Penulisan Akademik Intervensi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENULISAN AKADEMIK

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang berbeza daripada


kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan
komunikasi, tingkah laku sosial dan fizikal. Dalam membantu perkembangan bayi dan
kanak-kanak yang mempunyai masalah ini, program intervensi awal amat diperlukan bagi
membantu perkembangan murid agar dapat mengurangkan keterukan ketidakupayaan,
permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh mereka. Menurut Nor Saroni (2012),
intervensi awal kanak-kanak merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan kepada
kanak-kanak bermula daripada selepas dilahirkan sehingga umur di bawah lima tahun
berdasarkan Individuals with Disabilities Act. Program intervensi awal juga gabungan
usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor,
penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas
ketidakupayaan dikenal pasti, (Jamila, 2005).

Dalam melaksanakan intervensi awal, bantuan daripada perkhidmatan sokongan


amat diperlukan. Hal ini demikian kerana khidmat sokongan membekalkan pakar
professional yang mahir dalam bidang-bidang tertentu bekerja secara berpasukan dalam
membuat ujian saringan, diagnosis, penempatan, perancangan program dan seterusanya
penilaian individu. Menurut Muhammad Muhidin (2014), khidmat sokongan merupakan
satu kolaborasi secara langsung sekurang-kurangnya antara 2 kumpulan yang bersetuju
dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama. Dalam konteks
pendidikan, khidmat sokongan meliputi sepenuhnya interaksi setiap anggota di dalam
sekolah iaitu ibu bapa, guru, murid-murid khas dan juga pentadbir sekolah. Kenyataan ini
disokong oleh Kuder (2003) menyatakan kefahaman tentang kanak-kanak khas bukan
hanya dapat membantu pihak yang terlibat seperti ibu bapa dan para profesional dalam
membantu mereka tetapi juga menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian
daripada anggota masyarakat.

Seterusnya, khidmat sokongan berperanan penting dalam memastikan kanak-


kanak berkeperluan khas mendapat penempatan yang bersesuaian mengikut tahap
kecacatan yang dialami oleh murid. Contohnya, Aliya menghadapi masalah sindrom down
dan juga masalah komunikasi maka Aliya ditempatkan di Yayasan Kiwanis Sindrom Down
bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di
tempat sepatutnya mengikut tahap ketidakupayaan masalah yang dihadapi maka rawatan,
latihan dan intervensi yang bersesuaian akan diberikan. Melalui intervensi yang
dilaksanakan dapat membantu mengurangkan masalah kanak-kanak ini daripada menjadi

1
lebih ketara apabila mereka memasuki alam persekolahan. Intervensi awal juga
berperanan dalam memberikan latihan dan kemahiran kepada ibu bapa mengikut
keperluan anak-anak supaya mudah untuk dikendalikan ketika mereka berada di rumah.
Tambahan pula, intervensi ini membantu mengenal pasti khidmat sokongan tambahan
yang bersesuaian seperti terapi, kaunseling, dan pembantu perubatan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas, (Yasmin, 2013).

Pengesanan awal adalah komponen penting dalam intervensi awal. Pengesanan


awal ini bermaksud guru mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak secara
tidak formal melalui pemerhatian, (Sarahandi, 2012). Pengesanan kanak-kanak yang
dilakukan oleh guru akan memberikan gambaran awal tentang jenis ketidakupayaan atau
perkembangan kanak-kanak. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh seorang guru
pendidikan khas sewaktu mengajar di dalam kelas, guru ini mendapati Aina mempunyai
masalah dalam kemahiran komunikasi dan pertuturan. Aina merupakan salah seorang
murid autisme yang berumur 8 tahun. Sepertima yang dikatakan oleh Razhiyah (2008),
autisme bermaksud kecacatan mental seumur hidup yang disebabkan oleh kegagalan
fungsi otak yang menyebabkan ketidakupayaan dalam kemahiran sosial, komunikasi dan
tingkah laku. Aina juga sering menunjukkan tingkah laku yang pasif di mana kurang
bergaul dan terlibat bersama-sama dengan rakan yang lain apabila membuat aktiviti
berkumpulan. Tambahan pula, Aina juga tidak mempunyai eye contact ketika
berkomunikasi menyebabkan dia tidak berupaya mengikuti perbualan rakan sebayanya.
pengesanan awal ini penting bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi
dengan secepat yang mungkin, (Shahrizzat, 2018).

Selepas guru mengesan masalah Aina, guru berbincang dengan ibu bapa Aina
bagi mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dalam membantu masalah komunikasi dan
pertuturan Aina. Guru telah menyarankan ibu bapa mendapatkan rawatan perkhidmatan
daripada pakar terapi pertuturan bahasa kerana telah menunjukkan tanda-tanda berkaitan
masalah komunikasi dan pertuturan serta sukar mengikut arahan yang diberikan oleh
guru. Pakar terapi pertuturan bahasa adalah ahli profesional yang bertanggungjawab
memberi perkhidmatan klinikal bagi masalah pertuturan, bahasa, komunikasi dan
penelanan, (Pua Y. F, 2005). Ibu bapa Aina perlu mendapatkan surat pengesahan
daripada Pegawai Perubatan di mana-mana hospital, klinik kesihatan atau klinik yang
berhampiran terlebih dahulu.

Pada peringkat awal, pakar terapi pertuturan ini membuat saringan terlebih dahulu
terhadap Aina. Hal ini demikian bagi menentukan adakah Aina mempunyai masalah yang
memerlukan rawatan lanjut dan mengenal pasti rawatan yang bersesuaian untuk

2
membantu mengurangkan masalah ini daripada menjadi lebih ketara. Melalui pelaksanaan
saringan dapat menentukan sama ada tahap prestasi umum Aina di luar julat purata yang
berpotensi mengalami masalah pembelajaran ataupun tidak. Berdasarkan proses
penyaringan ini dapat mengesahkan jangkaan dan pengesanan awal yang dibuat oleh
guru Aina. pengesanan ini betul apabila Aina menunjukkan tidak memberikan sebarang
respon apabila namanya dipanggil dan tidak mampu untuk membunyikan perkataan
apabila memerlukan sesuatu malahan hanya berkomunikasi dengan menarik tangan
sahaja. Oleh itu, pakar terapi pertuturan merancang satu intervensi bagi merangsang
pertuturan dan menggalakkan Aina untuk berkomunikasi dengan sempurna. Menurut
Derwena & Safani (2017), antara intervensi yang dicadangkan adalah terapi visual
menggunakan teknik Picture Exchange Communication System (PECS).

Di samping itu, PECS adalah satu kaedah komunikasi alternatif di mana kanak-
kanak autisme di ajar berkomunikasi dengan orang menggunakan kad gambar. PECS ini
ibarat sign language kepada orang bisu tetapi ini lebih kepada gambar pada kertas dan
bukan gesture tangan, (Liew & Manisah, 2008). Ianya direka untuk latihan atau intervensi
komunikasi awal simbolik bukan lisan bagi merangsang komunikasi kanak autisme. PECS
dibahagikan kepada 6 fasa. Setiap fasa dilakukan mengikut urutan dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Bagi fasa pertama, Aina dilatih untuk menyerahkan sebarang kad
gambar sebagai alat pertukaran untuk item yang dikehendaki. Gambar tersebut mewakili
barang kesukaan saya iaitu gambar buku, gambar lego, gambar kereta dan gambar
telefon. Contohnya, Aina menyerahkan kad gambar lego, maka Aina akan mendapatkan
alat permainan lego. Aina bermain lego dalam tempoh yang ditetapkan sebagai
rangsangan untuk menarik minat Aina dalam berkomunikasi.

Pada fasa kedua, Aina perlu mengambil gambar daripada buku komunikasi yang
menyimpan pelbagai gambar dan kemudian pergi kepada pakar tersebut untuk
menyerahkan kad yang diambil. Di samping itu, Aina juga dilatih untuk menyebut
perkataan berdasarkan kad gambar yang di ambil melalui bimbingan daripada pakar
terapi. Setiap kali Aina dapat menyebut perkataan walaupun tanpa sebutan yang fasih lagi
namun peneguhan seperti tepukan tetap diberikan. Hal ini demikian bagi memastikan Aina
mendapat penghargaan daripada apa yang dilakukan. Fasa ketiga pula, Aina perlu
mengambil kad gambar yang sesuai untuk ditukar kepada item yang dikehendaki.
Contohnya, Aina mengambil kad bergambar buku kerana menginginkan item buku.
Proses dalam fasa ini dilakukan secara berulang bagi memastikan kanak ini memahami
maksud gambar yang dikehendaki. Menurut teori behavioris, latih tubi adalah salah satu
cara bagi meningkatkan ingatan kanak-kanak berkeperluan khas mengenai sesuatu
perkara dalam jangka masa panjang, (Zalizan, 2009).

3
Bagi fasa keempat, Aina perlu memadankan gambar yang diingini dengan ayat
“saya mahu” dan menyerahkan kepada pakar terapi. Pakar terapi mengajar Aina cara
berkomunikasi menggunakan struktur ayat yang betul berdasarkan gambar yang diberikan
oleh Aina. Sebagai contoh ayat, ‘saya mahu buku’. Dalam fasa kelima, Aina memberi
gambar dan ayat “saya hendak” setelah pakar terapi bertanya “apa yang kamu mahu?”
Maka Aina akan menampal gambar buku beserta gambar saya mahu kepada pakar terapi.
Secara tidak langsung, bagi fasa ini bukan sahaja merangsang kemahiran komunikasi
Aina malah merangsang kemahiran kognitif untuk memproses jawapan berdasarkan
soalan yang ditanya. Bagi fasa yang terakhir iaitu fasa keenam Aina belajar cara-cara
untuk memberi respons apabila ditanya “apa yang kamu perlukan?” dengan penambahan
perbendaharaan murid dengan kata sifat dan lain-lain perkataan bagi meningkatkan
kemahiran komunikasi.

Teknik ini bersesuaian dengan perkembangan Aina dan mudah dilaksanakan bagi
memastikan dapat menguasai kemahiran komunikasi dan akan bercakap selepas
intervensi dilaksanakan. Daripada aktiviti yang dibuat juga, pakar terapi mendapati
bahawa Aina berseronok melakukan aktiviti kerana mendapat barang yang diinginkan
walaupun tidak berkomunikasi secara lisan. Dalam aktiviti PECS juga terdapat fasa-fasa
yang berurutan yang bermaksud unsur maju iaitu daripada senang kepada susah,
(Kasran, 2003). Hal ini demikian bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran
yang hendak dicapai dengan mudah. Keberkesanan aktiviti ini juga dapat mengubah
tingkah laku pasif kepada tingkah laku yang aktif apabila Aina mendapat pujian dan
tepukan daripada pakar terapi setiap kali menyelesaikan aktiviti pada setiap fasa. Secara
tidak langsung dapat meningkatkan semangat Aina untuk terus melakukan aktiviti di
samping dapat melatih Aina untuk berkomunikasi.

Selain itu, penilaian tahap kefungsian merujuk bagaimana intervensi yang


dilaksanakan itu berkesan dan mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif.
Pakar terapi akan menilai perkembangan Aina selepas intervensi dilaksanakan
berdasarkan pemerhatian, senarai semak dan juga perkongsian daripada ibu bapa
sewaktu Aina berada di rumah. Sekiranya maklum balas positif daripada ibu bapa seperti
menyatakan bahawa anaknya sudah mampu untuk bercakap apabila menginginkan
sesuatu maka ia sudah pastilah sesuatu hasil yang positif. Pakar terapi juga akan
membuat senarai semak berdasarkan komunikasi dan pertuturan Aina mengikut aspek
yang hendak dicapai. Sekiranya pencapaian memuaskan yang menunjukkan Aina sudah
mampu berkomunikasi dengan orang lain maka intervensi yang dilaksanakan sebelum ini
adalah berkesan. Oleh itu, pentingnya intervensi ini bagi mencegah dan memulihkan
masalah yang dihadapi dengan cepat.

4
Seterusnya, guru juga merupakan salah seorang ahli khidmat sokongan yang
berperanan penting dalam membantu meningkatkan kemahiran bertutur Aina dengan
melaksanakan terapi berkuda. Menurut Macauley dan Gutierrez (2004), terapi berkuda
merupakan satu bentuk strategi rawatan sama ada terapi fizikal, cara kerja atau pertuturan
yang menggunakan pergerakan kuda. Dalam erti kata lain, terapi berkuda adalah satu
bentuk intervensi yang diberikan kepada kanak-kanak dengan keperluan khas
menggunakan kuda. Selain itu, guru bekerjasama dengan pemilik ladang kuda dalam
merancang aktiviti ini dan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan bagi kanak-kanak
autisme meningkatkan kemahiran pertuturan mereka. Hal ini demikian kerana, pergerakan
kuda banyak mempengaruhi pergerakan kanak-kanak terutama dalam membetulkan
masalah saraf yang dihadapi. Perkara ini disokong oleh Zharulnizam (2010), pertuturan
kanak-kanak yang mendapat rawatan terapi berkuda adalah lebih baik daripada kanak-
kanak yang mendapat rawatan biasa. Oleh itu, pentingnya terapi berkuda bagi kanak-
kanak autisme dalam meningkatkan keupayaan untuk bertutur dengan betul agar
maklumat yang hendak disampaikan dapat diterima dengan baik oleh pendengar.

Kesimpulannya, intervensi awal berperanan penting bagi membantu kanak-kanak


berkeperluan khas yang menghadapi masalah. Melalui program ini, bantuan akan
diberikan dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan murid tersebut. Memang tidak dapat
dinafikan, kerjasama dan keprihatinan daripada semua pihak amatlah penting bagi
memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti terapi dan juga bantuan alat sokongan.
Program intervensi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada murid yang mengalami
masalah tetapi juga kepada ibu bapa di mana ibu bapa turut belajar bersama-sama untuk
mendapatkan kemahiran agar mudah untuk dikendalikan sewaktu anak-anak berada di
rumah nanti, (Muhammad Muhidin, 2014). Masalah yang dihadapi oleh murid
berkeperluan khas dapat diatasi sekiranya semua pihak bertanggungjawab dan berusaha
dalam menangani masalah yang dihadapi. Justeru, program intervensi dan khidmat
sokongan adalah dua perkara yang saling berkait dan penting dalam meningkatkan
perkembangan murid dengan baik.

5
KESIMPULAN

http://notapendidikankhasku.blogspot.com/

http://pkhasipip2008.blogspot.com/

Menaksirkan dan memperincikan masalah asal atau spesifik ( kognitif,


fizikal,pendengaran, penglihatan, komunikasi, emosi atau tingkah laku).b) Mengkaji
semula intervensi. Mengenalpasti keberkesanan strategi untuk pemulihandan menilai
kesesuaian program.c) Mencari alternatif : Memberi pelbagai cadangan/pendekatan untuk
pemulihan.d) Mengenalpasti keperluan khas : Merekod keperluan kanak-kanak.e)
Pemilihan penyelesaian : Cadangan rancangan pengajaran individu dalam
programpendidikan.f) Rancangan pendidikan : Bertanggungjawab menjalankan dan
memantapkanny

You might also like