Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

VISI

Mewujudkan ahli yang berdisiplin, berdedikasi, cekap,


sedia berkhidmat dan berdaya saing dalam bidang
kokurikulum
dan dalam kehidupan mereka.

MISI

Menjadi unit beruniform yang berdisiplin,

mengamalkan pengurusan yang telus

dan menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar yang akrab.


PERLEMBAGAAN

NAMA

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

ALAMAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor.

TUJUAN

 Mendisiplinkan pelajar
 Memberikan ilmu pertolongan cemas kepada ahli
 Melatih bakal pemimpin
 Memberikan khidmat pertolongan cemas kepada warga sekolah

KEAHLIAN

 Terdiri daripada murid-murid SMK Jalan Kebun.


 Murid-murid yang menyertai unit beruniform ini wajib menyertai sebarang program yang
ditetapkan oleh pihak pengurusan unit beruniform BSMM.

TANGGUNGJAWAB AHLI

 Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam menentukan sesuatu keputusan.


 Ahli-ahli bertanggungjawab dalam memerhati dan mengambil tindakan yang berlandaskan
perlembagaan supaya unit beruniform ini bergerak dengan giat mengikut perlembagaan.
 Setiap ahli berhak menyemak hal-hal kewangan untuk memastikan tidak berlaku
penyelewengan.
 Setiap ahli diwajibkan hadir/ mengambil bahagian dalam segala bentuk aktiviti yang dianjurkan
oleh unit beruniform ini. Mereka yang tidak dapat berbuat demikian hendaklah memberitahu
ahli jawatankuasa dengan memberikan sebab-sebab yang munasabah.
 Sebarang tindakan yang diambil hendaklah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa terlebih
dahulu.
PENTADBIRAN

PENAUNG : Hj. Hishammuddin Bin Sirat (Pengetua SMKJK)

GURU PENASIHAT : Pn. Azean Bt Kamaruddin

Pn. Noor Diyana Bt Ismail

Pn. Nor Azura Bt Ismail

Pn. Intan Shafinaz Bt Zakaria

Pn. Ruhiyah A/P Ramdu

Pn. Shanty A/P Appukuttan

Pn. Anbarasi A/P Sinnasamy

Pn. Thilagam A/P Marimuthu

En. Ahmad Kamal Bin Abdullah

PENGERUSI : Alif B. Azman

NAIB PENGERUSI : Nur Syahirah Bt Azhar

SETIAUSAHA : Nur Aina Afrina Bt Mohd Radzuan

NAIB SETIAUSAHA : Nor Aini Bt Mohd Nordin

BENDAHARI : Rashvini A/P Sathiasivan

NAIB BENDAHARI : Siti Nur Ayuni Adura Bt Abd Aziz

AHLI JAWATANKUASA

TINGKATAN 3 : M. Muslihuddin B. Mohd. Mukhlish

Fizatul husna bt. Muhd supian

TINGKATAN 4 : Fitri Aiman Bin Zainal Badri

Nur Farihah Zafirah Bt. Abdul Halim

TINGKATAN 5 : M. Ismail Md Zakir

Nur Syamiza Bt Mad Azhari


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP JAWATANKUASA :

PENGERUSI

 Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan


 Mengadakan Mesyuarat Agung dan mesyuarat dari semasa ke semasa.
 Meneliti catatan mesyuarat dan memastikan setiap tindakan yang telah diputuskan
dalam mesyuarat telah diambil.
 Membincangkan segala program dan aktiviti tahunan kelab dengan guru penasihat.
 Memastikan aktiviti kelab berjalan dengan licin dan mendapat sambutan

NAIB PENGERUSI

 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.


 Menggantikan pengerusi dalam mana-mana mesyuarat sekiranya pengerusi tidak hadir.

SETIAUSAHA

 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.


 Menyediakan laporan penggal dan tahunan untuk guru penasihat.
 Menguruskan surat menyurat.
 Menjemput ahli untuk hadir mesyuarat atau aktiviti.

BENDAHARI

 Mengutip yuran.
 Menyerahkan segala kutipan wang kepada guru penasihat.
 Mencatatkan segala perbelanjaan unit beruniform.
 Mengemukakan penyata kewangan dalam mesyuarat.

AHLI JAWATANKUASA

 Membantu dalam menjalankan dan menyelaraskan setiap aktiviti-aktiviti unit


beruniform.

YURAN

 Setiap ahli dikenakan yuran sebanyak RM 2.00 semasa mendaftar


DANA KELAB

 Kutipan yuran hanya boleh digunakan untuk pembiayaan aktiviti kelab sahaja.
 Kelab berhak menerima atau mencari sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain dari
mana-mana pihak.

MESYUARAT

 Mesyuarat tahunan akan diadakan pada suatu masa yang difikirkan sesuai oleh pihak
pengurusan atau pihak sekolah.

 Mesyuarat jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali bagi setiap


penggal.

 Mesyuarat tahunan hendaklah dihadiri oleh sekurang-kurangnya seorang guru


penasihat.

 Pengumuman setiap mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum


mesyuarat.

 Setiap ahli hendaklah mematuhi segala keputusan mesyuarat supaya mesyuarat


berjalan dengan licin dan sempurna.

 Ahli jawatankuasa yang tidak hadir semasa mesyuarat hendaklah memberikan sebab
akan ketidakhadirannya semasa mesyuarat tersebut.

PINDAAN PERLEMBAGAAN

 Pindaan perlembangaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan atas
nasihat Pengetua.

PENGERUSI GURU PENASIHAT

………………………………................. ……………………………………..........

(Muhamad Alif B. Azman) (Pn. Azean Binti Kamaruddin)

You might also like