Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SOALAN 4

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan model Bertrand?


Model Bertrand merupakan satu model oligopoli di mana firma mengeluar
barangan homogenus, setiap firma mengaggap harga pesaing sebagai tetap, dan
semua firma menentukan harga secara serentak. Bagaimanapun, firma akan
mementingkan untuk memilih harga daripada kuantiti.
Keseimbangan Bertrand merupakan suatu set harga-harga di mana tiada firma
boleh perolehi untung yang lebih tinggi dengan memilih harga berbeza jika firma
lain terus mengenakan harga-harga ini. Keseimbangan Bertrand bergantung
kepada sama ada firma mengeluarkan produk serupa atau berbeza.

(ii) Dengan menggunakan contoh sendiri, tunjukkan bagaimana 2 firma (duopoly)


menentukan harga menggunakan model Bertrand?

Firma 1 ialah Giant Hypermarket


Firma 2 ialah Econ Save
Firma 1 dan 2 menjual barangan yang identikal iaitu ayam mentah.

Jika P1 < P2 maka Q1 =Q dan Q2 = 0


Jika P1 > P2 maka Q1 =0 dan Q2 = Q
Jika P1 = P2 maka Q1 = Q2 = Q/2

Andaikan :
Persamaan harga bagi permintaan barang ayam ialah P = 80 – 4Q
Kos marginal bagi kedua-dua firma adalah sama iaitu MC1 = 10 dan MC2= 10

P = MC
80 – 4Q = 10
70 = 4Q
Q = 17.5

Oleh itu Q1 = Q2 = 17.5/2


= 8.75

P = 80 – 4Q , Q = 17.5
P = 80 – 4(17.5)
P = 10

Ini bermakna harga keseimbangan ayam mentah antara firma 1 dan firma 2 ialah
RM10.
Keuntungan yang di perolehi apabila barang ayam dijual pada harga RM10 ialah :
Π = Q (P – ATC)
= 8.75 (10 -10)
=0

Berdasarkan pengiraan di atas, harga keseimbangan bagi ayam mentah ialah RM10
seunit.
Ini bermaksud setiap firma perlu menjual barang mereka pada harga RM10 atau
lebih dari itu.
Jika firma menggunakan harga RM10 bagi setiap unit, maka firma tersebut tidak
memperoleh sebarang keuntungan.
Jika firma mengenakan harga lebih RM10 bagi setiap unit, maka firma tersebut
memperoleh keuntungan.
Namun begitu, jika firma Giant Hypermarket menawarkan harga yang lebih rendah
daripada harga yang ditawarkan oleh firma Econ Save, maka kuasa pasaran berpihak
kepada firma Giant Hypermarket.
Jika firma Giant Hypermarket menawarkan harga yang lebih tinggi daripada harga
yang ditawarkan oleh firma Econ Save, maka kuasa pasaran berpihak kepada firma
Econ Save.

You might also like