Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

SULIT

SULTAN IDRIS EDUCATION UNIVERSITY

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN lORIS

PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER 1 SESI 2015/2016

KOD : HNS2012 KURSUS : HUBUNGAN ETNIK

TARIKH: 0 7 JAN 2016 MASA : 1 JAM 30 MINIT

ARAHAN

1. Kertas ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab SEMUA soalan dalam borang OMR yang disediakan.
3. Kertas soalan ini akan dikumpul pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 12 muka surat termasuk muka hadapan

PROGRAM: ___

TAHUN: KUMPULAN KULIAH : __

NO. PENDAFTARAN : --------------

NO. KAD PENG ENALAN :


,--I ------'-
__ -'----'------'-_'----_.__-'-------'- __ -'----'-----'-_

PENSYARAH: __

TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

SULIT
HNS2012 Hubungan Etnik 2

1. Pilih pernyaaan yang betul mengenai konsep Etnisiti.

A. Semua kaum berkongsi dalam perayaan Nasional.


B. Setiap kaum mementingkan kekitaan masing-masing.
C. Semua kaum berkongsi melakukan kegiatan ekonomi.
D. Semua kaum memperoleh hak ekonomi yang seimbang.

2. "Global Peace Indeks 2011 menyenaraikan Malaysia di tangga ke-19 sebagai


negara yang paling aman di dunia". Berdasarkan kepada indeks berkenaan, pilih
pernyataan yang benar.

A. Malaysia paling maju di Asia Tenggara.


B. Malaysia dapat mengimbang import dan eksport negara.
C. Malaysia mempunyai hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara.
D. Malaysia adalah kelompok negara heterogen pada kedudukan paling atas.

3. "Masyarakat Malaysia suka bertikam lidah, tetapi tidak menggunakan parang".


Petikan ini merupakan ciri unik bagi menjelaskan

A. kesepaduan sosial.
B. plurallf Alam Melayu.
C. masyarakat pluralistik.
D. perpaduan dalam kepelbagaian.

4. Pilih penyataan yang benar mengenai pluraliti masyarakat Nusantara sebelum


zaman kolonialisme Barat.

I. Daya tarikan kekayaan dan keamanan serantau.


Nusantara ialah
II. Berlaku pertemuan pelbagai bangsa dan peradaban berbeza.
antara
III. Bagi masyarakat serantau, bahasa Melayu merupakan lingua franca.
IV. Bangsa asing yang menetap di Nusantara menggunakan identiti pribumi.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

5. Unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia merangkumi

A. adat istiadat Raja.


B. harta waris pesaka.
C. hak istimewa orang Melayu.
D. perayaaan-perayaan naslonal.

[Lihat sebe/ah
HNS2012 Hubungan Etnik 3

6. Soalan nombor 6 adalah berdasarkan formula konsep hubungan etnik di bawah.

\A+B+C=A+B+cl

Berdasarkan rajah di atas adalah formula hubungan etnik iaitu

A. suatu proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta


menghormati norma dan nilai etnik lain yang wujud dalam sesebuah
masyarakat.
B. suatu proses apabila kumpulan minoriti atau kumpulan etnik yang baharu
mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti untuk mengurangkan
batas etniknya.
C. suatu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti
yang sama.
D. Suatu proses yang terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu
kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaan
etnik lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima
dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

7. Pilih penyataan yang benar mengenai Perlembagaan Malaysia.

A. Mempunyai kuasa mutlak atas semua perkara perundangan.


B. Melaksanakan undang-undang tanpa merujuk kepada DYMM Yang di-Pertuan
Agong.
C. Menyebar agama selain Islam kepada penganut agama Islam adalah
dibenarkan.
D. Perlembagaan Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan melalui Perkara 152.

8. bukan Islam akan mendiamkan diri ketika penganut agama Islam


"Masyarakat
membaca doa da/am sebuah majlis. /a amat dituntut da/am konteks masyarakat
majmuk seperti Malaysia".

Pernyataan di atas merujuk kepada konsep

A. asimilasi.
B. akulturasi.
C. akomodasi.
D. amalgamasi.

[Lihat sebe/ah
HNS2012 Hubungan Etnik 4

9. Perpaduan dan keharmonian antara kaum merupakan teras kepada pertumbuhan


ekonomi dan kestabilan politik di Malaysia.

Pilih usaha kerajaan Malaysia untuk mencapai teras tersebut?

I. Dasar Pendidikan Kebangsaan.


II. Melakukan integrasi antara wilayah.
III. Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
IV. Penggabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional (BN).

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

10. Pilih pemyataan yang benar mengenai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN).

I. Bertujuan untuk memupuk perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum


di Malaysia.
II. Jabatan ini ditubuhkan selepas berlakunya rusuhan kaum di Kuala
Lumpur pada 13 Mei 1969.
III. Berfungsi sebagai badan pelaksana undang-undang berkaitan perpaduan
masyarakat pelbagai etnik di Malaysia
IV. Berfungsi memantapkan integrasi nasional iaitu merapatkan masyarakat
daripada semua negeri di Malaysia, khususnya antara Semenanjung
Malaysia dengan Sabah dan Sarawak

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

11. "Pertumbuhandengan agihan" merupakan falsafah yang menjadi teras dalam


pembentukan dasar-dasar berkaitan ekonomi dan
pembangunan di Malaysia.

Pilih pernyataan yang betul.

A. Falsafah ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semula


masyarakat.
B. Falsafah ini berasaskan kepada pertumbuhan dan agihan
kepentingan atas
sesuatu etnik sahaja.
C. Falsafah uu mengandaikan bahawa sekiranya perbezaan dan
ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dihapuskan dengan sendirinya
perpaduan dalam masyarakat dapat dicapai.
D. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam keadan tertentu boleh menyebabkan
masalah agihan disebabkan kuasa pasaran kadang kala mengatasi keupayaan
kerajaan untuk melaksanakan agihan yang adil.

[Lihat sebe/ah
HNS2012 Hubungan Etnik 5

12. Apakah yang dimaksudkan dengan keadaan 'stabil dalam konteks


tetapi tegang'
hubungan etnik Malaysia?

A. Berlaku konflik antara etnik.


B. Keadaan yang aman dan harmoni.
C. Tiada sebarang rusuhan dan ketegangan etnik.
D. Pelbagai cabaran masih wujud yang menguji perpaduan.

13. Apakah cabaran utama kepada usaha kerajaan dalam membentuk satu identiti
nasional menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan?

A. Kesukaran menghapuskan pengaruh sistem nilai dan adat di sekolah.


B. Lulusan sekolah vernakular tidak diterima berkhidmat dalam pentadbiran
British
C. Pelajar cemerlang dari sekolah pondok tiada peluang untuk melanjutkan
pelajaran.
D. Setiap komuniti etnik berusaha mempertahankan sistem pendidikan masing­
masing.

14. Kepelbagaian makanan di Malaysia sememangnya boleh menjadi pemangkin


kepada kesepaduan sosial. Namun begitu, perlu difahami bahawa makanan dapat
membentuk ruang sosial iaitu Ruang Awam dan Ruang Bukan Awam .

.
Manakah antara berikut merupakan contoh Ruang Bukan Awam?

A. Penganjuran Rumah Terbuka Hari Raya peringkat kebangsaan.


B. Semasa majlis perkahwinan orang Melayu, etnik India yang dijemput tidak
dihidangkan dengan rendang daging lembu.
C. Semasa majlis aqiqah bagi orang Islam, daging yang dimasak bagi majlis
tersebut tidak boleh dihidang kepada orang bukan Islam.
D. Semasa bulan Ramadan, bazaar Ramadan menawarkan pelbagai makanan
agar semua etnik dapat berkunjung dan bukan terhad kepada masyarakat
Islam sahaja.

15. Setiap agama memiliki kesejagatan yang mampu untuk


nilai membina
_keharmonian kehidupan bermasyarakat, kestabilan dan kemajuan.

Apakah nilai kesejaqatan dalam sesuatu agama yang boleh mengukuhkan


kesepaduan sosial di Malaysia?

A. Mempunyai fungsi integratif.


B. Agama sebagai sumber kekuatan manusia.
C. Manusia mampu menyucikan diri melalui upacara keagamaan.
D. Menjelaskan tentang persoalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia.

[Uhat sebe/ah
HNS2012 Hubungan Etnik 6

16. Mengapakah pembentukan identiti Bangsa Malaysia sukar dicapai?

I. Senti men dan prejudis perkauman melemahkan patriotisme.


II. Identiti kaum diperbesar-besarkan mengatasi identiti nasional.
III. Peminggiran bahasa kebangsaan dalam kegiatan sektor swasta
IV. Sekolah vernakular melahirkan generasi yang cenderung kepada
polarisasi kaum.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

17. Apakah cabaran utama kepada usaha kerajaan dalam membentuk satu identiti
nasional menerusi sistem Pendidikan Kebangsaan?

A. Kesukaran menghapuskan pengaruh sistem nilai dan adat di sekolah.


B. Lulusan sekolah vernakular tidak diterima berkhidmat dalam pentadbiran
British.
C. Pelajar cemerlang dari sekolah pondok tiada peluang untuk melanjutkan
pelajaran.
D. Setiap komuniti etnik berusaha mempertahankan sistem pendidikan masing­
masing.

18. Tindakan kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan


menekankan keseimbangan dalam pengagihan ekonomi telah menjadi teras
kepada perpaduan antara etnik.

Pilih faedah-faedah yang diperoleh daripada pelaksanaan dasar tersebut.

I. Peningkatan pemilikan modal saham bumiputera.


II. Melahirkan golongan profesional dan kelas menengah bumiputera.
III. Pertambahan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi tradisional.
IV. Mewujudkan situasi menang-menang apabila masyarakat bukan
bumiputera turut mendapat manfaat.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

19. Antara berikut, manakah faktor yang menyebabkan konflik agama?

A. Solat lima waktu.


B. Sambutan perayaan etnik berbeza.
C. Upacara kematian bagi penganut Cina.
D. Tafsiran berbeza tentang ajaran agama.

[Lihat sebe/ah
HNS2012 Hubungan Etnik 7

20. Tindakan kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan


menekankan keseimbangan dalam pengagihan ekonomi telah menjadi teras
kepada perpaduan antara etnik.

Pilih faedah-faedah yang diperoleh daripada pelaksanaan dasar tersebut.

I. Peningkatan pemilikan modal saham bumiputera.


II. Melahirkan golongan profesional dan kelas menengah bumiputera.
III. Pertambahan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi tradisional.
IV. Mewujudkan situasi menang-menang apabila masyarakat bukan
bumiputera turut mendapat manfaat.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

21. Perspektif konflik menggambarkan hubungan etnik di Malaysia adalah rapuh, retak
dan penuh dengan pertentangan dan persengketaan. Konsep yang seringkali
digunakan untuk menjelaskan keadaan rnasyarakat melalui perspektif konflik ialah

I. asimilasi.
II. polarisasi.
III. segregasi.
IV. akomodasi.

A. I dan II.
B. II dan III.
C. III dan IV.
D. II, III dan IV.

22. Makanan boleh bertindak sebagai agen kesepaduan sosial apabila ia

A. menjadi identiti
bagi negara Malaysia.
B. dinikmati bersama-sama dengan etnik lain.
C. mendapat pengiktirafan daripada etnik lain.
D. menjadi hidangan utama dalam sesebuah majlis.

23. Manakah penyataan berikut yang benar tentang pembentukan kerajaan di Sabah?

A. Parti USNO-SCA membentuk kerajaan di Sabah sehingga tahun 1980.


B. Parti UMNO membentuk kerajaan di Sabah dari tahun 2000 sehingga kini.
C. Parti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah membentuk kerajaan di Sabah 1985-
1994.
D. Parti UPKO, UMNO dan SCA membentuk kerajaan di Sabah di awal
penubuhan Malaysia.

[Lihat sebe/ah
HNS2012 Hubungan Etnik 8

24. Malayan Union telah dibubarkan kerana mendapat tentangan daripada oiang
Melayu.

Justeru, sebab-sebab utama penentangan tersebut ialah

I. pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui


prinsip jus soli.
II. hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu
penduduk pribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
III. Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu
dengan menggunakan cara paksa dan ugutan.
IV. kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri
dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, ad at istiadat Melayu dan
mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

25. Apakah kaedah yang diamalkan Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) sehingga
mendapat kejayaan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1955?

A. Mengamalkan dasar perkauman.


B. Kurang bekerjasama dengan pihak British.
C. Mengadakan rundingan tentang hak kaum masing-masing.
D. Mengamalkan sikap menjaga dan mempertahankan hak kaum masing-masing.

26. Cabaran penting dalam usaha memupuk perhubungan etnik adalah

A. Agama.
B. Bahasa.
C. Persepsi negatif.
D. Adat resam dan budaya.

27. Penjajahan menjadi titik pemisah antara pluraliti dan pluralistik.

Pilih pernyataan yang SALAH?

A. la berlaku kerana rentetan daripada isu-isu politik semasa.


B. la berlaku kerana tiada persempadan politik, wilayah dan negara.
C. Masyarakat pluraliti diasaskan secara semulajadi dan tanpa paksaan.
D. Masyarakat pluralistik wujud rentetan dasar penjajahan kuasa imperialis.

[Lihat sebe/ah
HNS2012 Hubungan Etnik 9

28. Pilih pernyataan yang SALAH menerangkan tentang teori Fungsional?

A. Secara asanya melihat masyarakat berada dalam keadaan mantap dan stabil.
B. Membayangkan individu bertindak berasaskan insentif dan dikawal oleh
hukuman.
C. Benda, bah an dan manusia masing-masing saling berhubung kait dan saling
membantu.
D. Perubahan dalam satu bahagian akan mengubah bahagian-bahagian lain
sehinggalah tercapai titik keseimbangan.

29. Soalan 29 berdasarkan gambar di bawah:

Alasan utama tokoh di atas untuk menubuhkan Pembentukan Malaysia adalah

A. Untuk meningkatkan penguasaan dan pengukuhan politik wilayah Persekutuan


Tanah Melayu.
B. Kebimbangan British terhadap kepentingan ekonomi dan strateginya di rantau
Asia Tenggara.
C. Singapura berhasrat bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu atas
alasan ekonomi dan politik.
D. kebimbangan dengan ancaman British di Singapura boleh mempengaruhi PKM
dan orang Cina di Tanah Melayu.

30. Apakah nilai kesejagatan dalam sesuatu agama yang boleh mengukuhkan
kesepaduan sosial di Malaysia?

A. Mempunyai fungsi integratif.


B. Agama sebagai sumber kekuatan manusia.
C. Manusia mampu menyucikan diri melalui upacara keagamaan.
D. Menjelaskan tentang persoalan yang tidak mampu dijawab oleh akal fikiran
manusia.

[Lihat sebeJah
HNS2012 Hubungan Etnik 10

31. Proses integrasi dalam masyarakat kepelbagaian boleh dicapai melalui kaedah
berikut iaitu

I. memperkasakan sekolah vemakular.


II. penggunaan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan dan jati diri
nasional.
II I. strategi ekonomi seimbang yang mampu dinikmati oleh semua lapisan
masyarakat.
IV. media massa berperanan dalam menyalurkan maklumat yang tepat dan
mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.

A. I, II dan III.
B. I," dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

Hinduisme di Alam
32. Penyataan berikut mempunyai hubungan dengan penerimaan
Melayu

I. Hinduisme mengukuhkan institusi raja di Alam Melayu.


II. Islam memberi kesan mendalam terhadap masyarakat di Alam Melayu
berbanding Hinduisme.
III. Hinduisme diterima baik dalam kalangan pemerintah Alam Melayu
sebelum kedatangan Islam.
IV. Hinduisme menjadi agama yang penting dalam masyarakat di alam

Melayu dan dianuti oleh semua golongan.

A.I, II dan III.


B.I, III dan IV.
C.II, III dan IV.
D.Semua di atas.

boleh dicapai melalui kaedah


33. Proses integrasi dalam masyarakat kepelbagaian
berikut laitu

I. memperkasakan sekolah vernakular.


dan jati diri
II. penggunaan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan
nasional.
II I. strategi ekonomi seimbang yang mampu dinikmati oleh semua lapisan
masyarakat.
IV. media berperanan dalam menyalurkan maklumat yang tepat dan
massa

mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.

A. I," dan III.


B. I," dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

[Lihat sebe/ah
HNS2012 Hubungan Etnik 11

34. Soalan 34 adalah berdasarkan jadual di bawah.

Etnik 1999 2004


Bumiputera RM1,984 RM2,711
Cina RM3,456 RM4,437
India RM2,702 RM3,456
Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010

Jadual di atas menunjukkan purata pendapatan bulanan isi rumah mengikut kumpulan
etnik 1999 dan 2004. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dari jadual tersebut?

I. Kaum bumiputra masih ketinggalan berbanding kaum-kaum lain dari


aspek ekonomi.
II. Usaha dan iltizam semua pihak diperlukan untuk merapatkan jurang
ekonomi antara etnik.
III. Ketidakseimbangan yang semakin melebar antara etnik dalam aspek
ekonomi memungkinkan tercetusnya rusuhan kaum di masa depan.
IV. Rancangan Pembangunan Malaysia gagal mencapai matlamat
perpaduan yang telah dirangka dalam dimensi ekonomi di segenap
aspek ..

A I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

35. Berikut adalah penyataan yang berkaitan dengan gagasan pembentukan Malaysia,
kecuali

A Cadangan penubuhan Malaysia mencetuskan kesedaran berpolitik di Sabah


dan menyemarakkan lagi kesedaran berpolitik di Sarawak.
B. Laporan Suruhanjaya Cobbold membuktikan bahawa penduduk Sabah dan
Sarawak tidak dipaksa untuk menerima cadangan penubuhan Malaysia.
C. Pengaruh Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan AM Azahari menyebabkan
rakyat Brunei tidak bersetuju dengan penyertaan Brunei dalam Persekutuan
Malaysia.
D. Parti-parti politik peribumi di Sabah dan Sarawak menentang penubuhan
Malaysia kerana lebih tertarik dengan gagasan Persekutuan Borneo yang
dapat mengembalikan kegemilangan kesultanan Brunei sebagai pemerintah
Sabah dan Sarawak.

36. Hubungan etnik adalah satu proses

A membina negara bangsa.


B. memupuk semangat patriotik.
C. membangunkan sosio ekonomi negara.
D. mendalami budaya dan agama setiap masyarakat.

[Lihat sebe/ah
·

HNS2012 HubunganEtnik 12

37. Pilih pernyataan yang benar mengenai Suruhanjaya Reid.

A. Membineangkan kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua pemerintah.


B. Membineangkan kedudukan Menteri Besar sebagai pemerintah di negeri
masing-masing.
C. Mengesyorkan satu bentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
berdaulat dan merdeka berdasarkan demokrasi berparlimen.
D. Menggubal satu bentuk Perlembagaan Tanah Melayu yang berdaulat
berdasarkan demokrasi mengikut sistem pemerintahan monarki.

38. Pluraliti di Alam Melayu terbentuk akibat faktor-faktor berikut, kecuali

A. hubungan perdagangan antara Alam Melayu dengan China dan India.


B. kewujudan institusi pengajian agama di Alam Melayu pada zaman kerajaan
Melayu Srivijaya.
C. bangsa asing yang menetap di Alam Melayu gagal untuk berasimilasi dengan
penduduk tempatan.
D. Hinduisme dan Buddhisme diterima baik dalam kalangan pemerintah Alam
Melayu sebelum kedatangan Islam.

bahasa kebangsaan dalam Perkara 152


39. Bahasa Melayu telah diterima sebagai
Perlembagaan Persekutuan.

Antara berikut, manakah yang menjadi matlamat peruntukan perlembagaan


tersebut?

A. Bahasa pertuturan khusus untuk orang Melayu.


B. Menyatupadukan rakyat daripada pelbagai etnik.
Tamil.
C. Menyekat penggunaan bahasa Cina dan bahasa
D. Menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya.

satu Mata Pelajaran yang


40. Mengapakah subjek 'Hubungan Etnik' merupakan
penting?

A. Menyelesaikan masalah sosial sesuatu kaum di Malaysia.


B. Menyediakan kerangka pemikiran perpaduan di Malaysia.
C. Menyelesaikan masalah keganasan yang menular di Malaysia.
D. Meneari jalan menyelesaikan masalah keruntuhan moral di Malaysia.

SOALAN TAMAT

You might also like