Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KM 10,


JALAN PADANG TENGKU, 27200 KUALA LIPIS,
PAHANG DARUL MAKMUR

MPU 3062
KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM

Nama :
No. K/P :
Angka Giliran :
Program :
Ambilan :
Unit :
Nama Pensyarah :
Tarikh Hantar :

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatanga Tandatangan
n
Cop
Cop
Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK: JAN – MEI 2021

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: MPU3062 Semester/ Tahun: 2 / 2

Nama Kursus: KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM Kumpulan:

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Buku Log/Folio
Menghasilkan buku log/Folio secara individu 29 MAC 2021 04 APRIL 2021
dengan kemas dan mengikut format yang
ditentukan. Penyerahan buku log setiap minggu
untuk semakan pensyarah penasihat. (Individu)

2. Rancangan Orientasi Unit Beruniform


Menyediakan satu Rancangan Orientasi Unit 17 MAC 2021 19 MAC 2021
Beruniform Sekolah Rendah yang
lengkap.(Individu)

3. Pengurusan Perkhemahan
30 MAC 2021 02 APRIL 2021
Terlibat secara aktif dan mengaplikasikan
kemahiran kepemimpinan serta kemahiran asas
perkhemahan dalam pengurusan serta
persiapan perkhemahan Unit Beruniform.
(Individu)

4. Ujian Kawad Kaki


Ujian Kawad kaki dinilai berdasarkan kepada 30 MAC 2021 02 APRIL 2021
bahasa hukuman dan melakukan 5 pergerakan
kawad statik serta 2 pengerakan kawad dinamik
dengan tepat dan berkesan. (Individu)

5. Ujian Ikatan dan Simpulan


Ujian Ikatan dan simpulan dinilai berdasarkan 25 MAC 2021 02 APRIL 2021
kepada kemahiran melaksana / membuat 4
jenis simpulan dan 1 jenis ikatan dengan betul
dan kemas. (Individu)

6. Ujian Asas Pertolongan Cemas


Ujian Asas Pertolongan Cemas dinilai 29 MAC 2021 02 APRIL 2021
berdasarkan kepada 4 kemahiran iaitu membuat
anduh dan balutan kepala, tangan dan kaki
dengan cara yang betul dan kemas. (Individu)

7. Ujian Kraf Perkhemahan


Ujian Kraf Perkhemahan dinilai berdasarkan 30 MAC 2021
kemahiran menghasilkan 10 jenis gajet dan 02 APRIL 2021
ikatan yang betul dan kreatif. (Berkumpulan)
8. Ujian Masakan
Ujian Masakan dinilai berdasarkan kemahiran 28 MAC 2021 02 APRIL 2021
menyediakan 5 jenis masakan rimba mengikut
bahan-bahan yang telah ditetapkan.
(Berkumpulan)

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan perlembagaan, sejarah, struktur dan organisasi serta pengurusan dan
pentadbiran unit beruniform Pengakap / Pandu Puteri Kadet / Bulan Sabit Merah Malaysia /
Pergerakan Puteri Islam Malaysia / Kadet Remaja Sekolah yang diperolehi dari pelbagai
sumber. ( C2, LO1, Lo6, LL1).
2. Menyediakan perancangan orientasi unit beruniform sekolah (C6, LO1, LO3, CTPS2)
3. Mengaplikasi kemahiran kepemimpinan dalam pengurusan serta persiapan perkhemahan Unit
Beruniform (A4,LO2,Lo9,LS3)
4. Mempamerkan kemahiran asas dalam aktiviti semasa perkhemahan Unit Beruniform secara
individu dan berkumpulan (P4,LO2,LO5,TS2)

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan :
1. Menulis buku log yang dapat menjelaskan perlembagaan, sejarah, struktur dan
organisasi serta pengurusan dan pentadbiran unit beruniform Pengakap / Pandu Puteri
Kadet / Bulan Sabit Merah Malaysia / Pergerakan Puteri Islam Malaysia / Kadet Remaja
Sekolah yang diperolehi dari pelbagai sumber.

2. Menyediakan suatu perancangan tahunan untuk unit beruniform di sekolah

3. Mempamerkan ciri-ciri kepemimpinan dalam pengurusan dan persiapan perkhemahan


serta berkebolehan melaksanakan tanggungjawab sebagai satu pasukan sama ada
sebagai ahli atau ketua pasukan.

4. Mempamerkan kemahiran asas dalam aktiviti semasa perkhemahan unit beruniform


melalui ujian-ujian amali secara individu dan berkumpulan.
RANGSANGAN/STIMULUS

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mengetahui, memahami dan menguasai serta
memperkembang ilmu dan kemahiran Unit Beruniform dalam aktiviti kokurikulum. Sehubungan
itu, bagi memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam Unit Beruniform, pelajar perlu menghasilkan
buku log dan melakukan amali kawad kaki, ikatan dan simpulan, asas pertolongan cemas, kraf
perkhemahan dan masakan

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: Buku Log / Folio (20%) - Individu

1. Menghasilkan Buku Log / Folio secara individu dengan kemas dan mengikut format yang
telah ditetapkan.
2. Kriteria penilaian berdasarkan kekemasan (format / biodata / carta organisasi /
laporan aktiviti mingguan ) , isi kandungan tajuk 1 hingga 2, maklumat , sumber rujukan
tambahan dan kreativiti menghasilkan buku log.
3. Buku Log / Folio hendaklah dihantar setiap minggu untuk semakan.
4. Penilaian adalah berterusan sepanjang semester.

TUGASAN 2: Rancangan Orientasi Unit Beruniform (10%) – Individu

1. Menyediakan satu Rancangan Orientasi Unit Beruniform


2. Rancangan Orientasi hendaklah meliputi rancangan semester dan mingguan dengan
format dan kandungan yang betul serta lengkap.
3. Dilaksanakan secara individu.

TUGASAN 3: Pengurusan Perkhemahan ( 10% ) – Individu

1. Penilaian berdasarkan pemerhatian terhadap pengurusan aktiviti perkhemahan


iaitu terlibat secara aktif dan mengaplikasi kemahiran kepemimpinan serta
kemahiran asas perkhemahan.
2. Penilaian berdasarkan pemerhatian berterusan sebelum, semasa dan selepas
perkhemahan.
3. Kriteria – kriteria yang dinilai adalah kepemimpinan, penglibatan, kerjasama, nilai-
nilai murni, kreatif dan penampilan.
*Pentaksiran alternatif – Dibuat dalam bentuk penulisan perkara-perkara berikut:
1. Langkah-langkah pengurusan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan
2. Lakaran pelan tapak perkhemahan yang ideal
3. Aspek keselamatan sepanjang perkhemahan

TUGASAN 4: Ujian Kawad Kaki (10%) – Individu

1. Memberi bahasa hukuman dan melakukan pergerakan kawad kaki statik serta
dinamik dengan tepat dan berkesan.
2. Memberi hukuman secara lantang, tepat dan betul mengikut 6 bahasa hukuman
kawad kaki yang telah ditetapkan seperti berikut :-
• Baris! Baris……sedia
• Senang…diri
• Rehatkan diri
• Ke Kanan….pusing
• Ke kiri…..pusing
• Menghadap ke belakang / ke hadapan….ke belakang/ ke
hadapan….pusing
3. Melakukan pergerakan kawad kaki mengikut 6 bahasa hukuman kawad yang telah
ditetapkan dengan betul bagi 5 pergerakan kawad statik dan 2 pergerakan kawad
dinamik
* Pentaksiran Alternatif – Dirakamkam dalam bentuk video Bahasa Hukuman diikuti
dengan pelakuan kawad

TUGASAN 5: Ujian Ikatan dan Simpulan ( 20% ) – Individu

1. Memilih dan membuat 4 jenis simpulan dan 1 jenis ikatan yang betul dan kemas.
2. Penilaian berdasarkan kepada jenis simpulan dan ikatan yang betul, kemas,
berkemahiran dan keyakinan.
*Pentaksiran Alternatif – Dirakamkan dalam bentuk video perlakuan membuat simpulan
dan ikatan sehingga lengkap

TUGASAN 6: Ujian Asas Pertolongan Cemas ( 10%) – Individu

1. Membuat anduh dan balutan kepala, tangan dan kaki dengan cara yang betul dan
kemas.(4 Kemahiran)
2. Penilaian berdasarkan kepada anduh dan jenis balutan yang betul, kemas, teknik
balutan dan berkemahiran.
*Pentaksiran Alternatif – Dirakamkan dalam bentuk video perlakuan membuat anduh
dan balutan sehingga lengkap
TUGASAN 7: Ujian Kraf Perkhemahan (10%) – Berkumpulan

1. Membina 10 jenis gajet dan ikatan / simpulan yang betul dan kreatif.
2. Penilaian berdasarkan jenis dan kegunaan gajet, ikatan / simpulan yang betul dan
kemas, kreatif dan berkemahiran.
3. Dijalankan secara berkumpulan
*Pentaksiran Alternatif – Dirakamkan dalam bentuk gambar replika 3 gajet utama /
wajib dan 2 gajet sampingan yang lengkap. Gambar hendaklah diambil dari bahagian
hadapan, sisi dan atas. Tugasan dibuat secara individu.

TUGASAN 8: Ujian Masakan (10%) – Berkumpulan

1. Membuat 5 jenis masakan rimba mengikut bahan-bahan yang telah ditetapkan.


2. Penilaian berdasarkan kepada makanan masak dan boleh dimakan, teknik
masakan, kreativiti, berkemahiran dan nilai bekerjasama.
3. Bahan-bahan masakan hendaklah disediakan sendiri mengikut jenis yang telah
ditetapkan.
*Pentaksiran Alternatif – Dirakamkan dalam bentuk gambar atau video cara
menghidupkan api, peralatan-peralatan, bahan-bahan, dan langkah-langkah menyediakan
serta masakan yang siap dimasak.. Tugasan dibuat secara individu.

*Pentaksiran Alternatif jika diperlukan

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus:


1. Kerja kursus ini dilaksanakan secara berkumpulan dan individu.
2. Anda perlu melaksanakan perbincangan dalam kalangan rakan sekelas anda bagi
memastikan penulisan kerja kursus menepati tajuk.
3. Anda boleh berbincang dengan rakan dan pensyarah.
4. Format penulisan adalah seperti butiran di bawah:
 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini.
 Font Arial
 Saiz huruf 11
 Langkau 1.5 baris.
 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association).
5. Tugasan 1 Buku Log / Folio, Tugasan 2 Perancangan Orientasi Unit Beruniform,
Tugasan 3 Pengurusan Perkhemahan, Tugasan 4 Ujian Kawad Kaki, Tugasan 5
Ujian Ikatan dan Simpulan, Tugasan 6 Ujian Asas Pertolongan Cemas, Tugasan 7
Kraf Tangan dan Tugasan 8 Ujian Masakan. Kesemua tugasan dilaksanakan mengikut
tempoh masa yang ditetapkan.
6. Rujukan dan lampiran tidak termasuk dalam jumlah pengiraan patah perkataan.
7. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
8. Tugasan dalam kerja kursus ini membawa jumlah markah 100%.
9. Kulit luar Tugasan Pelajar perlu ada butir–butir yang berikut:

 Nama Pelajar
 Angka Giliran
 No. Kad Pengenalan
 Kumpulan / Kursus
 Kod dan Mata Pelajaran

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut :

1. Tugasan dapat disiapkan dengan kemas dan elok.


2. Liputan isi kandungan perlulah menyeluruh, konsisten dan terperinci. Pengurusan grafik
amat membantu perbincangan anda.
3. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut:
a. Penghargaan dibincangkan dengan jelas dan kreatif.
b. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas tajuk-tajuk dengan terperinci.
c. Bukti-bukti bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah yang dikemukakan.
d. Isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah.
e. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
f. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa
yang sesuai dan ketiadaan kesalahan ejaan.
g. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak
tugasan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ _____________________________
(Nama: ) (Nama: )

Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /


Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

_____________________________
(Nama: )

Ketua Jabatan

You might also like