Borang Soal Selidik R&D TG6

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BORANG SOAL SELIDIK

KESESAKAN JALAN RAYA DI HADAPAN SMK JERANTUT PADA WAKTU


PUNCAK.

BAHAGIAN A:
MAKLUMAT DIRI

1. Status diri:
[ ] Pelajar
[ ] Ibu Bapa
[ ] Guru

2. Jantina:
[ ] Lelaki
[ ] Perempuan

3. Kaum:
[ ] Melayu
[ ] Cina
[ ] India
[ ] Lain-lain.................................

BAHAGIAN B:
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KESESAKAN LALU LINTAS
Setuju Tidak
Setuju
1. Faktor cuaca seperti hujan akan menyebabkan berlakunya kesesakan
lalu lintas.
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut yang berhampiran dengan
perumahan serta pertambahan bilangan penduduk menyebabkan
berlakunya kesesakan lalu lintas.
3. Pemandu yang tidak berdisiplin dan tidak mematuhi peraturan jalan
raya dengan membuat pusingan U menyebabkan berlakunya
kesesakan lalu lintas.
4. Kerosakan jalan raya turut menyumbang kepada kesesakan lalu
lintas.
5. Para pelajar tidak berkongsi kenderaan dengan guru-guru atau rakan-
rakan telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.
6. Para pengguna jalan raya lewat keluar untuk pergi kerja telah
menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.
7. Jalan raya yang sedia ada terlalu kecil menyebabkan kesesakan lalu
lintas.
8. Hanya terdapat satu pintu keluar masuk sahaja untuk ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Jerantut telah menyebabkan berlakunya
kesesakan lalu lintas.
9. Ketiadaan jejantas untuk melintas jalan raya bagi para pelajar telah
menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.
10. Kekurangan tempat meletak kenderaan bagi ibu bapa semasa
menghantar dan mengambil anak- anak mereka juga telah
menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.
11. Pembinaan longkang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan
Jerantut sedikit sebanyak telah menyumbang berlakunya kesesakan
lalu lintas.

BAHAGIAN C:
KESAN-KESAN BERLAKUNYA KESESAKAN LALU LINTAS DIHADAPAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERANTUT
Setuju Tidak
Setuju
1. Kesesakan lalu lintas pastinya akan membawa kepada keburukan
pengguna jalan raya yang akan menyebabkan berlakunya
kemalangan jalan raya yang tidak diingini.
2. Kesesakan lalu lintas juga akan menyebabkan pembaziran waktu
yang diperlukan.
3. Kesesakan lalu lintas juga akan memberi tekanan kepada pengguna
jalan raya yang ingin cepat sampai ke tempat kerja.
4. Selain itu juga, kesesakan lalu lintas akan menyebabkan para pelajar
lewat datang ke sekolah.
5. Kesesakan lalu lintas juga akan memberi kesan kepada alam
sekeliling kerana berlakunya pencemaran udara dan bunyi.
6. Selain itu, kesesakan lalu lintas juga secara tidak langsung akan
menyebabkan berlakunya pembaziran minyak.

BAHAGIAN D:
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI KESESAKAN LALU LINTAS
DIHADAPAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERANTUT
Setuju Tidak
Setuju
1. Dengan menyediakan jejantas sekurang- kurangnya dapat mengelak
berlakunya kesesakan lalu lintas.
2. Dengan memperbesarkan jalan raya maka kesesakan lalu lintas dapat
diatasi dengan segera.
3. Selain berkongsi kenderaan dengan guru-guru atau rakan-rakan
sekurang-kurangnya kesesakan lalu lintas dapat dielak sebaik
mungkin.
4. Pembinaan dua pintu keluar masuk ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Jerantut akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.
5. Meletakkan anggota trafik di hadapan Sekolah Menengah
Kebangsaan Jerantut untuk mengawal keadaan lalu lintas.
6. Para pelajar dan guru-guru seharusnya datang awal ke sekolah bagi
mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
7. Menyediakan satu tempat khas bagi ibu bapa untuk menghantar dan
menunggu anak-anak mereka ketika pulang dari sekolah.

You might also like