Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1

Isi Kandungan

Nom Tajuk Mukasurat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Institusi Keluarga dan Jenis-jenisnya 2

3.0 Peranan sekolah dalam kukuhkan institusi keluarga 6

4.0 Brosur Keluarga Bahagia 9

5.0 Penutup 11

6.0 Rujukan 12
1

1.0 Pengenalan

Keluarga merupakan tunjang utama seseorang manusia dalam kehidupan ini dan dengan
keluarga seseorang dapat mencapai pelbagai perkara dalam hidup mereka. Keluarga dilihat
mempunyai pelbagai tunjang bermulanya daripada orang yang paling tua sehingga kepada
seorang bayi yang baru lahir. Menurut (Wikipedia, 2018) keluarga dilihat sebagai satu
kumpulan manusia yang mempunyai hubungan terutamnya melalui pertalian darah,
perkahwinan dan juga pengambilan anaka angkat. Keluarga secara umumnya dapat dilihat
terdiri daripada suami dan isteri serta juga anak-anak kandung dan juga anak angkat (jika
ada). Keluarga juga dapat diperkembangkan dengan ali persaudaraan seperti datuk, nenek,
ayah saudara, ibu saudara, sepupu, cucu dan cicit. Sebuah keluarga juga dilihat sebagai satu
institusi penting dalam negara yang berperanan sebagai penyumbang terpenting kepada
kesejahteraan diri dan masyarakat dan sekaligus menyumbang kepada keharmonian keluarga,
(Kemasyarakatan, 2016). Dalam pada itu, setiap ahli dalam sebuah keluarga mempunyai
fungsi dan tanggungjawab masing-masing dan mereka perlu melaksanakan tugas mereka
sepertimana yang ditetapkan. Keluaga juga merupakan sebuah unit yang terkecil dari sebuah
masyarakat yang besar yang terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang berkumpul
dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam keadaan saling. Ibu bapa memainkan
peranan yang sangat penting dalam sebuah institusi keluarga kerana mereka ini dianggap
tunjang yang akan menentukan hala tuju sebuah keluarga. Setiap anggota keluarga mestilah
berusaha untuk mengekalkan kehidupan berkeluarga dengan nebjaga kebajikan anggota
keluarga. Walaubagaimanapun, pada zaman ini berlaku pelbagai kepincangan akibat daripada
hilangnya tanggungjawab ahli dalam keluarga dan menyebabkan pelbagai masalah dalam
keluarga yang tidak diingini. Secara amnya, keluarga yang kukuh akan secara langsung
membina karakter yang utuh dalam diri kanak-kanak dan kanak-kanak ini adalah generasi
muda dana akan menjadi harapan negara satu hari nanti.
2

2.0 Institusi keluarga dan jenis-jenisnya

Keluarga dalam konteksnya dilihat kepada dua jenis keluarga iaitu keluarga Nuklear dan
keluarga sekunder. Menurut maklumat daripada modul dilihat bahawa keluarga nuclear
merupakan keluarga asas iaitu keluarga yang terdiri daripada serang suami dan seorang isteri
dan anak-anak mereka manakala keluarga sekunder adalah merujuk kepada lain-lain bentuk
keluarga selain daripada keluarga nuclear. Keluarga sekunder pula dibahgikan kepada tiga
jenis iaitu keluarga luas, keluarga poligami dan keluarga induk tunggal.

Gambarajah 1.0 Keluarga Nuklear

Merujuk pada gambarajah 1.0 diatas dapat dilihat bahawa sebuah keluarga nukleaar yang
sempurna dan dikira sangat lengkap dengan seorang suami dan seorang isteri berserta dua
orang anak. Lebih-lebih lagi jika kedua-dua anak itu sepasang iaitu seorang lelaki dan
seorang perempuan dilihat lebih ideal. Keluarga nuklear ini juga disebut sebagai keluarga
asas dan juga boleh disertai oleh seorang lagi ahli keluarga iaitu anak angkat (jika ada). Hal
ini adalah kerana terdapat juga keluarga yang mengambil anak angkat kerana mereka tidak
mempunyai anak selepas lama berkahwin. Selain daripada itu, keluarga asas kebiasaannya
tinggal bersama di sebuah rumah. Hubungan diantara mereka wujud daripada perkahwinan
dan seterusnya pertalian darah dan adakalanya melalui proses keluarga anak angkat. Dalam
keluarga jenis ini, setiap individu mempunyai tugas dan peranan mereka bagi memenuhi
keperluan dan mencapai matlamat. Dapat dilihat juga bahawa hubungan diantara setiap ahli
dalam keluarga nuklear biasanya amat rapat kerana jumlah individu yang terhad. Selain itu
juga, hubungan ahli keluarga ini dengan datuk, nenek dan saudara mara mereka kurang rapat
kerana mereka tinggal berasingan dan hanya berjumpa pada masa-masa yang tertentu sahaja.
3

Gambarajah 2.0 Keluarga Luas

Keluarga luas pula merupakan satu kumpulan keluarga yang terdiri daripada pelbagai
individu iaitu datuk, nenek, ayah, ibu, ayah saudara, ibu saudara, sepupu dan juga anak
angkat. Kebanyakan keluarga luas dapat dilihat pada zaman dahulu dan pada masa kini
banyak di kampung-kampung. Jarang sekali dapat kita lihat terdapat keluarga luas di kawasan
bandar kerana pelbagai faktor-faktor tertentu. Didalam sebuah keluarga luas, saudara mara
lain yang selain daripada keluarga nuklear juga akan tinggal bersama di dalam satu bumbung
dan mereka ini adalah dirujuk melalui pertalian darah dan juga melalui hasil perkahwinan.
Hubungan antara ahli keluarga dalam keluarga luas ini amatlah rapat bukan sahaja antara ahli
keluarga nuklear tetapi antara semua individu dalam keluarga berkenaan. Hubungan yang
rapat juga dapat dilihat melalui beberapa generasi iaitu daripada generasi pertama yang
meliputi datuk dan nenek atau moyang (jika ada), kepada generasi kedua yang melibatkan
ibu, bapa, makcik dan pakcik kepada generasi ketiga iaitu anak-anak dan sepupu serta
generasi keempat (jika ada) iaitu cucu dan cicit. Keluarga luas ini juga dikenali sebagai
keluarga campuran berdasarkan gabungan beberapa keluarga nuklear berserta keluarga
nuklear induk. Keluarga luas merupakan impian setiap ibu bapa pada zaman dahulu kerana
mereka ingin melihat anak-anak dan cucu-cucu mereka duduk dibawah satu bumbung namun
kehendak dunia sekarang dan profesion masing-masing menyebabkan mereka tidak dapat
hidup dalam keluarga luas dan terpaksa hidup lebih kepada keluarga nuklear dan ada
segelintir sebagai keluarga induk tunggal.
4

Gambarajah 3.0 Keluarga Induk Tunggal

Keluarga induk tunggal merupakan satu lagi jenis keluarga yang terdapat dalam komuniti
sekarang dan secara amnya dilihat dalam keadaan meningkat hari ke hari. Keluarga ini adalah
sebuah keluarga yang mempunyai sama ada ayah bersama anak-anak atau ibu dan anak-anak.
Ini adalah kerana keluarga jenis ini biasanya yang telah mengalami penceraian dan ibu bapa
tinggal berasingan bersama anak-anak mereka dengan persetujuan umum atau melalui
undang-undang. Salah satu lagi sebab yang mana keluarga ini hanya memunyai salah seorang
ibu atau ayah sahaja adalah akibat daripada kematian salah seorang daripada mereka.
Hubungan dalam keluarga ini juga wujud sama seperti keluarga nuklear dan keluarga luas
juga. Interaksi dalam keluarga ini tidak terhad dan kebanyakan mereka juga mempunyai
hubungan yang rapat dengan keluarga luas atau keluarga induk. Dapat dilihat menerusi
pelbagai laporan bahawa terdapat peningkatan dalam jenis keluarga ini di Malaysia akibat
daripada masalah penceraian terutamnya. Dalam pada itu juga, dalam keluarga induk tunggal
ini juga, ketua iaitu sama ada ibu atau bapa akan mengambil tugas kedua-dua orang ibu dan
bapa dan memainkan peranan berkenaan selari dengan kehendak. Anak-anak juga dilihat
mempunyai hubungan yang sangat akrab bersama ketua keluarga induk mereka. Akhir sekali,
juga terdapat satu situasi keluarga induk tunggal dimana anak-anak ini tinggal bersama nenek
dan datuk mereka dan hanya bergantung pada pendapaan salah seorang daripada ayah atau
emak mereka yang tidak duduk sebumbung dengan mereka. Situasi ini juga berlaku apabila
berlaku kematian kepada kedua-dua ibu bapa dan anak-anak ini tidak ada tempat bergantung.
5

Gambarajah 4.0 Keluarga Poligami

Keluarga Poligami adalah satu lagi jenis keluarga yang terdapat di Malaysia dan diamalkan
oleh masyarakat Islam. Masyarakat kecuali Islam amat jarang mengamalkan keluarga
poligami kerana undang-undang dan mengikut kepercayaan agama tidak membenarkan
mereka berkahwin lebih daripada seorang. Bagi penganut agama Islam, mereka dibenarkan
berkahwin empat dengan kebenaran isteri terdahulu. Keluarga poligami ini pula terdiri
daripada seorang bapa yang mempunyai lebih daripada seorang isteri dan biasanya dua orang
isteri dan paling banyak seramai empat orang isteri. Keluarga jenis ini juga tinggal bersama
dalam satu bumbung bersama anak-anak mereka sama seperti keluarga luas tetapi ianya
daripada keluarga nuklear yang mempunyai lebih daripada seorang emak. Hubungan yang
wujud dalam keluarga ini juga seperti jenis keluarga lain juga iaitu melalui perkahwinan,
pertalian darah dan keluarga anak angkat. Dalam pada itu, satu perbezaan dalam keluarga ini
adalah kebiasaannya anak-anak akan lebih tertumpukan kepada ibu mereka dan mempunyai
hubungan yang rapat dengan ibu mereka. Walaupun, hubungan diantara isteri-isteri dalam
keluarga ini adakalanya baik dan adakalnya kurang baik dan sama juga dengan hubungan
antara anak-anak dalam keluarga berkenaan. Keluarga poligami ini walaupun semakin
berluas di Malaysia namun amat jarang mendapat restu daripada semua isteri dan keluarga
poligami ini juga menjadi salah satu sebab wujudnya keluarga induk tunggal pada
dasarnya.Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa di Malaysia terdapat empat jenis
keluarga yang umum iaitu keluarga nuklear, keluarga luas, keluarga induk tunggal dan
keluarga poligami. Kesemua jenis keluarga ini wujud atas pelbagai hubungan antara mereka
seperti perkahwinan, pertalian darah dan ada juga melalui proses anak angkat. Walaupun
pelbagai rintangan dan masalah namun kesemua empat jenis keluarga ini masih wujud dan
yang agak merisaukan adalah keluarga induk tunggal semakin meningkat.
6

3.0 Peranan Sekolah dalam kukuhkan institusi keluarga

Keluarga merupakan institusi yang amat penting dan ianya adalah salah satu tonggak dalam
menentukan hala tuju negara. Sekolah merupakan salah satu institusi yang memainkan
peranan yang amat penting dalam mendidik anak murid daripada akar umbi mengenai
kepentingan institusi kekeluargaan dan bagaimana mereka perlu memainkan peranan mereka
dalam mengukuhkan institusi keluarga mereka. Sekolah adalah salah satu tempat dimana
anak-anak muda ini meluangkan masa yang lama selain daripada dirumah dan disinilah
banyak perkara mereka belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya dalam silibus
matapelajaran Pendidikan Kesihatan telah banyak menekankan mengenai kekeluargaan dan
bagaimana cara mengawal emosi, menghormati orang tua dan sebagaianya. Salah satu
perkara yang biasa dilakukan adalah dengan mengadakan pelbagai kempen-kempen yang
memberikan keutamaan kepada keluarga , kebahagian dan kesejahteraannya. (Metro, 2017)
menyatakan dalam laporan mereka mengenai satu program inisiatif oleh Yayasan keamanan
bersama sekolah dengan kempen bertajuk ‘Peace Begins in the Home’ dan juga pelbagai
program-program lain. Program ini dapat memupuk kesejahteraan keluarga dimanan pihak
sekolah dapat bekerjasama dengan waris-waris bersama anak-anak mereka yang juga murid
sekolah dalam proses memgukuhkan institusi kekeluargaan. Hubungan yang rapat dan kukuh
antara ahli keluarga dapat membantu anak-anak terutamnya daripada terjebak dalam gejala
yang kurang sihat.

Selain daripada itu juga, sekolah juga boleh memberikan tugasan melalui
matapelajaran pendidikan kesihatan juga dimana meminta murid mewujudkan folio atau juga
projek dengan tajuk ‘rumahku syurgaku’ dan meminta waris di rumah juga membantu dalam
melengkapkan projek berkenaan. (Fei, 2015) dalam blog menyatakan bahawa ianya amat
penting dalam memanisfestasikan kepentingan institusi keluarga anatara mereka dan
kesejahteraan dan kebahagiannya. Projek seperti ini oleh pihak sekolah dapat membantu
mengeratkan hubungan dalam keluarga dan pada masa yang sama boleh memberikan peluang
ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Pada masa yang sama sekolah juga
boleh mendapat maklumat tambahan mengenai jenis keluarga yang ada dan bagaimana
mereka dapat membantu dalam menangani sebarang masalah. Dalam pada itu, sekolah juga
boleh menganjurkan aktiviti yang melibatkan murid-murid dan ibu bapa serta semua ahli
keluarga luas untuk menyertai program berkenaan. Program yang biasanya mendapat
sambutan hangat dan harus dijalankan adalah hari kantin atau hari usahawan dimana program
7

ini memberikan impak yang besar dalam membhimpunkan semua orang di satu tempat dan
dalam suasana yang sangat ceria dan gembira. Selain daripada itu, program lain yang boleh
dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah seperti program gotong-rotong dan hari sukan
sekolah. Sekolah juga perlu melaksanakan perjumpaan dengan waris-waris dan membawa
‘speaker-speaker’ yang berpengalaman dalam hal ehwal kekeluargaan dan memberikan
suntikan semangat dan tips-tips untuk membentuk keluarga yang bahagia.

Selain itu juga, penerapan pelbagai nilai-nilai moral dalam diri murid-murid adalah
satu lagi langkah yang dilihat amat berkesan dalam usaha sekolah mengukuhkan hubungan
kekeluargaan. Melalui pelbagai matapelajaran , murid harus diterapkan dengan pelbagai nilai-
nilai utama terutamanya nilai yang melibatkan keluarga contohnya hormat-menghormati,
tolenransi, tolak ansur, sikap tidak pentingkan diri sendiri, saling bantu membantu dan
sebagainya. Selain daripada menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid, guru-guru
juga berperanan memberikan maklumat berkenaan nilai negatif yang tidak seharusnya diikuti
dan dipraktikkan oleh mereka, antaranya adalah sikap dengki-mendengki antara satu sama
lain, iri hati , sikap mementingkan diri sendiri daripada orang lain, berat tulang dan
sebagainya. (Suhid, 2010) dalam kajiannya juga menyatakan bahawa masyarakat dan
anggota keluarga juga memainkan peranan dalam pemupukan nilai dan sahsiah individu yang
positif secara tidak formal. Selain daripada itu, pemupukan nilai ini juga akan lebih terarah
apabila ianya disampaikan melalui satu sistem pendidikan yang formal dengan struktur yang
jelas.

Seterusnya, antara perkara yang selalu menjadi kekangan dan masalah adalah peranan
dan tanggungjawab masing-masing dalam sebuah keluarga. Apabila berlaku percanggahan
pendapat dan tanggungjawab tidak dilaksanakan dengan baik, maka masalah akan mula
wujud. Satu maklumat lengkap telah digariskan oleh (Hussain, 2007) dalam kajiannya
dimana menyatakan bahawa sebagai suami peranan asasnya ialah menyediakan keperluan
seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian yang juga merupaka keperluan asas seseorang.
Selain itu juga, sebagai ketua keluarga, bapa juga bertanggungjawab untuk memberikan
pendidikan akademik yang penting untuk memperkembangkan minda dan pendidikan agama
untuk kesejahteraan rohani dan fizikal. Menurutnya lagi, ibu pula mempunyai tanggungjawab
berlainan dan utama dengan memastikan kelancaran dalam sistem rumah tangga dengan
menjurus kepada kasih sayang dan hormat menghormati. Sekolah dalam hal ini perlu
8

memberikan penekanan dalam ;role play’ dalam diri setiap murid-murid serta memberikan
banyak contoh lain yang dapat dijadikan sebagai panduan oleh murid-murid juga.

Dalam pada itu, pihak sekolah juga dengan bergabung antara beberapa panitia
bersama guru bimbingan dan kaunseling serta persatuan ibu bapa dan guru dan biro ebajikan
guru boleh merancang beberapa lawatan ke beberapa rumah-rumah tertentu bagi membantu
dalam proses pengukuhan kekeluargaan. Salah satu cara adalah dengan memilih keluarga
induk tunggal dan memberikan pelbagai bantuan yang diperlukan dan memberikan nasihat
jika perlu bagi membantu meringakan beban keluarga berkenaan secara fizikal dan emosi.
Sekolah juga dengan usahasama jabatan-jabatan agama dan kekeluargaan bergerak ke
beberapa rumah yang megalami masalah-masalah sosial dan membantu dalam meneruskan
kelasungan hidup dan kesejahteraan keluarga. Walaupun pelbagai langkah yang diambil oleh
sekolah dalam proses mengeratkan dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan namun ianya
masih bergantung pada keluarga berkenaan untuk bergabung dan hidup harmoni.
9

4.0 Brosur Keluarga Bahagia

KELUARGA BAHAGIA Cara-cara keluarga bahagia


- Anggota keluarga
perlu saling
menyayangi
- Tanggungjawab secara
sukarela dan amanah
5 Ciri Keluarga Bahagia - Hubungan yang mesra
- Sembahyang bersama dan akrab Jenis-jenis keluarga
- Sentiasa ingati sifat - Mengamalkan sikap a) Keluarga Nuklear
baik bertolak ansur - Terdiri daripada ibu, bapa
- Makan bersama - Tidak menyinggung dan anak termasuk anak
- Buat kerja rumah perasaan ahli lain angkat dan tinggal bersama
bersama - Menjaga kebersihan di - terhad kepada ahli sahaja
- Keluar bersama dalam dan luar rumah b) Keluarga Luas
keluarga - Pentingkan kesihatan - Terdiri daripada datuk,
Cara bina keluarga bahagia dan keselamatan setiap nenek,ibu,baa,anak dan
- Menunjukkan contoh ahli keluarga saudara mara
teladan yang baik - Libatkan diri dalam -tidak terhad, merangkumi
kepada anak-anak aktiviti keluarga saudara-mara daripada
- Mengawasi aktiviti - Ambil berat hal dan pelbagai generasi
anak-anak masalah ahli keluarga c) Keluarga Induk Tunggal
- Mencurahkan Kasih - Hormat-menghormati, - ibu atau bapa, anak
saying dan beradab dan sopan - tidak terhad antara ahli,
meluangkan masa berpusat kepada induk
bersama d) Keluarga Poligami
- Memberikan didikan - Bapa mempunyai dua atau
agama dan moral lebih isteri dengan anak
- Saling menghormati masing-masing
- Kerapkan komunikasi - tertumpu kepada ibu
antara satu sama lain masing-masing
10

Fungsi keluarga dalam


kehidupan manusia
-pendidikan moral awal anak
dan juga akhlak
-pembelajaran sosialisasi
kehidupan pada anak
-perlindungan pada setiap Masalah utama keluarga
anggota keluarga yang ada - kewangan
Cara memiliki keluarga
-berikan perasaan berupa - tiada zuriat
bahagia
kasih saying sesama mereka - tidak setia
-Berbahagi tugas adalah
-pendidikan serta penanaman - nafsu
sumber kegembiraan
ilmu agama - pengurusan rumah tangga
-Menikmati waktu bersama
-menyediakan keperluan -ibu dan bapa mertua
keluarga
ekonomi untuk semua - komunikasi
-berkebun bersama
anggota keluarga -perbezaan pendapat
-tidak memiliki rahsia
-proses menambahkan -keyakinan antara satu sama
-makan sarapan bersama
keturunan biologi lain
-tidak berdebat di depan anak-
-kasih saying, rasa aman dan - perubahan bentuk fizikal
anak
perhatian sesama keluarga diri dan emosi
-memiliki haiwan peliharaan
-tempat rekreaktif pada setiap
-makan di restoran
anggota
-dua hari keluarga setiap
bulan

5.0 Penutup
11

Sebuah keluarga yang bahagia sentiasa memerlukan setiap ahlinya melaksanakan


tanggungjawab dan peranan mereka dengan baik. Satu kesilapan kecil sahaja boleh
menyebabkan kebahagian dan keakraban dalam keluarga musnah. Ketua keluarga perlulah
melaksanakan peranannya sebaik mungkin dan juga membahagikan tugas-tugas lain kepada
semua ahli keluarga. Pihak sekolah pula mestilah memainkan peranan mereka dalam
penganjuran kempen dan motivasi serta sesi dialog bersama ibu bapa dan sentiasa bersedia
dalam membantu dalam proses mengukuhkan institusi keluarga. Pihak sekolah juga
memberikan penekanan kepada guru-guru yang mengajar terutamnya matapelajaran
pendidikan kesihatan dan sejarah untuk memberikan penekanan yang khusus apabila
menyentuh topik kekeluargaan. Pihak sekolah juga perlu sentiasa peka dengan mana-mana
situasi dan juga merancang pelbagai aktiviti yang dapat memberikan peluang kepada ibu bapa
untuk bersama anak dan mengambil bahagian dalamnya. Namun yang demikian, ianya
sentiasa bergantung kepada kemampuan untuk hidup dalam keadaan bertolak ansur , toleransi
dan sentiasa hormat-menghormati anatara satu sama lain. Konklusinya, sebuah keluarga yang
bahagia bergantung pada pelbagai faktor dan pihak yang perlu mengembleng usaha dan
tenaga untuk mengekalkannya. Sebuah keluarga yang kukuh dan akrab adalah sentiasa
bergantung kepada setiap ahli didalamnya.

Jumlah perkataan – 2656 Patah perkataan

6.0 Rujukan
12

Fei, J. (2015, 1 6). Cara-cara mempererat hubungan kekeluargaan. Retrieved from


http://karanganspmska.blogspot.com/2015/01/cara-cara-mempererat-hubungan.html

Hussain, R. R. (2007). Peranan institusi keluarga dalam penjanaan bangsa bertamadun . 10.

Kemasyarakatan, N. (2016, 1 31). Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera. Retrieved from


http://keluargabahagia-nmm-ptsb-dis2015.blogspot.com/2016/01/definisi-keluarga-
bahagia_31.html

Metro. (2017, 11 9). Bina hubungan kekeluargaan siha. Retrieved from


https://www.hmetro.com.my/hati/2017/11/282039/bina-hubungan-kekeluargaan-sihat

Suhid, M. K. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi
Penerapan Nilai Mumi: Satu Sorotan . 14.

Wikipedia. (2018, 11 1). Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Keluarga


13

You might also like