Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

NAMA PELAJAR : ZURINA BINTI MUSTAFFA

NO MATRIK : S2023339

CADANGAN TAJUK KAJIAN: PEMBANGUNAN MODEL PENGAJARAN

TILAWAH AL QURAN SEKOLAH RENDAH

TUGASAN 1 : PROBLEM STATEMENT AND LITERATURE REVIEW

(25%)

Keywords and databases :

Kaedah pengajaran al Quran, kaedah tradisi, kaedah kontemporari, Talaqqi dan

Musyafahah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, al Quran wa al-hifz, kurikulum Dini, Sekolah

Agama Bantuan Kerajaan (SABK), ciri guru, strategi pengajaran, Pelajar Kelas Kemahiran

Quran (KKQ), Modul pengajaran

jurnalarticle@ukm.my

https://attahkimjournal.com/

https://www.researchgate.net/publication

https://journal.unisza.edu.my/mjis

https://www.researchgate.net/publication/

https://ejournal.upsi.edu.my/

http://www.journaltamu.com/

https://www.researchgate.net/publication/28049954

https://www.academia.edu/32184819/

www.jerisjournal.com

1
References :

Abdul Munir Ismail. (2018). Strategi pengajaran pendidikan Islam di Sekolah Menengah

Daerah Besut, Terengganu. Jurnal Perspektif. Jil. 10 (2).11-21

Ahmad Bazli bin Ahmad Hilmi, Zulkarnin Zakaria dan Mahiz Spawi. (2017). Pembinaan

modul pendidikan al Quran untuk pelajar pintar berbakat: Model Permata Insan. Journal of

Global Business and Social Entrepreneurship. Vol 1 (1). 194-207.

Ahmad Tamizi Abu dan Rabiatul Adawiah Ahmad Rashid. (2020). Analisis keperluan

terhadap pembinaan Modul al-Alaq-IQ (MpaA-IQ) bagi meningkatkan pencapaian kemahiran

asas bacaan al Quran tahun 1. Journal of Educational Research and Indegeneous Studies. Vol

1(1). 1-19.

Azmil Hashim dan Jabidib Saili. (2015). Hubungan tahap kemahiran al Quran guru dan

pencapaian tajwid al Quran pelajar KKQ di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tinta

Artikulasi Membina Ummah 1 (1). 144-151.

Murihah Abdullah, Abdul Hafiz Abdullah, Aminudin Hehsan, Mohd Faeez Ilias.(2018).

Karakteristik guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) al Quran. e-Jurnal

Penyelidikan dan Inovasi. Vol 5 (1). 81-93

Norhisham bin Muhamad, Azmil bin Hashi, Wahyu Hidayat bin Abdullah, Muhammad

Akramin Bin Kamarul Zaman. (2019). Kaedah talaqqi musyafahah dalam pengajaran al

Quran wa al-hifz kurikulum DINI SABK di Perak. International Journal of Education,

Psychology and Counselling. Vol 4 (32). 273-283

Nurul Huda binti Zainal Abidin, Najmiah binti Omar dan Nor Hafizi bin Yusof. (2019).

Konsep dan pelaksanaan kaedah talaqqi dan musyafahah dalam pembelajaran al Quran.

Malaysian Journal For Islamic Studies. Vol 3 (1). 27-35

2
Rabeah binti Ghazali, Sabri bin Mohamad. (2019). Amalan talaqqi dan musyafahah dalam

kalangan guru pendidikan Islam SJKC. At-Tahkim. Vol 9, No 18.11.2019

Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Mohd Shafiee Hamzah, Tasnim Abd Rahman, Kasimah

Kamaruddin, Nik Azeah Nik Azman. (2018). Kaedah pengajaran dan pembelajaran al Quran:

Kajian di Masjid UniSZA. Jurnal Hadhari 10 (1), 93-108.

Zetty Norzuliana Rashed, Meriam Abd. Majid, Sahlawati Abu Bakar, Suriani Sudi, Wan

Ramizah Hassan & Muhammad Yusuf Marlon bin Abdullah. (2015). Kaedah pengajaran

guru tilawah al Quran: Kajian Kes di Maahad Tahfiz Sains negeri Selangor. Tinta Artikulasi

Membina Ummah. Vol 1 (1). 77-86

Sintesis artikel :

Kaedah pengajaran al Quran yang dilaksanakan di sekolah kebangsaan, sekolah Jenis

Kebangsaan Cina, sekolah menengah harian dan juga di masjid-masjid yang berfokus kepada

orang dewasa lebih menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah. Kaedah ini sangat penting

kerana ia merupakan ajaran Rasulullah s.a.w (Sharifah et.al, 2019; Rabeah dan Sabri, 2019;

Norhisham et.al, 2019; Nurul Huda, Najmiah dan Norhafizi, 2019). Talaqqi dan musyafahah

sangat penting kerana ia merupakan cara Jibril a.s menyampaikan wahyu kepada Rasulullah

s.a.w, dan begitu juga cara Rasulullah s.a.w menyampaikan kepada para sahabat, seterusnya

kepada tabiin. Kaedah ini dapat menjamin kesinambungan sanad kerana bacaan melibatkan

dari mulut ke mulut (Nurul Huda, Najmiah dan Norhafizi, 2019).

Kajian lepas menunjukkan kaedah pengajaran al Quran juga dipengaruhi dengan

peredaran zaman di mana kaedah-kaedah kontemporari diperkenalkan bagi membantu

pelajar-pelajar sama ada kanak-kanak, remaja mahu pun dewasa dapat belajar al Quran

dengan cepat. Antara kaedah kontemporari yang diperkenalkan ialah kaedah Hattawiah,

3
kaedah al Matien, teknik al Baghdadi, Iqra, at Taisir dan Haraki (Sharifah et.al, 2018; Nurul

Huda, Najmiah dan Norhafizi, 2019; Ahmad Tamizi dan Rabiatul Adawiah, 2020).

Kajian Norhisham et.al (2019) terhadap 304 orang pelajar tingkatan empat SABK mendapati

tahap penggunaan kaedah talaqqi dan musyafahah dalam pengajaran al Quran berada pada

tahap yang tinggi. Beliau merumuskan bahawa kaedah talaqqi dan musyafahah dapat

membantu murid-murid dalam mengusai bacaan al Quran dengan cemerlang kerana kaedah

ini merupakan kaedah yang paling berkesan serta dapat memelihara kandungan al Quran

sebagai kalam Allah yang agung. Dapatan menunjukkan sebanyak 79.4% bersetuju kaedah

talaqqi dan musyafahah dapat membantu murid-murid khatam al Quran.

Dapatan kajian Rabeah dan Sabri (2019) menunjukkan kaedah tasmik iaitu murid

memperdengarkan bacaan kepada guru dan juga kaedah bacaan ikut guru (BIG) diutamakan

sekiranya berlaku kekangan masa dan keberadaan guru. Kajian yang dijalankan secara

kualitatif melibatkan seramai 6 orang guru sebagai peserta telah merumuskan kaedah talaqqi

dan musyafahah merupakan kaedah pengajaran al Quran yang paling sesuai. Dapatan kajian

ini selari dengan dapatan kajian Norhisham et.al. (2019) yang menyatakan penemuan

pelaksanaan talaqqi dan musyafahah dalam ajaran al Quran menghasilkan tahap penguasaan

bacaan al Quran murid berada pada tahap yang tinggi.

Kajian Murihah et.al (2018) mendapati ciri-ciri pengajaran al Quran yang harus

diamalkan ialah pemantapan sahsiah guru dan pengawasan guru dalam halaqah (kumpulan).

Kajian ini dijalankan secara kualitatif. Beliau merumuskan pemantapan sahsiah guru iaitu

ikhlas, berperibadi mulia dan soleh serta sabar dalam mendidik sangat penting dalam

pengajaran al Quran ditambah dengan pengurusan guru dalam halaqah (kumpulan).

Pengurusan guru dalam halaqah (kumpulan) merupakan satu pelengkap bagi guru yang

4
cemerlang iaitu mahir dalam ilmu al Quran, adil terhadap pelajar, mementingkan pengajaran

dan pembelajaran berbanding urusan lain. Dapatan kajian juga menunjukkan guru al Quran

memahami tanggungjawab dalam melahirkan huffaz yang cemerlang.

Kajian Abdul Munir (2018) terhadap 240 orang pelajar yang berbentuk survey

mendapati strategi pengajaran seperti set induksi, isi kandungan, kaedah penilaian, alat bantu

mengajar, kemahiran dan sahsiah guru berada pada tahap yang tinggi. Beliau merumuskan

bahawa guru pendidikan Islam tidak menggunakan pendekatan tradisional malahan guru

bijak dalam menguruskan rancangan pengajaran mereka. Dapatan kajian ini selari dengan

dapatan kajian Zetty Nurzuliana et.al, (2015) yang menyatakan guru tilawah al Quran

menggunakan pelbagai kaedah pengajaran di dalam kelas. Kajian ini dijalankan dalam bentuk

kualitatif dan pengkaji merumuskan amalan pengajaran guru pendidikan Islam dalam aspek

perancangan dan persediaan mengajar seperti set induksi dijalankan dengan berkesan.

Daripada kajian yang dijalankan oleh Zetty Nurzuliana et.al, (2015), Azmil dan

Jabidib (2015), Murihah et.al, (2018) dan Abdul Munir (2018) menunjukkan guru perlu

mementingkan pengajaran dan pembelajaran murid dengan menguasai kemahiran al Quran

bagi membolehkan murid-murid dapat membaca al Quran dengan tajwid yang betul,

bertaranum dan celik teknologi maklumat supaya murid sentiasa tersedia dengan perkara

yang baharu. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Ahmad Bazli, Zulkarnin dan

Mahiz (2017) memberi maklumat bahawa dengan teknologi semasa, para guru akan dapat

menyesuaikan dan membuat padanan penggunaan teknologi dalam pengajaran al Quran.

Hasil kajian Zetty Nurzuliana et.al (2015) dan Murihah et.al (2018) menunjukkan

pemantapan dari sudut hubungan antara guru yang mengajar al Quran dengan murid juga

5
perlu dititikberatkan. Kajian-kajian tersebut lebih menekankan komunikasi dua hala antara

guru dengan murid sangat penting supaya guru dapat bersikap adil kepada murid. Guru yang

mengajar tidak bersikap selektif kepada murid yang tertentu sahaja, adil dalam membuat

penilaian mengikut kemampuan dan kebolehan murid dan juga bersikap sama rata dalam

pengawasan murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

Dapatan kajian Ahmad Bazli, Zulkarnin dan Mahiz, (2017), Ahmad Tamizi dan

Rabiatul Adawiah, (2020) menunjukkan pelbagai cara dan kaedah yang telah dilaksanakan

untuk pengajaran al Quran, pembinaan modul juga telah dijalankan untuk membantu murid-

murid sekolah rendah dan juga pelajar pintar berbakat. Kajian Bazli, Zulkarnin dan Mahiz,

(2017), Ahmad Tamizi dan Rabiatul Adawiah, (2020) hanya melibatkan murid sekolah

rendah dan pelajar pintar sahaja untuk melihat keupayaan penggunaan modul dalam bacaan al

Quran. Dapat kajian mereka juga menunjukkan penggunaan modul pembelajaran dapat

membantu murid-murid dalam menguasai bacaan al Quran.

Jurang kajian :

Kajian-kajian ini memberi fokus kepada amalan pengajaran guru iaitu kaedah talaqqi dan

musyafahah digunakan dalam bidang tilawah al Quran. Kebanyakan responden yang terlibat

dengan kajian adalah guru yang mengajar tilawah al Quran tetapi sebahagian kajian sahaja

yang melibatkan murid. Hasil dapatan kajian menjelaskan tentang konsep penggunaan talaqqi

dan musyafahah menyumbang kepada penguasaan bacaan al Quran murid. Oleh itu, kajian

seterusnya dijalankan untuk melihat keupayaan murid menguasai bacaan al Quran dengan

menggunakan modul pengajaran al Quran. Kajian seterusnya akan melibatkan bilangan

sampel yang ramai dan melibatkan dua pemboleh ubah iaitu guru dan murid.

6
Pernyataan masalah berdasarkan sintesis dan jurang kajian :

Masih terdapat ramai murid yang tidak dapat menguasai bacaan al Quran sepenuhnya

walaupun mereka belajar al Quran daripada ibu bapa dan orang-orang kampung di luar waktu

sekolah (Murihah et.al, 2018). Pelbagai kekangan yang dialami oleh guru pendidikan Islam

untuk mencapai objektif pengajaran bagi melahirkan generasi yang sifar buta al Quran.

Disebabkan kekangan masa dan keberadaan guru di sekolah menyebabkan sebahagian murid

tidak dapat menguasai bacaan al Quran sepenuhnya kerana hanya dapat memperdengarkan

bacaan (tasmik) kepada guru dan bacaan ikut guru (BIG) (Rabiah dan Sabri, 2019). Justeru

itu, guru perlu menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah kerana ia merupakan kaedah

yang paling berkesan yang melibatkan bacaan mulut ke mulut Talaqqi dan musyafahah ini

juga dapat membantu murid yang lemah (Nuru Huda, Najmiah dan Norhafizi, 2019).

Pelbagai kaedah kontemporari yang telah diperkenalkan, namun kaedah ini tidak dapat

membantu murid-murid menguasai bacaan al Quran pada tahap yang membanggakan. Antara

kaedah yang digunakan ialah kaedah iqra, cara pengajaran iqra tidak dapat membantu murid

mengusai bacaan al Quran kerana ia tidak memberi pendedahan kepada huruf-huruf hija’iyah

tunggal tanpa baris dan juga tidak membantu murid yang lemah (Sharifah et.al, 2018; Nurul

Huda, Najmiah dan Norhafizi, 2018; Ahmad Tamizi dan Rabiatul Adawiah, 2020). Oleh itu,

guru perlu merancang dalam pengajaran seperti menggunakan alat bantu mengajar supaya ia

dapat membantu murid-murid lebih memahami dan menguasai kandungan pelajaran (Zetty

Nurzuliana et.al, 2015).

Antara faktor yang menyumbang kepada murid yang tidak dapat mengusai bacaan al

Quran dengan betul ialah kurangnya kemahiran guru dalam bidang pengajaran tajwid.

7
Kekurangan kemahiran bacaan bertajwid ini menyumbang kepada kurangnya keupayaan

murid untuk membaca al Quran dengan betul. Selain itu, guru yang kurang menekankan

strategi dan kaedah pengajaran yang berkesan juga menyebabkan murid kurang berminat dan

kurang pendedahan untuk memahami apa yang diajar (Azmil dan Jabidib, 2015; Abdul

Munir, 2018). Guru ‘chalk and talk’ juga tidak dapat memberi kepuasan kepada pelajar

sepenuhnya ditambah dengan perkembangan teknologi maklumat yang telah menjadi

keperluan pada masa kini (Zetty Nurzuliana et.al, 2015; Azmil dan Jabidib, 2015; Murihah

et.al, 2018). Guru pendidikan Islam perlu merancang dengan teliti pada setiap langkah

pengajaran yang melibatkan strategi, teknik serta kaedah pengajaran supaya lebih berkesan

(Zetty Nurzuliana et.al, 2015).

Antara faktor yang menyumbang kepada murid tidak dapat menguasai bacaan al Quran

adalah ketidakcukupan modul-modul pembelajaran serta model-model pengajaran yang

baharu yang memerlukan guru untuk mengkaji dan membina modul dan model-model

tersebut (Norhisham et.al, 2019). Modul-modul pembelajaran dan model-model pengajaran

yang dibina perlulah bersifat holistik di mana mengandungi semua aspek yang diperlukan

murid iaitu bacaan, hafalan, kefahaman, pengamalan dan penyampaian (Ahmad Bazli,

Zulkarnin dan Mahiz, 2017).

You might also like