Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BOLA JARING OLIMPIK MUDA

BOLA JARING 5 SEBELAH

1. Pengenalan.

Permainan bola jaring lima sebelah adalah ubah suai dari permainan bola jaring
sebenar. Permainan ini boleh dijalankan di padang atau di dalam dewan.
Permainan ini dimainkan oleh pelajar perempuan

2. Had Umur Peserta

i. Hanya pemain yang berumur 14 tahun dan kebawah layak menyertai.


ii. Kiraan umur adalah pada 1 januari tahun semasa.
iii. Semua pemain hendaklah menyertakan salinan kad pengenalan semasa
pendaftaran yang telah disahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan
sekolah masing-masing.

3. Masa bermain

i. Masa bermain ialah 10 minit separuh masa pertama 3 minit rehat dan 10
minit separuh masa kedua. ( 10 : 3 : 10 )
ii. Penggantian akan dilakukan serta merta sekiranya ada pemain yang
cedera pada bila- bila masa.

4.. Pendaftaran

i. Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain sahaja. (5 pemain + 2


simpanan)
ii. Pendaftaran pasukan adalah secara berpasukan antara sekolah. Johan
dan Naib Johan daerah layak ke pertandingan peringkat negeri.
iii. Semua pasukan hendaklah melengkapkan borang yang disediakan oleh
penganjur beserta Salinan Kad pengenalan yang telah disahkan dan
pengesahan terakhir oleh pengurus pasukan dan pegawai PPD masing-
masing.
iv. Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai dan
peserta sebagaimana yang telah ditetapkan.
v. Jawatankuasa pengelola akan menyemak dan mengesahkan kelayakkan
peserta semasa mesyuarat pengurus pasukan berdasarkan butiran
dalam borang pendaftaran individu.

5. Format Pertandingan

7.1 Pusingan awal


Permainan dijalankan secara liga dalam kumpulan.

7.2 Pusingan Kedua.

i) Johan dan Naib Johan Kumpulan layak ke pusingan kedua.


Permianan akan dijalankan bagi menentukan Kedudukan tempat
pertama hingga ke 8.
BOLA JARING OLIMPIK MUDA

ii.) Pasukan yang kalah akan diundi semula dan bermain untuk
menentukan tempat ke 9 hingga hingga 20.
iii. Pasukan akan diletakkan dalam kumpulan atau perlawanan yang
berlainan dengan pasukan dalam kumpulanya / daearah yang
sama.

8. PELAKSANAAN PERMAINAN.
i. Posisi yang akan bermain ialah C, GA, GS.GD dan GK
Hantaran permulaan hendaklah dilakukan oleh pemain Centre di
dalam bulatan tengah secara bergilir-gilir. Pasukan yang
memenangi lambungan akan memulakan hantaran dari kawasan
tengah.
ii. Hanya GA dan GS sahaja yang boleh menjaringkan gol..
iii. Setiap jaringan dikira sebagai satu jaringan (1 mata ) .
iv. Selepas satu gol dijaringkan , permainan akan dimulakan semula
dengan hantaran tengah .
9. Pakaian

i. Pemain memakai bib berhuruf C, GA,GD,GK GS.


ii. Seluar trek / tights dan baju yang seragam dengan pasukannya.

10. Peralatan
Pertandingan akan menggunakan
10.1 Bola saiz 5
10.2 Dua tiang gol berketinggian 10 kaki untuk sekolah menengah
10.3 Sepasang jaring
10.4 Gelanggang berukuran 80’ x 40’

11. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN

11.1 Cara Liga

11.1.1 Cara memberi mata :

 Menang : 3 mata
 Seri : 1 mata
 Kalah : 0 mata

Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama,
pemenang akan ditentukan seperti berikut :

a) Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah


gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.

b) Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan


secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan
tolak jumlah gol yang kena.
BOLA JARING OLIMPIK MUDA

c) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan


gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

11.2 Cara Kalah Mati

Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan


pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan
ditentukan seperti berikut :

a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa


rehat selama dua (2) minit.
b) Masa tambahan selama dua (2) x( 5) lima minit setiap bahagian
akan dimainkan.
c) Pasukan akan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan
semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah
berikutnya.
d) Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa selepas rehat
satu (1) minit.
e) Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan
diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan
gol.

12. Kepegawaian

12.1 Dua orang pengadil bagi setiap perlawanan


12.2 Orang pencatat dan 1 orang penjaga masa.

13. GELANGGANG
80 kaki

3’
1 40’
14 kaki

26’ 26’

You might also like