Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Minit Curai

Tajuk 5: Reka Bentuk Makanan


1. Reka bentuk makanan adalah pembentukan hiasan, ukiran pada sesuatu jenis makanan yang
direka bentuk mengikut kreativiti dan idea sendiri.
- Jenis makanan adalah makanan yang dipilih untuk di reka bentuk (bijirin, buah-buahan,
sayuran, produk bakeri dan konfeksioneri).
2. Kepentingan reka bentuk makanan:
- Kebebasan memilih kepada pengguna
- Menzahirkan nilai estetika
- Memberi faedah kepada pengusaha
- Pembanguan sains dan teknologi moden
- Kepelbagaian etika budaya
3. Faktor mempengaruhi kepentingan reka bentuk makanan: permintaan, budaya dan sosial,
tempat dan situasi sesuatu masyarakat dan berubah mengikut trend.
4. Menjana idea bagi menghasilkan lakaran reka bentuk hiasan makanan:
- Bahan dan alatan yang digunakan
- Kesesuaian mengikut produk
- Reka bentuk yang menarik
- Saiz yang bersesuaian
5. Enam langkah kerja penghasilan reka bentuk makanan.
6. Maklumat yang perlu ada pada lakaran: susun atur hiasan, kesesuaian reka bentuk, bahan
yang digunakan dan jenis kemasan.
7. Kriteria penilaian reka bentuk makanan:
- Estetik: warna, bau, rasa
- Kesesuaian saiz: mengikut kesesuaian, keperluan dan sasaran pengguna
- Persembahan: cara penyampaian dan maklumat
- Nilai murni: tidak melanggar tatasusila
8. Cadangan aktiviti: menonton klip video, mereka bentuk makanan, menghias & menghidang
hasil reka bentuk makanan, pertandingan dan pembentangan (menggunakan pelbagai
media).
9. DSKP: merujuk Standard Kandungan 5.1 dan Standard Pembelajaran 5.1.1 hingga 5.1.9.
10. Pentaksiran: TP 1 hingga TP 6

TP 1 5.1.1 Mengenal pasti reka bentuk yang sesuai pada jenis makanan yang dipilih.
TP 2 5.1.2 Menerangkan kepentingan reka bentuk makanan.
TP 3 5.1.4 Menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk makanan yang akan dibuat.
TP 4 5.1.5 Menghuraikan lakaran bermaklumat reka bntuk makanan yang akan
dihasilkan.
TP 5 5.1.6 Menilai maklumat pada lakaran dan membuat penambahbaikan.
TP 6 5.1.8 Menghasilkan satu reka bentuk pada bahan makanan yang dipilih
berdasarkan lakaran yang disediakan menggunakan bahan dan alatan yang
sesuai.
5.1.9 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai
media.

11. Pengisian Template Pelaporan PBD RBT: Bidang 5.0 - Reka Bentuk Makanan

You might also like