Tihan TT

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

"Pihak kerajaan akan menyediakan

pelbagai kemudahan asas di taman

perumahan ini untuk _______________

pendudukkata wakil rakyat itu.

A keselesaan

B kemesraan

C kebahagiaan

D keharmonian

Sultan Kedah mencemar duli bersama-

sama permaisuri_____________ke kawasan

pedalaman untuk melihat kehidupan

rakyat.

A baginda C patik

B tuanku D beta

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini.

3. Mak Jah _____ peluh di dahi dengan

sehelai tuala.

A menggosok

B mengusap

C menggilap

D mengelap
Pak Dolah berasa sedih kerana sebahagian

daripada tanaman pisang di kebunnya

telah____________oleh monyet liar.

A dimusnahkan

B dihancurkan

C dihapuskan

D dilupuskan

Badan kakak yang berisi semakin ____

sejak berjoging dan

melakukan senaman.

A kecil C surut

B susut D kering

Soalan 6 hingga 9 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul danmungkin salah. Jika
terdapat kesalahan,kesalahan itu telah ditandakan dengan A,B, atau C dan jika tiada kesalahan telahditandakan dengan
D.
Soalan 10 dan 11

Pilih ayat-ayatyang menggunakan perkataan

berhuruf condong dengan betul.

I Kampung Muhibah menjadi gempar

apabila seorang penduduk kampung

telah menemukan bekas tapak kaki

harimau di kebun getahnya.

II Bekas wakil rakyat kawasan itu telah

meninggal dunia malam tadi akibat

serangan jantung.

III Ani mengisi kuih karipap itu ke dalam

bekas plastik berwarna hijau.

IV Emak sedang menyusun beberapa

bekas kayu api di belakang rumah.

I dan II sahaja

III dan IV sahaja

I, II, dan III sahaja

II, III, dan IV sahaja


I Kami sekeluarga akan pulang ke

kampung pada cuti hujung minggu

ini jika ada kesempatan.

II "Gunakanlah kesempatan yang ada

dengan sebaik-baiknya,” kata pengetua

kepada murid-murid tingkatan lima.

III Saya telah membuang kotak-kotak

yang tidak digunakan lagi kerana

tiada kesempatan ruang.

IV Punca kematian mangsa kebakaran

itu adalah disebabkan oleh asap tebal

yang menyebabkannya kesempatan

udara dan sukar untuk bernafas.

I dan II sahaja

III dan IV sahaja

I, II, dan III sahaja

II, III, dan IV sahaja


Soalan 12

Bahagian yang bergaris dalam ayat yang

berikut mungkin mengandungi kesalahan

penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu

mengandungi kesalahan dan tandakan D jika

tiada kesalahan.
Ibu sedang mengurut-mengurut kakinya

yang lenguh menggunakan minyak angin.

A urut-urut kakinya kerana lenguh

B urut-urutan kakinya kerana lenguh

C mengurut-urut kakinya yang lenguh

D mengurut-mengurut kakinya yang

Lenguh

Soalan 13

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama

atau maksud yang paling hampir dengan ayat

yang dicetak tebal.

13.

Penduduk Taman Citra digesa

agar menjaga kebersihan kawasan

kediaman masing-masing untuk

mengelakkan pembiakan nyamuk

aedes.

Nyamuk aedes hanya membiak di

kawasan yang tidak dibersihkan oleh

penduduk Taman Citra.

Pembiakan nyamuk aedes berlaku

kerana penduduk Taman Citra

tidak digesa untuk menjaga

kebersihan kawasan kediaman

mereka.

Demi memastikan nyamuk aedes tidak

membiak, penduduk Taman Citra

diminta supaya menjaga kebersihan

kawasan rumah mereka.

Gesaan menjaga kebersihan kawasan

kediaman hanya diberikan kepada

penduduk Taman Citra ekoran


pembiakan nyamuk aedes di rumah

masing-masing.

Soalan 14

Pilih ayat-ayatyang betul.

14.

I Puan Joriah memperisteri anak

bongsunya dengan anak rakannya.

II Banyak perbezaan antara Ah Meng

dan Ah Seng walaupun mereka

kembar.

III Kami sekeluarga akan melancong ke

Pulau Langkawi pada hujung minggu

ini.

IV Saya sama sekali tidak pernah

mencacinya, justeru memuji sikapnya.

Soalan 15

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

15.

Semua harga barang di pasar raya itu

_____ kerana tidak boleh ditawar lagi.

durian runtuh

berat sebelah

harga mati

mati katak
Soalan 16 hingga 20

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

"Lim Meng pernah mengadu kepada aku, orang kampung semuanya kompelin.

Kaunaikkan harga barang sesuka hati. Kausorokkan barang-barang sesuka hati. Apabila

orang kampung datang beli, kau cakap gula dab habis. Padahal kausorokkan barang-barang

itu di dalam stor dekat belakang kedai tapi pada suatu masa pula, kaukeluarkan dan

menjualnya dengan harga yang tinggi. Kaukaut untung daripada orang kampung, sampaikan

orang kampung terpaksa berhutang dengan kau. Hutang itu pula kaukenakan bunga. Kau

memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kaulingkup. Apabila orang kampung

dah tak percaya akan kau dan perniagaan kau mula tak laku, kausalahkan kelahiran Lim

Meng kerana Lim Meng lahirlah perniagaan kau rosak. Tak ada onglah. Macam-macam lagi

kautuduh. Lim Meng tak bersalah. Yang bersalahnya diri kau sendiri.”

Lim Pooi seolah-olah menelan sebutir-butir kata yang dimuntahkan dari mulut Sim

Pau. Dia langsung tidak baran lagi. Ada riak sedar pada wajahnya. Lim Pooi tampak tidak

keruan. Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako yang terbuka

luas. Malam itu tenang. Cahaya bulan samar di langit.

"Lim Foong meninggal dunia juga bukan sebab Lim Meng. Lim Foong meninggal

dunia kerana dia lemas. Dia lemas bukan kerana nak selamatkan Lim Meng tapi Cuba nak

bersembunyi daripada orang yang mengejarnya, yang memintanya membayar hutang

kalah judi.” Lim Pooi tersentak, seakan-akan tidak percaya dengan omongan Sim Pau. Tak

mungkin Lim Foong berjudi. Tak mungkin. Batinnya menjerit.

(Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin, Antologi Kuingin Berterima Kasih,

Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)


Apakah maksud rangkai kata

tak ada onglah!

Tidak berkuasa

Tidak ada keluarga

Tidak bernasib baik

Tidak ada harta benda

Mengapakah Lim Pooi menyorokkan

barang-barang di dalam stor di belakang

kedai?

Untuk mengelakkan daripada diserbu

oleh pihak penguat kuasa

Untuk mengelakkan barang daripada

dicuri

Untuk mengelakkan barang daripada

rosak

Untuk dijual dengan harga yang tinggi

Yang berikut ialah faktor-faktor yang

menyebabkan perniagaan Lim Pooi

bankrap, kecuali

menjual barang dengan harga yang

tinggi.

membayar hutang Lim Foong yang

kalah judi.

mengenakan bunga yang tinggi

terhadap hutang para pelanggan.

orang kampung hilang kepercayaan

terhadap perniagaannya.
Pada tanggapan Lim Pooi, bagaimanakah

anaknya, Lim Foong meninggal dunia?

Anaknya mati lemas ketika ingin menyelamatkan Lim Meng.

Anaknya mati dipukul oleh Lim Meng.

Anaknya mati dilanggar kereta ketika dikejar oleh pemiutang.

Anaknya mati dikejar dan dipukul oleh orang yang memintanya membayar hutang kalah judi.

Apakah latar masa yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut?

Waktu dinihari yang sejuk

Waktu pagi yang hening

Waktu malam yang tenang

Waktu siang yang panas

You might also like