Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Seperti yang kita suda sedia maklum Perang Dunia Kedua merupakan sebuah perang
global yang telah berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Konflik antarabangsa ini
membabitkan lebih dari 100 juta orang dari lebih 30 buah negara di seluruh dunia yang
kebanyakannya melibatkan dua pakatan terbesar iaitu Kuasa Bersekutu (perikatan negara-
negara pembesar berempat iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan
China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman Nazi, Itali dan Jepun), dengan
pertempuran di beberapa medan utama yang berlaku secara serentak.

Perkaitan antara Perang Dunia Kedua dengan Asia Tenggara ini bermula apabila Jepun
menyerang Siam dan Tanah Melayu dari pangkalan-pangkalan di Indochina pada 8
Disember 1941. Namun Thailand telah menandatangani sebuah perjanjian di mana Thailand
bersetuju untuk menjadi sekutu Jepun. Perjanjian ini ditandatangani sendiri oleh Perdana
Menteri Thailand, Phibun Songkram dan Duta Besar Jepun, Tsubokami di dalam sebuah
upacara adat istiadat Biara Arca Zamrud di Bangkok.1 Perang Dunia Kedua di Asia
Tenggara ataupun lebih dikenali sebagai Perang Pasifik ini berlangsung daripada tahun
1941 sehingga 1945. Selepas berakhirnya pertempuran ini terdapat banyak perubahan dari
segi politik dan juga pembentukan kerajaan yang berlaku di Thailand.

2.0 KONFLIK POLITIK DI SELATAN THAILAND

1
Swan, William L. (1989), Thai-Japan Monetary Relations at the Start of the Pacific War, Cambridge University
Press, 313-347.
Semasa pemerintahan Phibul SongKram pada tahun 1938, perkara yang pertama dilakukan
oleh beliau ialah menerapkan budaya Siam ke atas semua penduduk atau rakyat yang
berada dibawah tampuk pemerintahannya. Hal ini termasuk juga kepada penduduk-
penduduk Islam yang berada di wilayah selatan Thailand. Penduduk-penduduk Islam di
selatan Thailand dipaksa untuk mengamalkan budaya-budaya Siam yang mana berada
dibawah dasar Thai Rathanuyum yang mana membawa konsep “Negara Thai untuk ras
Thai”. Manakala pada tahun 1944 pula sebuah pencabulan terbesar telah dilakukan oleh
Phibul Songkram apabila beliau telah membuat keputusan untuk memansuhkan
pengecualian undang-undang keluarga Islam dan pusaka yang selama ini dikecualikan di
bawah dasar Thisapiban – Chulalongkorn bagi penduduk-penduduk yang menganuti agama
Islam di wilayah selatan.2 Pemansuhan undang-undang ini membawa maksud kepada
penghapusan jawatan kadi dalam kehakiman dan juga pembubaran ke atas Majlis Agama
Islam di empat wilayah selatan.3

Ekoran daripada tindakan Phibul Songkram itu telah banyak menggelisahkan penduduk-
penduduk Islam di wilayah selatan, terutama sekali dari kalangan Ulama’ yang sangat tidak
bersetuju dengan perlakuan tersebut. Hal ini juga secara tidak langsung telah mendorong
kepada beberapa siri pembantahan yang dilakukan oleh Ulama’-Ulama’ di selatan Thailand
sama ada dari peringkat dalam atau peringkat antarabangsa. Antara contoh bantahan yang
dilakukan ialah dengan penubuhan satu pembentukan badan pelaksanaan hukum Islam (al-
Hai’ah al- Thanfidiyah Li Ahkam al- Syari’ah al- Islamiyyah) yang mana ditubuhkan bagi
membantah polisi Phibul Songkram dan juga bagi mengisi kekosongan di dalam
pelaksanaan undang-undang Islam, yang mana telah diketuai oleh Hj. Sulong dan juga 11
orang Ulama’ lain yang cukup dihormati dan disegani.4

Namun siri pembantahan ini tidak berlangsung lama, selepas Perang Dunia Kedua berakhir
pada 1945, tampuk pemerintahan Phibul Songkram telah digantikan oleh Pridi Panhomyong
pada bulan March 1946. Pemerintahan zaman Pridi lebih bertolak ansur apabila beliau

2
Ahmad Fathy al- Fatani (1994), Pengantar Sejarah Patani, Alor Star: Pustaka Darussalam, hlm 81.
3
Mohd Zamberi A. Malek (1993), Umat Islam Patani Sejarah dan Politik, Shah Alam: HIZBI, hlm 196.
4
Ahmad Fathy, Pengantar Sejarah Patani, hlm 86.
dilihat lebih prihatin akan kepentingan penduduk-penduduk Islam di selatan Thailand. Beliau
telah memulangkan semula hak-hak keistimewaan orang Islam yang mana telah dihapuskan
semasa zaman pemerintahan Phibul Songkram. Antara hak orang Islam yang telah Pridi
kembalikan adalah undang-undang keluarga Islam dan pusaka bagi empat wilayah telah
digubal dan diisytiharkan serta dilaksanakan dalam sistem kehakiman dengan meletakkan
jawatan dua orang kadi di samping hakim Sivil5 yang mana undang-undang ini juga masih
diguna pakai atau dilaksanakan sehingga ke hari ini.

Maka di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa terdapat beberapa konflik politik telah
berlaku di selatan Thailand semasa Thailand masih berada di bawah pemerintahan Phibul
Songkram. Namun selepas Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, pemerintahan
Phibul Songkram telah digantikan oleh Pridi Phanomyong pada tahun1946. Pemerintahan
dibawah Pridi Phanomyong juga dapat dilihat lebih terbuka kepada semua rakyat tidak
mengira akan agama yang dianuti oleh setiap individu tersebut. Di sini kita boleh melihat
bagaimana Pridi Phanomyong menyelesaikan masalah yang dialami oleh penduduk-
penduduk Islam di selatan Thailand dengan mengembalikan hak-hak mereka kembali yang
mana telah menyumbangkan kepada perkembangan politik yang positif secara tidak
langsung.

3.0 ERA PEREBUTAN KUASA

Era perebutan kuasa ini merupakan sebuah peristiwa tegang di antara Seni Pramoj dan juga
Pridi Phanomyong yang mana pada 17 November 1946, Seni Pramoj telah menjadi Perdana
Menteri Thailand. Namun, kedudukan Seni Pramoj tidak berapa terjamin apabila beliau

5
A. Bangnara (1977), Patani dahulu dan sekarang, Markas Dharurah Daulah Islamiyyah: Penal penyelidikan
Angkatan Al-Fatani, hlm 51.
mendapati kedudukannya sebagai Ketua Kabinet agak sedikit tergugat apabila terdapat
banyak orang kanan dan penyokong-penyokong Pridi Phanomyong.6 Manakala Pridi
Phanomyong pula terus-terusan menggunakan taktik kuasa di sebalik tabir seperti yang
sering dilakukannya semasa pemerintahan Khuang Aphaiwong.7 Hal ini bertambah keruh
apabila dengan kehadiran golongan bupati yang menjulang dan mempunyai kewibawaan
yang tinggi telah menyebabkan Seni Pramoj bersifat sombong dan telah menanamkan
permusuhan yang mana boleh membawa kepada kerosakan politik Thailand.8

Seni Pramoj kemudiannya menyertai dan bergabung dengan parti Demokrasi yang baru
yang mana ditubuhkan pada tahun 1946 yang mana sebahagian besarnya terdiri dari
kalangan golongan royalis dan golongan konservatif.9 Di samping itu juga Seni Pramoj
dengan giatnya melaksanakan kempen peribadi menentang Pridi Phanomyong. Selain itu,
Seni Pramoj juga telah meminta sebuah penyiasatan dilakukan ke atas penggunaan asset
Thai bernilai US$500,000 yang mana telah dibekukan oleh Kerajaan AS bahawa dia telah
menyerahkannya kepada pihak OSS. Dengan sangkaan wang tersebut sudah disalurkan
kepada negarawan kanan, Seni Pramoj menzahirkan rasa kecewa apabila sebahagian
besar wang tersebut tidak digunakan atau dibelanjakan untuk hal yang sepatutnya. Namun
hasil penyiasatan tidak menemui apa-apa sebarang kesalahan dan menyimpulkan bahawa
The Free Thai Movement menunjukkan prestasi yang sangat baik.

Konflik di antara Seni Pramoj dan Pridi Phanomyong bertambah teruk apabila sejurus
kematian Raja Ananda Mahidol, Seni Pramoj dan orang-orangnya melancarkan serangan
tanpa henti terhadap pemerintah dan menuduh Pridi Phanomyong yang bertanggungjawab
ke atas pembunuhan raja, walaupun tuduhan yang dibuat itu tidak masuk akal.10 Seterusnya
pada bulan November 1947, Parti Demokrat bekerjasama dengan pihak tentera yang tidak
6
Van Praagh, D. (1996), Thailand's struggle for democracy: the life and times of MR Seni Pramoj, London:
Holmes & Meier.
7
SPITZER, H. (1951), Thailand Since the War, Sage Publication Inc., 114(3), 72-74.
8
Ockey, J. (1999). Thailand-Thailand's Struggle For Democracy: The Life and Times of MR Seni Pramoj. By David
Van Praagh, Foreword by Stephen Solarz. New York and London: Holmes and Meier, 1996. Pp. xviii, 358.
Chronology, index. Journal of Southeast Asian Studies, 30(1), 194-196.
9
Van Praagh, D., Thailand’s Struggle for democracy: the life and times of MR Seni Pramoj.
10
Fineman, D. (1997), A special relationship: the United States and military government in Thailand, 1947-
1958, University of Hawaii Press, hlm 20.
puas hati untuk menggulingkan pemerintahan Thawan Thamrongnawasawat. Sebagai
sebahagian daripada perjanjian itu, Seni Pramoj dianugerahkan portfolio kabinet di kabinet
yang didirikan oleh Khuang.

Di sini kita boleh melihat dengan jelasnya bahawa perebutan kuasa di antara dua pemimpin
masih terjadi dan telah menyebabkan kekacauan politik. Disebabkan sifat ketamakan dan
sifat pentingkan diri di dalam diri seorang pemimpin itu telah banyak mengakibatkan banyak
peristiwa yang tidak diingini berlaku dan kekacauan politik ini boleh memecahkan perpaduan
di antara rakyat. Oleh itu perebutan kuasa di antara Seni Pramoj dan Pridi Phanomyong ini
sedikit sebanyak telah menyumbang kepada perkembangan politik di Thailand selepas
Perang Dunia Kedua.

4.0 RAMPASAN KUASA TENTERA

Rampasan kuasa tentera ini berlaku pada tahun pertama pemerintahan Bhumibol Adulyadej,
almarhum Raja Thailand11 dan rampasan kuasa ini berlaku dalam tempoh peralihan yang
kacau-bilau setelah kematian saudara Raja Bhumibol Adulyadej iaitu Raja Ananda Mahidol
yang mencurigakan. Pada bulan November 1947, pihak tentera telah merampas kekuasaan

11
Venkataramani, M. S. (1992), Military Coup Pattern in Postwar Thailand: Washington and the First Coup of
1947, International Studies, 29(3), hlm 253.
dari pemerintah sivil dan telah mengembalikan jawatan diktator tentera Field Marshal
Phibun Songkhram. Setelah Phibul Songkram kembali berkuasa pada tahun 1948 apabila
beliau telah menurunkan Khuang Aphaiwong daripada jawatan Perdana Menteri. Berikut
peristiwa tersebut telah banyak menimbulkan konflik di antara ahli Dewan Senat yang mana
sebahagian besarnya adalah penyokong setia Khuang Aphaiwong. Tidak cukup itu juga
Phibun Songkram juga banyak membubarkan perlembagaan yang yang menjadi halangan
kepadanya dalam menguasai politik negara secara penuh.

Selain itu, sistem pemerintahan di bawah Phibun Songkram yang kini juga kelihatan sedikit
berbeza jika dibandingkan dengan sistem pemerintahannya pada zaman beliau memegang
jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand. Antara perbezaan yang ketara adalah apabila
beliau meninggalkan kefahaman ideologi fasisme seperti pada zaman awal
pemerintahannya sebagai Perdana Menteri, dan lebih menyebarkan fahaman demokrasi
pada pemerintahannya sebagai diktator. Selain itu, peristiwa ini juga sejajar dengan
peristiwa Perang Dingin (Cold War) dan juga pembentukan rejimen komunis di Asia
Tenggara. Permulaan Perang Dingin menyaksikan Phibun Songkram menjajarkan Thailand
dengan kem anti-komunis yang mana secara tidak langsung telah menyebabkan Amerika
Syarikat mengambil keputusan untuk membuat hubungan pakatan Thailand-Amerika.12

Hubungan ini dilakukan kerana Amerika Syarikat merasakan fahaman ideologi yang dibawa
oleh Phibun Songkram bersesuaian dan sejajar dengan hasrat dan rancangan Amerika
Syarikat yang mana untuk membatasi atau membendung penyebaran komunisme di Asia
Tenggara. Akhiranya hal ini telah menyebabkan penglibatan Amerika Syarikat dalam
pembangunan politik dan ekonomi di Thailand secara tidak langsung. Hal ini juga dapat
dilihat apabila Thailand telah menerima sejumlah bantuan besar daripada Amerika Syarikat
setelah Thailand menyertai Perang Korea sebagai sebahagian daripada kekuatan sekutu
Komando Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menentang pasukan komunis Korea
12
Fineman, D., A special relationship: the United States and military government in Thailand 1947-1958, hlm 1.
Utara dan Republik Rakyat China.13 Sebagai hasil sumbangan yang diberikan kepada usaha
perang Bersekutu oleh Gerakan Bebas Thailand, Amerika Syarikat bersetuju untuk menjadi
pelindung Thailand. Walaupun pada mulanya Amerika Syarikat hanya melihat Thailand
sebagai sebahagian daripada rancangan serantau untuk membangun semula ekonomi
Jepun, namun selepas Perang Pasifik tidak membawa apa-apa perdamaian di Asia
Tenggara menyebabkan Amerika Syarikat mempertimbangkan semula Thailand sebagai
sekutu untuk menahan penyebaran komunisme di Asia. Di sini kita dapat melihat akan
betapa pentingnya rampasan kuasa dalam hubungan Thailand-Amerika sehingga
menyebabkan Amerika Syarikat terlibat di dalam sistem pemerintahan politik di Thailand.

5.0 PERJANJIAN BANTUAN DENGAN AMERIKA SYARIKAT

Disebabkan oleh hubungan baik Thailand dan juga Amerika Syarikat terjalin, maka Amerika
Syarikat sangat banyak membantu kepada keperluan-keperluan Thailand. Menjelang tahun
1950 perubahan sikap Amerika Syarikat terhadap Asia Tenggara pada umumnya dan
khususnya terhadap Thailand semakin menjadi jelas. Hal ini kerana Amerika Syarikat
berusaha mencari negara sekutu untuk menahan dan membatasi penyebaran fahaman
ideologi komunisme. Pada masa yang sama, kebijakan luar negeri Phibun Songkram

13
Ibid, hlm 2.
semasa pemerintahannya yang kedua diselaraskan atau sejajar dengan kempen anti-
komunisme yang mana selaras dengan dasar Amerika Syarikat secara tidak langsung.14

Antara isi perjanjian tersebut adalah Amerika Syarikat perlu membantu Thailand dari segi
keperluan-keperluan yang kurang tidak kira dari segi makanan, kewangan mahupun
ketenteraan. Justeru itu, menjelang akhir tahun 1949 kepentingan Amerika Syarikat di
rantau ini adalah untuk memastikan bahawa Thailand akan mendapat bantuan
ketenteraan.15 Namun menjelang tahun 1950 Thailand berada di tengah-tengah dasar Timur
dan berada jauh daripada Amerika Syarikat. Oleh itu, Phibul Songkram telah membuat
keputusan untuk sejajarkan hubungan Thailand dengan Amerika Syarikat pada tahun 1950
dan ianya merupakan aspek yang sangat penting yang mana dikaitkan dengan keperluan
untuk mendapatkan bantuan kewangan dan kebimbangan mengenai jarak dan pengaruh
komunis China yang semakin meningkat.

Phibun Songkram telah mengambil peluang pada 24 Jun 1950, ketika Majlis Keselamatan
PBB mengutuk pencerobohan Korea Utara. Tiga hari kemudian, semua anggota PBB
diminta menghentikan pencerobohan, dan pada 29 Jun PBB memanggil kementerian luar
negeri Thailand untuk meminta bantuan material. Phibun Songkram menawarkan 4.000
lelaki yang pertama dihantar oleh mana-mana negara Asia dan kemudian bersetuju untuk
membekalkan 40,000 tan beras.16 Pada pertengahan Oktober 1950 Amerika Syarikat dan
Thailand menandatangani perjanjian yang memasukkan Thailand ke dalam Program
Bantuan Ketenteraan (MAP) dan mengakibatkan Kumpulan Penasihat Bantuan Ketenteraan

14
Ibid, hlm 1.
15
Darling, F. C. (1967), America and Thailand, Asian Survey, 7(4), 213-225.
16
Millett, A. R., & Cathcart, A. J. (2007), The War for Korea, 1945—1950: A House Burning, University of Hawai'i
Press, 93-97.
(MAGG) tetap ditempatkan di Thailand. Antara tahun 1951 sehingga 1953 bantuan
ketenteraan ke Thailand meningkat dari $ 10 juta menjadi sekitar $ 56 juta.

Menjelang 10 November 1950, batalion pertama rejimen ke-21 Tentera Darat Diraja
Thailand, yang telah dibentuk pada bulan September atas permintaan PBB telah turun di
Pelabuhan Busan antara 31 Oktober dan 11 November 1953. Mereka telah mengambil
bahagian di dalam Pertempuran Pork Chop Hill. Pada waktu yang sama dua kapal perang
Thailand, HTMS Prasae dan HTMS Bangpakong tiba di Korea Selatan dan mereka
diarahkan berkhidmat di bawah perintah PBB, melakukan tugas pengawalan dan menembak
sasaran musuh di darat. Di sini kita dapat lihat bahawasanya walaupun Thailand
memerlukan bantuan dari pihak Amerika Syarikat namun Thailand juga masih mampu untuk
memberi sumbangan kepada pihak PBB di dalam Perang Korea.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya terdapat banyak perubahan mahupun perkembangan politik yang berlaku di


Thailand selepas berlakunya Perang Dunia Kedua di Asia Tenggara. Bermula daripada
menjadi sekutu Jepun sehingga terikat dengan perjanjian-perjanjian seperti yang dinuat
dengan Amerika Syarikat. Selain itu kita juga dapat melihat disebabkan oleh sifat tamak
dalam diri seorang pemimpin itu akan dapat mengakibatkan kekacauan dalam politik
sesebuah negara tersebut. Selain itu, kita juga dapat melihat disebabkan oleh penindasan
ke atas penduduk-penduduk Islam di wilayah Selatan Thailand telah dapat menaikkan
semangat di semangat nasionalisme di kalangan rakyat dan kita juga dapat melihat
bagaimana seorang pemimpin itu berjaya untuk memperbaiki keadaan agar keharmonian
negara dapat dicapai bersama. Maka jelaslah disini selama tempoh selepas berakhirnya
Perang Dunia Kedua iaitu dari tahun 1945 sehingga 1970, terdapat banyak perubahan dan
perkembangan politik yang berlaku di Thailand. Namun tidak dapat disangkal ada
perkembangan yang membawa ke arah positif dan terdapat juga perkembangan yang boleh
membawa kepada kebinasaan sistem politik di Thailand. Akhir sekali, pemikiran dan juga
sikap pemikiran pemimpin memainkan peranan yang sangat penting bagi kemajuan dan
juga pembangunan sesuatu negara tersebut.

BIBLIOGRAFI

William L. Swan. Thai-Japan Monetary Relations at the Start of the Pacific War,
Cambridge University Press, 1989.

Ahmad Fathy al- Fatani, Pengantar Sejarah Patani, Alor Star: Pustaka Darussalam,
1994.

Mohd Zamberi A. Malek, Umat Islam Patani Sejarah dan Politik, Shah Alam: HIZBI,
1993.

Bangara A., Patani dahulu dan sekarang, Markas Dharurah Daulah Islamiyyah:
Penal penyelidikan Angkatan Al-Fatani, 1977.
D. Van Praagh, Thailand's struggle for democracy: the life and times of MR Seni
Pramoj, London: Holmes & Meier, 1996.

H. SPITZER, Thailand Since the War, Sage Publication Inc., 114(3), 1951.

J. Ockey, Thailand-Thailand's Struggle For Democracy: The Life and Times of MR


Seni Pramoj. By David Van Praagh, Foreword by Stephen Solarz. New York and London:
Holmes and Meier, 1996. Pp. xviii, 358. Chronology, index. Journal of Southeast Asian
Studies, 30(1), 194-196. 1999.

D. Fineman, A special relationship: the United States and military government in


Thailand, 1947-1958, University of Hawaii Press, 1997.

M. S. Venkataramani, Military Coup Pattern in Postwar Thailand: Washington and


the First Coup of 1947, International Studies, 29(3), 1992.

F. C. Darling, America and Thailand, Asian Survey, 7(4), 213-225. 1967.

A. R. Millett & A. J. Cathcart, The War for Korea, 1945—1950: A House Burning,
University of Hawai'i Press, 2007.

You might also like