Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : Kelima


Minggu Praktikum : Minggu Kelima
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 9 Mac – 13 Mac 2020
Tajuk Jurnal : Murid mengantuk dan tidur pada waktu ulangkaji dan
waktu peperiksaan
1. Masalah/ peristiwa

Pada minggu ini, iaitu minggu ke-5 merupakan minggu peperiksaan berlangsung bagi
semua Tingkatan 1 hingga 5. Masalah yang saya hadapi kali ini ialah masalah murid
kelihatan mengantuk dan ada yang mengambil peluang untuk tidur semasa waktu
tempoh ulangkaji dan waktu peperiksaan berlangsung. Ada beberapa murid suka
mengambil peluang sebelum peperiksaan bagi kertas peperiksaan seterusnya untuk
tidur dan tidak membuat ulangkaji pelajaran. Sikap sebegini menandakan murid
mengambil mudah dan sambil lewa dalam peperiksaan yang akan berlangsung. Tiada
sedikit persediaan yang mereka lakukan sebelum peperiksaan, umpama tiada kesan
bagi mereka jika mereka membuat ulangkaji pelajaran seperti putus harapan, redha dan
tabah menghadapi segala kemusykilan. Tapi bukan semua murid di dalam bilik darjah
akan mengambil peluang untuk tidur, hanya segelintir sahaja.

2. Analisis

Antara masalah yang telah dikenal pasti punca murid berbuat sedemikian ialah:
a. Murid tidak memahami sepenuhnya apa yang mereka telah pelajari selama ini.
b. Murid menganggap ujian atau peperiksaan itu tidak penting bagi mereka.
c. Murid menganggap mana – mana kertas peperiksaan yang melibatkan subjek
mereka minat sahaja akan mereka membuat ulangkaji.
d. Minggu ulangkaji dan peperiksaan adalah minggu “berehat” bagi mereka kerana
tiada PDPc berlangsung, hanya pembelajaran kendiri sahaja.
e. Rata – rata murid di dalam kelas tinggal di asrama, kemungkinan besar mereka
mungkin ada buat ulangkaji di waktu malam menyebabkan mereka mengantuk
f. Kebanyakkan murid mengantuk dikesan pada awal waktu sesi persekolahan dan
selepas rehat.
g. Hampir kesemua murid tidak membawa bekalan air minuman yang membekal
oksigen mampu menghindari mereka daripada mengantuk.

1
3. Cadangan tindakan susulan

Langkah –langkah yang perlu saya lakukan adalah seperti berikut:


a Menegur dan memberi amaran kepada murid yang suka mengambil peluang
untuk tidur di dalam kelas.
b Seterusnya mengarahkan murid yang mengantuk untuk pergi ke tandas untuk
membasuh muka.
c Ketika waktu matapelajaran saya membuat ulangkaji, saya akan sentiasa
bergerak ke sana ke sini di dalam kelas mengelilingi murid – murid.
d Membawa dan memberi murid makanan ringan sebagai penyegar minda seperti
kismis, gula batu dan sebagainya.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Tempoh: 23 Mac hingga 27 Mac 2020

Setiap kali saya masuk ke kelas, saya akan memastikan bahawa semua murid betul-
betul bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran mahupun membuat ulangkaji.
Sekiranya kelihatan murid kurang cergas, saya akan mengajak semua murid untuk
melakukan sedikit senaman regangan otot. Sekiranya masih ada juga murid yang
mengantuk, saya akan memberi amaran kepada mereka ataupun menyuruh murid
tersebut ke tandas untuk membasuh muka bagi menghilangkan rasa mengantuk. Selain
itu, saya akan bergerak berjalan kearah meja murid yang mengantuk dan akan
membuat sedikit urutan di bahu mereka. (hanya murid lelaki sahaja)

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : …………………….. Tandatangan : ……………………...


Nama : En. Andrewson Maja Nama : Miss Ernie Kho Siaw Nee
Tarikh : …………………….. Tarikh : ………………………

You might also like