Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pada suatu hari, Sang Kancil sedang berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan.

Sang Kancil berasa sangat lapar dan ingin makan buah-buahan. Tidak lama kemudian, Sang Kancil
menjumpai sebatang pokok rambutan. Buah rambutan tersebut berwarna merah dan telah masak
ranum.

Sang Kancil ingin mendapatkan buah rambutan itu tetapi pokok buah rambutan itu berada di
seberang sungai. Oleh itu, Sang Kancil terpaksa menyeberangi sungai. Namun begitu, sungai
tersebut tidak mempunyai jambatan.

Akhirnya, Sang Kancil mendapat akal. Sang Kancil memanggil Sang Buaya di dalam sungai
untuk meminta bantuan. Tiba-tiba, Sang Buaya muncul dan melompat untuk memakan Sang Kancil.

Sang Kancil menggunakan akalnya untuk melepas diri daripada Sang Buaya. Sang Kancil
memberitahu Sang Buaya bahawa Raja Sulaiman, iaitu Raja Rimba menjemputnya ke kenduri yang
akan diadakan pada minggu hadapan di rumahnya.

Setelah Sang Buaya dan rakan-rakannya bersetuju, Sang Kancil menyuruh mereka berbaris
untuk memudahkannya mengira bilangan mereka. Tanpa membuang masa, Sang Buaya dan rakan-
rakannya pun berbaris.

Sang Kancil pun melompat di atas badan Sang Buaya sambil mengira. Perbuatan Sang Kancil
itu sedang diperhatikan oleh Sang Tupai. Setelah sampai di seberang sungai, Sang Kancil
mengucapkan terima kasih kepada Sang Buaya dan rakan-rakannya.

Sang Kancil berjanji akan memaklumkan kepada Raja Sulaiman tentang persetujuan Sang
Buaya untuk menhadiri majlis kenduri Raja Sulaiman. Sang Buaya dan rakan-rakannya bersorak
kegembiraan. Sang Kancil berasa lucu dan tanpa disedari Sang kancil ketawa mengejek-ejek Sang
Buaya. Sang Kancil mengatakan bahawa mereka telah ditipu olehnya.

Sang Kancil menyatakan bahawa sebenarnya majlis kenduri tersebut sudah diadakan pada
minggu lepas. Sang Kancil menyuruh Sang Buaya berbaris di dalam sungai adalah kerana Sang Kancil
hendak menyeberangi sungai untuk memakan buah rambutan di seberang sungai itu. Sang Buaya
berasa sangat marah dan berjanji akan membalas perbuatan Sang Kancil. Sang Kancil berjalan
meninggalkan Sang Buaya dan rakan-rakannya sambil ketawa mengejek-ejek.

Sang Kancil berjalan menuju ke pokok rambutan itu. Terdapat banyak buah rambutan yang
ranum telah gugur di tanah. Sang Kancil pun terus memakan buah rambutan itu. Tiba-tiba, Sang
Kancil termakan buah rambutan yang sudah buruk dan berulat. Sang Kancil terus mencari air untuk
menghilangkan rasa masam buah rambutan yang sudah buruk itu.

Sang Kancil berjaya menemui sebatang anak sungai. Ketika sedang minum, tanpa disedari
oleh Sang Kancil, Sang Buaya datang menghampirinya. Sang Buaya terus menggigit kaki Sang Kancil.
Sang Kancil terkejut tanpa sempat melarikan diri. Sang Buaya berasa sangat gembira kerana dapat
membalas dendam dan Sang Buaya ingin memakan Sang Kancil.

Sang Kancil mendapat akal untuk mengenakan Sang Buaya. Jeritan Sang Kancil tadi telah
menyebabkan rakan-rakan Sang Buaya datang untuk bersama-sama menikmati daging Sang Kancil.
Namun begitu, Sang Buaya mengatakan bahawa hanya dia sahaja yang boleh makan Sang Kancil.

Rakan-rakan Sang Buaya berasa marah dan bersepakat untuk menyerang Sang Buaya. Sang
Buaya dan rakan-rakannya bergaduh sehingga menyebabkan Sang Kancil berjaya melepaskan diri.
Sang Kancil menipu Sang Buaya supaya menggigit sebatang ranting kayu yang seakan-akan
kakinya. Tanpa membuang masa, Sang Buaya terus menggigit ranting kayu itu. Sang Kancil terus
berlari ke atas sebuah batu yang besar dan tinggi untuk melarikan diri daripada Sang Buaya. Sang
Kancil terus mentertawakan Sang Buaya kerana telah berjaya menipunya. Sang Buaya berasa sangat
marah dan menyesal kerana telah ditipu oleh Sang Kancil untuk kali kedua.

You might also like