BM Folio

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KOLEJ VOKASIONAL KUCHING

PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)


FOLIO KARANGAN : BAHASA MELAYU
SEMESTER 3 / 2021

NAMA : YENNY LIU YEE LIN


NO. KAD PENGENALAN : 040424-13-0834
PROGRAM : HFD

JENIS FOLIO : SENI BAHASA (NOVEL)

NAMA PENSYARAH : PN HAMIDAH BT SUWARTO


TARIKH HANTAR : 2/5

PENSKORAN : RUBRIK
Bil. Perkara Skor
1 Muka Hadapan / 1
2 Kandungan / 1
3 Pengenalan/Penghargaan / 1
4 Kecukupan 2 novel / 1
5 Sinopsis Umum / 4
Peristiwa penting/menarik
Permulaan / 3
Perkembangan / 3
6 Perumitan / 3
Puncak / 3
Peleraian / 3

7 Bahasa / 3
Persembahan , Kreativiti ,
8 / 2
Kekemasan
9 Ketepatan masa / 2

KESELURUHAN MARKAH / 30

NAMA TANDATANGAN TARIKH CATATAN


PENTAKSIR

1
ISI KANDUNGAN
Muka
Bil. Perkara Surat

1 Isi Kandungan 2

2 Penghargaan 3

3 Sinopsis Di Sebalik Dinara 4-5

4 Peristiwa dan Menarik ( Di Sebalik Dinara )

5 Plot ( Di Sebalik Dinara )

6 Sinopsis Silir Daksina

7 Peristiwa dan Menarik ( Silir Daksina )

8 Plot ( Silir Daksina )

9 Rujukan

PENGHARGAAN

2
Salam sejahtera,

Bersyukur kerana dengan izin kurniaNya dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi ini.
Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada
pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang
pelajar. Pengalaman yang kami peroleh sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan
datang sekali sahaja dalam hidup kami.

Kami juga telah memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi
berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah
kami iaitu, Pn Hamidah binti Suwarto kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada
kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah
banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain
itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini
dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah
kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

Sinopsis Keseluruhan Di Sebalik Dinara ( Dayang Noor )

3
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.Tanpa
disedari , Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA
gadis itu . Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai(abang
Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama
Shida.Azraai bimbang akan keselamatan adiknya.Keesokan hari , Farisha dan Rosman bertemu
dengan Aqram di sebuah simposium . Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada
mereka.Beberapa hari kemudian , Farisha menyatakan persetujuannya terhada projek itu . Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi.Mereka berada di rumah kepunyaan Karl
iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah
inovasi peringkat kebangsaan . Dr.Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman
untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.

Kini , Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti.Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.Farisha diperlukan oleh
Dr.Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada
Farisha.Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana
mengurus projek di Senawang.Pagi berikutnya , Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan
arahan Dr.Maxi.Dalam keadaan bawah sedar,Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta
pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara.Hal ini mengundang kemarahan Alia yang
menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl . Ketika makan tengah hari , Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft
Lab . Pada pendapat Farisha,kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba.Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah.Uncle
Seng,pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang
yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat.Dua malam kemudian , Farisha
mengunjungi Azraai dan keluarganya.Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena
serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi , Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital.Aqram


mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihadapi oleh Farisha namun Shida
tidak tahu apa-apa mengenainya.Dr.Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida
sebagai pengganti Farisha.Di rumah,Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak

4
Berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.Di hospital , Farid
dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan
Berjaya.Selepas mereka beredar,Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu
.Kesihatannya amat tidak memuaskan . Dr.Maxi mengarahkan Aqram,Khairul Anwar dan Alia
bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya,Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan


Karl.Dr.Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan
tindak balas di luar jangkaan.Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar.Di
suatu tempat yang lain,Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan.Rupa-rupanya
Marilyn(mummy)telah dapat berhubung dengan Farisha.Di Soft Lab , Shida yang kemurungan
mengurangkan diri di bilik Farisha.Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital,Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha.Setelah Farisha


memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya,Azraai membawa Farisha keluar
dari hospital lalu menuju ke selatan.Di Soft Lab pula,Shida berhubung dengan Karl melalui sesi
bawah sedar.Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam
Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia.Dalam perjalanan ke Kulai
, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy . Karl(Shida) mendedahkan kisah
silamnya.Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan
identity sebenar Khairul Anwar.Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl
kerana enggan meninggalkan agamanya.

5
Peristiwa dan Menarik ( Di Sebalik Dinara)

 Aqram berpura-pura tidur semasa di kapal terbang. Peristiwa ini dianggap menarik
kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang
mendalam mengesan DNA seseorang.
 Farisha mencatat alamat yang diberikan oleh Aqram dengan menggunakan sebatang pen.
Peristiwa ini dianggap menarik kerana kecanggihan dunia sains dan teknologi pada
masa itu yang ditunjukkan oleh pengarang menggambarkan hanya dengan alat
sekecil pen kita mampu menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi mengambil
maklumat yang terkandung dalam pemikiran manusia.
 Karl telah menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji . Peristiwa ini dianggap menarik
kerana kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan kemajuan dan kecanggihan
sains dan teknologi dalam kehidupan manusia.

You might also like