Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SOALAN 7

(i) Apa yang dimaksudkan dengan kuasa pasaran dan bagaimanakah kuasa pasaran
diukur?

Kuasa pasaran ialah kebolehan firma untuk menentukan harga lebih tinggi dari
kos sut. Semakin tinggi dari MC, semakin besar kuasa pasaran.
Kuasa pasaran diukur dengan menggunakan Index Lerner.

(ii) Bagaimana kekuasaan pasaran dapat dikaitkan dengan keluk permintaan pasaran
monopoli yang semakin anjal?

Semakin anjal keluk permintaan pasaran monopoli, semakin berkurang


kekuasaan pasaran. Hal ini kerana apabila keluk permintaan semakin anjal,
nisbah bagi harga atau kos sut semakin berkurang dan apabila keanjalan
mencapai tak terhingga negatif (negative infinity) akan mengecil sehingga
mencapai nilai 1.

SOALAN 8
Dengan menggunakan contoh sendiri, jelaskan bagaimana wujudnya kerugian luput ( Dead
Weight Loss) bagi sebuah firma monopoli?
Harga (RM)

P3
MC

A
P1 ATC
D C
P2

P4

MR Dm
0
Q1 Q2 Kuantiti (unit)

Keseimbangan bagi ?? tercapai pada titik B iaitu pada harga P1 dan kuantiti Q1.
Harga yang ditawarkan pada tingkat harga P1 kerana harga yang dijual perlulah lebih
daripada keluk ATC bagi mendapatkan keuntungan.
Bagi pasaran persaingan sempurna, apabila kuantiti yang ditawarkan bertambah, pengeluar
menurunkan harga bagi memperoleh jualan.
Disebabkan oleh pasaran monopoli, kejadian tersebut tidak akan berlaku kerana monopoli
adalah penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan perdagangan atau
perkhidmatan dalam pasaran tertentu oleh sesebuah syarikat.
Oleh itu, berlakukah kerugian luput.
Jika berdasarkan lebihan pengguna bagi pasaran persaingan sempurna adalah P 2P3C . Bagi
monopoli pula lebihan pengguna adalah seluas P1P3A . Lebihan pengeluar bagi pasaran
persaingan sempurna adalah P4P2C. Bagi pasaran monopoli pula lebihan pengeluar adalah
P4P1A .
Perubahan bagi lebihan pengguna yang berlaku adalah seluas DAC dan bagi lebihan
pengeluar ialah BDC.
Hasil daripada penjumlahan perubahan tersebut, berlakulah kerugian luput.

SOALAN 9
Apa yang dimaksudkan dengan monopoli semulajadi (natural monopoly)? Berikan contoh
firma monopoli semulajadi.
Monopoli semula jadi ialah firma tunggal milik kerajaan yang membabitkan kos tetap yang
tinggi bertujuan untuk memaksimumkan output atau perkihmatan menerusi kos yang
rendah.
Contohnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membekalkan elektrik kepada rakyat.

SOALAN 10
Bagaimana kerajaan mengawal kuasa monopoli? Sokong jawapan anda dengan rajah yang
sesuai.

Harga (RM)
MC
P3

A
P1 B
P2

MR

MRr
P4

Dm
0
Q1 Q2 Kuantiti (unit)
Keseimbangan asal tercapai pada titik A dengan harga P1 dan kuantiti Q1 .
Kerajaan mengawal kuasa monopoli dengan menetapkan harga siling pada P2, iaitu harga di
mana keluk kos sut bersilang dengan keluk permintaan pasaran.
Disebabkan oleh pasaran monopoli tidak boleh mengecas lebih daripada P 2 per unit, keluk
permintaan terkawal monopoli melintang pada P2 dan sama dengan keluk permintaan
pasaran pada harga yang lebih rendah iaitu pada titik B.
Keluk hasil sut, MRr, yang sesuai dengan keluk permintaan terkawal, mendatar di mana
keluk permintaan terkawal adalah mendatar (hingga unit Q2) dan sama dengan keluk hasil
sut, MR, yang sesuai dengan keluk permintaan pasaran pada jumlah yang lebih besar.
Monopoli yang diatur menetapkan keluarannya pada unit Q2, di mana MRr, sama dengan
kos sut, MC, dan mengenakan harga maksimum yang dibenarkan, P2.
Firma yang dikawal selia itu tetap memperoleh keuntungan kerana kos purata kurang dari P 2
pada unit Q2.
Monopoli yang dikawal selia secara optimum, iaitu pada titik B, sama dengan keseimbangan
persaingan, di mana kos (penawaran) sut sama dengan keluk permintaan pasaran.
Oleh itu, menetapkan siling harga di mana keluk MC dan keluk permintaan pasaran
bersilang menghapuskan kerugian luput monopoli.

You might also like