Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SULIT 1511/1

1 Natrium merupakan bahan logam yang sangat reaktif. Sebagai langkah keselamatan dan
perlindungan diri, peralatan manakah yang sesuai digunakan untuk memegang natrium
di dalam makmal?
A Forceps
B Spatula
C Rod kaca
D Pemegang kayu

2 Jadual 1 di bawah menunjukkan contoh bahan sisa yang tidak boleh dibuang di dalam
sinki.
Bahan sisa
Sianida
Merkuri
Jadual 1
Berdasarkan contoh di atas, kenal pasti pernyataan yang benar bagi bahan sisa di atas.
A Sianida dan merkuri merupakan bahan bertoksik dan sangat beralkali.
B Sianida merupakan bahan bertoksik, merkuri merupakan logam berat.
C Sianida merupakan bahan yang terlalu beralkali, merkuri merupakan bahan
meruap
D Sianida sangat mudah meruap, merkuri merupakan bahan sisa organik.

3 Apakah bahan yang boleh dibuang terus ke dalam singki?


A Asid lemah
B Sisa pepejal
C Sisa organik
D Pelarut organik

4 Antara berikut, yang manakah bukan peralatan perlindungan diri?


A Baju makmal
B Bikar
C Topeng muka
D Kebuk wasap

5 Apakah yang tidak harus dilakukan apabila berlaku kemalangan di


makmal?
A Maklumkan kepada guru atau pembantu makmal dengan segera
B Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan.
C Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir dan biarkan
sahaja
D Bersihkan tumpahan bahan kimia menggunakan alatan yang sesuai

6 Antara berikut, yang manakah bukan gejala keracunan merkuri?


A Penglihatan terjejas
B Seluruh badan berpeluh
C Kemerosotan dalam pertuturan dan pendengaran
D Koordinasi pergerakan terganggu

1
7 Rajah 1 menunjukkan salah satu alat pemadam kebakaran.

Rajah 1
Antara yang berikut, yang manakah sesuai menggunakan alat pemadam kebakaran ini?
A Api melibatkan peralatan elektrik
B Api memasak melibatkan minyak dan gris
C Cecair mudah terbakar seperti petroleum
D Pepejal mudah terbakar seperti kertas dan kayu

8 Pemadam api jenis karbon dioksida sesuai digunakan untuk memadam


kebakaran yang berpunca daripada
I kertas
II Minyak
III Elektrik

A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II dan III

9 K, L, M dan N merupakan langkah-langkah menggunakan alat pemadam


kebakaran untuk memadamkan api.

K: Cabut pin untuk melepaskan tuil.


L: Hala nozel atau hos ke dasar api.
M:Tekan tuil untuk mengeluarkan bahan pemadam. untuk berhenti,
lepaskan tuil.
N: Gerakkan hos ke kiri ke kanan. Gerak ke arah api dengan berhati-hati.

Antara berikut, yang manakah merupakan turutan langkah yang betul?


A K, L, M, N
B M, K, L, N
C L, M, K, N
D N, M, L, K

10 Seseorang itu menunjukkan tanda-tanda berikut :

Berhenti bernafas
Tidak memberikan respon terhadap
rangsangan
Tiada degupan jantung atau nadi

Bantuan kecemasan yang manakah patut diberikan?

2
SULIT 1511/1

A Pensterilan
B Pembalut tangan
C Resusitasi kardiopulmonari (CPR)
D Heimlich Manoeuvre

11 Apakah nisbah mampatan dada kepada bantuan pernafasan yang betul yang digunakan
dalam CPR bagi seorang mangsa dewasa?
A 2 mampatan dada: 30 bantuan pernafasan
B 2 mampatan dada : 2 bantuan pernafasan
C 15 mampatan dada : 2 bantuan pernafasan
D 30 mampatan dada: 2 bantuan pernafasan

12 Di manakah anda perlu meletakkan genggaman apabila melakukan Hemlich


Manouevre?
A Di bawah jantung
B Di atas jantung
C Di bawah pusat
D Di atas pusat

13 Semasa memakan rambutan, Ali tertelan bijinya. Dia tercekik dan


mengalami kesukaran untuk bernafas. Tiada sesiapa yang berada di situ
untuk menolongnya. Apakah yang harus dilakukan oleh Ali?

A Minum air dengan banyak supaya biji rambutan bergerak turun ke


dalam perut.
B Tekan perut ke dalam dan ke atas pada hujung penyandar kerusi
untuk mengeluarkan biji rambutan.
C Menggunakan sebatang kayu yang tajam untuk mencungkil biji
rambutan keluar.
D Minum sedikit asid cair untuk melarutkan biji rambutan.

14 Apakah kepentingan suhu badan yang normal?

A Menjadikan badan kita sihat


B Mengelakkan dari serangan kanser berbahaya
C Memastikan badan kita berfungsi pada tahap yang optimum
D Memastikan badan kita tidak tercedera

15 Jadual 2 menunjukkan keputusan yang diperoleh daripada sebuah kajian.


Aktiviti fizikal Kadar denyutan nadi (bpm)
Berehat 75
Berjalan 84
Berlari 96
Jadual 2
Apakah kesimpulan eksperimen ini?
A Seseorang yang lebih muda mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah.
B Semakin lasak aktiviti senaman yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan
nadi.
C Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi berbanding lelaki.
D Kadar denyutan nadi atlet lebih rendah berbanding dengan bukan atlet

3
16 Bagaimana anda menginterpretasi kenyataan tekanan darah berikut?

Tekanan darah normal ialah 120 / 80 mm Hg

A Bacaan 120 mm Hg menunjukkan tekanan darah ketika otot jantung


mengecut.
B Bacaan 120 mm Hg menunjukkan tekanan darah ketika otot jantung
mengendur.
C Bacaan 120 mm Hg ialah tekanan diastolik.
D Bacaan 80 mm Hg ialah tekanan sistolik

17 Jadual 3 menunjukkan dua orang murid dengan indeks jisim badan (BMI) yang
berlainan.
Murid BMI

X 17.1
Y 33.6
Jadual 3
Berikan interpretasi anda mengenai keadaan kesihatan setiap murid.
A Murid X berisiko menghidapi penyakit anemia dan masalah kardiovaskular.
B Murid X mempunyai bacaan index BMI yang ideal dan tidak perlu menambah
berat badannya.
C Murid Y berisiko mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan diabetis.
D Murid Y mempunyai bacaan index BMI berlebihan dan perlu mengurangkan
berat badannya.

Rujuk Jadual 4 untuk menjawab soalan 18 dan 19

Nama Jisim (kg) Tinggi (cm)


Ali 64 145
Chong Wei 67 171
Jadual 4

18 Tentukan indeks jisim badan bagi Ali


A 20.45 mm Hg
B 28.32 mmHg
C 30.44 mm Hg
D 38.33 mm Hg

19 Antara berikut, yang manakah benar mengenai indeks jisim badan


mereka?

Ali Chong Wei


A Normal Obes
B Kurang berat badan Normal
C Obes Normal
D Lebih obes Kurang berat badan

4
SULIT 1511/1

20 Rajah 2 menunjukkan label cekap tenaga.

Rajah 2
Antara bilangan bintang berikut, yang manakah menunjukkan peralatan paling jimat
tenaga?
A 3
B 4
C 5
D 6

21 Rajah menunjukkan pelbagai jenis sumber tenaga dalam seKtor pengangkutan.


Antara yang berikut, yang manakah sumber tenaga yang paling kurang membebaskan
gas rumah hijau?
A

22 Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan telah dilancarkan pada tahun 2009.

Rajah 3
Manakah bukan kepentingan teknologi hijau ?
5
A Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar.
B Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia.
C Mengurangkan pengeluaran oksigen.
D Meminimumkan pengeluaran gas rumah hijau.

23 Rajah 4 menunjukkan sumber tenaga geoterma yang sesuai untuk menggantikan


penggunaan bahan api fosil.

Rajah 4
Faktor manakah yang sesuai yang menjadi keutamaan sumber ini?
A sumber
B tanah
C biologi
D geografi

24 Berikut ialah sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui kecuali,


A arang batu
B petroleum
C angin
D gas asli

25 Kita disarankan supaya berjimat cermat dalam penggunaan tenaga. Berikut ialah amalan
yang disarankan kecuali
A menutup suis perlatan elektrik apabila tidak digunakan.
B menggunkan peralatan elektrik yang cekap tenaga.
C menetapkan suhu di rumah dan di pejabat pada suhu 19 darjah celcius..
D menggunakan lampu solar diluar rumah untuk menerangi rumah pada waktu
malam.

26 Pembakaran bahan api fosil menghasilkan gas rumah hijau seperti karbon dioksida yang
banyak.

Rajah 5
Keadaan ini menyebabkan berlakunya……………yang semakin kritikal
A Tsunami
B pemanasan global

6
SULIT 1511/1

C gempa bumi
D banjir kilat

27 Kumbahan, sisa kimia serta sampah yang dibuang ke dalam sungai menyebabkan
A banjir kilat
B hidupan akuatik mendapat sumber makanan tambahan.
C nilai pH air menjadi lebih daripada 7.
D ekosistem sungai dan lautan menjadi musnah

28 Konsep 5R yang diperkenalkan dalam Teknologi Hijau ialah Tolak, Guna Semula, Kitar
semula, pemulihan dan…...
A seimbangkan
B kurangkan
C samakan
D hapuskan

29 Rajah 6 menunjukkan label cekap tenaga.

Rajah 6
Apakah maksud 5 bintang pada Label cekap tenaga?

A Maklumat model
B Penilaian tenaga
C Penggunaan tenaga setahun
D penjimatan tenaga setahun

30 Mengapakah keperluan tenaga semakin meningkat?


A Berlaku perkembangan teknologi.
B Berlaku pertambahan penduduk
C Semakin banyak mesin digunakan
D Semakin banyak ciptaan baru.

31 Antara berikut yang manakah merupakan cara untuk menguruskan masalah sisa pepejal
berdasarkan teknologi hijau?
A memproses sisa makanan untuk dijadikan baja kompos.
B memproses sisa plastik untuk dijadikan bahan makanan haiwan.
C menggunakan semula kertas.
D mengitar semula bahan elektronik yang rosak.

32 Rajah 7 menunjukan fasa yang berbeza


dalam pembahagian sel dalam
mitosis.

7
W
X

Z
Y
Rajah 7

Di antara berikut yang manakah menunjukan urutan yang betul dalam mitosis tersebut?
A W X Y Z
B X Y Z W
C Y X W Z
D Z X Y W

33 Rajah 8 menunjukkan pembahagian sel secara mitosis.

Rajah 8
Berapakah bilangan kromosom di dalam setiap sel anak?
A 11
B 22
C 33
D 44

34 Proses mitosis berlaku dalam organ berikut kecuali..


A Kulit
B Hati
C Testis
D Usus

35 Rajah 9 menunjukkan satu peringkat mitosis.

Rajah 9
Berapakah bilangan kromosom dalam setiap sel anak setelah proses mitosis selesai?
A Dua
8
SULIT 1511/1

B Tiga
C Enam
D Dua Belas

36 Rajah 10 menunjukkan satu proses yang melibatkan kromosom manusia.

Rajah 10
Berdasarkan Rajah 10, nyatakan kepentingan proses itu.
A Untuk menghasilkan variasi dalam manusia
B Untuk memgawal pembahagian sel
C Untuk menentukan jantina bayi
D Sebagai satu kaedah pembiakan aseks

37 Unit asas pewarisan yang menetukan ciri-ciri individu ialah


A gen
B DNA
C kromosom
D nukleus

38 Mitosis ialah salah satu proses pembahagian sel. Susunan manakah yang betul untuk
peringkat-peringkat dalam mitosis.

A Profasa, Metafasa, Anafasa, Telofasa

B Profasa, Telofasa, Metafasa, Anafasa

C Metafasa, Anafasa, Telofasa, Profasa

D Metafasa, Profasa, Anafasa, Telofasa

39 Kanser berlaku apabila pembahagian sel menjadi tidak normal iaitu

A sel- sel membahagi lebih cepat daripada keadaan normal.


B terdapat sel asing yang bergabung dengan sel normal semasa pembahagian sel. .
C sel-sel membahagi lebih lambat daripada keadaan normal..
D saiz sel menjadi besar

40 Antara yang berikut, yang manakah betul tentang mitosis?


9
A Melibatkan semua jenis sel
B Menghasilkan variasi
C Menyebabkan separuh bilangan kromosom
D Kandungan genetik anak adalah sama dengan induk

KERTAS SOALAN TAMAT

10

You might also like