Konsep Ketuhanan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

PERBANDINGAN AGAMA (USN6053)

2020/2021

HURAIAN KOSEP KETUHANAN

Noor Salsabeela Binti Mahyuddin (I18102815)

Siti Maisarah Bt Mohammad Safari (I17202117)

Amni Nasuha Binti Ismail (I18102668)

Siti Rosnadiah Binti Azaha (I17302421)

Ustazah Siti Nurleha Binti Saffie


KONSEP KETUHANAN

1. Animis

kepercayaan kepada makluk halus dan serba roh seperti gua, pokok atau batu besar dan
lain-lain sehingga mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semanga itu tidak
mengganggu mereka.

2. Teisme

Kepercayaan terhadap keberadaan makluk tertinggi dan dewa-dewa lebih kepada


pengiktirafan kewujudan tuhan yang mencipta alam semesta dan masih terlibat dalam
pemuliharaannya, dengan kata erti lain percaya kepada makluk ilahi.

3. Antropomorfik

Digunakam secara meluas dalam kesusasteraan, sebagai contoh apabila menerangkan


pelbagai fanomena alam seperti (bumi bangun, langit berkerut, langit berkerut, matahari
tersenyum) sifat-sifat yang wujud pada manusia dipindahkan ke dunia luar. Orang-orang
primitif, atau pemikiran mereka, selalu diberikan sifat dengan mida sejagat.Objek ibadah
juga dibekalkan dengan penampilan manusia.

4. Non-Antropomorfik

Antropomorfik berasal daripada perkataan Greek yang secara bahasanya bermaksud


bentuk manusia. Perkataan ini menyifatkan sesuatu seperti tuhan, alam semula jadi,
binatang, haiwan dan lain-lain dengan sifat atau kualiti manusia contohnya makan,
berjalan, berfikir dan sebagainya. Ia bermaksud suatu kepercayaan bahawa Tuhan bersifat
sama seperti manusia daripada segi rupa bentuk, perasaan atau kelakuan. Keadaan ini jelas
berlaku dalam banyak agama seperti Hindu, Yahudi dan Kristian. Oleh yang demikian
Non-Antropomorfik ialah lawan kepada antropomorfik.

5. Personal/impersonal

Konsep ketuhanan Personal ini terdapat di dalam fahaman agama seperti Yahudi, Kristian
dan Islam. Konsep Tuhan dalam agama ini jelas identitiNya yang mana setiap agama
memiliki nama Tuhan dan memiliki berbagai sifat kesempurnaan. Konsep ini juga adalah
bukan hasil daripada idea atau pemikiran manusia tetapi diadaptasi daripada wahyu yang
dibawa oleh para utusan Tuhan.
Konsep ketuhanan impersonal adalah lawan kepada konsep personal yang mana ia
menolak konsep tuhan yang bersifat peribadi atau antropomorfik. Konsep impersonal ini
banyak difahami oleh kaum gnostik atau teosofi.

6. Monoteisme

Perkataan Monoteisme berasal dari monos Yunani yang bermaksud satu dan teos yang
bermaksud tuhan. Konsep ketuhanan Monoteisme ialah menyembah satu tuhan sahaja.
Agama yang mengamalkan konsep ini ialah agama Zarathusta. Disini mereka percaya
bahawa Ahura Mazda mempunyai banyak nama dan agama Sikh.

7. Ateisme

Satu fahaman yang menolak akan kewujudan Tuhan dan alam ghaib kerana bagi mereka
alam ghaib juga termasuk dalam dunia tabi’e. Sekain itu, ianya lebih hampir kepada
fahaman agnostisisme dan tidak mempercayai tuhan-tuhan tanpa sebarang hujah yang
rasional. Contohnya mereka tidak mempercayai tentang hari kiamat, syurga ataupun
neraka.

8. Agnostik

Agnostik ini adalah seorang yang menganut fahaman agnostisisme. Mereka ini
mengatakan bahawa kebenaran yang pasti tidak akan dapat diketahui. Selain itu, mereka
menganggap yang dialam ini tiada yang kekal ataupun tetap dan yang tidak tetap itu adalah
tetap contohnya mereka tidak percaya bahawa dunia ini tidak kekal dan mereka
menganggap bahawa dunia ini adalah kekal.

9. Politeisme

Politeisme adalah kepercayaan dan penyembahan banyak dewa. Sebagai contoh dalam
agama Hindu yang mempercayai tuhan mereka adalah banyak, dan berbeza-beza . Mereka
juga menghormati dewa-dewa lain, dan mereka tidak memperlakukan dewa-dewa ini
sebagai milik mereka sendiri. Selain itu, setiap Hindu ini juga percaya bahawa manifestasi
semata-mata dari dewa yang Maha Agung contohnya Brahma, Wisnu dan Mahesh.

10. Henoteisme

Konsep ketuhanan Henoteisme adalah mereka mempercayai adanya satu Tuhan yang
dihormati oleh Tuhan yang lain bahkan ia juga disembah oleh Tuhan yang lain dan ia
merupakan Tuhan yang mempunyai kekuasaan yang terbesar. Kepercayaan terhadap satu
Tuhan masih bersifat nasional dalam kepercayaan Henoteisme. Hal ini kerana, Tuhan yang
tertinggi itu hanya dipercayai oleh satu kaum tertentu sahaja sedangkan bangsa lain juga
mempunyai banyakTuhan terbesar yang tersendiri dan dipercayai oleh bangsa mereka
secara nasional. Jelaslah bahawa konsep Henoteisme ialah mempercayai Tuhan yang
bersifat nasional.

11. Panteisme

Dalam agama Hindu, konsep Panteisme dinamakan dengan istilah Wyapi Wyapaka.
Dalam kitab Hindu iaitu Upanishad mengatakan bahawa Tuhan memenuhi setiap alam dan
tidak berada di dalam syurga ataupun di tempat yang tertinggi tetapi ia berada di setiap
ciptaannya dan ia juga sangat dekat dengan alam.

12. Panenteisme

Menurut kepercayaan dalam konsep Panenteisme, beradanya Tuhan jauh daripada alam.
Hal ini kerana ia menciptakan alam dan sesudah diciptakan ia tidak menjaga serta
memerhati apa yang terjadi kepada alam tersebut. Fahaman ini juga mengatakan bahawa
alam ini bergerak mengikut apa yang telah dirancang ketika proses penciptaannya dan
peraturan yang terdapat sangatlah sempurna dan tidak berubah.

13. Deisme

Deisme merupakan satu konsep kepercayaan yang meyakini bahawa Tuhan menciptakan
serta memerhatikan alam dan mempercayai bahawa Tuhan berada jauh daripada alam.
Penganut kepercayaan ini tidak sembah kepada Tuhan yang mereka anggap tidak hadir
lalu mereka tidak akan mengikut serta dalam sembahyang secara individu mahupun secara
kelompok dan golongan ini juga tidak memandang sesuatu buku adalah sebagai wahyu
Tuhan.

You might also like