Professional Documents
Culture Documents
Digespendidik 2010
Digespendidik 2010
net/publication/291997651
CITATIONS READS
0 29,186
4 authors:
5 PUBLICATIONS 0 CITATIONS
Universiti Sains Malaysia
11 PUBLICATIONS 22 CITATIONS
SEE PROFILE
SEE PROFILE
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
All content following this page was uploaded by Zainudin Mohd Isa on 27 January 2016.
Pendahuluan
Masalah tingkah laku kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan sosial
mereka. Masalah tingkah laku juga bermaksud sejauh mana seseorang kanak-kanak
itu berupaya menunjukkan tingkah laku seperti yang diterima oleh masyarakat. Secara
umumnya tingkah laku seseorang kanak-kanak mula terbentuk daripada keluarga.
Pembentukan kelakuan dan tingkah laku kanak-kanak bergantung pada apa-apa yang
diperoleh mereka daripada ibu bapa dan keluarga mereka. Pepatah Melayu ada mengatakan
‘melentur buluh biar dari rebungnya’ digunakan untuk menunjukkan bahawa untuk
membentuk tingkah laku dan sosial yang baik dalam diri kanak-kanak perlu bermula di
rumah lagi.
Lima faktor masaalah tingkah laku adalah seperti faktor persekitaran, emosi, didikan ibu
bapa, kemahiran sosial dan penderaan.Huraiian terperinci adalah seperti berikut
1. Faktor persekitaran
Berlakunya sesuatu tingkah laku biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti
persekitaran rumah iaitu tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan
pengaruh rakan sebaya; faktor persekitaran sekolah seperti kurikulum yang terlalu padat,
bilik darjah yang kurang kondusif, dan faktor rakan sebaya; faktor taraf sosioekonomi
keluarga, dan faktor pemakanan
2. Emosi
Faktor emosi juga pula merupakan satu faktor yang berupaya mempengaruhi tingkah
laku seseorang. Masalah emosi yang dialami akan sering menganggu diri mereka dan
menyebabkan emosi mereka tidak stabil (Gross, 1995). Selain itu, individu terbabit juga
tidak dapat memberikan tumpuan yang agak lama terhadap proses pembelajaran apabila
emosinya terganggu. Tingkah laku individu tersebut juga lazimnya sukar dikawal dan
pada kebiasaannya akan bertindak mengikut emosi tanpa berfikir panjang.
Didikan ibu bapa juga boleh merupakan salah satu punca masalah emosi yang berlaku
dalam kalangan kanak-kanak. Sikap serta layanan ibu bapa akan mempengaruhi tingkah
laku anak-anak mereka (Wilmshurst & Brue, 2005). Kekurangan perhatian serta kasih
sayang oleh ibu bapa boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu berasa tersisih,
21
Pendidikan Khas DP. Jilid 10, Bil 2/2010
tidak dihargai dan tidak selesa dan perasaan ini seterusnya akan menyebabkan timbulnya
pelbagai karenah dan tingkah laku negatif yang sukar dikawal. Sikap sesetengah ibu
bapa yang tidak mengambil kisah pergerakan anak-anak mereka akan memburukkan lagi
keadaan (Kartini Ilias, Ponnusamy, & Normah, 2008).
4. Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial pula merujuk aspek pergaulan kanak-kanak. Mereka lebih gemar
menyendiri dan pasif untuk bersosial. Biasanya mereka lebih suka hidup dalam dunia
mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Mereka juga lebih suka bertindak
mengikut emosi mereka, kurang berkomunikasi atau berinteraksi dengan orang lain.
5. Penderaan
Selain masalah yang dinyatakan di atas, masalah tingkah laku juga boleh terjadi apabila
seseorang kanak-kanak sering menjadi mangsa dera oleh ibu bapa, ahli keluarga, penjaga,
ataupun rakan sebaya. Biasanya kanak- kanak yang bermasalah tingkah laku kategori ini
akan mengalami masalah emosi dari segi fizikal dan mental. Hal ini disebabkan mereka
yang menjadi mangsa penderaan akan mempunyai satu perasaan untuk membalas dendam
atau melakukan tingkah laku penderaan yang dialami oleh mereka terhadap orang lain
pula. Selain itu, penderaan emosi juga adalah berkaitan dengan perasaan, contohnya, ibu
bapa atau ahli keluarga yang sering mengejek kanak-kanak dengan kata-kata yang kurang
sopan atau kata-kata penghinaan atau sering memandang rendah terhadap mereka akan
menyebabkan kanak-kanak tersebut bertingkah laku kurang baik kerana mereka akan
berasa bahawa mereka menjadi satu beban kepada orang lain dan sering tidak dipedulikan
atau berbeza dengan orang lain.
Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu
kanak-kanak bermasaalah tingkah laku:
1. Ekonomi token
Kaedah ekonomi token merupakan suatu kaedah yang boleh digunakan untuk menetapkan
peraturan yang perlu dipatuhi dan dipersetujui oleh guru dan murid-murid. Guru perlu
menyediakan satu carta nama murid-murid dan akan menulis nama murid tersebut pada
papan atau kad dalam kelas dan meletakkan token. Apabila seseorang murid melakukan
tingkah laku positif, dia akan diberikan token ekonomi seperti bintang atau pelekat.
Bintang atau pelekat itu akan dilekatkan pada carta nama murid dan apabila bilangan
ekonomi token itu mencukupi seperti yang dipersetujui maka murid tersebut akan
menerima hadiah. Namun apabila murid tersebut melakukan tingkah laku negatif maka
guru akan memberikan amaran dan akan menolak bilangan bintang atau pelekat daripada
carta nama setelah amaran secara lisan diberikan beberapa kali.
22
DP. Jilid 10, Bil 2/2010 Pendidikan Khas
Guru perlu menyediakan latihan dan tugasan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan
murid. Cara ini penting kerana, apabila murid-murid berjaya menyiapkan latihan ataupun
tugasan yang diberikan kepada mereka dengan baik, mereka akan berasa gembira dan
lebih berkeyakinan dan cara ini juga akan membantu mengatasi masalah tingkah laku
mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru hendaklah membiasakan diri memberikan peneguhan seperti kata-kata pujian, kata-
kata peransang, bintang atau hadiah bagi memperkukuh pencapaian ataupun tingkah laku
yang diingini. Sesuatu peneguhan positif hendaklah dilakukan dengan tekal dan konsisten
bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang diingini itu. Namun pemberian hadiah dan
bintang perlulah dikurangkan dan dihapuskan apabila tingkah laku yang diingini itu telah
berjaya dikuasai oleh murid tersebut secara konsisten. Manakala bagi tingkah laku yang
tidak diingini pula, ia boleh dihapuskan atau dikurangkan melalui proses penghapusan.
Sebagai contoh murid yang suka memberikan jawapan tanpa mengangkat tangan tidak
harus dilayan. Tindakan ini perlu dilakukan berulang kali sehingga amalan itu akan
terhenti dengan sendirinya. Seorang murid yang suka membuat jenaka dalam bilik
darjah akan diperkukuh tingkah lakunya itu apablia rakan-rakannya ketawa. Perbuatan
ketawa rakan-rakan sekelas akan menyebabkan murid berkenaan bermotivasi untuk terus
membuat jenaka di dalam bilik darjah.
Pada peringkat awal usia kanak-kanak, lazimnya ibu bapa akan mengambil sikap seolah-
olah mengiakan atau menerima tingkah laku anak-anak mereka yang tidak betul ataupun
kurang disenangi walaupun tingkah laku tersebut keterlaluan. Hap ini disebabkan ibu
bapa beranggapan bahawa tingkah laku sedemikian akan hilang apabila umur anak
mereka meningkat. Namun pada hakikatnya, tingkah laku yang dibiarkan ditunjukkan
oleh kanak-kanak ini akan memberikan kesan negatif kepada diri kanak-kanak itu sendiri
kerana mereka akan berasa tingkah laku mereka adalah betul dan dapat diterima oleh ibu
bapa mereka serta orang lain. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, ibu bapa perlu lebih
prihatin dan memberikan perhatian kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka
23
Pendidikan Khas DP. Jilid 10, Bil 2/2010
kerana kanak-kanak ini tidak memahami dan tidak sedar bahawa tingkah laku yang
dipamerkan oleh mereka merupakan suatu tingkah laku yang tidak disenangi oleh orang
lain ataupun bersifat keterlaluan sekiranya mereka tidak ditegur serta dibimbing.
Sebagai contoh, kanak-kanak lazimnya gemar bertingkah laku seperti mengamuk apabila
kehendak mereka tidak dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Tingkah laku mengamuk ini
biasanya berhasil kerana ibu bapa tidak mahu melihat anak mereka mengamuk seperti
di kawasan orang ramai ataupun pasaraya. Kanak-kanak yang sudah terlazim dengan
tingkah laku begini akan selalu “menang” dengan taktik ini akan terus menggunakannya
tanpa mengira tempat dan masa.
Ciri–ciri tingkah laku antisosial ini biasanya akan berlaku secara berulang kali dan
berterusan serta melanggar hak asasi orang lain atau melanggar peraturan dan norma
masyarakat. Tindakan disiplin dan hukuman yang dikenakan kepada kanak-kanak ini
biasanya tidak memberikan sebarang kesan kepada mereka. Antara tingkah laku yang
tergolong dalam kategori gangguan tingkah laku dalam kalangan murid-murid sekolah
adalah:sering ponteng sekolah
vii) sengaja merosakkan harta benda awam atau benda milik orang lain
xii) berjudi
24
DP. Jilid 10, Bil 2/2010 Pendidikan Khas
Sikap degil ataupun suka menentang yang ditunjukkan oleh kanak-kanak untuk mendapat
perhatian ataupun mendapat sesuatu yang diinginkan oleh mereka. Antara contoh tingkah
laku menentang adalah:
e. degil
Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang suka menentang ini biasanya akan
memberikan masalah yang banyak kepada ibu bapa dan guru di dalam kelas terutamanya
untuk mematuhi arahan yang diberikan. Contohnya, kanak-kanak jenis ini biasanya tidak
mahu menyiapkan kerja rumah ataupun tugasan yang diberikan oleh guru.
Menangani Masalah Tingkah Laku di Dalam Bilik Darjah Pendidikan Khas Melalui
Teknik Pengurusan
Secara umumnya, pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni untuk melaksanakan
proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematk, teratur dan mempunyai
garis panduan yang tertentu supaya kanak kanak mudah faham dan dapat mengurangkan
masalah tingkah laku. Terdapat beberapa cara dalam teknik menguruskan tingkah laku
dalam kelas untuk kanak- kanak ini.
1. Menjelaskan Peraturan
Guru perlu memastikan tidak terdapat banyak peraturan di dalam bilik darjah. Peraturan
yang ditetapkan di dalam bilik darjah mestilah jelas dan mudah difahami serta dipatuhi
oleh murid-murid berkeperluan khas. Guru boleh juga menggunakan strategi iaitu guru
akan berbincang dengan murid mengenai peraturan yang akan dipersetujui bersama.
Guru perlu menerangkan secara rasional mengenai peraturan yang disediakan untuk
murid-muridnya. Peraturan yang dibuat secara bertulis atau bergambar hendaklah
ditampal di tempat yang mudah dilihat oleh mereka dan menyertakan contoh- contoh
bagi peraturan tersebut.
2. Peneguhan Positif
Peneguhan positif di dalam bilik darjah merupakan salah satu strategi pengurusan tingkah
laku yang berkesan untuk diamalkan (Ee Ah Meng, 1993). Berikut dinyatakan beberapa
contoh peneguhan positif yang boleh digunakan oleh guru di dalam bilik darjah:
25
Pendidikan Khas DP. Jilid 10, Bil 2/2010
3. Persediaan Guru
Berikut diberikan beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh guru-guru pendidikan
khas untuk menangani masalah tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah:
o Sentiasa memberikan arahan yang mudah, ringkas dan jelas. Arahan boleh
diberikan sama ada sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran
ataupun semasa proses pengajaran dilaksanakan, bergantung pada fungsi dan
keperluan arahan tersebut.
4. Kedudukan Murid
Guru disarankan meletakkan murid yang mempunyai masalah tingkah laku ataupun sukar
memberikan tumpuan di dalam bilik darjah berada dekat dengan guru. Guru juga perlu
sentiasa memberikan perhatian kepada murid berkenaan supaya dia berasa bahawa dia
menerima perhatian guru sepanjang masa. Elakkan murid yang mempunyai masalah
tingkah laku daripada duduk berhampiran dengan pintu, tingkap, ataupun benda- benda
yang boleh mengganggu perhatian mereka.
5. Hubungan
Guru terutamanya guru pendidikan khas perlu sentiasa mewujudkan hubungan rapat
dengan murid agar mereka berasa selesa dan selamat untuk berada bersama dengan
guru berkenaan, berkomunikasi dan berbincang secara selesa (Thomas & Loxley, 2007).
26
DP. Jilid 10, Bil 2/2010 Pendidikan Khas
Apabila telah wujud hubungan rapat antara guru dengan murid, maka adalah lebih mudah
bagi guru untuk membentuk tingkah laku murid berkenaan.
Kesimpulan
Rujukan
Grossman, H. (1995). Special education in a diverse society. Boston: Allyn & Bacon.
Wilmshurst, L, & Brue, A. W. (2005). A parent’s guide to special education. New York:
AMACOM.
27