Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMABOK

KM.4 JALAN SEMABOK


75050 SEMABOK, MELAKA

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2021

Tarikh : 08 Februari 2021


Hari : Isnin
Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet)
Masa : 9.00 Pagi

Kehadiran :
1) En. Razali bin Ab Hamid
2) Pn. Marina binti Jati
3) Pn. Nurhuda binti Mat Yusof
4) Pn. Rosilah binti Hassan
5) Pn. Nor’azah binti Abdullah
6) Pn. Siti Zakiah binti Ab Samad
7) Pn. Noor Shahidah binti Mohd Azim
8) En. Salahudin bin Ab Rahman
9) En. Afiq Aissamuddin bin Mahabib

AGENDA MESYUARAT:

1.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


1.1 Pn. Marina mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru.
1.2 Mesyuarat diadakan bertujuan untuk berkongsi dapatan daripada JPN dan
sedikit perbincangan berkaitan panitia.
Tindakan: Semua guru

2.0 KATA-KATA ALUAN PENTADBIR


2.1 En. Razali selaku GPK Pentadbiran mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada Panitia Bahasa Melayu kerana dapat melaksanakan mesyuarat.
2.2 Perbincangan dikalangan guru-guru perlu dijalankan bagi memastikan
kelancaran pdpr Bahasa melayu.
2.3 En. Razali berharap agar guru-guru sentiasa peka terhadap sebarang
perubahan dan sentiasa berjaya dalam pelaksanaan PDPR.

Tindakan: Semua guru

3.0 DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM 2.0


3.1 Pn. Marina memaklumkan semua guru untuk menyediakan DPK1.0, DPK2.0,
DSKP dan juga RPT.
3.2 Guru perlu menyediakan RPT yang baru berdasarkan penjajaran kurikuum
terkesan dan DPK2.0.

Tindakan: Semua guru


4.0 DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM 1.0 TERKESAN
4.1 Sisipan dalam pengajaran.
Pn. Marina memaklumkan bahawa terdapat 2 pilihan untuk menjalankan
sisipan dalam pengajaran.
a) Menghabiskan silibus tahun lepas kemudian mengajar silibus tahun ini.
b) Membuat sisipan topik tahun lepas kedalam pembelajaran/topik tahun
ini.
4.2 Setelah perbincangam, semua guru bersepakat untuk memilih pilihan kedua,
iaitu memasukkan sisipan topik tahun lepas kedalam pembelajaran/topik
tahun ini.
4.3 Semua guru diingatkan untuk menyediakan bahan bukti pengajaran semasa
pdpr dan menyimpan di dalam fail.
4.4 Panitia perlu memuat turun DPK2.0 dan merancang RPT 36 minggu seperti
ynag dirancang dala takwim sekolah bagi tahun 2021.

Tindakan: Semua guru

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


5.1 Pn Marina mengingatkan guru-guru untuk menyediakan RPH seperti sebelum
ini.
5.2 RPH PDPR untuk hari isnin dan rabu perlu lengkap, RPH hari selasa untuk
penyerahan modul, Khamis untuk penandaan modul dan RPH jumaat untuk
penyediaan modul.
5.3 Guru perlu mengisi google form bagi setiap kelas yang diajar.
5.4 Pn. Marina menetapkan kepada semua guru untuk mengisi bilangan murid
yang mengikuti pdpr berdasarkan bilangan maklumbalas daripada murid-
murid ;‘online’ bagi murid yang memberi maklumbalas dan ‘offline’ bagi murid
yang tidak memberi maklumbalas.

Tindakan; Semua guru

6.0 ANALISA PBD


6.1 Pn. Marina memaklumkan guru-guru untuk menyediakan analisa PBD bagi
PDPR tahun lepas.
6.2 PBD 2020 perlu dimasukkan kedalam Fail PDPR guru.
6.3 Borang Transit PBD perlu diisi setiap minggu.

Tindakan: Semua guru

7.0 PLC
7.1 Panitia Bahasa Melayu telah menjalankan dua aktiviti PLC secara atas talian
di kalangan guru-guru Bahasa melayu iaitu;
a) Cara-cara penyediaan modul semasa PDPR
b) RPT penjajaran 2021
7.2 Pn. Marina juga memaklumkan bahawa panitia akan terus mengadakan
aktiviti PLC lain yang boleh menambah lagi pengetahuan para guru.

Tindakan: Semua guru


8.0 PEMULIHAN
8.1 Pn. Marina mengingatkan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu Tahun 2
untuk menyediakan sisipan aktiviti pemulihan bagi murid-murid yang telah
dicalonkan kedalam kelas pemulihan.
Tindakan: Pn. Siti Zakiah

9.0 PRA SEKOLAH


9.1 Pn. Norazah memaklumkan bahawa Prasekolah tidak menggunakan
Dokumen Penjajaran Kurikulum tetapi hanya perlu mengikuti dan
menggunakan DSKP yang sedia ada.
9.2 Terdapat penambahan masa pada jadual waktu prasekolah dan Pn. Norazah
memaklumkan masih menunggu penataran kedua daripada pihak sekolah.
9.4 Aktiviti yang dijalankan kepada murid-murid prasekolah pada awal
persekolahan ini lebih tertumpu kepada aktiviti motor halus.

Tindakan: Pn. Nor’azah

10.0 HAL-HAL LAIN


10.1 Pn. Marina mengingatkan semua guru bahawa semua kandungan asas
dalam DKP perlu dihabiskan dalam tahun semasa.
10.2 ‘Online Class’ tidak boleh lebih dari 1 jam.
10.3 Guru tidak boleh mempersoalkan jawapan dari murid seperti mendapat
markah tinggin atau penuh, tetapi perlu menyediakan bahan dokumen bagi
setiap pengajaran.
10.4 Pn. Nurhuda memaklumkan bahawa En. Ibrahim SISC+ ada menjual Buku
Cadangan Jawapan Aktiviti Buku Teks Tahun 5.

Tindakan: Semua guru

11.0 PENUTUP
11.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengharapkan kerjasama semua
guru agar semua tugasan dapat dilaksanakan dengan lancar.
11.2 Mesyuarat ditangguhkan dan tamat pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

...............................................
(NOOR SHAHIDAH BINTI MOHD AZIM)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu

You might also like