Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Modul Struktur Halus

1 Sekeping Kartu

Lalu kenangan semalam pun


hidup kembali
begitu indah begitu memukau
ada seribu burung
menyanyi-nyanyi
di ruang hati.

Dipetik daripada Puisi Moden dalam antologi Kubentang Sehelai Peta

Nyatakan dua ciri petikan puisi di atas. ( 2 markah )


Ada ……………………….. baris dalam serangkap
Ada ………… hingga …………….. sukukata dalam sebaris.

2 Kuntum Rahsia dari Taman Takdir

1
Sewaktu bersemi benih percaya
ditabur subur di atas batas setia
bersinar perca-perca cahaya - yang
didambar tunas sepohon akrab
adalah baja-baja bahagia; kerana
Kelopak kehidupan mewarna
Bersama harum kuntum kenanga (n)

Dipetik daripada Puisi Moden dalam antologi Kubentang Sehelai Peta

Nyatakan dua contoh gaya bahasa kata ganda yang terdapat dalam petikan.
(4 markah)

3 Sepi Syawal Tanpa Bonda

Sunyi membungkam dalam diri


sepi diri tanpa bonda
Kepiluan melamar jua
Ibu,
kau masih dalam ingatan
memoriku sepi tanpa ibu.

Dipetik daripada Puisi Moden dalam antologi Kubentang Sehelai Peta

Mengapakah penyajak berasa sedih ? (4 markah)

You might also like