Penulisan Esei

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN

Bil. Senarai Kandungan Muka Surat

1. Soalan Kerja Kursus 2-4

2. Penulisan Akademik: Perancangan Pentaksiran


Prestasi Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 2.

1.0 Pendahuluan
5-12
2.0 Jenis dan Penggunaan Alat Pentaksiran
2.1 Pentaksiran Prestasi
2.2 Rubrik Analitik (Rujuk Lampiran 1)
2.3 Cara Pelaksanaan Pentaksiran Prestasi
2.3.1 Penyediaan Buku Skrap
2.3.2 Aktiviti Tugasan Bertulis
2.3.3 Aktiviti Praktikal dan Amali
2.3.4 Aktiviti Penghasilan Produk
3.0 Keistimewaan Pentaksiran Prestasi yang
Dirancang Berbanding Pentaksiran yang
Lain.
3.1 Perbandingan Pentaksiran Prestasi
dengan Pentaksiran Tradisional.
3.2 Perbandingan Pentaksiran Prestasi
dengan Pentaksiran Rakan Sebaya.
4.0 Menginterpretasi Data dan Melapor Prestasi
Murid dalam Aktiviti yang Dinilai.
5.0 Penutup

3. Rujukan 13
4. Lampiran
14- 41

1
2
3
4
PENULISAN
AKADEMIK

Perancangan Pentaksiran Prestasi

Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 2

5
1.0 Pendahuluan

Dalam meniti arus pemodenan dan globalisasi yang serba mencabar ini, guru boleh
meningkatkan pemikiran murid secara berkesan jika mereka mengemukakan soalan-soalan
satu persatu mengikut hierarki kognitif Bloom, iaitu daripada soalan-soalan berbentuk
pengetahuan atau mengingat kepada soalan bertahap penilaian. Oleh itu, sebagai seorang
guru mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT), pentaksiran yang bersesuai untuk
dijalankan kepada murid-murid tahun empat UKM di Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara
2 ialah melalui pentaksiran prestasi.

Pentaksiran prestasi ini berfokus kepada tajuk Sanis Rumah Tangga berkenaan
dengan artikel jahitan. Menurut McAlister (2000), pentaksiran prestasi memerlukan murid
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Tugasan yang diberikan perlulah berkaitan
dengan kehidupan seharian dan memerlukan murid untuk melaksanakannya serta
menyelesaikan masalah yang diberikan dengan bijak dan bernas. Malah, tempoh bagi
menjalankan aktiviti pentaksiran prestasi ini selama 2 bulan dengan berlandaskan
Rancangan Pelajaran Tahunan Reka Bentuk Dan Teknologi Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Tahun 4. Jelaslah, melalui pentaksiran prestasi dapat membantu dan memudahkan
saya di sekolah dalam mengetahui tahap penguasaan murid dengan lebih berkesan dalam
sesuatu tajuk dan sub-topik mata pelajaran RBT.

2.0 Jenis dan Penggunaan Alat Pentaksiran

2.1 Pentaksiran Prestasi

Menurut Anderson et al. (2001), taksonomi bloom semakan semula 2001 bermula
daripada mengingati, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Sehubungan dengan itu, saya perlu memahami dan mengaplikasi taksomoni bloom ini
dengan bersesuai dan berkesan dalam pentaksiran prestasi yang saya rancang agar
mendatangkan impak yang positif terhadap murid-murid tahun 4 UKM.

Oleh itu, dalam merancang satu jenis pentaksiran yang menarik saya telah memilih
menggunakan pentaksiran prestasi. Melalui pemerhatian yang saya lakukan, pentaksiran
prestasi ini amat baik dan bersesuian untuk digunakan dalam tajuk Sanis Rumah Tangga
tahun empat. Menurut Lee Leh Hong et al. (2017), pentaksiran prestasi merupakan satu
jenis pentaksiran prestasi yang membolehkan murid menyediakan lebih banyak evidens
secara langsung berkaitan dengan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang lebih

6
bermakna melalui tugasan yang dilaksanakan. Tambahan pula, pentaksiran prestasi
merupakan satu pendekatan untuk mengukur prestasi murid melalui penyempurnaan
tugasan yang ditetapkan. Oleh itu, apabila setiap murid melaksanakan dan menjalankan
tugasan yang diberikan dengan hasil usaha mereka sendiri dalam tempoh masa yang
ditetapkan, maka akan dapat memberikan respon atau hasil yang positif kepada hasil
tugasan mereka kerana bersifat asli.

Selain itu, dalam penggunaan alat pentaksiran yang saya pilih iaitu pentaksiran
prestasi ini mempunyai pelbagai tugasan dan aktiviti yang menarik. Sehubungan dengan itu,
jenis-jenis pentaksiran prestasi yang saya gunakan dalam merancang pentaksiran prestasi
ialah buku skrap, tugasan bertulis, praktikal atau amali dan penghasilan produk. Menurut
Faridah Nazir et al. (2016), kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti kreatif, termasuk
berfikir secara logik, membina daya imaginasi, dan boleh memberikan pandangan. Oleh itu,
melalui tugasan dan aktiviti yang menarik ini sememangnya murid-murid dapat
meningkatkan kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasikan maklumat dengan
berkesan serta dapat menonjolkan kreativiti murid tersebut.

2.2 Rubrik Analitik (Rujuk Lampiran 1)

Di samping itu, dalam melaksanakan pentaksiran prestasi ini mempunyai rubrik yang
menjadi panduan kepada murid-murid dan saya dalam melaksanakan tugasan serta
penilaian dengan lebih tepat dan terperinci. Menurut Lawrence Aloysius (2017), rubrik ialah
set kriteria yang ditetapkan untuk tujuan pemberian markah bagi hasil kerja atau prestasi
murid. Oleh itu, saya telah memilih menggunakan rubrik analitik sebagai membina rubrik
yang baik dalam menilai hasil kerja murid-murid dengan mengikut kriteria yang ditetapkan.
Menurut Lawrence Aloysius (2017), rubrik analitik merupakan penskoran terhadap
kemahiran secara berasingan dan menjumlahkannya untuk mencapai satu pentaksiran yang
sesuai. Bukan itu sahaja, rubrik analitik merupakan rubrik yang paling baik digunakan dalam
bilik darjah. Oleh sebab itu, saya telah menyediakan empat rubrik bagi setiap aktiviti yang
dijalankan supaya membolehkan murid mudah mengetahui aspek yang perlu mereka
berikan perhatian serta dapat menghasilkan hasil kerja yang bertepatan dengan kriteria
yang diinginkan.

2.3 Cara Pelaksanaan Pentaksiran Prestasi

2.3.1 Penyediaan Buku Skrap

7
Dalam penyediaan buku skrap artikel jahitan ini, murid-murid diminta untuk
mengumpul gambar, maklumat mengenai fungsi-fungsi artikel jahitan seperti gambar beg
pensil, sarung kusyen, kusyen mini, sarung bakul sampah dan penggantung surat. Gambar-
gambar dan maklumat fungsi-fungsi artikel jahitan boleh diperolehi melalui Internet atau
buku teks. Jelaslah, melalui aktiviti penyediaan buku skrap ini sememangnya satu aktiviti
yang sangat menarik dan dapat meningkatkan pengembangan kreativiti murid-murid.

2.3.2 Aktiviti Tugasan Bertulis

Bagi aktiviti tugasan bertulis, murid-murid dikhendaki mengisi ruangan kosong yang
mempunyai gambar alatan dan bahan jahitan dengan nama serta fungsinya dengan betul.
Sebagai contoh, alatan jahitan yang perlu dinamakan berserta fungsinya seperti gunting
kertas berfungsi sebagai menggunting kertas, gunting fabrik berfungsi menggunting fabrik
manakala roda surih berfungsi memindahkan tanda pola ke fabrik.

2.3.3 Aktiviti Praktikal dan Amali

Aktiviti praktikal dan amali merupakan aktiviti yang memerlukan murid


mempraktikkan atau melakukan amali secara hands-on tentang perkara atau teori yang
telah dipelajari. Dalam aktiviti ini, murid dikhendaki menghasilkan jahitan kia, jahitan jelujur
kasar dan jahitan jelujur halus dengan menggunakan mata jahitan tangan dan menjahitnya
di atas kertas yang telah mempunyai garisan putus-putus serta murid-murid akan diberikan
kertas yang mengandungi arahan dan panduan untuk menjahit. Menurut Syed Ismail et al.
(2010), domain psikomotor mempunyai lima aras iaitu pergerakan asas, keupayaan
persepsi, keupayaan fizikal, pergerakan kemahiran dan pergerakan refleksi. Oleh itu, melalui
aktiviti ini dapat membantu dan meningkatkan domain psikomotor murid-muird dengan lebih
baik dan berkesan.

2.3.4 Aktiviti Penghasilan Produk

Aktiviti penghasilan produk merupakan penghasilan artikel jahitan yang mudah untuk
dihasilkan oleh murid. Antara artikel jahitan yang boleh dihasilkan oleh murid-murid seperti
beg kecil, kusyen mini dan mainan lembut. Murid-murid dikhendaki untuk menggunakan
alatan jahitan dan bahan-bahan jahitan yang bersesuai. Jelaslah, apabila murid-muird dapat
menghasilkan artikel jahitan mereka sendiri dengan amat cemerlang, ini bukan sahaja
mendatangkan pencapaian yang amat cemerlang kepada mereka malah dapat
mendatangkan rasa kepuasan serta keseronokkan untuk belajar dalam diri mereka.

3.0 Keistimewaan Pentaksiran Prestasi yang Dirancang Berbanding Pentaksiran


yang Lain.

8
3.1 Perbandingan Pentaksiran Prestasi dengan Pentaksiran Tradisional.

Menurut Ahmad Subki et. al (2010), gaya pembelajaran merupakan kaedah


seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran
yang baru dan sukar. Oleh itu, melalui pentaksiran prestasi ini mempunyai banyak
keistimewaan yang lebih baik berbanding pentaksiran tradisional. Melalui pentaksiran
prestasi murid-murid berpeluang mempamerkan keupayaan mereka dalam pelbagai kaedah.
Menurut Boon Poong Yin (2017), pentaksiran prestasi memberikan peluang kepada murid
untuk mempamerkan keupayaan mereka dalam pelbagai bentuk seperti secara lisan
ataupun penulisan. Sebagai contoh, dalam perancangan melaksanakan pentaksiran prestasi
ini, saya menjalankan aktiviti seperti penghasilan buku skrap artikel jahitan. Melalui
penghasilan buku skrap artikel jahitan ini, dapat meningkatkan keupayaan murid untuk
berfikir secara kreatif dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan saling
bantu membantu antara satu sama lain.

Manakala, perbezaan yang ketara dapat dilihat melalui pentaksiran tradisional yang
hanya berpusatkan kepada guru sahaja. Apabila sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
hanya berpusatkan kepada guru, murid-murid akan hilang rasa keseronokkan untuk belajar
dan murid-murid juga akan sukar membina daya pemikiran yang kreatif dan kritis. Menurut
Kruger, K (2013), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melibatkan pembentukan konsep
pemikiran kritikan, kreativiti, sumbang saran, penyelesaian masalah, perwakilan mental,
penggunaan peraturan, penaakulan, dan pemikiran logik. Oleh itu, jika pentaksiran
tradisional yang hanya berpusatkan kepada guru tidak akan dapat membina dan
merangsang KBAT murid-murid kerana tiada kerja kumpulan secara kolaboratif yang
mampu untuk bertukar pendapat dan berbincang secara kritis antara satu sama lain.
Jelaslah, dengan menggunakan pentaksiran prestasi ini sememangnya mempunyai banyak
keistimewaan yang dapat membantu dalam meningkatkan kualiti dan tahap penguasaan
murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

3.2 Perbandingan Pentaksiran Prestasi dengan Pentaksiran Rakan Sebaya.

Keistimewaan melaksanakan pentaksiran prestasi ialah dapat mengukur


pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh murid secara langsung. Sebagai contoh,
dalam mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT), untuk mengukur kemahiran murid

9
dalam menggunakan alatan jahitan dan bahan-bahan jahitan adalah melalui penghasilan
produk artikel jahitan. Melalui penghasilan produk artikel jahitan ini, dapat menilai tahap
kemahiran dan keupayaan murid menggunakan alatan jahitan serta bahan-bahan jahitan
dengan betul.

Manakala, pentaksiran rakan sebaya hanya membolehkan murid menghayati ciri-ciri


pembelajaran yang berkualiti serta menilai hasil kerja rakan mereka. Hal ini boleh
menyebabkan berlakunya kurang kebolehpercayaan yang tinggi semasa menilai hasil kerja
rakan mereka disebabkan mempunyai tanggapan atau sifat negatif dalam diri rakan mereka.
Maka, kesannya akan sukar untuk memperoleh penilaian yang mempunyai
kebolehpercayaan yang telus dan amanah.

4.0 Menginterpretasi Data dan Melapor Prestasi Murid dalam Aktiviti yang Dinilai.

Menginterpretasi data dan melapor prestasi murid dalam aktiviti yang dinilai amat
penting bagi mengetahui dan mengukur tahap penguasaan murid-murid berdasarkan
pentaksiran prestasi yang dilaksanakan. Antara cara yang digunakan dalam
menginterpretasi data dan melapor prestasi murid dalam aktiviti yang dinilai ialah dengan
memberikan markah bagi setiap aktiviti berdasarkan rubrik yang disediakan. Berdasarkan
contoh perancangan markah dalam lampiran 2, bagi mendapatkan purata markah, markah
di dalam setiap aktiviti yang dijalankan perlu ditambahkan kesemuanya dan dibahagikan
kepada empat lalu akan mendapat jumlah purata bagi setiap murid. Apabila menggunakan
langkah ini, saya akan dapat melihat tahap penguasaan murid-murid dalam tajuk Sains
Rumah Tangga dengan secara kasar.

Selain itu, bagi memudahkan guru untuk menginterpretasi data dan melapor prestasi
murid, guru boleh membina jadual kekerapan taburan skor terkumpul seperti pada jadual 1.
Menurut Boon Poong Yin et al (2017), taburan skor juga boleh diproses dengan
mengumpulkn skor-skor ke dalam kumpulan skor yang disebut selang kelas. Hal ini
demikian kerana, kelebihan mengumpul skor ialah taburan skor dapat dilihat dengan lebih
jelas kerana data telah dikurangkan. Bukan itu sahaja, saiz selang kelas yang digunakan
juga perlu ganjil bagi memudahkan kiraan titik tengah selang kelas.

Tambahan pula, taburan kekerapan skor secara terkumpul dan dalam bentuk jadual
sememangnya dapat memudahkan seseorang guru dalam mengetahui tahap pencapaian
murid-muridnya. Oleh itu, taburan itu akan lebih jelas dan mudah dibaca apabila
menggunakan graf untuk mewakili taburan. Antara graf yang boleh diaplikasikan ialah graf
histogram seperti rajah 1, graf poligon kekerapan seperti rajah 2 dan graf ogif seperti rajah
3. Tujuan utama dalam membina graf ogif ialah dapat memperoleh maklumat berkenaan

10
anggaran bilangan murid yang mendapat markah kurang daripada sesuatu skor. Malah,
melalui graf ogif juga guru dapat menganggar markah lulus jika diberikan bilangan murid
yang gagal.

Di samping itu, ukuran kecenderungan memusat seperti min, mod dan median
memainkan peranan penting bagi digunakan dalam memproses skor murid-murid. Menurut
Hamzah et al. (2015), min digunakan untuk memproses skor murid, manakala mod dan
median jarang digunakan. Berdasarkan jadual 2, jadual ini menunjukkan langkah-langkah
untuk mengira min dan mempunyai rumus seperti yang ditunjukkan pada jadual 2. Menurut
Abdul Samad et al. (2015), kelebihan min mempunyai konsep purata yang sangat jelas,
mudah difahami dan mudah dikira. Sebaliknya, mod pula jarang digunakan dalam membuat
pentaksiran murid serta median pula biasanya digunakan untuk menggantikan min apabila
terdapat skor lampau. Jelaslah, penggunaan ukuran kecenderungan memusat ini mampu
untuk membantu guru-guru dalam melakukan pentaksiran pencapaian murid.

Seterusnya, menurut Lee Leh Hong (2017), nilai sisihan piawai menunjukkan cara
skor ditaburkan, iaitu betapa besarnya perbezaan skor antara murid. Berdasarkan jadual 3,
menunjukkan jadual cara-cara mengira sisihan piawai bagi skor terkumpul. Jika nilai sisihan
piawai yang besar menunjukkan bahawa pencapaian murid sangat berbeza manakala nilai
yang kecil menunjukkan pencapaian murid yang hampir seragam. Tambahan pula, bagi graf
normal pula, jika skor murid bertaburan normal maka graf normal berbentuk lengkung
seperti loceng sebagaimana pada rajah 5.

Jika sebaliknya, graf normal berpencong akan terhasil disebabkan soalan yang
diberikan terlalu mudah atau murid terlalu pandai sebagaimana pada rajah 7 yang
menghasilkan graf berpencong negatif. Oleh itu, graf berpencongan negatif ini mempunyai
nilai min adalah kecil dan nilai mod paling besar. Manakala, graf berpencong positif juga
akan terhasil seperti rajah 6 apabila disebabkan soalan ujian atau peperiksaan terlalu sukar
atau murid kurang pandai. Maka, dalam graf berpencong positif ini, mod akan mempunyai
nilai terkecil manakala min mempunyai nilai terbesar. Jelaslah, menginterpretasi data dan
melapor prestasi murid dalam aktiviti yang dinilai sangat penting dalam mengetahui tahap
penguasaan murid yang tepat.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, melalui pentaksiran prestasi yang telah dirancang ini akan dapat
memudahkan guru dalam mengetahui dan mengukur tahap pencapaian serta tahap
penguasaan murid dalam tajuk yang ditetapkan. Bukan itu sahaja, melalui pentaksiran
prestasi yang dirancang ini juga murid-murid perlu menggunakan maklumat, konsep dan

11
kemahiran dalam situasi sebenar kehidupan di mana murid-murid perlu terlibat secara aktif
manakala guru hanya berperanan sebagai pemudah cara yang memberikan bimbingan
serta maklum balas. Menurut Poh Swee Hiang (2010), pemikiran yang kreatif memerlukan
imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman yang lepas. Oleh itu, melalui aktiviti
pentaksiran prestasi ini sememangnya dapat meningkatkan kemahiran sintesis dalam
mengimaginasi sesuatu dengan berpandukan khendak rubrik yang disediakan. Jelaslah,
perancangan yang konkrit dan terancang dalam melaksanakan pentaksiran prestasi ini
dapat melahirkan murid-muird yang mempunyai minda kelas pertama serta dapat
melahirkan modal insan yang berkemahiran.

RUJUKAN

Ahmad Subki & Syed Ismail. (2010). Kemahiran Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.

Anderson, L., & Krathwohl, D. A. (2001). Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing:
A Revision of Bloom's Taxonomy of Educational Objectives. New York: Longman.

12
Faridah Nazir, Faiziah & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Hamzah, Mohd Afif, Abdul Samad & Tolhah. (2015). Statistik Asas. Selangor: Pelangi
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Reka bentuk &
Teknologi Tahun 4.

Kruger, K (2013). Attitudes Towards E-Learning Using Moodle: A Qualitative Approach.


Proceedings of the 5th International Conference on E-Learning, Pg. 163-170, Puslished:
2010.

Lawrence Aloysius, Boon Poong Yin & Lee Leh Hong. (2017). Pentaksiran dalam
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

McAlister. (2000). Learning to Teach. New York: McGraw-Hill Huminities.

Poh Swee Hiang. (2010). Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

13
LAMPIRAN

14

You might also like