Aduan Kerosakan Makmal SK Bahang

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BAHANG

89507 PENAMPANG,
SABAH
Tel & Fax - 088-723 949
E-mel: sekolah-7470@moe-dl.edu.my

Ruj. Kami : Skb(png)/200/5


Tarikh : 07/09/2020
Pegawai Pelajaran Daerah Penampang,
Pejabat Pelajaran Daerah Penampang,
Lorong Sahabat, Off Peti Surat 147,
Penampang - Kinarut/Papar Old Hwy,
89500 Penampang, Sabah
(U/P : Unit Pembangunan)

Tuan,

ADUAN KEROSAKAN DI MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH KEBANGSAAN


BAHANG

Dengan hormatnya perkara di atas mohon dirujuk.

2. Merujuk kepada surat aduan Skb(png)/200/5 yang bertarikh 07 September 2020


berkenaan dengan aduan kerosakan (Jubin pecah, Penghawa dingin yang bocor, dan
lampu yang rosak) di makmal komputer Sekolah Kebangsaan Bahang, Penampang.

3. Saya bagi pihak sekolah amat berbesar hati jika pihak tuan dapat membuat baik
pulih dengan segera. Ini disebabkan, kejadian berkenaan amat merbahaya kerana akan
mengakibatkan berlakunya kebakaran lintas pintas, kerosakan kepada alatan elektrik dan
merbahaya kepada murid-murid sekolah khususnya, juga keselamatan seluruh murid dan
warga sekolah. Bersama-sama ini disertakan gambar yang berkaitan.

4. Saya amat berharap agar mendapat perhatian segera daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HJH SA’ADIAH HJ ZAKARIA)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bahang.
LAMPIRAN

You might also like