Surat Sokongan Pertukaran Farah Fasihah Melalui Pengetua

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Farah Fasihah Binti Che Tajudin,

No. 40, Jalan D’Elise,


Taman Bandar Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Tarikh: 01 Disember 2020


Kepada:
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Jalan Dato’ Hamzah,
70990 Seremban,
Negeri Semibilan Darul Khusus.

Melalui dan Salinan:

Pengetua.
Tuan Jamri Bin Ahmad,
SMK Seri Pagi,
Taman Seri Pagi,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan,

SOKONGAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SECARA TETAP DI SMK


SERI PAGI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, saya Farah Fasihah Binti Che Tajudin nombor IC 870724-
03-5444 adalah guru SDHTJS yang ditempatkan secara sementara sepenuh masa di SMK
Seri Pagi memohon pihak tuan menyokong permohonan perpindahan saya secara tetap
bermula sesi persekolahan 2021 berdasarkan sebab-sebab perkhidmatan seperti dinyatakan di
bawah:

2.1 Telah tiba masa untuk kembali ke sekolah harian aliran perdana setelah
berkhidmat hampir 6 tahun di SDHTJS bermula 1 Jun 2014.
2.2 Pengalaman telah berkhidmat selama hampir 10 tahun dalam bidang perguruan
semenjak 11 Februari 2011 dan mahu kembali fokus kepada opsyen utama
Subjek Matematik
.
2.3 Mahu kembali aktif dalam bidang kokurikulum sukan permainan seperti
sekolah harian aliran perdana.

2.4 Mahu mencari cabaran baharu di sekolah harian aliran perdana demi kepuasan
kerjaya saya dalam bidang perguruan.

3. Bersama-sama surat ini, saya lampirkan bersama borang permohonan egtukar untuk
rujukan pihak tuan.

4. Sehubungan itu, saya amat berharap permohonan pertukaran saya ini mendapat
perhatian dan sokongan sewajarnya dari pihak tuan demi perkhidmatan saya. Keprihatinan
pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
(Farah Fasihah Binti Che Tajudin)
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

S.K Sektor Pengurusan Sekolah

You might also like