Minit Mesyuarat Akademik Kali Pertama Bil 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL

81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR


_______________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AKADEMIK KALI PERTAMA


BIL. 1 / 2020

Tarikh : 24 Disember 2019


Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Olimpik
Kehadiran : Semua guru akademik KSSR, KBSM (seperti dalam lampiran)

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan al-fatihah
1.2 Penolong Kanan Pentadbiran merakamkan ucapan terima kasih di atas
kehadiran guru-guru ke mesyuarat akademik kali pertama dan
memperkenalkan guru baharu

2.0 TAKLIMAT OLEH EN. KAMALUL’LAIL BIN HJ SULEIMAN (PKP)

2.1 Guru-guru diminta menggunakan jadual yang telah diedarkan. Sekiranya


mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan jadual boleh berbincang
dengan En Najib atau En Kamal Kamsun.

2.2 Guru-guru boleh bekerjasama dengan rakan guru lain untuk menukar waktu
mengajar sekiranya terdapat kekangan.

2.3 Guru-guru diingatkan supaya memaklumkan keberadaan guru kerana laporan


kehadiran guru perlu dihantar ke Kementerian setiap hari sebelum jam 10 pagi.

2.4 Beliau juga mengingatkan PdPC bermula pada jam 9.15 pagi dan berakhir pada
jam 2.45 petang. Guru-guru diminta hadir ke Sekolah sebelum jam 8.30 pagi
dan menepati masa.

2.5 Guru-guru perlu memohon Cuti Rehat Kecemasan (CRK), 2 hari sebelum
tarikh cuti kecuali kecemasan.

2.6 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu dihantar kepada PKP/KB secara
bergilir-gilir untuk disemak dan ditandatangan. En Kamalulai mencadangkan
guru-guru menghantar RPH setiap hari bermula hari Ahad sehingga Ahad
minggu seterusnya untuk disemak.
2.7 Folio RPH yang lengkap perlu dihantar pada minggu ketiga di War Room
untuk disemak.
Tindakan : Semua guru

2.8 En Kamalulai membentangkan 14 perkara yang perlu dibincang oleh ketua


panitia dalam mesyuarat pertama iaitu
2.8.1 Penetapan tugas
2.8.2 Agihan belanja mengurus/kewangan panitia
2.8.3 Pascanilai peperiksaan akhir tahun / PT3/ UPSR
2.8.4 Penggubalan RPT
2.8.5 Buku rekod mengajar
2.8.6 Penulisan RPH
2.8.7 Penetapan jumlah buku latihan
2.8.8 Agihan latihan
2.8.9 Perancangan strategik
2.8.10 Semakan latihan dan buku latihan
2.8.11 Penggubalan soalan peperiksaan
2.8.12 Pencerapan
2.8.13 ULBS/PBS
2.8.14 PLC/ Peningkatan profesionalisme guru dalam panitia
Tindakan : Ketua
Panitia

3.0 UCAPAN OLEH EN JASRI BIN MD. ISA (PENGETUA)

3.1 En Jasri meminta semua ketua bidang dan dibantu oleh ketua panitia untuk
membentangkan periodisasi bagi UPSR, PT3 dan SPM pada minggu kedua.
Dalam pembentangan tersebut perlu ada perancangan program dan aktiviti
untuk prestasi akademik pelajar dari awal tahun sehingga peperiksaan.
Tindakan : Ketua bidang / Panitia

3.2 En Jasri juga memninta guru kelas untuk menceriakan kelas dengan
menggunakan kaedah PAK 21 Dan memastikan jadual waktu dan jadual
bertugas ditampal di dalam kelas.
Tindakan : Guru kelas

4.0 PENUTUP
Penangguhan Mesyuarat
4.1 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al- Asr pada
jam 10.30 pagi.
Disediakan oleh,

………………………..……
(SITI HASMAH BINTI MOHAMMAD)
Penolong Setiausaha Kurikulum 2019,
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.

Disemak oleh,

………………………..………………..…
(KAMALUL’LAIL BIN HJ. SULEIMAN)
Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.

Disahkan oleh,

………………………………………
(JASRI BIN MD. ISA)
Pengetua ,
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.

You might also like