Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BAHAGIAN A. JAWAB SEMUA SOALAN.

(20 MARKAH)

1. Perkataan ‘computere’ berasal daripada Bahasa Latin yang bermaksud .


A. pengiraan
B. pencarian
C. penjumlahan
D. proses

2. Komputer bermaksud alat elektronik yang .


A. menerima data dan memproses data.
B. menerima data, memproses data dan mengeluarkan output.
C. menyimpan data, memproses data dan mencetak output.
D. menerima data, memproses data, menyimpan data dan mengeluarkan output.

3. Perisian adalah ………………………………….


A. data yang telah diproses.
B. program atau arahan kepada komputer.
C. peralatan yang disambung ke sistem unit
D. fakta sesuatu benda, orang atau bilangan.

4. Gambar di bawah merupakan komputer jenis ……………………………..

A. komputer peribadi
B. komputer mudah alih
C. komputer tangan
D. komputer benam

5. Komputer terdiri daripada 2 komponen penting iaitu :


A. input dan output
B. proses dan storan
C. perkakasan dan perisian
D. perisian dan utiliti
6 ………………………….. digunakan untuk memilih item yang dipaparkan pada
. skrin komputer.

A Sistem
B Monitor
C Tetikus
D Papan kekunci

7. Pilih jawapan yang sesuai bagi X berdasarkan gambar.

input proses ou

storan

x
A. data
B. maklumat
C. simpanan
D. diubah

8. Memasukkan data ke dalam sistem komputer dengan menggunakan papan kekunci, tetikus
dan pengimbas merupakan istilah bagi ………………………………….
A. input
B. proses
C. output
D. storan

9. ……………………………………… adalah tempat untuk menyimpan data untuk


digunakan di masa hadapan.

A. input
B. proses
C. output
D. storan
10. Peranti pencetak digunakan untuk aktiviti ………………………………………………

A. input
B. proses
C. output
D. storan

11. Apakah nama peranti output di bawah?

A. pembesar suara
B. pencetak
C. monitor
D. LCD Projektor

12 Tiga jenis perisian utama komputer ialah sistem pengendalian, …………………


. dan program utiliti.

A. perisian aplikasi
B. perisian maklumat
C. perisian penggunaan
D. perisian penyimpanan

13. Ikon di bawah merupakan perisian …………………………………………..

A. MS Power Point
B. MS Word
C. Internet Explorer
D. Window Media Player
14. Apakah maksud internet?
A. Perkhidmatan capaian maklumat
B. Perkhidmatan komunikasi
C. Perkhidmatan rangkaian
D. Rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh
dunia.

15. Antara berikut, yang manakah ialah bukan peranti rangkaian tanpa wayar?
A. Komputer peribadi
B. Kamera digital WiFi
C. Komputer riba
D. Telefon pintar

16. Pilih peranti yang merupakan peranti penghantar.


i. Kamera litar tertutup
ii. Pencetak
iii. Komputer riba
iv. Telefon pintar

A. i, ii dan iii sahaja


B. i, ii dan iv sahaja
C. i, iii dan iv sahaja
D. i, ii, iii dan iv

17. Antara berikut, manakah bukan merupakan contoh perkhidmatan internet?


A. E-mail
B. Pemesejan segera
C. Jaringan sejagat (WWW)
D. Telefon internet.
18. Atur cara komputer dalam mesin basuh digital digunakan untuk .
A. mengawal seluruh proses basuhan.
B. menetapkan bilangan basuhan.
C. menetapkan tempoh basuhan
D. mengawal jenis basuhan.

19. Antara peralatan berikut, yang manakah tidak mempunyai set atur cara komputer?
A. Telefon pintar.
B. Kamera digital.
C. Alat perakam suara.
D. Kalkulator elektronik.

20. Berikut adalah langkah-langkah bagi aktiviti harian. Susun semula langkah-langkah tersebut
supaya menjadi satu urutan set langkah yang betul.
I. Pilih makanan
II. Ambil makanan
III. Buat pembayaran
IV. Beratur dalam barisan
V. Ambil wang baki jika ada

A. IV, V, I, III, II
B. IV, I, III, V, II
C. I, III, II, V, IV
D. III, I, V, II, IV
BAHAGIAN B. (30 markah)

JAWAB SEMUA SOALAN.

1. Kelaskan peranti input dan output berikut.


markah)
(8

2. Nyatakan kegunaan rangkaian sama ada berkomunikasi, berkongsi sumber atau mencapai
maklumat berdasarkan setiap pernyataan berikut.

a. Asyraf melayari laman web untuk mencari maklumat tentang tugasan yang diberi oleh gurunya.

b. Aminah berbual dengan abangnya yang berada di luar negara menggunakan ‘Skype’.

c. Cikgu Rahimi memuat turun Jadual Peperiksaan Akhir Tahun dari laman web sekolah.

d. Nadrah selalu menghantar e-mel kepada rakannya untuk bertanya khabar.

(4 markah)
3. Lihat rajah di bawah. Kemudian lengkapkan jadual dengan menyatakan sama ada
perkakasan tersebut ‘mempunyai atur cara komputer’ atau ‘tidak mempunyai atur cara
komputer’.

Perkakasan Ada atur cara komputer atau tidak.

1. Telefon mempunyai atur cara komputer


pintar
(Contoh)
2. Ketuhar gelombang mikro

3. Peti sejuk

4. Mesin basuh automatik

(3 markah)

- KERTAS SOALAN TAMAT -

You might also like