Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 30

ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR,

D/A
KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR
KOTA TINGGI, JOHOR
email : alumnikkbp@gmail.com http://alumnikkbp.wordpress.com
Kepada, AlumniKKBP.bil ( )
Tarikh :
Tuan/Puan/Dato’/Datin

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar 1 / 2012.

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput


untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar 1/2012.

2. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej


Komuniti Bandar Penawar akan diadakan pada :
Tarikh : 10 Mac 2012.
Hari : Sabtu.
Masa : 2.00 petang.
Tempat : Bilik Seminar KKBP.

3. Agenda mesyuarat :
3.1 Ucapan aluan Pengarah Kolej Komuniti Bandar Penawar.
3.2 Taklimat Kertas Cadangan Penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar.
3.3 Perlantikan pengerusi mesyuarat.
3.4 Ucapan mesyuarat.
3.5 Cadangan Penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar.

1
3.6 Perlantikan Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar.
3.7 Perbincangan Perlembagaan Alumni KKBP.
3.8 Perbincangan aktiviti Alumni KKBP
4.7.1 Pendaftaran pertubuhan.
4.7.2 Pendaftaran ahli.
4.7.3 Majlis Ramah Mesra Alumni KKBP dan Kakitangan KKBP.
4.7.4 Aktiviti susulan.
3.9 Hal-hal lain.

4. Sehubungan dengan itu, bersama ini dilampirkan Kertas Cadangan Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar sebagai makluman awal sebelum dibincangkan di dalam
mesyuarat nanti.

3. Kehadiran tuan/puan amat-amat diharapkan bagi merealisasikan penubuhan


Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
.

Sekian, terima kasih

Saya yang menurut perintah,

…………………………………..
( SAHALANI BIN BASAR )
Pengarah,
Kolej Komuniti Bandar Penawar.

2
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN ALUMNI
KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
81930 BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR

Pendahuluan

Sebagai sebuah kolej yang telah lama ditubuhkan, Kolej Komuniti Bandar
Penawar (KKBP) telah melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang.
Golongan ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai
pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan
kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang masih menuntut.
Bekas pelajar-pelajar ini juga telah melalui berbagai cabaran semasa menempuhi alam
pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih bertungkus-
lumus menimba ilmu di kelas.

Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini
berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu
persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan
ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar. Persatuan yang paling relevan dengan
fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas pelajar-
pelajar ini dalam satu organisasi. Idea penubuhan ini sebenarnya telah timbul sejak
beberapa tahun lepas. Ada usaha bagi menubuhkan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar tetapi menghadapi kekangan dari segi masa dan kewangan. Justeru tindakan
segera perlu diambil segera supaya idea tersebut tidak terkubur begitu sahaja. Semoga
Kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan ALUMNI
KKBP.

3
Relevan Penubuhan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi
memastikan pengalaman dan kepakaran bekas pelajar-pelajar dapat digunakan untuk
memajukan kolej. Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula
hampir keseluruhan bekas pelajar-pelajar yang pernah menuntut ilmu di KKBP. Dengan
ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu
idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikan
kepada kolej khasnya dan komuniti amnya.

Jika difikirkan semula, sebuah kolej yang telah berusia hampir 1 dekad
sepatutnya mempunyai satu persatuan khas untuk mengumpulkan bekas pelajar-
pelajarnya bagi memastikan kewujudan kolej ini sentiasa memberi faedah dan kebaikan
kepada orang ramai di sekitarnya. Jadi penubuhan Alumni ini sangat bersesuaian
dengan keadaan semasa di mana orang ramai kini kurang mengambil perhatian
terhadap isu-isu yang berlaku di kolej.

Alumni perlu diberi peluang menyertai program dan aktiviti kolej bagi membawa
impak yang lebih besar kepada kemajuan kolej kerana mereka dilihat sebagai satu
lapisan yang satu hari nanti akan membarisi tampuk kepimpinan lembaga penasihat
dan kolej. Apa yang diharapkan agar golongan ini akan dapat meneruskan malah
memperkukuhkan perjuangan lembaga penasihat yang sedia ada.

Pihak kolej sendiri pastinya menyimpan harapan agar pelajar-pelajar yang


pernah menuntut di sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak kolej
mencapai visinya menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk
membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan
kebangsaan. Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini kerana ia tidak terhad
kepada lapisan masyarakat tertentu sahaja.

4
Objektif Penubuhan

Alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas pelajar-pelajar


KKBP, malah membantu kolej untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang dan
kepakaran. Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni :

1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap


lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan KKBP.
2. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada KKBP dalam memperbaiki sistem
pendidikan dan pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar dan
alumni sentiasa diberi perhatian.
3. Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak Kolej dari segi sumber
pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat
membantu kemajuan kolej.
4. Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan
cadangan kepada pihak kolej. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan
lebih lancar dan sistematik.
5. Menjadi perancang dan pelaksana dalam menjayakan sesuatu majlis yang
dianjurkan oleh pihak Kolej sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.
6. Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi KKBP.
7. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk
membantu kecemerlangan kolej dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.
8. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam
pekerjaan.

5
Aktiviti

Aktiviti alumni perlu ditumpukan kepada beberapa elemen penting:

 Pembangunan sosial dan akademik pelajar.


 Penjanaan Kewangan.
 Perkongsian kepakaran.
 Bakti Komuniti kepada masyarakat.

Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan oleh Alumni:

1. Majlis ramah mesra Alumni dan Kakitangan KKBP bagi menjalinkan kembali
hubungan keakraban bekas pelajar dengan kakitangan KKBP khususnya staf
akademik.
2. Program pendidikan dan kerjaya boleh diadakan bagi mengatasi masalah
pengangguran di kalangan pelajar KKBP.
3. Kempen dan promosi kemasukan pelajar baru ke KKBP.
4. Program Coaching dan Mentoring khas untuk melatih bekas pelajar menjadi
seorang usahawan KKBP yang berjaya.
5. Program Bakti Komuniti kepada masyarakat bagi mendekatkan diri bekas pelajar
dengan masyarakat berpaksikan slogan “Dari Masyarakat Kami Datang, Kepada
Masyarakat Kami Berbakti”.

Penutup

Berdasarkan kertas kerja ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa penubuhan
Alumni adalah relevan dengan keperluan semasa KKBP. Melalui penubuhannya semua
pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan samada secara langsung
mahupun tidak langsung. Seharusnya semua pihak memberi bekerjasama agar
penubuhan Alumni KKBP dapat direalisasikan dengan jayanya.

6
CARTA ALIRAN KERJA PENUBUHAN
ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

1. Mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1


2. Perlantikan Jawatankuasa Penaja Alumni KKBP.
3. Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1
4. Mendraf perlembagaan Alumni KKBP.
5. Proses pendaftaran Alumni KKBP
6. Menjalankan aktiviti.

SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN PERSATUAN

BIL TINDAKAN TANDA ( / ) CATATAN


1 Mesyuarat Penaja

2 Surat permohonan Penubuhan


dan JK Penaja Pertubuhan
3 Surat Kelulusan Penubuhan

4 Perlembagaan dan peraturan-


peraturan persatuan
5 Senarai AJK Pertubuhan

6 Senarai aktiviti utama


pertubuhan
7 Surat pengesahan penubuhan
dan pendaftaran pertubuhan
8 Perlaksanaan Persatuan

7
SENARAI JAWATANKUASA PENAJA
ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
81930 BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR

Penaung : ……………………………………………………………………..

Pengerusi : ……………………………………………………………………..

Naib Pengerusi : ……………………………………………………………………..

Setiausaha 1 : …………………………………………………………………….

Setiausaha 2 : ……………………………………………………………………

Bendahari : ……………………………………………………………………

Ahli Jawatankuasa :

Biro ……………………………………………………
Ketua : …………………………………………………………………………..

Biro …………………………………………………..
Ketua : ………………………………………………………………………….

Biro ……………………
Ketua : …………………………………………………………………………

Biro ……………………
Ketua : …………………………………………………………………………

8
KERTAS KERJA PERLEMBAGAAN
ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
81930, BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR

FASAL 1 – NAMA

1.1. Organisasi bekas pelajar ini dikenali dengan nama ALUMNI KOLEJ KOMUNITI
BANDAR PENAWAR di dalam perlembagaan ini.

FASAL 2 - ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT URUSAN

2.1. Alamat Berdaftar


2.1.1 Alamat berdaftar Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar
Kolej Komuniti Bandar Penawar,
Jalan Ungku Abdul Aziz,
81930 Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor.

2.2. Alamat Urusan


2.2.1 Alamat urusan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar ialah di:
Kolej Komuniti Bandar Penawar,
Jalan Ungku Abdul Aziz,
81930 Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor.

2.3. Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Majlis
Tertinggi.

9
FASAL 3 – LOGO DAN LAMBANG

ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR :


Nama organisasi .
Vektor Manusia :
Melambangkan perpaduan, kerjasama dan permuafakatan sesama ahli Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar
Logo Kolej :
Merupakan logo Kolej Komuniti JPKK Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

FASAL 4 – OBJEKTIF DAN MATLAMAT


4.1 Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap
lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan KKBP.
4.2 Sebagai satu mekanisma sokongan kepada KKBP dalam memperbaiki system
pendidikan dan pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar
dan alumni sentiasa diberi perhatian.
4.3 Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak Kolej dari segi sumber

10
pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat
membantu kemajuan kolej.
4.4 Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan
cadangan kepada pihak kolej. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan
lebih lancar dan sistematik.
4.5 Menjadi perancang dan pelaksana dalam menjayakan sesuatu majlis yang
dianjurkan oleh pihak Kolej sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.
4.6 Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi KKBP.
4.7 Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk
membantu kecemerlangan kolej dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.
4.8 Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam
pekerjaan.

FASAL 5- KEAHLIAN

5.1 Ahli Berstatus Pelajar


5.1.1 Mana-mana pelajar yang pernah menuntut di Kolej Komuniti Bandar Penawar
layak untuk mendaftar sebagai ahli.
5.1.2 Setiap ahli berstatus pelajar layak untuk mengundi dan diundi dalam setiap
Mesyuarat Agung yang diadakan.

5.2 Ahli Berstatus Pensyarah


5.2.1 Mana-mana pensyarah yang pernah mengajar di layak untuk mendaftar sebagai
ahli.
5.2.2 Setiap ahli berstatus pensyarah diberi pengecualian daripada membayar sebarang
yuran yang ditetapkan oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

11
5.3 Prosedur Permohonan dan Penerimaan Keahlian Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar.
5.3.1 Mereka yang ingin memohon keahlian Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar
perlu mengisi borang yang diterbitkan oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar dan
dihantar kepada Setiausaha Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar untuk diluluskan.
5.3.2 Pendaftaran juga boleh dilakukan secara online melalui laman blog Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar iaitu http://alumnikkbpe.wordpress.com.
5.3.3 Pemohon yang diluluskan permohonannya hendaklah membayar yuran
pendaftaran serta yuran tahun pertama seperti yang telah ditetapkan dalam Fasal
Yuran.
5.3.4 Pemohon yang diterima permohonannya juga dikehendaki mematuhi segala
perkara yang termaktub dalam perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

FASAL 6: TANGGUNGJAWAB DAN HAK-HAK AHLI


6.1 Setiap ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar mempunyai tanggungjawab
seperti berikut:
6.1.1 Memegang teguh dan mentaati perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar serta peraturanperaturan lain yang dibuat untuk mencapai matlamat Alumni
Kolej Komuniti Bandar Penawar.
6.1.2 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar.
6.1.3 Menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.
6.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan ini setiap ahli
berhak bersuara,memilih,dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam Alumni
Kolej Komuniti Bandar Penawar.
6.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau menjadi calon untuk sesuatu
pemilihan atau perlantikan sekiranya beliau telah menjadi ahli dan menjelaskan semua
yurannya sama ada semasa atau tertunggak.
6.4 Mana-mana ahli yang digantung dan/atau tergantung keahlian Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar disebabkan pelanggaran peraturan dan perlembagaan ini
tidak berhak :

12
6.4.1 Menjadi calon bagi sesuatu perlantikan dan pemilihan untuk sebarang jawatan di
dalam Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
6.4.2 Bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat Agung
Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
6.4.3 Memilih, mengundi dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam mana-mana
Mesyuarat Agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
6.4.4 Menggunakan sebarang kemudahan serta keistimewaan yang diberi selaras
dengan hak-hak sebagai seorang ahli.

FASAL 7 - PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

7.1 Pemberhentian secara sukarela


7.1.1 Segala bayaran tertunggak kepada Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang
ditanggung oleh ahli yang ingin berhenti hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan
dari tarikh penyerahan surat pemberhentian.
7.1.2 Pihak Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar berhak mengambil tindakan
undang-undang ke atas ahli yang berhenti tetapi masih belum menjelaskan bayaran
tertunggak dalam tempoh yang telah ditetapkan.
7.1.3 Mana-mana ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang membuat
permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan
oleh Majlis Tertinggi adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar.

7.2 Pemecatan ahli


7.2.1 Setiap ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang didapati menjalankan
sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh
masa sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Majlis Tertinggi. Sebelum tindakan
sedemikian diambil, ahli berkenaan hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Ahli
berkenaan hendaklah diberi peluang untuk membela diri. Pemecatan atau
penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Majlis

13
Tertinggi. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi
dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Majlis Tertinggi.Ahli
yang dipecat boleh membuat rayuan untuk menjadi ahli semula dengan bayaran RM
50.

FASAL 8 – YURAN

8.1. Yuran Pendaftaran


8.1.1 Yuran pendaftaran yang telah ditetapkan ialah RM 50.00.
8.1.2 Yuran ini boleh dijelaskan oleh setiap ahli permohonan untuk menjadi ahli dibuat.
8.1.3 Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan sebelum 31 Disember tahun
permohonan keahlian ahli tersebut diluluskan kepada Bendahari Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar atau melalui Jawatankuasa Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

8.2. Yuran Tahunan


8.2.1 Yuran tahunan yang telah ditetapkan ialah RM10.00
8.2.2 Yuran ini boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar ataupun kepada Jawatankuasa Kolej Komuniti Bandar Penawar.
8.2.3 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dalam tempoh bermula dari 1 Januari
sehingga 31 Disember setiap tahun.

FASAL 9- PENAUNG ATAU PENASIHAT


9.1 Majlis Tertinggi berhak melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat atau
penaung jika difikirkan perlu dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis.

14
FASAL 10- MAJLIS TERTINGGI
10.1. Majlis Tertinggi hendaklah terdiri daripada:
a. Seorang (1) Pengerusi
b. Seorang (1) Naib Pengerusi
c. Seorang (1) Setiausaha 1
d. Seorang (1) Setiausaha 2
e. Seorang (1) Bendahari
f. Seorang (1) ketua serta dua (2) orang ahli untuk setiap biro-biro yang berikut :
i. Perlembagaan dan Alumni
ii. Pembangunan Sumber Manusia
iii. Akses dan Multimedia
iv. Ekonomi
v. Kebajikan dan Kerohanian
vi. Perhubungan dan Urusan Luar
vii. Publisiti dan Tugas-Tugas Khas
viii. Sukan dan Rekreasi

10.2. Mana-mana pemegang jawatan yang didapati bersalah di mahkamah atas


pertuduhan jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta.
10.3. Majlis Tertinggi akan dirombak pada (3) tiga tahun sekali.
10.4. Presiden diberi kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan
Setiausaha 1 dan Setiausaha 2.
10.5. Setiap ahli Majlis Tertinggi hendaklah seorang warganegara Malaysia.
10.6. Pemilihan semua Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dilakukan malalui
undian.Keputusan adalah dengan undian terbanyak. Sekiranya jumlah undi yang
diperoleh untuk sesuatu jawatan tersebut adalah sama,maka pengerusi mesyuarat
ketika itu mempunyai undi pemutus (casting vote), di samping undinya sendiri.
10.7. Tugas-tugas Majlis Ahli Tertinggi ialah:
10.7.1. Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan
10.7.2. Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program
organisasi.

15
10.7.3. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang
diluluskan.
10.7.4. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
10.7.5. Mengawal,mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan
ahli,termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang
telah melanggar Perlembagaan ini,serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur
perjalanan Jawatan tersebut.
10.7.6. Boleh melantik penaung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
10.7.7. Meluluskan Belanjawan Kolej Komuniti Bandar Penawar.
10.8. Keahlian Majlis Tertinggi dalam 3 tahun pertama penubuhan Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar ditentukan tanpa perlu melalui Mesyuarat Agung. Ahli-ahli
majlis tertinggi adalah seperti berikut:

Presiden :………………………………………………………………
Naib Presiden : ……………………………………………………….
Setiausaha 1 : …………………………………………………………
Setiausaha 2 : …………………………………………………………
Bendahari :
Biro Perlembagaan dan Alumni
Ketua
Ahli Biro I
Ahli Biro II
Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ketua
Ahli Biro I
Ahli Biro II
Biro Akses dan Multimedia
Ketua
Ahli Biro I
Ahli Biro II

16
Biro Ekonomi
Ketua
Ahli Biro I
Ahli Biro II
Biro Kebajikan dan Kerohanian
Ketua
Ahli Biro I
Ahli Biro II
Biro Perhubungan dan Aktiviti Luar
Ketua
Ahli Biro I
Ahli Biro II
Biro Publisiti dan Tugas-Tugas Khas
Ketua
Ahli Biro I
Ahli Biro II
Biro Sukan dan Rekreasi
Ketua
Ahli Biro I
Ahli Biro II

FASAL 11- TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI

11.1 Presiden
11.1.1 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan pentadbiran, perjalanan dan hal
ehwal Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar secara keseluruhannya.
11.1.2 Mempengerusikan semua mesyuarat. Sekiranya beliau tidak hadir, salah
seorang daripada Naib Presiden akan dilantik sebagai pengerusi mesyuarat.
11.1.3 Menandatangani minit-minit mesyuarat,cabutan-cabutan dan salinan-salinan
rekod Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar bersama Setiausaha sekiranya perlu.

17
11.1.4 Tertakluk pada Fasal 10.4 di atas, Presiden mempunyai kuasa untuk melantik
dan memberhentikan perkhidmatan Setiausaha 1 dan Setiausaha 2.
11.1.5 Memanggil sendiri atau melalui Setiusaha mesyuarat-mesyuarat Agung dan
Majlis Tertinggi serta mesyuarat yang lain apabila perlu
11.1.6 Mengarah Juruaudit Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar supaya mengaudit
akaun Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar pada bila-bila masa yang diperlukan dan
melaporkan keputusan audit kepada Majlis Tertinggi bila perlu.
11.2 Naib Presiden
11.2.1 Dalam masa ketiadaan Presiden,seorang Naib Presiden akan mengambil alih
dan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Presiden.
11.2.2 Membantu Presiden dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan.
11.2.3 Menjalankan sebarang tugasan yang telah diberikan oleh Majlis Tertinggi
kepadanya dari semasa ke semasa.
11.3 Setiausaha
11.3.1 Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar Setiausaha bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden. Atas
arahan Presiden, beliau akan memanggil dan menghadiri semua Mesyuarat Agung
Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar , Mesyuarat Majlis Tertinggi dan mesyuarat-
mesyuarat yang diadakan dan sekiranya perlu, menyampaikan segala dokumen-
dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu.
11.3.2 Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskini daftar ahli-ahli, buku-buku dan
laporan lain yang dikehendaki oleh pengurusan.
11.3.3 Menyimpan dan menjaga dengan selamat meterai Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar .
11.3.4 Menyediakan laporan tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar untuk
dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Agung
Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar .
11.3.5 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan harian sekretariat Alumni
Kolej Komuniti Bandar Penawar serta kakitangan-kakitangan yang bekerja di sekretariat
tersebut

18
11.3.6 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi
kepadanya dari masa ke masa.

11.4 Setiausaha 2.
11.4.1 Di dalam ketiadaan Setiausaha 1, Setiausaha 2 akan menjalankan tugas-tugas
yang telah ditetapkan kepada Setiausaha 1.
11.4.2 Membantu Setiausaha 1 menjalankan tugas.

11.5 Bendahari
11.5.1 Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh organisasi ini dan
membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi.
11.5.2 Menyimpan ke dalam akaun bank yang dibuka atas kelulusan Majlis Tertinggi
atas nama Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar akan semua wang yang diterima
oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar secepat mungkin selepas penerimaannya.
11.5.3 Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucar-baucar dan surat-surat lain
mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi.
11.5.4 Menyelenggarakan dan menyimpan akaun-akaun Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan kemaskini
supaya boleh diperiksa pada bila-bila masa.
11.5.5 Menyediakan penyata kewangan tahunan yang telah siap diaudit untuk
dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi.
11.5.6 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi
sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
11.5.7 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan ke
atas semasa ke semasa.

11.6 Biro dan Tugas-tugas Biro

11.6.1 Biro Akses dan Multimedia

19
11.6.1.1 Menyimpan maklumat ahli-ahli serta mengemaskini rekod keahlian persatuan
dari semasa ke semasa.
11.6.1.2 Menubuhkan laman web atau blog persatuan serta mengemaskini laman-
laman tersebut dari semasa ke semasa.
11.6.1.3 Bertanggungjawab ke atas segala perihal multimedia yang berkaitan dengan
persatuan.
11.6.1.4 Bekerjasama dengan Biro Kebajikan & Kerohanian dan Biro Perhubungan &
Urusan Luar dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada ahli-ahli Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawarmelalui medium multimedia.
11.6.1.5 Menjalankan sebarang tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan
biro ini.

11.6.2 Biro Perlembagaan dan Alumni


11.6.2.1 Sentiasa memantau perlembagaan agar sentiasa relevan dengan kepentingan
ahli-ahli persatuan.
11.6.2.2 Menerima segala aduan mengenai perlembagaan dan membentangkan
cadangan pindaan perlembagaan dalam mesyuarat agung jika ada.
11.6.2.3 Memastikan tugas-tugas pentadbiran persatuan dibuat mengikut peruntukan
perlembagaan.
11.6.2.4 Memahamkan dan memberi tafsiran yang benar terhadap mana-mana perkara
yang dinyatakan dalam perlembagaan sekiranya berlaku percanggahan tafsiran
terhadap perlembagaan.
11.6.2.5 Menyediakan audit mengenai perihal harta benda milik persatuan kecuali
kewangan untuk diserahkan kepada bendahari, setiausaha agung, dan presiden.
11.6.2.6 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.
11.6.2.7 Bekerjasama dengan Biro Publisiti & Tugas-tugas Khas bagi merancang dan
mengelolakan sebarang jenis mesyuarat atau perjumpaan rasmi antara ahli-ahli
persatuan.
11.6.2.8 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.

20
11.6.3 Biro Ekonomi
11.6.3.1 Bertanggungjawab memastikan sumber kewangan yang berterusan untuk
persatuan.
11.6.3.2 Menyediakan audit bagi kemasukan wang ke dalam dana persatuan untuk
diberikan kepada bendahari,setiausaha agung,dan presiden setiap tiga bulan.
11.6.3.3 Mengenalpasti sumber-sumber kewangan yang strategik untuk menyalurkan
wang ke dalam dana persatuan.
11.6.3.4 Merancang projek-projek bagi meningkatkan dana persatuan dan
mengelolakan projek-projek tersebut bersama Biro Publisiti & Tugas-tugas Khas, Biro
Akses dan Multimedia, Biro Perhubungan dan Hubungan Luar dan Biro Pembangunan
Sumber Manusia.
11.6.3.5 Menjalankan sebarang tugas yang difikirkan relevan oleh Majlis Tertinggi
dengan biro ini.

11.6.4 Biro Kebajikan dan Kerohanian


11.6.4.1 Menjaga kebajikan ahli-ahli serta warga alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar dengan menyalurkan bantuan material atau tenaga kepada mana-mana ahli
atau pihak kolej sekiranya difikirkan perlu oleh ahli-ahli Biro Kebajikan & Kerohanian
dan dipersetujui presiden.
11.6.4.2 Mengeratkan hubungan sesama ahli terutamanya diantara batch melalui
program aktiviti yang sesuai dan dikelolakan bersama-sama Biro Publisiti & Tugas-
tugas Khas.
11.6.4.3 Menghubungi pihak kolej dari semasa ke semasa dan mengenalpasti bantuan-
bantuan yang boleh disalurkan oleh persatuan kepada pihak kolej.
11.6.4.4 Megeratkan hubungan yang akrab antara pihak kolej dengan persatuan.
11.6.4.5 Menjadi pengantara antara Majlis Tertinggi Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar dengan Jawatankuasa Batch dalam segala urusan rasmi berkaitan persatuan.
11.6.4.6 Menjalankan tugas yang yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro
ini.

21
11.6.5 Biro Perhubungan dan Urusan Luar
11.6.5.1 Menjadi pengantara antara persatuan dengan pihak luar iaitu mana-mana
pihak yang tidak berkaitan dengan organisasi persatuan selain pihak kolej.
11.6.5.2 Menyimpan butir-butir dan rekod perhubungan dengan pihak luar.
11.6.5.3 Mewujudkan hubungan dengan persatuan bekas-bekas pelajar yang lain dan
persatuan-persatuan lain yang sah di sisi undang-undang demi kepentingan bersama.
11.6.5.4 Menjadi medium publisiti dan hebahan bagi pihak persatuan pada setiap masa.
11.6.5.5 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.

11.6.6 Biro Publisiti dan Tugas-tugas Khas


11.6.6.1 Bekerjasama dengan biro-biro lain dalam merancang dan mengelolakan
aktiviti-aktiviti yang dapat mencapai objektif persatuan.
11.6.6.2 Menyediakan butiran-butiran aktiviti yang dirancangkan untuk dibentangkan
kepada Majlis Tertinggi untuk diluluskan.
11.6.6.3 Menjalankan sebarang tugas yang tidak tersenarai dalm peranan biro-biro lain.
11.6.6.4 Merangka jawatankuasa kerja bagi melaksanakan sesuatu aktiviti bagi
dibentangkan kepada presiden untuk dipersetujui.
11.6.6.5 Menyediakan sebut harga dengan biro-biro lain yang berkaitan dalam
menjayakan sesuatu aktiviti untuk dibentangkan kepada presiden untuk dipersetujui.

11.7 Tugas-tugas Majlis Tertinggi ialah:


11.7.1 Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan
11.7.2 Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program
organisasi
11.7.3 Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang
diluluskan
11.7.4 Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam
Mesyuarat Agung Tahunan
11.7.5 Mengawal,mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan
ahli,termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang

22
telah melanggar Perlembagaan ini,serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur
perjalanan Jawatan tersebut.
11.7.6 Boleh melantik penaung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
11.7.7 Meluluskan Belanjawan Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

FASAL 12-MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

12.1 Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar merupakan
forum tertinggi yang akan menentukan hala tuju dan wawasan Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar. Ahli-ahli dan ahli Majlis Tertinggi boleh hadir bagi menjalankan
Mesyuarat Agung tahunan mengikut peraturanperaturan sepertimana yang ditetapkan
oleh Perlembagaan ini.
12.2 Semua Ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli lain yang hadir berkuasa mengundi di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar .
12.3 Korum untuk Mesyuarat Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar
dianggap cukup jika ahli yang hadir berjumplah sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda
daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi.
12.4 Jika korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu (1) jam
seterusnya, dan jika korum masih tidak mencukupi setelah tempoh penagguhan
tersebut, maka Majlis Tertinggi berkuasa untuk menjalankan mesyuarat pada hari itu
tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
12.5 Agenda-agenda Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar ialah:
12.5.1 Menerima laporan Setiausaha berkenaan perjalanan Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar dalam tahun sebelumnya.
12.5.2 Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi
tahun sebelumnya.
12.5.3 Memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi dan dua orang juruaudit untuk tempoh tiga (3)
tahun akan datang.

23
12.5.4 Menguruskan perkara-perkara selain daripada yang dibenarkan di dalam
mesyuarat itu sepertimana yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi.
12.6 Notis awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar yang menyatakan tarikh, waktu, tempat serta jemputan mengemukakan
cadangan untuk perbincangan (usul), meminda Perlembagaan dan pencalonan untuk
pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung
kepada setiap Ahli Majlis Tertinggi tiga puluh (30) hari sebelum tarikh yang ditetapkan
untuk mesyuarat. Di samping itu satu (1) salinan notis yang sama hendaklah juga
dipamerkan di pusat berdaftar Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar .
12.7 Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan wakil dan pencalonan untuk
pemilihan ahli Majlis Tertinggi serta cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat
hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung pada 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat
Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar .
12.8 Mana-mana ahli yang ingin membuat pencalonan tanpa melalui ahli-ahli lain
bolehlah membuat pencalonan dengan syarat hendaklah mencapai sekurangkurangnya
lima belas (15) sokongan ke atas pencalonan tersebut. Pencalonan tersebut hendaklah
dihantar kepada Setiausaha tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar .
12.9 Setiausaha Agung hendaklah menghantarkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi
sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar notis peringatan beserta satu (1) salinan agenda, peringatan
mesyuarat agung yang lalu, Laporan Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar
dan Penyata Kira-kira Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar bagi tahun lalu yang
telah diaudit.

24
FASAL 13- MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI

13.1 Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali di dalam
masa enam (6) bulan.Tiap-tiap pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli- ahli
tujuh (7) hari sebelumnya. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada
empat (4) orang ahli Majlis Teringgi bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan
Mesyuarat Majlis Tertinggi pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya satu per dua (1/2)
daripada bilangan ahli Majlis Tertinggi hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan
dan mencukupkan korum mesyuarat.
13.2 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Majlis Tertinggi dan
mesyuarat Majlis Tetinggi tidak boleh dijalankan maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi melalui pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum
keputusan Majlis Tertinggi boleh dianggap sebagai boleh diterima:
13.2.1 Masalah yang dibangkitkan itu dibutirkan dengan terang dalam surat pekeliling
yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Majlis Tertinggi.
13.2.2 Sekurang-kurangnya satu per dua (½) bilangan ahli Majlis Tertinggi mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu.
13.2.3 Keputusan hendaklah mengikut bilangan undi yang terbanyak. Sebarang
keputusan yang diperoleh melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh
Setiausaha kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi berikutnya untuk disahkan dan
dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.

FASAL 14-KEWANGAN
14.1 Penyata wang diterima dan dibelanjakan beserta lembaran imbangan bagi setahun
hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut
perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-
kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang
berikutnya dan salinannya hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli yang lain.
14.2 Kumpulan wang yang lebih daripada Ringgit Malaysia tiga ratus (RM 300.00) tidak
boleh disimpan oleh Bendahari sebagai wang runcit.

25
14.3 Wang yang dimasukkan ke dalam bank hendaklah diletakkan di dalam akaun
Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
14.4 Sesuatu perbelanjaan yang kurang daripada Ringgit Malaysia lima ratus (RM
500.00) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan
Bendahari
14.5 Perbelanjaan yang melebihi had ini perlu diluluskan oleh Majlis Tertinggi.
14.6 Segala cek atau penyata pengeluaran wang dari kira-kira Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan
Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha atau Bendahari, maka bolehlah
Majlis Tertinggi melantik sesiapa sahaja antara mereka sebagai pengganti untuk
menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar .
14.7 Pendapatan organisasi yang diperoleh hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai
tujuan dan matlamat Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar seperti dinyatakan dalam
Fasal 4.
14.8 Sumber-sumber kewangan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar diperoleh
melalui:
14.8.1 Yuran pendaftaran dan tahunan ahli.
14.8.2 Derma dan tajaan.
14.8.3 Bantuan dari kerajaan dan badan-badan berkenaan.
14.8.4 Hasil perniagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar .
14.8.5 Sumber-sumber lain yang dibenarkan undang-undang Negara.
14.9 Walaubagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli
yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
14.10 Tahun kewangan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-
tiap tahun.

FASAL 15-JURUAUDIT
15.1 Dua orang pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung tahunan
Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang
jawatan selama tiga (3) tahun dan tidak boleh dilantik semula secara berturut-turut.

26
15.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawarbagi setahun dan membuat laporan untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung
Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . Jika sekiranya diperlukan, mereka
juga boleh diarahkan oleh Presiden untuk mengaudit kira-kira Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar pada bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat
laporan kepada Majlis Tertinggi.

FASAL 16-PEMEGANG AMANAH


16.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada empat puluh satu
(40) tahun bolehlah dilantik di dalam mesyuarat agung,dan mereka berkhidmat selama
yang dikehendaki oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . Harta boleh alih yang
dimiliki oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar boleh diamanahkan kepada
mereka dengan menandatangani satu (1) Surat Ikatan Amanah.
16.2 Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik dan menukarkan harta
kepunyaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar tanpa persetujuan dan kuasa yang
diberikan oleh Majlis Tertinggi.
16.3 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Pemegang Amanah, Majlis Tertinggi
berhak melantik penggantinya yang baru dan mesyuarat Agung Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar yang diadakan pada tahun yang berikutnya hendaklah mengesahkan
perlantikannya.
16.4 Seseorang pemegang amanah itu boleh dilucutkan jawatannya oleh Majlis
Tertinggi atas sebab uzur kerana penyakit atau kerana sebab lain yang mengakibatkan
tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaan dengan memuaskan.

27
FASAL 17- PINDAAN PERLEMBAGAAN

17.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah dan dipinda kecuali dengan keputusan
mesuarat agung persatuan. Permohonan untuk perubahan dan pindaan Perlembagaan
hendaklah dibuat kepada Pendaftar Persatuan dalam tempoh enam puluh hari dari
tarikh keputusan mesyuarat agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar meluluskan
perubahan atau pindaan itu hanya boleh berkuat kuasa mulai daripada tarikh
perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar pertubuhan.
17.2 Majlis Tertinggi pada tiga (3) tahun pertama penubuhan berhak meminda
perlembagaan tanpa perlu melalui mesyuarat agung.

FASAL 18-TAFSIRAN UNDANG-UNDANG


18.1 Di antara berlangsungnya mesyuarat agung Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar, Majlis Tertinggi boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan
sekiranya perlu membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang tidak terkandung
di dalam perlembagaan ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak
selaras dengan apa yang terlah ditetapkan di dalam mesyuarat agung Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar ,keputusan Majlis Tertinggi berkenaan perkara ini adalah
muktamad,melainkan jika ia dibuat oleh keputusan mesyuarat Agung Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar.

28
FASAL 19-PEMBUBARAN
19.1 Organisasi ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan tidak kurang daripada dua
pertiga (2/3) jumlah ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Luar biasa yang dipanggil
khusus kerananya.
19.2 Sekiranya Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar hendak dibubarkan secara yang
disebutkan di atas,maka segala hutang dan tanggungan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang
tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung
Luar Biasa.
19.3 Kenyataan mengenai pembubaran hendaklah disampaikan oleh Majlis Tertinggi
kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh
pembubaran itu.

DISAHKAN OLEH:
………………………………………………………………
Presiden,
Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar
……………………………………………………………..
Setiausaha ,
Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar

DISEDIAKAN OLEH:
BIRO PERLEMBAGAAN DAN ALUMNI

29
gambar
BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN ALUMNI
KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
http://alumnikkbp.wordpress.com / email : alumnikkbp@gmail.com

Nama : …………………………………………………………………………….

No. Kad Pengenalan : …………………………………..…..

Tarikh Lahir : ……………………………………….

Alamat 1 : …………………………………………………………………………….
( Kampung ) …………………………………………………………………………….

Alamat 2 : ……………………………………………………………………………
( Sekarang ) …………………………………………………………………………….

Pekerjaan : ………………………………………………………..

Institusi................................................................................................( jika masih belajar )

Nombor Telefon : ……………………………… Email: ……………………………

Program Pengajian dan Tahun di KKBP : ………………………..


-------------------------------------------Keratan Sumbangan Derma----------------------------------
Bersama ini saya sertakan RM……………………….. ( Ringgit Malaysia :
………………………………………………….. ) sebagai sumbangan ikhlas saya bagi
menjayakan penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

Saya yang benar,


…………………………………………..
Nama : ……………………………………………..
*** Borang diserahkan kepada :
1. Encik Azhar Bin Abd Hamid
2. Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan & Alumni KKBP.

30

You might also like