Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 KONSEP, CIRI-CIRI, SUMBER DAN SUMBANGAN TAMADUN

1.1 KONSEP

1.1.1 Konsep Tamadun Islam

Tamadun Islam merupakan suatu tamadun yang telah dialun dalam


bentuk antara bangsa. Selain itu, sifat dalam tamadun ini terbukti di dalam
pelbagai bidang kemajuan terutama sekali bidang kesenian. Di samping itu,
dalam tamadun ini pelbagai bentuk hasil kesenian keseinian dan seni bina
adalah lahir dalam tamadun ini. Konsep yang lain ialah adunan ini
berlandaskan kitab perundangan Islam iaitu kitab Al-Quran dan hadis. Ia
adalah tamadunyang baru melambangkan keperibadian Islam yang terus
berkembang untuk memberikan sumbangannya kepada masyarakat sambil
menyebarkan agama Islam ke serata dunia.

1.1.2 Konsep Tamadun China


a) T'ien

Tien digunakan untuk menunjukkan dewa terpenting atau dewa dalam


kepercayaan Cina. Oleh itu, dewa yang terpenting dealam kepercayaan orang-
orang Cina (T'ien) juga disamakan dengan langit. Selain daripada itu, T'ien
mempunyai satu dimensi moral dalam kepercayaan orang-orang Cina.

b) Dao Atau Tao

Konsep Dao mempunyai pelbagai maksud. Maksud terawal menunjuk


kepada "jalan"atau "lorong". Sebelum kedatangan falsafah Konfusius , Dao
digunakan untuk menunjukkan satu "jalan"ataupun suatu cara kelakuan atau
tabiat sama ada tabiat baik ataupun buruk. Selepas kedatangan Konfusius,
orang-orang yang mengikut fahaman Daoisme(berasal dari perkataan Dao)
menggunakan konsep Dao dengan suatu maksud metafizik untuk menunjukkan
kepada keseluruhan alam semesta. Konsep Dao menurut Konfusius Sebagai

1
satu konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu, atau
suatu set peraturan-peraturan etika yang harus diikuti oleh seorang individu. Ia
juga menunjukkan kepada suatu corak atau jenis pentadbiran yang dapat
menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan cara yang paling baik.
Konsep Dao menurut fahaman Daoisme. Menurut ahli falsafah Daoisme, dao
bermaksud metafizik. Ini bermaksud jika terdapat suatu proses
kewujudan,maka hendaklah terdapat suatu punca utama yang meluas dan ini
dipanggil Dao. Seperti First Cause yang terdapat dalam kepercayaan Kristian.

c) Konsep Yin & Yan


Pemikir-pemikir Cina mempercayai bahawa perkara-perkara yang
berlaku atau wujud di dalam alam ini akibat dari interaksi antara dua kuasa
yang berlawanan iaitu Yin & Yang.Yin mewakili perempuan, keadaan pasif,
sejuk, gelap, basah, lembut dan lain-lain. Yang pula mewakili lelaki, aktif,
panas, cerah, kering, keras dan lain-lain. Yin & Yang merupakan dua kuasa
yang saling bertindak di dalam alam semesta ini. Dalam bentuk fizikal, Yang
merupakan langit dan Yin dan Yin adalah bumi.

d) Konsep “The Golden Mean” Atau Chung

Ia merupakan sesuatu yang paling sesuai, paling tepat atau terbaik dalam
sesuatu keadaan. Oleh itu Chung boleh menunjukkan jarak yang ideal dalam
sesuatu keadaan, masa yang paling ideal dalam sesuatu keadaan, wajah atau rupa
seseorang yang paling ideal dan lain-lain.

e) Konsep The Grand Unity Atau Ta T’ung.

Menurut Kang Yu Wei dalam bukunya Ta T'ung Shu(Book of Great Unity


atau Ta T'ung) menyatakan: Ianya satu prinsip yang menumpukan perhatian
kepada cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan dan cara mendapatkan
keseronokan secara maksima kepada jumlah yang manusia yang maksima.
Kesemua agama dan konsep-konsep penting dalam Tamadun Cina mengajar
sistem moral dan ianya adalah penting dalam kehidupan. Manakala "ajaran-ajaran
tuhan " adalah satu cara untuk memberi hukuman. Itulah asas utama konsep agama
yang ada pada masyarakat Cina. Oleh itu, jelaslah pandangan semesta orang-orang
Cina adalah mengutamakan kehidupan duniawi daripada kehidupan selepas mati.

2
1.1.3 Konsep Tamadun India

Tamadun India ini menggunakan konsep dewa-raja kerana rakyat


percaya bahawa raja adalah bayangan tuhan. Selain itu, ia juga menggunakan
konsep orde koamoa, di mana Negara dianggap sebagai suatu alam semesta,
raja dan ibu kotanya dianggap sebagai pusat alam dan pusat pemerintahan.

1.1.4 Konsep Tamadun Jepun

Jepun adalah sebuah negara yang kekurangan kawasan-kawasan


dataran, prairi, dan sungai-sungai yang panjang lebar. Bagaimanapun, oleh
kerana kedudukannya di zon monsun, ia mendapat hujan dan kelembapan yang
secukupnya dan dengan yang demikian ia kaya dengan tumbuh-tumbuhan.
Secara am iklim adalah sederhana, dan kempat-keempat musim, (bunga, panas,
luruh, dan sejuk) adalah jelas berbeza. Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali
sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini berasal daripada barang-barang yang telah
direka oleh orang-orang Jepun dari tanah liat jenis Jomon. Pertukangan
tembikar Jomon telah dijumpai di Jepun telah menunjukkan kehalusan seni dan
corak-corak yang luar biasa. Ini menunjukkan bahawa penduduk asli Jepun
telah mencapai taraf seni kebudayaan yang agak tinggi menjelang tahun 5000
SM. Menjelang tahun 5000 SM dipercayai suku kaum ini telah mengikut aliran
hidup yang kolektif dan tetap tanpa jurang perbezaan antara miskin dan kaya.
Mereka juga mempercayai suatu jenis kuasa ghaib. Ini boleh disimpulkan dari
rupa-rupa patung patung dewi yang diperbuat daripada tanah liat dan gada-
gada batu besar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir. Orang-
orang yang sudah meninggal dikebumikan tanpa keranda, dengan tangan dan
kaki dilipatkan dan kadangkala diletakkan sebuah batu yang besar di atas dada
mereka supaya mereka tidak menjelma semula.

3
1.2 CIRI-CIRI TAMADUN

Usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah
menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia bergantung
kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Oleh itu, proses pembentukan
tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.

Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun.
Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik. Sebelum itu,
petempatan penduduk sering berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.

Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang


merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Kehidupan secara berorganisasi ini mampu
mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan
mereka.

Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar, sistem pemerintahan mula dibentuk
untuk menjalankan pentadbiran. Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran
sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan
kemakmuran sesebuah tamadun. Contohnya dalam tamadun Islam, mengamalkan pemerintah
yang dinamakan raja untuk memerintah negara Islam.

Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan


dalam tamadun awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan
pekerjaan menjadi lebih penting. Contohnya dalam tamadun Islam, Islam tidak melarang
masyarakatnya berpolitik asalkan ia tidak bertentangan dengan ajarannya.

Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan


tamadun. Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait dengan pengiktirafan terhadap
golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan,
kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal. Contohnya dalam
tamadun India, masyarakat mengamalkan kepercayaan sistem dewa seperti Brahman dan
kehidupan selepas mati.

4
1.3 SUMBER-SUMBER TAMADUN

1.3.1 Tamadun Islam

Tamadun Islam ini bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Dua


sumber ini penting kerana ia merupakan asas kepada tamadun Islam. Al-Quran
ini merupakan kitab suci kepada rakyat Islam. Al-Quran ini ibarat jalan hidup
kepada seseorang itu pada masa hadapan kerana tanpa kita suci ini, seseorang
itu mungkin tersesat ke arah jalan kemungkaran seperti membunuh, meminum
arak. Oleh itu, jelaslah bahawa kitab suci ini merupakan sumber dalam
tamadun Islam. Manakala Al-Sunnah ini merupakan kedua yang terpenting
dalam sumber tamadun ini. Al- Sunnah ini ialah segala yang tersandar pada
Rasulullah S.A.W dari sudut percakapan, pengakuan dan perbuatan baginda
S.A.W.

1.3.2 Tamadun China

Sumber dalam tamadun China ialah ajaran Conficianisme yang


diasaskan oleh Confucius. Ajaran ini penting dalam masyarakat China kerana
ia berpandukan dengan ajaran ini yang menekankan kosep “Li”. Selain itu,
sumber yang lain ialah agama Buddha dan taoisme..

1.3.3 Tamadun India

Sumber dalam tamadun India ini ialah berasaskan kepada kitabnya.


Dalam kitab itu, pengikut tamadun ini akan berpandukan dengan kitab
tersebut. Contoh kitabnya ialah kitab agama Buddha iaitu “Tipitaka”.

1.3.4 Tamadun Jepun

5
Sama dengan tamadun China ialah ajaran Conficianisme yang
diasaskan oleh Confucius. Ajaran ini penting dalam masyarakat Jepun kerana
ia berpandukan dengan ajaran ini yang menekankan kosep “Li”. Selain itu,
sumber yang lain ialah seperti agama Buddha dan taiosme yang sama sumber
dengan tamadun China.

1.4 TOKOH TAMADUN

1.4.1 Tokoh Tamadun Islam – Al Biruni, Ibn Sina, Al-Ghafiqi dan Al-
Khindi.
1.4.2 Tokoh Tamadun China – Konfucius, Chiang Kai Shek, Sun Yat-Sen,
Kung Fu Tze, Laksamana Cheng Ho.
1.4.3 Tokoh Tamadun India – Shah Jahan, Mahatma Gandi, dan Aryabhata.
1.4.4 Tokoh Tamadun Jepun – Maharaja Meiji, Tokugawa Leyasu,

1.5 SUMBANGAN TAMADUN

1.5.1 Tamadun Islam

a) Fizik – Antara contoh yang terdapat dalam Fizik ialah daya gerakan, gravity dan

bunyi. Tokohnya terdiri daripada Al-Biruni dan Al-Khindi.

b) Botani – sumbangan yang seterusnya ialah botani. Dalam sumbangan ini, ilmu dan

kajian tentang tumbuh-tumbuhan dan pertanian. Antara tokoh yang terlibat ialah Al-

Ghafiqi. Ilmu ini juga boleh digunakan untuk perubatan.

c) Zoologi – Ilmu ini penting kerana untuk mengetahui status hal atau haram tentang

carapembiakan dan kegunaannya. Antara tokohnya ialah Al-Jahiz yang kitabnya

bertajuk Kitab Al-Hayawan.

6
d) Kejuteraan – Sumbangan ini juga penting kerana untuk memudahkan urusan seharian

semua orang seperti rumah. Antara contoh kejuteraan ialah rekaan jam air dan jam

mekanik.

e) Astronomi – Sumbangan ini merangkumi kajian aero angkasa yang merangkumi

planet, galaksi dan lain-lain. Antara tokoh yang penting dalam sumbangan ini ialah

Al-Fazari.

f) Perubatan – Sumbangan ini penting kerana perubatan dalam tamadun ini canggih

seperti penciptaan jahitan dan ubat-ubatan. Ibn Sina merupakan salah tokoh yang

terlibat dalam sumbangan ini.

g) Matematik – Antara contoh matematik yang terdapat dalam sumbangan ini ialah

algebra dan geometri.

1.5.2 Tamadun China

a) Pembinaan Tembok Besar China – Pembinaan ini merupakan salah satu


perlindungang daripada ancaman pihak luar. Dalam pembinaan ini, kita boleh
melihat teknologi yang canggih untuk membina tembok besar ini.

b) Kesusasteraan – Tamadun ini banyak meninggalkan hasil sastera kepada


rakyatnya seperti peninggalan rekod sejara dalam bentuk ensiklopedia yang
digunakan untuk sumber sejarah.

c) Kemunculan Ajaran Conficianisme – Ajaran ini diasaskan oleh Confucius.


Secara umumnya, ajaran menekankan prinsip moral yang tinggi seperti
perkemanusiaan (ren), kesusuilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa ( xiao).
d) Ilmu Sains - Dari dua unsur tadi golongan cerdik pandai Cina mula meneroka alam
dan memperkembangkan ilmu pengetahuan mereka. Antara bidang-bidang utama
perkembangan ilmu sains Cina ialah bidang perubatan matematik, astronomi, fizik
dan biologi.
e) Perubatan - Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal
iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit.

7
Manakala kaedah akupuntur pernah diamalkan oleh masyarakat Cina dengan
menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan dicipta. Selain
itu, Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini
kerana ketidakseimbangan kedua-dua unsur itu membawa kepada penyakit. Darah
dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan
manusia dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api,
perut dengan tanah, paru-paru dengan logam dan buah pinggang dengan air. Oleh
itu dalam menyediakan ubat, bahan-bahan yang diberi mesti sesuai dengan
keunsuran anggota tadi.
f) Matematik – Dua buah karya matematik tertua Cina iaitu Chou Pei Suan King
yang membicarakan mengenai kalender, pengiraan masa bayang-bayang dan
mengandungi catatan matematik. Karya kedua ialah Chiu Chang Suan Shu yang
mengandungi sembilan bab mengenai kira-kira, ukuran dan beberapa teori
matematik.
g) Astronomi - Dalam bidan astronomi, orang Cina mempunyai tiga pandangan ynag
berlainan tentang alam semestar. Pendangan pertama dekenali sebagai Kai Tien
atau Gai Tain iaitu mempercayai alam berbentuk kubah. Manakala pandangan keda
menggambarkan alam berbentuk sfera. Pandangan kedua adalah teori sfera sawami
atau Hun Tien. Teori ketiga ialah teori angka raya kosong tak terhingga iaitu teori
Hsuan Yeh.

1.5.3 Tamadun India

a) Fizik – Konsep Jirim diperkenalkan yang terdiri daripada 5 elemen iaitu api, angin,
air, tanah dan angkasa.

b) Perubatan – Wujudnya system yoga yang terkenal dengan aktivitinya dan wujud
sehingga pada masa kini.

c) Matematik – Memperkenalkan konsep puluhan, kaedah tali(Sulvasutra) dan kaedah


geometri.

8
d) Astronomi – dalam kitab Rig Veda, ada keterangan lintasan matahari yang
dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian
yang bermaksud mempunyai 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan.

1.5.4 Tamadun Jepun

Sumbangan yang dapat dilihat melalui zaman Tokugawa. Bakufu Tokugawa telah


membawa satu era yang aman dan stabil serta berlanjutan selama hampir 200 tahun.  Pada
zaman ini banyak kemajuan yang telah dilakukan terutama dalam bidang pertanian,
perdagangan, kesenian, sastera dan lain-lain. Masyarakat Tokugawa adalah sebuah
masyarakat yang berpelajaran dan terdapat hampir 60 000 Terakoya atau
sekolah  kampung yang menampung keperluan pendidikan anak - anak kaum
tani.   Sekolah - sekolah elit yang memberikan didikan kepada anak - anak samurai juga
telah didirikan olehBakufu dan tuan - tuan tanah. Kajian tentang buku - buku klasik Cina
dan Kung Fu Tze telah dimajukan , di samping pembelajaran bahasa Belanda
atau Rangakuyang juga telah menerima sokongan golongan Daimyo.

   

9
2.0 Menganalisis Persamaan Dan Perbezaan Tamadun

Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India
dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, budaya dan juga budaya.

Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya hanya satu pencipta iaitu Allah. Mereka
percaya Allah adalah pencipta segalanya. Namun berbeza dengan agama Buddha (tamadun
China), mereka menolak konsep tuhan. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka
percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman.

Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan.
Contohnya ialah masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum
sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima
pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. Walaubagaimanapun,
terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam
tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja
selagi ia halal untuk dimakan . contoh makanan yang haram bagi tamadun Islam ialah
khinzir,anjing dan arak. Bukan tamadun Islam sahaja yang mempunyai perbezaan, tamadun
India juga mempunyai perbezaannya juga. Dalam tamadun India, penganut agama Hindu
tidak dibenarkan memakan daging lembu kerana kepercayaan agamanya.

Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun.
Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal ini iaitu alam
sekitar. Mereka percaya alam sekitar ini perlu dijaga dengan baik dan dipelihara seeloknya
jerana ia adalah tanggungjawab mereka yang bergelar manusia. Bagi masyarakat primitif
pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini
mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.

Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu
Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan

10
pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli
falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara
juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep
Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil
tuhan. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia
kepada raja.

Aspek yang berikutnya ialah kemasyarakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa


adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya.
Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk
moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah.
Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa –
Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.

Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan
pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan
tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contoh perkara yanga haram dalam ekonomi
mengikut Islam ialah amalan riba. Ia diharamkan kerana menindas golongan yang kurang
berpendapatan. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga
diletakkan paling bawah kerana menindas golongan lain.

11
3.0 KESAN & PENGARUH TAMADUN

3.1 Tamadun Islam

a) Pemerintahan & Pentadbiran – Sistem pemerintahan Islam ini telah meletakkan


sultan sebagai ketua negara dan dibantu oleh mufti yang dilantik sebagai penasihat
sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran negara.
b) Sistem Pendidikan – Islam telah mewajibkan penganutnya menuntut ilmu dan ini
telah menjadi titik tolak kepada perkembangan pendidikan dan kewujudan institusi
pendidikan formal seperti istana dan madrasah.
c) Bahasa & Kesusasteraan – Bahas Arab telah dibawa ke sini telah disesuaikan
dengan tuliisan Melayu sehinggalah terbentuk tulisan jawi. Tulisan ini kemudiannyya
telah menjadi tulisan rasmi pentadbiran Islam.
d) Cara Hidup – kedatangan Islam telah mengubah daripada kepercayaan anisme
kepada kepercayaan Islam seperti solat. Selain itu, Islam telah meletakkan ‘ad-Din’
sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Agama Islam juga menekankan
konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesama manusia.
e) Kesenian – kedatangan Islam telah meeresapi kehidupan masyarakat terutama dalam
kesenian tulisan khat, seni bina dan seni ukir. Tulisan khat dapat diliihat pada batu
nisan. Manakala seni bina pula dapat dilihat pada bentuk bangunan masjid.

3.2 Tamadun China

a) Kepercayaan – Lahirnya Kepercayaan Yang Dikaitkan Dengan Konsep Alam Dan


Kemanusiaan Termasuk Penyembahan Unsur Alam Seperti Angin. “Tian” Ialah
Langit/ Ketinggian( Heaven) Di Mana Raja Yang Dikaitkan Dengan Wakil Tuhan Di
Muka Bumi Mendapat Mandat Memerintah. Tian: Merupakan Teori Metafizik China
Yang Berkait Dengan Konsep “Yin Dan Yang” ( Keseimbangan Alam).

12
b) Falsafah - Aliran falsafah besar yangg terkemuka ialah Confucianism, Legalisme dan
Taoime yg hampir kesemuanya berkait rapat dengan kepercayaan kepada peraturan
hidup yg baik. Selain itu, ramai sarjana intelektual China lahir pada zaman ini.

c) Confucianisme – menekankan konsep “Li” merujuk kepada susunan tingkah


laku yang baik. Demikian konsep “jen” menekankan perasaan kemanusiaan yg
diyakini mampu mendidik rakyat berakhlak mulia dengan sifat amanah,berbudi
bahasa, rajin, murah hati dan bersifat baik sekali gus mewujudkan kerajaan yg
stabil dan aman. Sementara raja disifatkan sebagai utusan dari “tian”.

d) Kesenian - Seni kaligrafi iaitu garis dan bentuk wujud 400 tahun lalu. Seni ini
menekankan keharmonian, keseimbangan dan momentum semasa menulis. Di
samping itu, seni lukis menggunakan berus dan dakwat menekankan aspek ketebalan
dan ton garisan. Seni bina dan ukiran kayu menekankan struktur, ukiran, bentuk
bumbung, dan warna. Seni operapula menceritakan dilakonkan melalui seni nyanyian
dan tarian sejak 1200 tahun lalu. Selain itu, seni pertahanan diri “Kung Fu”:
menekankan kecergasan fizikal dan ketangkasan bermain senjata.

e) Pendidikan – Aliran Confucianisme amat menekankan pendidikan . Golongan


Intelektual amat dihormati dijadikan role modal masyarakat. Ajaran ini menjadi
panduan pembinaan sekolah asas di hamlet dan desa dan di peringkat negara.
Pendidikan bertujuan untuk agar murid-murid lulus peperiksaan yg memang wajib.
Terdapat TIGA tahap dalam mendapatkan ijazah kesarjanaan yakni “Hsiu ts’ai”
( budding talent)”chu jen” ( promoted scholar) dan “Chin Shih” (readu for office).
Hanya tahap Chin shih akan terpilih menjawat jwtn dalam kerajaan. Ramai guru
sekolah biasa yg berkelulusan takat Hsiu ts’ai namun mereka tetap belumba
memajukan diri ke tahap yg lebih tinggi. Tak ramai yg lulus namun kedudukan
mereka amat dihormati.

3.3 Tamadun India

a) Keagamaan & Kepercayaan – Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan
berkembang luas di Asia Tenggara.

13
b) Kesenian & Hiburan – Kesenian yang boleh dilihat dengan jelas ialah Angkor Wat
dan Candi Borobudur.
c) Bahasa & Kesusasteraan – Terdapat bahasa Sanskrit seperti syurga dan neraka.
Selain itu, kemasukan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata. Ia dikenali
dengan nama yang berbeza mengikut negara. Contohnya di Tanah Melayu dikenali
sebagai Hikayat Seri Rama. Manakala di Thailand dikenali sebagai Rmakien.
d) Pemerintahan & Kerajaan – Kemunculan kerajaan seperti Funan, Angkor, Srivijaya
dan Majapahit.
e) Idea Politik & Berkerajaan – Konsep “Kosmologis” yang meletakkan raja di tempat
yang teratas. Raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva.

3.4 Tamadun Jepun

a) Pekerjaan - Dalam Tamadun Jepun, ia menekankan sistem pertanian moden. Hal ini
kerana Jepun ingin memajukan teknologi mereka. Antara contohnya ialah penggunaan
peralatan moden, sistem batas, pemilihan tanah dan baja serta bijih benih. Oleh itu, ia
memerlukan banyak pekerjaan dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyatnya.

b) Pendidikan – Pendidikan pada zaman Meiji ini merupakan agenda utama Negara
menandingi kemajuan barat. 1871 Kementerian Pelajaran ditubuhkan dan negara itu
dibahagi kepada 8 wilayah pelajaran. Di setiap wilayah wujud sebuah universiti,32
sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Pada tahun 1886 Mori Arinori ( menteri
pelajaran 1885 -89) telah memulakan sistem pelajaran sekolah rendah selama lapan
tahun, sekolah menengah menawarkan kursus selama empat tahun. Pada tahun 1980
perintah Diraja mengenai pelajaran yang menghuraikan mengenai kepatuhan dan
penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalam kurikulum sekolah dan
intitusi pengajian tinggi di Jepun. Walaupun Jepun dah bergelar negara membagun
,namun Jepun tetap memberi penekanan dan tumpuan dalam bidang pendidikan.
Pendidikan moden wujud di Jepun selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan
wajib serta pendidikan tinggi dibentuk dalam tahun – tahun seterusnya. Sistem ini telah

14
diubah selepas Perang Dunia Kedua iaitu mengikut sistem yang berasaskan sistem
Amerika Syarikat. Keluarga Jepun yang mempunyai anak membelanjakan bahagian
yang sangat besar daripada belanjawan isi rumah mereka untuk pendidikan seperti ini.
Untuk memasuki sekolah tinggi yang bagus, seseorang itu perlu lulus daripada sekolah
menengah rendah yang baik dan dengan ini persaingan dalam sistem pendidikan wujud
terus sejak dari tadika lagi.

c) Kesenian Tradisi Masyarakat Jepun – dalam keseniaan ini boleh terbahagi kepada
beberapa keseniaan seperti keseniaan tulis, keseniaan lukis tradisional, keseniaan susunan
bunga, keseniaan bina rumah dan lain-lain.

15

You might also like