Bab 1.5 Kayu

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 37

KAYU

Pengenalan
 Bahan yang mempunyai susunan juzuk serta sifat yang
tidak segaya dan dapat diketahui sifatnya melalui analisa
pada satu pokok yang mana ianya boleh dibahagikan
kepada beberapa bahagian penting.
 Bahagian-bahagian pokok tersebut terdiri daripada:-
Anak benih Kayu teras
Daun Kayu sap
Kayu awal Kambium
Kayu akhir Bast
Gelang pertumbuhan Empulur
Kayu juvenil
Keratan Rentas Kayu
Annular ring

Parts of sectioned timber


Bahagian-bahagian Pokok
Pith (teras@hati kayu) : menjadi
bahagian paling lembut pada kayu
tetapi sangat kecil ukurannya jika
dibandingkan dengan diameter kayu.
Perlu dihindari dan dibuang.

Heartwood (kayu teras):


Bahagian utama kayu yang
diperlukan. Keras,
berwarna gelap dan lebih
berat.
Sapwood (kayu lembut): berada pada lapisan luar,
berwarna lebih terang dan lebih mudah menyusut.
•Cambium layer (lapisan kambium): lapisan
yang berisi zat-zat makanan untuk
perkembangan pokok.

•Bark (kulit pokok): melindungi batang


pokok.

Annular ring (gelang tahunan): garis-garis


yang melingkar pada pokok yang
menunjukkan umur pohon. Lingkaran
terbentuk setiap tahun berdasarkan musim
di mana pokok itu tumbuh.
Pengkelasan Kayu

Kayu Lembut Kayu keras


@ Lampong berat
2
KUMPULAN Kayu keras
UTAMA sederhana
Kayu Keras Kayu keras
ringan
Pengkelasan Kayu
1. Kayu lampung (softwood)
Daripada jenis tumbuhan
berbentuk kon yang dicirikan
dengan daun
berbentuk jarum dan biji benih
tanpa kulit
Pengkelasan Kayu
2. Kayu Keras (hardwood)
Daripada jenis tumbuhan berdaun lebar yang
dicirikan dengan
daun-daun yang lebar dan biji benih berkulit
– Kayu keras berat – balau, cengal, balau
merah, merbau
– Kayu keras sederhana – kapur, kempas,
keruing, mengkulang
– Kayu keras ringan – meranti, jelutong,
durian, geronggang
Kayu Keras (samb.)
❖Kayu keras berat – ketumpatan > 880 kg/m3 dengan
sifat lasak semulajadi.

❖Kayu keras sederhana – ketumpatan di antara 720


kg/m3 hingga 880 kg/m3 dengan sifat lasaknya
kurang daripada kayu keras berat.

❖Kayu keras ringan – ketumpatan < 720 kg/m3


dengan sifatnya tidak lasak kecuali setelah diawet.
Kecacatan Kayu
 Ketidaksempurnaan yang terdapat pada kayu yang
boleh mengurangkan kekuatan, kelasakan dan nilai
ekonominya.
 Terjadi disebabkan suasana tumbesaran yang tidak
normal, tiupan angin yang kuat, kesan panahan
petir, kecuaian semasa menebang, menggergaji dan
mengering serta tindakan parasit atau serangan
serangga dan cendawan.
 Antara kecacatan semulajadi ialah pertumbuhan
bergerigis, buku, hati dan berongga.
Kecacatan Kayu (samb.)
❖ Gerigis:
➢Pembesaran luar biasa seperti tombol kecil pada sisi pokok.
➢Disebabkan oleh luka atau rangsangan pada lapisan
kambium.
➢Sesetengahnya meninggikan harga kayu disebabkan rupanya.

❖ Buku:
➢ Bahagian dahan yang hidup yang terdapat pada pokok
semasa ditebang dikenali sebagai buku hidup atau buku
sihat serta ianya keras dan bebas dari sebarang kerosakan.
➢ Bahagian dahan yang mati yang terdapat pada pokok
semasa ditebang dikenali sebagai buku mati serta ianya
lemah dan mungkin juga reput.
Kecacatan Kayu (samb.)
❖Hati:
➢Bahagian rosak yang terdapat pada pokok.
➢Tidak mempunyai kekuatan.

❖Berongga:
➢ Lubang yang terdapat di bahagian tengah pokok.
➢ Disebabkan oleh hilang atau reput dimakan oleh
cendawan atau anai-anai.
Kecacatan Kayu (samb.)
 Lain-lain kecacatan yang boleh menurunkan nilai
ekonomi kayu ialah rekah, pecah, meleper,
berbusur dan relangan, terpiuh, keras kulit, ira
dan meleding.
 Kecacatan di atas terjadi semasa kerja menebang,
menggergaji dan mengering.
 Kecacatan boleh juga berlaku disebabkan serangan
serangga dan cendawan seperti serangga
pengorek kayu, anai-anai dan serta cendawan
reput, lembap dan kering.
Kecacatan Kayu (samb.)
Pengeringan Kayu
 Proses pengeluaran lembapan atau cecair yang terdapat
di dalam rongga sel dan dinding sel kayu.
 Tujuannya untuk mengurangkan kandungan lembapan
supaya pengecutan, keadaan meleding, pecah dan bentuk
kecacatan lain dapat dikurangkan seminima mungkin di
samping mencegah pereputan akibat serangan serangga
atau cendawan.
 Kayu kering adalah ringan, senang dikerjakan dan
dicatkan.
 Boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu pengeringan udara
dan pengeringan tanur.
Pengeringan Udara (semulajadi)

➢ Kayu-kayu disusun dan dibiarkan kering dengan cuaca


harian.
➢ Susunan diatur di atas penyambut dalam keadaan lurus
supaya kayu tidak menyentuh tanah.
➢ Kayu kecil berukuran 35 x 12 mm diletakkan di antara
lapisan-lapisan kepingan kayu untuk membolehkan
udara bersilih ganti.
➢ Susunan dilindungi daripada panas terik matahari dan
hujan dengan meletakkan bumbung yang kalis air.
➢ Kayu ini paling sesuai untuk kegunaan luar bangunan.
Pengeringan Kayu
Pengeringan Tanur
➢Kayu-kayu disusun di atas rak-rak khas.
➢Susunan ditempatkan di dalam tanur di mana haba
dan kelembapan boleh dikawal dengan rapi.
➢Pada peringkat awal, pengeringan jangan terlalu
cepat kerana boleh menyebabkan kulit menjadi
keras dan menghalang pengeringan bahagian dalam
kayu seterusnya menyebabkan pengecutan dan
erotan yang teruk.
Pengeringan Kayu
Pengawetan Kayu
 Tujuannya ialah untuk meningkatkan sifat kelasakan terhadap
serangan serangga dan cendawan serta untuk mengawalnya
daripada menyerap kelembapan.
 Dilakukan dengan memasukkan bahan pengawet ke dalam
kayu.
 Bahan pengawet mestilah mempunyai sifat berikut:-
a) Racun kepada serangga dan cendawan perosak.
b) Boleh kekal dalam kayu.
c) Murah dan senang diperolehi dengan banyak.
d) Boleh masuk ke dalam kayu dengan baik.
e) Tidak beracun kepada manusia dan binatang.
f) Tidak menyebabkan karat pada logam.
g) Tidak membuatkan kayu senang terbakar.
Jenis Pengawetan
❖Kelas A:-
❑ Menggunakan minyak tar yang tidak berbau.
❑ Tidak menyebabkan karat.
❑ Tidak mudah terbakar pada suhu biasa.
❑ Tidak sesuai dicat di atasnya.
❑ Murah.
❑ Sesuai untuk kerja luar dan dalam bangunan.
Jenis Pengawetan (samb.)
❖Kelas B:-
❑ Menggunakan bahan-bahan organik seperti
nupthenal atau pentaklorometanol logam.
❑ Sebahagiannya ada yang berbau dan boleh dicat di
atasnya setelah kering.
❑ Tidak menyebabkan karat pada logam.
❑ Mudah terbakar.
❑ Boleh digunakan pada semua keadaan.
❑ Mahal daripada kelas A.
Jenis Pengawetan (samb.)
❖Kelas C:-
❑ Menggunakan bahan yang larut dalam air seperti
kuprum arsenat, kuprum krom dan natrium
florida.
❑ Tidak berbau.
❑ Boleh dicat di atasnya setelah kering.
❑ Tidak mudah terbakar.
❑ Boleh menyebabkan karat pada logam.
Kaedah Pengawetan
Rendaman
Menyapu dengan berus
sejuk

Kaedah Memasukkan
Bahan Pengawet Ke
Dalam Kayu

Rendaman Rendaman
panas panas sejuk
Kaedah Pengawetan (samb.)
❖ Menyapu dengan berus:-
a) Bahan pengawet tidak banyak menyerap tetapi hanya di
permukaan luar sahaja.
b) Sesuai untuk bahagian luar yang bersentuhan dengan tanah.
c) Sapuan diulangi selepas beberapa tahun.
d) Memerlukan sekurang-kurangnya 2 lapisan.

❖ Rendaman sejuk:-
a) Kayu dimasukkan ke dalam tangki bahan pengawet dan
dibiarkan terendam selama beberapa minggu.
b) Lebih baik daripada menyapu kerana bahan pengawet lebih
menyerap.
Kaedah Pengawetan (samb.)
❖ Rendaman panas:-
a) Kayu dimasukkan ke dalam tangki bahan pengawet yang panas,
pada suhu lebih kurang 90⁰C.
b) Jarang digunakan lagi dan digantikan dengan rendaman panas
sejuk yang boleh memberikan penyerapan yang lebih baik dalam
masa yang singkat.

❖ Rendaman panas sejuk:-


a) Sebuah tangki terbuka digunakan, di mana kayu direndam dalam
bahan pengawet yang kemudiannya dipanaskan pada suhu 90⁰C
selama 1 jam.
b) Semasa pemanasan, udara di dalam rongga sel kayu akan
mengembang dan terbebas keluar.
c) Semasa penyejukan, pengecutan udara yang masih ada di dalam
rongga akan menarik masuk bahan pengawet ke dalam kayu.
Keluaran/Produk Kayu

Papan Papan
Partikel Lapis

Papan
Serpihan
Papan Lapis
 Diperbuat daripada kayu yang dibuang lapisan kulit luarnya,
kemudian dimasukkan ke tempat pemotongan untuk
dijadikan kepingan vernier, setelah dikeringkan kayu-kayu
lapisan disusun berselang-seli supaya sudut di antaranya 90⁰,
dilekatkan gam dibawah keadaan panas dan dihimpit dengan
tekanan yang kuat.
 Biasanya terdapat 3 lapisan dengan lapisan berlawanan ira
disusun berselang-seli dan saiz yang biasa didapati ialah 4’ x 8’.
 Kebaikannya ialah keras, teguh, lebih kuat daripada kayu biasa,
cantik, tidak mudah merubah bentuk, senang dikerjakan dan
senang dipasang.
 Keburukannya ialah boleh menggeleding, memecah dan
kelihatan buruk melainkan disapu dengan lapisan kemasan
seperti cat atau varnis.
 Sesuai untuk perabut.
Papan Lapis
Papan Serpihan
 Dibuat daripada serpihan-serpihan kayu dan gam yang
ditekan dan dipadatkan dalam keadaan suhu yang
tinggi.
 Tegap, ringan, mudah terbakar dan boleh mengecut
bergantung kepada kandungan air.
 Terdapat 2 jenis iaitu berjalin kasar dan berjalin licin.
 Kadangkala dilapik dengan vernier kayu atau plastik,
kertas dan kepingan logam yang nipis untuk memberikan
kemasan yang dikehendaki.
 Kegunaan utama adalah untuk membuat panel, dinding
sekat, perabut dan siling.
Papan Serpihan
Papan Partikel
 Dibuat daripada serpihan kayu atau lain-lain bahan yang
dinamakan ligna iaitu selulos yang dilekatkan dengan
gam resin sinetik atau gam organik.
 Saiz yang biasa terdapat ialah dengan panjangnya 1.8m,
2.4m, 2.7m atau 3m manakala lebarnya 600mm, 900mm
atau 1.2m.
 Kegunaannya adalah untuk siling, pintu, dinding sekat
dan panel.
Papan Partikel
Kebaikan & Keburukan Kayu
❖ Kebaikan:
 Nisbah kekuatan berat yang tnggi.
 Senang dipotong, diratakan, dipaku dan diskru.
 Rupa dan kemasan yang cantik.
 Pengalir haba dan elektrik yang rendah.
 Kelasakan yang tinggi jika dirawat dan digunakan dengan
sesuai.
 Kosnya berpatutan dan senang diperolehi.
 Sesuai untuk semua kegunaan.

❖ Keburukan:
 Senang terbakar dan merebakkan api.
 Mudah mengecut.
 Mudah diserang oleh serangga dan cendawan perosak.
Kegunaan Kayu
a) Anggota struktur yang ringan dalam struktur kekal
contohnya rasuk, tiang, rangka bangunan, bumbung
kayu, lantai, pintu, tingkap dan sebagainya.
b) Pembinaan berat seperti kekuda bumbung berat,
cerucuk, jambatan, jeti dan lain-lain.
c) Tujuan hiasan seperti dinding sekat, perhiasan sebelah
dalam bangunan, perabot dan para-para.
d) Struktur sementara seperti acuan konkrit, peranca,
tupang, pagar dan sebagainya.
e) Pembinaan alat pengangkutan seperti kapal, perahu,
sampan, gerabak dan landasan keretapi.
f) Perusahaan berasaskan kayu seperti perusahaan papan
lapis, kayu lapis, papan serat, papan keras dan lembut.

You might also like