Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PK07 – PengurusanMesyuarat

PK 07/3

MAJLIS PERMUAFAKATAN GURU PEMULIHAN P1NCH DAERAH KOTA TINGGI

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN M3P DAERAH KOTA TINGGI BIL. 2 / 2019

Tarikh : 24 Jun 2019


Hari : Isnin
Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : War Room SMK Bandar Mas
Pengerusi : Encik Tarmizi bin Muhammad
Kehadiran(Bilangan) : Rujuk Rekod Kehadiran Mesyuarat PK07/02
Tidak Hadir : Tiada
Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan salam dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T serta ucapan
terima kasih kepada semua guru kelas pemulihan daerah Kota Tinggi kerana
dapat hadir mesyuarat.
1.2 Peringatan awal oleh pengerusi tentang persediaan Program Outreach tahun 2019.
1.3 Pengerusi menjelaskan bahawa Program Outreach diadakan bertujuan untuk
memudahkan ibu bapa agar tidak perlu ke hospital untuk pemeriksaan.
1.4 PLC perlu diperbanyakkan mengikut zon.
1.5 Ucapan tahniah kepada semua jawatankuasa dan guru-guru pemulihan daerah
Kota Tinggi atas pelaksanaan KAPEM dengan jayanya.
1.6 Pengerusi mencadangkan agar Karnival Pemulihan Khas (KAPEM) diadakan sekali
lagi pada bulan Oktober 2019.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Puan Remardona binti Sulaiman
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Munirah binti Mohd Rashid

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Berdasarkan perkara berbangkit pada mesyuarat yang lalu :

Tiada

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1 Laporan Kewangan M3P Daerah Kota Tinggi : Encik Yusof bin Kasmon
4.1.1 Jumlah baki keseluruhan RM1315.00
4.1.2 Sebanyak 56 buah sekolah telah memberi sumbangan semasa Program
KAPEM 2019. Sumbangan bagi sebuah sekolah ialah sebanyak RM50.00
dan sumbangan tersebut telah digunakan sepenuhnya.
4.1.3 Dicadang laporan untuk disahkan oleh Puan Queratulain binti Mohani
Disokong laporan untuk pengesahan oleh Encik Abdul Mutalib bin Hamed

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 1
01 Januari 2019 - Keluaran 06| Pindaan 00
PK07 – PengurusanMesyuarat

4.2 Laporan Aktiviti tahun 2019 : Encik Samsol bin Fabilah

4.2.1 Kerjasama AJK M3P amat dialu-alukan untuk pembinaan dan


pembangunan Makmal Pemulihan Kota Tinggi.
4.2.2 AJK M3P perlu kerjasama bina BBM untuk jualan dan hasil jualan akan
disalurkan ke dalam tabung M3P daerah Kota Tinggi.
4.2.3 Bulan Januari tiada Program M3P dijalankan, hanya Mesyuarat Pengurusan
Bil. 1/ 2019 dilaksanakan. Beberapa aktiviti terpaksa ditunda iaitu:
i. Program Kunjung Bantu semester 1 hanya zon Air Tawar sahaja
dilaksanakan dan zon lain ditunda.
ii. Program Kunjung Bantu semester 2 iaitu di sekolah dan juga
Makmal Pemulihan.
4.2.4 Program Kunjung Bantu yang akan dilaksanakan adalah Zon Bandar, Sedili,
Air Tawar dijalankan serentak di sekolah yang berlainan mengikut zon
tersebut pada 15 Julai 2019.
4.2.5 Program PLC juga akan dilaksanakan mengikut zon seperti berikut :
i. Zon Bandar – SK Tun Dr. Syed Nasir
ii. Zon Pengerang – SK Pasir Gogok
iii. Zon Air Tawar – SK Semenchu (PLC ke-2)
iv. Zon Sedili – SK Gembut
4.2.6 Cadangan untuk mengadakan Bengkel Pengurusan Stress.
4.2.7 Program Outreach dicadangkan diadakan pada bulan Ogos 2019.
4.2.8 25 Ogos 2019 Seminar Pemulihan Kebangsaan di Holiday Villa.
4.2.9 Kem Smart 3M dicadangkan diadakan pada bulan September 2019
4.2.10 Karnival Pemulihan Khas 2.0 dicadangkan diadakan pada bulan Oktober.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Siti Rosmah binti Mohamed mencadangkan sekolah lain juga boleh
melibatkan diri untuk booth pameran BBM bukan hanya SK Taman Kota Jaya
sahaja. Guru pemulihan di sekolah lain juga boleh juga menyumbangkan BBM
masing-masing untuk pameran.
5.2 Encik Mat Zaidi bin Dahlan mencadangkan mengadakan Hari Inovasi untuk
kumpulkan Koleksi BBM.
5.3 Puan Queratulain memohon kerjasama semua guru yang ambil gambar atau
rakaman video agar dimasukkan ke dalam telegram untuk memudahkan
penyediaan laporan dan video montaj.
5.4 Senarai sekolah yang menerima guru baharu adalah seperti berikut :
i. SK Panchor
ii. SK Setia Jaya
iii. SK Sri Perani
iv. SJKT Ladang Sungai Papan
v. SJKT Tajul
5.5 Encik Abdul Mutalib bin Hamed memaklumkan tugas mengikut zon perlu disalurkan
ke talian WhatsApp rasmi M3P Kota Tinggi untuk memudahkan urusan.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2
01 Januari 2019 - Keluaran 06| Pindaan 00
PK07 – PengurusanMesyuarat

5.0 PENUTUP

5.1 Tuan Pengerusi mengharapkan agar segala aktiviti yang dirancang hingga akhir
tahun 2019 dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak Oleh :

.......................................... ............................................
MARIA BINTI TATIONO MAT ZAIDI BIN DAHLAN
Setiausaha 1 Pengerusi
Majlis Permuafakatan Majlis Permuafakatan
Guru Pemulihan P1NCH Guru Pemulihan P1NCH
Daerah Kota Tinggi Daerah Kota Tinggi

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 3
01 Januari 2019 - Keluaran 06| Pindaan 00

You might also like