pembina baru selalunya membina jawapan yang
panjang dan berhati-hati dan dengan demikian akan mengakibatkan pembayang jawapan
diberikan.

6. Jangan biasakan memberi jawapan “ Kesemua diatas “ atau “Tiada satu diatas” sebagai
alternatif.

7. Kawal aras kesukaran soalan dengan menyediakan alternatif.

Item aneka pilihan mempunyai tiga komponen asas iaitu :

i) Stimulus

Adalah maklumat khusus dimana item itu didasarkan dan berbentuk teks, grafik,
jadual, perbualan dan lain-lain lagi.

ii) Stem

Adalah bahagian yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap,
ayat tidak lengkap, soalan dan lain-lain lagi.

iii) Pilihan/Opsyen

Adalah perkara-perkara yang diberikan sebagai pilihan jawapan dan biasanya


berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain lagi. Komponen
ini mengandungi dua fungsi :

a) Kunci bagi pilihan betul atau terbaik


b) Pengganggu/Distraktor yang bertujuan untuk menganggu pelajar dari jawapan
sebenar

4.1.2 Item Benar-Salah


Item ini mempunyai pernyataan lengkap samada benar atau salah. Ianya amat sesuai
untuk menguji fakta. Item ini menghendaki pelajar menentukan jawapannya benar atau
salah atau palsu mengenai pernyataan yang diberi.

4.1.3 Item Mengisi Ruang Kosong

Item jenis ini memerlukan anda memberi rsepon pendek dan kekadang memberi peluang
anda menyampaikan idea bebas anda berpandukan kandungan pelajaran atau pun
mengikut format yang telah diberikan. Kebiasaannya format item ini amat berguna untuk
menguji pengetahuan, komprehensi dan aplikasi mudah. Format agak lebih objektif dari
format item esei, namun penskorannya agak subjektif. Tahap membuat tekaan adalah
kurang berbanding ujian aneka pilihan kerana peluang meneka dengan tepat adalah
lemah. Oleh kerana jawapan bagi soalan ini adalah pelbagaian, maka pemeriksa haruslah
memiliki kunci jawapan dan pengetahuan dan kefahaman keatas perkara subjek. Dalam
setiap hal, pembina item sahaja yang mengetahui idea dengan jelas dan juga jawapan
yang dituntut, maka, adalah perlu untuk mengadakan model jawapan alternatif dan juga
kriteria pengredan berkaitan item ujian.

Item ini menghendaki jawapan dalam mengemukakan masaalah dan beberapa


penyelesaian masalah atau stimulus dan tindak balas. Setiap penyelesaian masalaah atau
tindak balas boleh digunakan sekali, lebih dari sekali atau tidak digunakan langsung. Item
ini menghendaki murid/pelajar memadankan masalah dengan penyelesaiannya atau
stimulus dan tindak balas yang betul.

Contoh 4. Apakah tiga warna utama yang telah anda pelajari dalam kelas sains ?

Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah _______________ ,

______________ dan ______________ . ( 3 markah)

4.2 Pembinaan Item Ujian Subjektif

Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons yang
diberikan. Item ini digunakan supaya pelajar boleh mempamerkan kedalaman
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Pelajar boleh memberi respons dengan
mengemukakan pelbagai jawapan yang bersikaft polikotomus. Oleh itu item ini
mampu disesuaikan untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti
mentaksir kemahiran menganalisis, mensintesis atau membuat pertimbangan
tentang sesuatu perkara yang mana memerlukan pelajar mengaplikasikan
kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan yang agak luas
kepada pelajar bukan sahaja dari segi mempersembahkan respons, tetapi juga
panjang atau pendek respons itu.

 Pada pendapat anda item ujian yang manakah lebih sesuai , ujian objektif
kah atau ujian subjektif ?

 Cuba anda bina beberapa item ujian objektif atau pun item ujian subjektif.

4.2.1 Kata Tugas Item Ujian

Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang berfungsi untuk
menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh penuli item tersebut. Kata tugas ini
akan mengarahkan pelajar untuk memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item
atau soalan. Oleh itu pemilihan dan penggunaan kata tugas yang sesuai pada suatu item
adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat
penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan respons seperti dihasratkan
dalam peraturan pemarkahan.

Kata tugas mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan objektif penilaian yang
menggunakan item berkenaan, dimana kata tugas boleh membayangkan kerencaman
tugasan sesuatu item. Walau bagaimana pun suatu kata tugas itu tidaklah unik bagi
sesuatu objektif penilaian sahaja, kerana terdapat kata tugas yang sama apabila dikaitkan
dengan tugasan item yang berlainan akan menagih corak dan jenis respons yang
berlainan.

Terdapat kata tugas yang dapat berdiri dengan sendiri untuk menyatakan tugasan item.
Walau bagaimanapun terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan item daripada
beberap perkataan lain untuk menjadikan penyampaian tugasan sesuatu item itu lebih
jelas.
4.2.2 Item Esei Jawapan Terbatas

Item jawapan terbatas berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar.


Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah yang
diperuntukkan. Manakala panjangnya respons adalah dari segi ruangan jawapan yang
disediakan. Biasanya item ini memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu prasa
atau beberapa ayat atau satu perenggan.

Item jenis ini tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja. Dengan menghadkan
bentuk dan panjangnya respons pelajar, pemarkahan lebih terselaras dan dapat
meninggikan kebolehpercayaan skor ujian. Respons yang diharapkan lazimnya dibina
atau dipandu berdasarkan stimulus dan tugasan item. Dalam menyediakan item respons
terhad, butiran yang disoal boleh melampaui tahap pengetahuan seperti mentaksir
kemahiran aplikasi atau menyelesaikan masalah.

Item jawapan terbuka berupaya memfokuskan tugasan item kepada sesuatu tujuan yang
khusus namun item jawapan terbuka tidak sesuai digunakan untuk menguji kemahiran
intelek yang lebih tinggi. Item jawapan terbuka tidak mampu mengumpulkan evidens
yang mencukupi tentang kemahiran berfikir plelajar dan berkemungkinan banyak
memberi respons secara terbuka.

4.2.3 Item Esei Jawapan Terbuka

Item jawapan terbuk bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan


jawapan daripada pelajar secara bertulis. Item ini memberikan kebebasan kepada pelajar
untuk merancang dan membentuk jawapan. Pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat
dan tanggapan mereka, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis,
membentangkan penilaian sesebuah pemikiran atau mengaitkan pemikiran dan perasaan.
Oleh itu jenis item ini sesuai untuk mengukur konstruk yang memerlukan pelajar
menggunakan beberapa kombinasi kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Meskipun begitu , darjah kebebasan ini tertakluk
kepada keperluan tugasan, stimulus dan prompt yang diberi. Item jenis ini membolehkan
pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif mereka kepada pentaksir.
Dalam item respons terbuka, pelajar diperlukan mengutip dan memilih isi-isi dan idea-
idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun idea-idea dan isi-isi itu dan seterusny
menulisnya dengan cara yang logik dan dapat difahami. Peraturan pemarkahan yang
disediakan perlulah jelas, terperinci dan komprehensif.

Kekuatan item jawapan terbuka adalah ia boleh :-

a) Menerokai pelbagai pilihan, cara ata pendekatan bagi menyelesaikan masaalah


b) Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat.

c) Menghasilkan sesuatu idea yang asli.

d) Menyatu dan mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada


pelbagai sumber pembelajaran.

e) Mengenalpasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea


dalam bentuk suatu komunikasi.

Namun item jawapan terbuka juga mempunyai kekangan dalam :-

a) Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk membuat penskoran


b) Memerlukan masa yang agak panjang untuk penskoran dan perbandingan dengan
item objektif

c) Penskoran respons pelajar dilakukan secara subjektif dan boleh memberikan kesan
‘halo’ ( potensi dalam ketidaktepatan pemerhatian kesan dari terlalu membuat
kesimpulan lebihan keatas sesuatu bukti atau keutamaan atau pengaruh )

d) Memerlukan pelajar menulis dengan bentuk tulisan yang jelas dan boleh dibaca.
Bentuk tulisan yang kuang jelas dan sukar dibaca akan menjejaskan pemeriksa untuk
memahami idea atau maklumat yang disampaikan dan boleh menjejaskan skor
pelajar.

 1. Senaraikan jenis item ujian yang anda tahu dan nyatakan


kelebihan dan kekurangan yang anda boleh fikirkan.

2. Bincangkan jata-jata tugas yang sesuai dalam membina item ujian


 

Rumusan

Dalam bab ini, kita telah membincangkan mengenai jenis-jenis item ujian. Membina item atau
soalan ialah satu keadah mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Program ini memerlukan guru
yang terlatih, penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum dan kaedah pengajaran khas. Membina
item ujian bukan sahaja mengambil masa yang lama tetapi memerlukan penelitian. Item ujian
boelh membantu mengukur pencapaian kognitif pelajar atau murid jika ianya dibina dengan betul.

Glosari

Item Aneka-Pilihan . Item aneka-pilihan boleh digunakan untuk mengukur


pengetahuan dan konsep yang kompleks. Oleh kerana item aneka-pilihan boleh
dijawab dengan cepat anda boleh menilai kemahiran murid dalam pelbagai
bidang dalam ujian sejam.Item ini mudah diberi markah. Item aneka-pilihan yang
baik sukar dibina dan ditadbirkan.

Item Betul-Salah. Oleh kerana peluang untuk membuat tekaan adalah tinggi,
item ini dianggap rendah kebolehpercayaannya. Sesuai digunakan pada ketika
tertentu sahaja.

Item Esei. Item esei membolehkan anda mengukur kebolehan pelajar dalam
menyusun, menerangkan dan menyatakan pendapat dalam bahasa yang sendiri.
Kajian menunjukkan pelajar akan belajar dengan lebih tekun jika menghadapi
ujian esei dari menghadapi ujian anaeka-pilihan; pelajar akan bersedia untuk
menumpukan hal dan isu yang lebih luas. Ujian esei juga membolehkan anda
memberi komen mengenai pencapaian pelajar, tahap pemikiran dan tahap
kefahaman yang tinggi dan juga boleh mengesan kekurangan pelajar. Namun
ujian esei hanya mampu mempamirkan bilangan soalan yang rendah dan
kandungan kesahan adalah rendah. Kebolehpercayaan ujian iuga agak subjektif
dan pengredan adalah tidak konsisten.

Item Objektif. Item objektif termasuklah betul-salah, mengisi tempat kosong, padanan
dan aneka-pilihan. Perkataan objektif menunjukkan bahawa hanya satu jawapan sahaja
yang diperlukan. Bergantung kepada kemahiran membaca dengan pantas dan
menerangkan jawapan.

Item Padanan. Format memadan adalah efektif untuk menguji perhubungan


diantara perkataan dan defines, kejadian dan tarikh, kategori dan contoh.

Item Jawapan Pendek . Bergantung kepada objektif anda, ujian jawapan pendek boleh
dijawab dalam bentuk satu ayat atau lebih. Mudah ditulis namun agak sukar untuk di
skor. Membolehkan anda melihat kebolehan pelajar anda menyatakan pendapat mereka.

Jadual Penentuan Ujian. Jadual penentuan ujianmengandungi carta dua-hala atau grid
yang mengaitkan objektif arahan dengan kandungan arahan. Lajur senarai carta
menyenaraikan objektif ( tahap kemahiran) dan barisnya menyenaraikan kunci konsep
pengukuran ujian tersebut.

You might also like