Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

PENILAIAN PENGETAHUAN
(KNOWLEDGE ASSESSMENT)

KOD UNIT KOMPETENSI HT-014-2:2011-C01


AMALAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN
TAJUK UNIT KOMPETENSI
KEBERSIHAN
NO. KOD HT-014-2:2011-C01/KA(1/1)
NAMA CALON
NO KAD PENGENALAN
MASA
TARIKH
KEPUTUSAN PENILAIAN

MARKAH : % TERAMPIL / BELUM TERAMPIL

ULASAN PEGAWAI PENILAI :

__________________________
Tandatangan Pegawai Penilai Tarikh :

Nama :

Arahan kepada calon :


1. Tuliskan nama dan nombor kad pengenalan calon pada ruangan yang disediakan;
2. Calon tidak dibenarkan membuka kertas soalan sehingga dibenarkan;
3. Calon hendaklah menjawab soalan pada kertas jawapan yang disediakan;
4. Calon hendaklah menggunakan pen mata bulat berwarna hitam atau biru sahaja;
5. Dilarang membawa nota dan sebarang bahan rujukan kecuali yang dibenarkan;
6. Dilarang meniru semasa penilaian; dan
7. Dilarang membawa keluar kertas soalan dari bilik peperiksaan.

KERTAS PENILAIAN INI MENGANDUNGI LAPAN (8) MUKA SURAT BERCETAK


BAHAGIAN A
Jawab semua soalan

1. Manakah antara berikut adalah agensi yang terlibat mengawal selia keselamatan, kesihatan
dan kebersihan makanan di Malaysia?

A. Jabatan Perdana Menteri


B. Jabatan Pengangkutan Jalan
C. Kementerian Kesihatan Malaysia
D. Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Manakah antara berikut adalah agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil HACCP?

A. Jabatan Perdana Menteri


B. Kementerian Kesihatan Malaysia
C. Kementerian Pendidikan Malaysia
D. Jabatan Pembangunan Kemahiran

3. Berdasarkan Rajah 1 di bawah, apakah agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil


halal?

Rajah 1 : Logo halal Malaysia

A. Jabatan Bomba dan Penyelamat


B. Kementerian Kesihatan Malaysia
C. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
D. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

2
4. Apakah jenis-jenis tugas housekeeping di bahagian dapur?

A. Menyiapkan dan membersihkan bilik tetamu.


B. Menjaga dan menghias ruang atau kawasan hotel.
C. Menjaga dan membaik pulih kawasan taman di hotel.
D. Membersihkan dan menyusun semula peralatan di dapur.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan pembersihan?

A. Mengatur peralatan, menjaga kebersihan, melaporkan kerosakan dan mengemas.


B. Makanan yang telah dicemari oleh mikroorganisma seperti bakteria, yis dan kulapuk atau
bahan kimia.
C. Jaminan makanan yang akan menyebabkan bahaya kepada pengguna apabila ia
disediakan atau dimakan.
D. Pembuangan kekotoran, sisa baki makanan, habuk, gris atau lain-lain bahan pencemar
yang menjejaskan kebersihan.

6. Berdasarkan Rajah 2 di bawah, apakah kesalahan ciri personaliti diri pengendali makanan
tersebut?

Rajah 2 : Ciri pengendali makanan yang salah

A. Batuk di depan makanan.


B. Memegang makanan dengan tangan.
C. Memakai topi, apron dan kasut bertutup.
D. Merokok semasa mengendalikan makanan.
3
7. Manakah antara berikut adalah aspek mengemas dalam pengendalian dapur?

I. Cuci peralatan yang kurang kotor dahulu.


II. Buang sisa makanan ke dalam beg plastik.
III. Susun alatan kotor mengikut jenis dan saiz.
IV. Keringkan dan simpan peralatan selepas mencuci.

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

8. Bilakah masa yang sesuai untuk membersihkan sinki?

A. Setiap hari
B. Setiap bulan
C. Setiap minggu
D. Dua minggu sekali

9. Berdasarkan Rajah 3 di bawah, apakah kegunaan bahan pencuci tersebut?

Rajah 3 : Bahan pencuci

A. Membersihkan lantai.
B. Membersihkan meja dan sinki.
C. Mencuci perkakasan dan peralatan dapur.
D. Mencuci pinggan mangkuk menggunakan mesin pencuci.

10. Mengapakah peralatan perlu dikeringkan dengan betul selepas dibersihkan?


4
A. Supaya senang digunakan.
B. Supaya tidak dimarahi ketua.
C. Supaya tahan lama dan tidak berkarat.
D. Supaya sentiasa kelihatan cantik dan berkilat.

11. Manakah antara berikut adalah bahan-bahan sampah kering?

I. Kaca
II. Minyak
III. Sisa makanan
IV. Surat khabar lama

A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. II dan III

12. Berdasarkan Rajah 4 di bawah, apakah kegunaan jenis kain dapur tersebut?

Rajah 4 : Kain dapur

A. Mengelap dan mengeringkan meja dan dapur.


B. Mengelap dan mengeringkan tangan yang basah.
C. Menutup periuk pengukus bagi mengelakkan air menitis pada makanan.
D. Mengangkat atau mengalihkan alat yang panas seperti periuk atau kuali panas.

13. Apakah tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku kemalangan atau kecederaan semasa
berada di bengkel masakan?
5
A. Menjaga keselamatan diri sendiri.
B. Menangis dan menjerit meminta tolong.
C. Membiarkan sahaja jika rakan mengalami kecederaan.
D. Melaporkan kepada ketua, guru atau pembantu pengurusan murid.

14. Mengapakah penutup kepala perlu dipakai semasa berada di bengkel masakan?

A. Menyerap peluh di bahagian kepala dan muka.


B. Mengelakkan rambut terjatuh ke dalam makanan.
C. Melindungi tubuh daripada terkena haba yang berlebihan.
D. Menunjukkan personaliti yang baik sebagai pekerja di bahagian dapur.

15. Bagaimanakah cara mengendalikan peralatan di dapur dengan betul?

A. Menghidupkan suis dengan tangan yang basah.


B. Lilitkan wayar pengisar dengan segera selepas digunakan.
C. Gunakan kain lap tangan semasa mengangkat periuk panas.
D. Gunakan kain pemegang periuk untuk mengangkat kuali panas.

16. Apakah jenis alat pemadam api yang sesuai untuk memadamkan kebakaran yang
disebabkan kertas, kayu, fabrik, getah atau plastik?

A. Kelas A
B. Kelas B
C. Kelas C
D. Kelas D

6
17. Berdasarkan Rajah 5 di bawah, manakah turutan cara memadam api menggunakan alat
pemadam api yang betul?

I II III IV
Rajah 5 : Cara menggunakan alat pemadam api.

A. I, II, III dan IV


B. II, III, IV dan I
C. III, II, I dan IV
D. IV, II, I dan III

18. Manakah antara berikut adalah langkah pencegahan kebakaran?

A. Jangan tutup api atau alatan gas selepas memasak.


B. Boleh menyentuh suis elektrik dengan tangan yang basah.
C. Periksa dan uji peralatan elektrik dan gas setiap 20 tahun sekali.
D. Pastikan soket tidak dibebani dengan peralatan elektrik yang banyak.

19. Apakah maksud senarai semak?

A. Satu dokumen yang menyenaraikan langkah atau kerja yang perlu diambil tindakan
secra tersusun.
B. Menerangkan perkara yang berlaku secara ringkas untuk diambil tindakan dan dianalisis
serta dibuat penyelesaian.
C. Bantuan dan perhatian yang diberikan dengan serta-merta untuk merawat seseorang
yang mendapat kecederaan kecil.
D. Prosedur penggunaan dan keselamatan yang dicatatkan dalam buku manual sebelum
menggunakan peralatan elektrik atau gas.

7
20. Manakah antara berikut menerangkan ciri-ciri laporan yang betul?

A. Dibuat mengikut format yang disukai.


B. Ditulis dengan baik dan mudah dibaca.
C. Mempunyai muka hadapan yang standard.
D. Ditulis dengan jelas dan penerangan yang panjang.

(20 markah)

8
BAHAGIAN B (40 markah)
JAWAB SEMUA SOALAN

a. Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.

mengemop selamat air panas haiwan

makanan menjejaskan ditutup pembuangan

1. Menjaga kebersihan dapur adalah penting supaya ______________________ yang

disediakan berada dalam keadaan yang _____________________ dan bebas daripada

____________________ perosak.

2. Pembersihan adalah ________________________ kekotoran, sisa baki makanan, habuk,

gris atau lain-lain bahan pencemaran yang _______________________ kesihatan.

3. Curahkan lubang sinki dengan ________________________ mendidih untuk mencairkan

lemak dan taburkan bahan kimia pencegah sumbatan seminggu sekali.

4. Menyapu dan ________________________ lantai selepas digunakan merupakan tugas

pembersihan harian.

5. Makanan yang telah disiap dimasak hendaklah ________________________ dengan baik

supaya tidak dihinggapi lalat atau serangga lain.

(8 markah)

9
b. Tandakan () pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah.

1. Memakai penutup kepala sangat penting untuk mengelakkan rambut


terjatuh ke dalam makanan.

2. Mendiamkan diri jika berlaku kerosakan alat kerana takut dimarahi


ketua.

3. Membaca buku manual pengguna dan keselamatan peralatan sebelum


menggunakan peralatan elektrik atau gas.

4. Kain pengelap tangan boleh digunakan untuk mengangkat periuk yang


panas.

5. Peti pertolongan cemas tidak perlu diletakkan di bahagian dapur


kerana boleh menyebabkan keracunan makanan.

6. Alat pemadam api Kelas A adalah sesuai untuk bahan mudah terbakar
seperti petrol, gris atau lemak.

7. Jangan meninggalkan masakan yang sedang dimasak di atas dapur


tanpa jagaan.

8. Kasut perlu dipakai bagi mengelakkan daripada tergelincir atau jatuh.

9. Susun atur peralatan yang kemas membantu untuk pergerakan yang


teratur.

10. Alat pencegahan kebakaran tidak perlu diletakkan di kawasan dapur.

(10 markah)

10
c. Padankan gambar dengan penerangan yang betul.

Luka
Baringkan pesakit dan
tinggikan kaki untuk
1.
membantu pengaliran darah
ke otak.

Renjatan Elektrik
Basuh atau lalukan air di
2. bahagian melecur, melepuh
atau terbakar.

Hidung berdarah
Pegang bahagian luka dan
lalukan dibawah air mengalir
3.
untuk menghentikan aliran
darah.

Pitam dan Pengsan

Putuskan bekalan elektrik


4.
dengan segera.

Melecur, Melepuh
dan Terbakar Dudukkan pesakit,
tundukkan kepala. Picit
5.
pangkal hidung perlahan-
lahan.

(5 markah)

11
d. Pilih dan padankan jawapan bagi jenis ubat, alat-alat dan bahan merawat yang sesuai
dengan kegunaannya.

Jenis ubat / Alat / Bahan


Kegunaan
merawat
Membantu melegakan sakit
Ubat gosok / sapu kepala, demam, sakit otot,
sakit perut dan lain-lain.

Larutan iodin Merawat luka-luka kecil.

Ubat cium / hidu Membersihkan mata.

Menggantikan kain pembalut


Larutan antiseptik untuk menutup luka yang
kecil.

Menyukat suhu badan


Ubat pil / ubat tahan sakit
pesakit.

Losyen pencuci mata Bahan pembasmi kuman

Menggurangkan kesakitan
Termometer
pada otot yang tegang.

Menyedarkan seseorang yang


Plaster
pengsan.

(8 markah)
12
e. Namakan peralatan dan perkakasan memasak di bawah dengan betul.

1. 2. 3.

4. 5. 6.

7. 8. 9.

(9 Markah)

13
BAHAGIAN C (20 markah)
Jawab semua soalan di bawah.

1. Senaraikan 2 bahan untuk mencuci dapur.

i. ________________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________________

(2 markah)
2. Nyatakan 3 jenis kain dapur dan kegunaannya.

i. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

iii. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

(6 markah)

3. Senaraikan 5 peralatan yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan.

i. __________________________

ii. __________________________

iii. __________________________

iv. __________________________

v. __________________________

(5 markah)
14
4. Mengapakah tugas-tugas pembersihan di dapur sangat penting?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

(2 markah)

5. Berikan 3 ciri-ciri pemakaian pengendali makanan.

i. ________________________________________________________

ii. ________________________________________________________

iii. ________________________________________________________
(3 markah)

6. Namakan logo di bawah.

______________________________________
(1 markah)

7. Namakan pihak atau agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Halal?

_____________________________________________________________________
(1 markah)

15

You might also like