Alat Muzik Dusun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli.

Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling


(atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang
diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang
bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;
Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan) Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan
sompoton) Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau tontog). GONG Gong
merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua
upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat.
Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya. Gong boleh didapati di
seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara
kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat
ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular
mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau
Berunei. BUNGKAU Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod oleh suku
kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya
ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum Dusun. Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan
memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya
di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). Berjenis-jenis
frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya
disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih. SOMPOTON
(Erofon) Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat
daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan. Salah satu
daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.
Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi.
Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil
polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.

More About : alat muzik tradisional masyarakat sabah

TARIAN  SUMAZAU

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di
Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum
Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian
sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan
kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah
semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah
perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari
berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil,
sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan
keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut
hari keramaian dan di majlis jamuan.

You might also like