Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT UNIT BENCANA KALI PERTAMA TAHUN 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERAK

TARIKH / HARI : 18 JANUARI 2021


MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING MELALUI GOOGLE MEET

KEHADIRAN
1. Pn. Norzita binti Haji Mohamad Noh Guru Besar
2. En. Wan Ahmad Nazri Bin Wan Abdul Manaf PK Pentadbiran
3. Pn Rohaya Binti Kadir PK HEM
4. Pn Siew Mei Sin PK KOKU
5. En. Mohd Khairil Ariff Bin Abdul Rahim Su Bencana
6. Pn. Nurul Nadia Binti Salahudin Guru Kelas
7. Pn. Noranati Nadhiran Binti Khairul Azlan Guru Kelas
8. En. Nor Fazli Bin Ahmad Guru Kelas
9. Cik NADHIRAH BINTI AHMAD AYOB Guru Kelas
10. Pn. Siti Noor Hazlin Binti Sheikh Harun Guru Kelas
11. En. Mohamad Fathi Bin Mohamad Bakhir Guru Kelas
12. En. Zulkifli Bin Mat Guru Kelas
13. Pn. Nurul Rahimah Binti Mohammad Razi Guru Kelas
14. Cik Nadhia Binti Shamsudin Guru Kelas
15. Muhammad Lutfi Bin Harun Guru Disiplin/ICT
16. Pn. Siti Zurina PPM
17. Pn. Masriyati Pengusaha Kantin
18. Cik Hernani Pengawal Keselamatan
19. Pn. Shanti Pembersihan Sekolah
20. En. Mokhtar Bin Ramli YDP PIBG
1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua Ahli
Jawatan Kuasa Bencana kerana menghadiri Mesyuarat Bencana Kali
Pertama bagi sesi 2021. TINDAKAN :
MAKLUMAN

1.2 Guru Besar memaklumkan bahawa negara kita telah dilanda Pandemik Covid
19. Kes baharu meningkat dari hari ke hari. Oleh itu, kita haruslah
bekerjasama untuk memutuskan rantaian Covid 19 ini. TINDAKAN :
MAKLUMAN

1.3 Guru Besar juga mengingatkan agar semua AJK Bencana supaya bersedia
dengan sebarang kemungkinan berkenaan dengan penularan wabak
Covid19 yang sedang melanda seluruh dunia pada ketika ini. TINDAKAN :
MAKLUMAN

1.4 Guru Besar memberitahu bahawa sepertimana yang dimaklumkan oleh


Menteri Kanan Pendidikan iaitu semua institusi di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia tidak dibenarkan beroperasi secara bersemuka bagi
negeri-negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh
itu, pembelajaran dan pengajaran akan dijalankan secara atas talian.
TINDAKAN : MAKLUMAN
1.5 Guru Besar meminta agar semua AJK memberi sepenuh perhatian dan
memberikan cadangan sekiranya sekolah dibenarkan beroperasi semula
dalam masa terdekat ini.
TINDAKAN : MAKLUMAN

2 PERKARA BERBANGKIT

2.1 TIADA PERKARA BERBANGKIT

3 AGENDA MESYUARAT

3.1 Kemaskini Petunjuk Arah

3.1.1 Petunjuk Arah yang telah dibincangkan pada mesyuarat yang lalu
boleh dikekalkan untuk laluan murid, guru dan pelawat pada tahun ini.
TINDAKAN : MAKLUMAN

3.1.2 Guru Besar telah meminta Cikgu Khairil bersama barisan AJK
Bencana untuk memeriksa semula petunjuk arah yang telah
dilaksanakan pada tahun lepas. Sekiranya terdapat petunjuk arah yang
telah rosak maka pembaikan perlu dibuat segera.
TINDAKAN : Cikgu Khairil
3.2 Kawalan Keselamatan Murid

3.2.1 Pihak sekolah sentiasa mengikut Standard Operating Procedure (SOP)


yang ketat kepada murid-murid terutamanya pada ketika murid hadir
ke sekolah di waktu pagi. TINDAKAN : MAKLUMAN

3.2.2 Setiap murid yang hadir ke sekolah perlu dicatat suhu badan mereka
melebihi 37.5 darjah celcius ke atas,maka ibu bapa akan dihubungi
dan dinasihatkan untuk membawa anak mereka untuk menjalani
pemeriksaan kesihatan di pusat kesihatan terdekat.
TINDAKAN : GURU BERTUGAS
3.2.3 Sekiranya murid-murid menunjukkan tanda-tanda demam dan tidak
sihat, murid ini akan di tempatkan di bilik isolasi sementara menunggu
ibu bapa atau penjaga untuk tindakan seterusnya.
TINDAKAN : MAKLUMAN
3.2.4 Sebarang pergerakan murid perlu melibatkan Penjarakan Sosial. Murid
perlu memakai pelitup separuh muka dan digalakkan untuk membawa
cecair sanitasi tangan. TINDAKAN : MAKLUMAN

3.2.5 Setiap kelas juga telah disediakan cecair sanitasi tangan untuk
kegunaan murid-murid. TINDAKAN : MAKLUMAN

3.2.6 Pengumuman akan dibuat 3 kali sehari melalui siaraya berkaitan


keselamatan dan kebersihan yang perlu dititikberatkan untuk
memutuskan rantaian Covid 19.

3.2.7 Sekiranya sekolah dibenarkan untuk beroperasi, sesi Pdpc mestilah


berlaku mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian
Sekolah Dalam Norma Baharu seperti yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
TINDAKAN : MAKLUMAN

3.3 Pengoperasian Kantin

3.3.1 Guru Besar memaklumkan bahawa Sk Seri Perak telah mendapat


pengusaha kantin yang baru pada tahun ini iaitu Syarikat Cahaya Ayna
Services. TINDAKAN : MAKLUMAN
3.3.2 Sejajar dengan itu, pengusaha kantin haruslah bersedia dan mematuhi
SOP ketika pembukaan sekolah pada bila-bila masa.
TINDAKAN : MAKLUMAN
3.3.3 Pihak Pengusaha Kantin hendaklah memastikan kebersihan kantin
dijaga walaupun kawasan kantin tidak digunakan.
TINDAKAN : Pengusaha Kantin

3.3.4 Guru Besar memaklumkan bahawa Pengusaha Kantin harus


mengambil suhu dan merekodkan di dalam satu buku yang disediakan.
TINDAKAN : Pengusaha Kantin

3.3.5 Guru Besar memaklumkan kawasan kantin dibenarkan beroperasi.


Guru-guru boleh memesan makanan dan makan di bilik gurumanakala
murid pula akan diambil pesanan oleh guru mata pelajaran yang
pertama pada waktu pagi iaitu sebelum jam 8.00 pagi.
TINDAKAN : Pengusaha Kantin

3.3.6 Murid sepenuhnya akan berehat di kelas dan makan di meja masing-
masing. TINDAKAN : MAKLUMAN

3.3.7 Sebelum waktu rehat bermula, murid-murid akan berbaris di luar kelas
mereka untuk mencuci tangan dengan menggunakan sabun. Murid-
murid juga akan diawasi oleh guru mata pelajaran agar mematuhi
penjarakan fizikal. TINDAKAN : MAKLUMAN

3.3.8 Selepas makan, murid akan membuang sampah di dalam tong sampah
yang terdapat du kuar kelas. Murid-murid juga diminta membasuh
tangan dengan menggunakan sabun serta mengamalkan penjarakan
fizikal. TINDAKAN : MAKLUMAN

3.4 Peranan Kontraktor Kebersihan Sekolah

3.4.1 Guru Besar memberi makluman bahawa Unit Bomba dan Penyelamat
telah datang ke sekolah untuk menjalankan proses sanitasi di sekolah
pada 13 Januari 2021. Pihak bomba juga telah menyerahkan sebotol
tablet untuk menjalankan sanitasi disekolah
TINDAKAN : MAKLUMAN
3.4.2 Kontraktor Kebersihan mempunyai peranan besar dalam
pengoperasian sekolah kelak. Oleh itu, syarikat kontraktor kebersihan
harus memastikan kebersihan dijaga sepanjang masa.
TINDAKAN : MAKLUMAN
3.4.3 Sekiranya Kementerian Pelajaran memaklumkan tarikh pembukaan
semula sekolah, maka syarikat pembersihan harus menjalankan
proses sanitasi di bilik-bilik akademik yang akan diguna pakai oleh
murid-murid sehari sebelum sesi pembelajaran bersemuka dijalankan.
TINDAKAN : MAKLUMAN
3.4.4 Guru Besar menerangkan apabila sekolah dibuka nanti, bilik-bilik
akademik perlu disanitasi oleh pekerja-pekerja pembersihan setiap hari
selepas tamat waktu persekolahan.
TINDAKAN : MAKLUMAN

4 HAL-HAL LAIN

4.1 Guru Besar berpesan kepada guru-guru agar menjalankan sesi Pdpr dengan
penuh semangat, bertanggung jawab dan bukan secara sambal lewa. Kerja
buat bagi guru-guru perlu setimpal dengan pendapatan bulanan yang guru-
guru terima. TINDAKAN : MAKLUMAN
4.2 Walaupun Pdpr berlaku secara atas talian, guru-guru perlu memastikan agar
murid-murid tidak tercicir dari pelajaran mendapat ilmu yang berkualiti.
TINDAKAN : MAKLUMAN
4.3 Guru-guru disaran agar mengutamakan kebersihan dan keselamatan murid-
murid. Murid-murid perlu kerap membasuh tangan dan dipantau tahap
kesihatan mereka dari masa ke masa. TINDAKAN : MAKLUMAN
4.4 Walaupun tarikh pembukaan sekolah belum lagi diumumkan, guru-guru
perlulah memastikan bilik-bilik akademik telah siap sedia untuk beroperasi
dan berada dalam keadaan yang bersih dan kondusif untuk menjalankan sesi
pembelajaran pada tahun 2021 ini. TINDAKAN : MAKLUMAN
4.5 Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana guru-guru menitik beratkan
akan keselamatan murid-murid yang akan kembali ke sekolah nanti.
TINDAKAN : MAKLUMAN

5 PENUTUP
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,

_______________
Mohd Khairil Ariff
Su Bencana
Sk Seri Perak

You might also like