Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

MODUL 1

KANDUNGAN
TEMA 1

1. Perlembagaan Madinah
2. Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW

TEMA 2

1. Kegiatan Ekonomi Zaman Bani Abbasiyah


2. Sistem Percukaian Zaman Khulafa al Rasyidin

1. Perlembagaan Madinah

Aspek Contoh Soalan


 Kandungan utama  Nilaikan kandungan utama Perlembagaan Madinah
 Kepentingan / Peranan  Huraikan sebab – sebab penggubalan Piagam Madinah.
 Penggubalan Piagam Madinah telah membawa kepada
kestabilan politik negara Islam Madinah. Bincangkan.
 Permasalahan warga Madinah diselesaikan melalui
penggubalan Piagam Madinah. Bincangkan.
 Bincangkan kepentingan penggubalan Piagam Madinah.

2. Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW

Aspek Contoh Soalan


 Ciri – ciri Kepemimpinan  Jelaskan ciri – ciri kepemimpinan yang terdapat pada Nabi
 Kejayaan Nabi Muhammad SAW sehingga dianggap seorang negarawan.
Muhammad SAW  Bincangkan kejayaan - kejayaan Nabi Muhammad SAW
sebagai pemimpin masyarakat di Madinah.
 Bincangkan pembaharuan - pembaharuan yang
diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam bidang
politik di Madinah.
 Bincangkan kewibawaan Nabi Muhammad SAW dalam
bidang ketenteraan.

SOALAN PILIHAN
1. Nilaikan kandungan utama Perlembagaan Madinah

Piagam Madinah merupakan undang – undang bertulis pertama yang digunal bagi memastikan sistem
pentadbiran dan perundangan negara Islam berjalan dengan lancar. Undang – undang ini digubal
bersumberkan wahyu dan norma – norma masyarakat mengandungi 47 fasal; 23 fasal diperuntukkan
kepada orang – orang Islam dan selebihnya diperuntukkan kepada golongan bukan Islam. Kandungan
utama Piagam Madinah berkisar kepemimpinan, tanggungjawab orang Islam, hak orang bukan Islam,
dan tanggungjawab bersama.

Berhubung dengan kepemimpinan, Piagam ini memperuntukkan Nabi Muhammad SAW sebagai
pemimpin tertinggi negara. Sehubungan dengan itu, Baginda juga kini berperanan sebagai ketua
agama dan ketua hakim bagi negara Islam Madinah. Meskipun Baginda SAW merupakan pemimpin
tertinggi negara, namun tidak ada amalan pemusatan kuasa, sebaliknya Baginda SAW telah
memperkenalkan konsep dan amalan syura bagi memastikan berlakunya pengagihan kuasa dan
melibatkan rakyat dalam pemerintahan dan pentadbiran. Selain itu, Baginda SAW juga mengekalkan
peranan ketua – ketua kabilah, segala permasalahan boleh diselesaikan oleh ketua masing – masing,
namun sebarang permasalahan yang gagal dileraikan boleh dirujuk kepada Nabi Muhammad SAW.

Seterusnya, Piagam Madinah telah membawa kepada pengenalan konsep baharu masyarakat yang
dikenali sebagai ummah. Ianya merujuk kepada warga Madinah yang berada di bawah pimpinan Nabi
Muhammad SAW. Peringkat awalnya, ummah terbahagi kepada golongan Islam dan bukan Islam,
namun selepas pengusiran golongan Yahudi, ummah hanya merujuk kepada golongan Islam yang
merangkumi golongan Ansar dan Muhajirin yang diikat dengan semangat akidah yang yang sama dan
persaudaraan yang erat bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan serta kekuatan umat Islam.

Perkara seterusnya yang terkandung dalam Piagam Madinah ialah hak dan tanggungjawab
masyarakat Islam. Piagam ini menetapkan umat Islam wajib hidup saling bekerjasama dan saling
menghormati antara satu sama lain. Fasal ini menggambarkan Rasulullah SAW kini telah berjaya
merealisasikan konsep persaudaraan dan menghapuskan semangat assabiyah yang selama ini
mencengkam dan membelenggu masyarakat di Madinah khasnya dan Tanah Arab amnya.
Terhapusnya fahaman ini juga telah membawa kepada pulihnya hubungan antara Aus dan Khazraj
serta kesediaan golongan Ansar menerima Muhajirin sebagai saudara seagama, dan yang tidak kurang
pentingnya menerima Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin di Madinah.

Piagam Madinah juga mengandungi fasal berkaitan hak orang – orang bukan Islam, khususnya
berkaitan dengan golongan Yahudi. Golongan bukan Islam tidak dinafikan hak dalam kerajaan Islam
Madinah. Golongan ini diberikan kebebasan bersuara, boleh mengemukakan apa – apa pandangan
atau kritikan demi kekuatan dan kepentingan bersama. Selain itu, golongan bukan Islam juga
diberikan kebebasan beragama dan mengamalkan adat istiadat mereka selagi ianya tidak mengganggu
gugat ketenteraman negara dan umat Islam di Madinah. Kewujudan fasal ini menggambarkan
keterbukaan dan dasar toleransi Nabi Muhammad SAW terhadap golongan bukan Islam.

Perkara berhubung dengan keselamatan turut terdapat dalam piagam ini. Dalam hal ini, piagam ini
menetapkan semua warga Madinah tanpa mengira agama, warna kulit dan keturunan wajib
bekerjasama dan mempertahankan negara Islam seandainya ada ancaman musuh seperti serangan
Quraisy, Rom dan juga Parsi. Fasal ini amat penting kerana ianya bukan sahaja akan menjamin
keselamatan kota Madinah, malah dapat mempertahankan kedaulatan negara dan menjamin kesetiaan
warga Madinah terhadap pemimpin dan negara. Pengusiran golongan Yahudi sama ada Bani
Qainuqa’, Nadhir, dan Quraizah disebabkan pengkhianatan yang mereka lakukan.

Kesimpulannya, penggubalan Piagam Madinah bukan sahaja simbol pembentukan sebuah negara
yang lengkap dan berdaulat, malah yang lebih penting penggubalan Piagam ini dapat menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat sebelum ini yang dilanda perpecahan serta jelas
menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tertinggi negara Islam
Madinah.

2. Penggubalan Piagam Madinah dapat menyelesaikan pelbagai masalah warga Madinah.


Bincangkan.

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah bukan sahaja telah membawa kepada lembaran
baharu dalam sejarah perjuangan umat Islam, malah ianya telah membawa kepada penubuhan negara
Islam pertama. Bagi melengkapkan negara tersebut, Perlembagaan Madinah telah digubal berasaskan
sumber wahyu yang menetapkan tanggungjawab terhadap setiap warga Madinah

Penggubalan Perlembagaan Madinah ini telah menyelesaikan masalah kepemimpinan di Madinah


yang menanti kepemimpinan yang berwibawa. Pengsiytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua
negara telah diterima oleh warga Madinah termasuk kaum Yahudi yang amat berharap memperoleh
jawatan tersebut. Sebagai pemimpin tertinggi negara, Nabi Muhammad SAW telah mewujudkan
keadilan dengan memperkenalkan prinsip dan amalan syura sekaligus menolak tanggapan Baginda
mengamalkan pemerintahan bersifat autokratik. Prinsip dan amalan syura ini memberi peluang dan
ruang kepada setiap warga Madinah mengemukakan pandangan, dan bukti keterbukaan lagi ialah
pengekalan jawatan – jawatan ketua - ketua kabilah.

Peruntukan kewajipan hidup saling berkerjasama dan tolong menolong antara umat Islam bukan
sahaja telah menyesaikan masalah golongan Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan sehelai
sepinggang malah juga menamatkan permusuhan dan perbalahan antara kaum Aus dan Khazraj yang
sering dilagakan oleh puak Yahudi. Peruntukan ini menggambarkan fahaman assabiyah dapat
dihapuskan, dan digantikan dengan roh atau semangat persaudaraan Islam. Bagi mengukuhkan
persaudaraan dan kekuatan umat Islam, Baginda SAW turut menerapkan iman dan memperkenalkan
konsep akhlak Islam yang berteraskan amal makruf nahi mungkar

Piagam Madinah juga dapat meleraikan permasalahan orang – orang bukan Islam yang bimbang
dengan penubuhan negara Islam Madinah dan perlantikan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua
negara. Piagam Madinah memperuntukkan fasal kebebasan beragama dan mengamalkan adat istiadat
masing – masing asalkan iannya tidak menjejaskan keharmonian negara Islam. Jelasnya, golongan
bukan Islam tidak dipaksa menganut agama Islam. Selain itu, golongan bukan Islam juga diberikan
kebebasan bersuara, boleh mengemukakan apa – apa pandangan atau kritikan yang membina serta
positif demi kepentingan bersama.

Seterusnya, Piagam Madinah juga menyelesaikan masalah berhubung dengan keselamatan, setiap
warga Madinah tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan wajib mempertahankan negara
seandainya negara Islam Madinah diancam oleh musuh, dan dilarang sama sekali bersekongkol
dengan musuh. Contoh yang paling jelas,sewaktu negara Islam menghadapi ancaman tentera Ahzab,
adalah menjadi tanggungjawab semua warga Madinah mempertahankan negara. Fasal ini juga
menjamin kesetiaan warga Madinah terhadap kepemimpinan Nabi Muhammad SAW. Kegagalan
mentaati fasal inilah yang menyebabkan golongan Yahudi diusir daripada bumi Madinah.

Kesimpulan, sememangnya tidak dinafikan penggubalan Perlembagaan Madinah bukan sahaja


menjadi sistem perundangan bertulis pertama, tetapi yang lebih ianya akan dapat menjamin kesetiaan
warga Madinah dan penyelesaian terbaik masalaha yang dihadapi oleh golongan Islam dan golongan
bukan Islam, apatah lagi dalam Piagam Madinah turut diperkenalkan konsep ummah; suatu identiti
bagi masyarakat yang berada di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad SAW.

*** PERINGATAN : FAKTA UTAMA


Kandungan Utama Piagam Madinah: Peranan Perlembagaan Madinah

 Kepemimpinan  Perundangan Tertinggi Negara


 Konsep Ummah  Penyelesaian Masalah Warga Madinah
 Tanggungjawab Orang Islam  Pengiktirafan Kepemimpinan Rasulullah
 Hak Orang Bukan Islam  Mengikat Kesetiaan Warga Madinah
 Tanggungjawab Bersama  Jaminan Keamanan Terhadap Individu

3. Huraikan kejayaan – kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin di Madinah

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah bukan sahaja telah membawa kepada pembentukan
negara Islam, malah yang lebih penting ianya telah menjadi titik permulaan Baginda SAW pemimpin
tertinggi masyarakat dan kerajaan tesebut. Sepanjang pemerintahan Baginda SAW, terdapat pelbagai
kejayaan yang diperoleh terutamanya berjaya melaksanakan pelbagai pembaharuan yang merangkumi
bidang politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Langkah pertama yang merupakan kejayaan awal Nabi Muhammad ialah berjaya menyatukan
masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama di Madinah. Penyatuan ini dilakukan melalui
penghapusan semangat assabiyah yang menjadi punca utama perpecahan dan perbalahan dalam
kalangan masyarakat. Bagi orang – orang Islam, penghapusan semangat assabiyah ini diperkukuhkan
dengan penerapan semangat persaudaraan dan penerapan iman dalam kalangan mereka. Golongan
Aus dan Khazraj kini berjaya didamaikan, malah kedua – duanya yang dikenali dengan golongan
Ansar telah dipersaudarakan dengan golongan Muhajirin yang bukan sahaja dapat menguat dan
memperkukuhkan umat Islam, malah dapat menangani ancaman Yahudi di kota tersebut.

Kejayaan seterusnya ialah Baginda SAW telah berjaya menggubal sistem perundangan yang lengkap
dan menyeluruh yang dikenali sebagai Sahifah Madinah. Perundangan ini dianggap lengkap dan
menyeluruh bagi menggantikan undang – undang kabilah yang hanya menguntungkan golongan
pemerintah. Sebaliknya, perlembagaan yang bersumberkan wahyu ini bukan sahaja menyentuh
tentang kepimpinan malah membicarakan berkaitan ummah, tanggungjawab orang Islam, hak orang
bukan Islam, dan keselamatan negara yang menjadi tanggungjawab bersama warga negara Madinah.
Pendek kata, penggubalan Madinah akan mewujudkan masyarakat yang saling bekerjasama dan
sejahtera serta iklim politik yang stabil.

Seterusnya kejayaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin di Madinah terbukti apabila Baginda
SAW mengasaskan sistem ekonomi Islam bagi menggantikan sistem dan kegiatan ekonomi yang
bersifat penindasan. Sistem ekonomi Islam yang diperkenalkan ini bercirikan keadilan, segala bentuk
penindasan seperti riba dan penipuan diharamkan sama sekali. Harta kekayaan diagihkan secara sama
rata, dilaksanakan melalui kewajipan berzakat dan galakan bersedekah. Pengenalan sistem ekonomi
sebegini memberikan gambaran eksploitasi dan monopoli kaum Yahudi dalam bidang ekonomi
dihapuskan, malah situasi ini menjadi asas kepada pemulihan ekonomi umat Islam baik dalam
kalangan Ansar mahupun Muhajirin.

Kejayaan Baginda SAW juga dapat dilihat apabila Baginda SAW menerapkan semangat jihad dalam
kalangan orang Islam dalam usaha mempertahankan agama, maruah dan negara. Sebagai pemimpin
tertinggi angkatan tentera, selain mengetuai sendiri angkatan tentera, motivasi spiritual ini telah
membolehkan tentera Islam mengalahkan musuh satu persatu, bermula dengan Quraisy diikuti,
Yahudi dan Rom. Kejayaan mengalahkan musuh ini merupakan titik tolak kepada pembentukan
empayar Islam yang luas yang diwarisi oleh umat Islam.

Kesimpulannya, kejayaan Nabi Muhammad SAW menggambarkan bukan sahaja Baginda SAW
seorang pemimpin yang berwibawa, malah gelaran yang diberikan oleh sejarawan terhadap Nabi
Muhammad SAW seorang negarawan yang ulung amat bertepatan apabila dikaitkan dengan
kejayaannya sebagai pemimpin masyarakat dan politik, perancang ekonomi, panglima tentera dan
sebagainya.

4. Analisis kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga berjaya membentuk negara Islam
Madinah yang stabil.

Kepimpinan didefinisikan sebagai setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah


matlamat yang benar-benar bermanfaat. Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin umat Islam
yang diutuskan oleh Allah SWT. Baginda bukan sahaja pemimpin agama tetapi juga pemimpin
Negara yang yang menerajui sistem politik, ekonomi dan social. Kepimpinan Nabi SAW terserlah
sejak zaman Jahiliah apabila berjaya menyelesaikan masalah perletakan Hajar al-Aswad ke tempat
asalnya. Selepas penghijrahan ke Madinah, Baginda SAW diiktiraf oleh penduduk Madinah sebagai
pemimpin melalui penggubalan Piagam Madinah. Kepimpinan Baginda SAW menjadi teladan yang
ideal kepada pemimpin negara Islam yang lain sehingga ke hari ini untuk dicontohi.

Sebagai pemimpin tertinggi negara Islam, Nabi Muhammad SAW menekankan dan memntingkan
keadilan dalam segala urusan. Baginda SAW menghapuskan diskriminasi ke atas golongan miskin,
kaum wanita dan golongan yang lemah. Dalam ekonomi, Baginda SAW menghapuskan eksploitasi ke
atas golongan miskin dan monopoli golongan kaya menunjukkan wujud konsep kesamarataan dalam
masyarakat. Rasulullah juga menghapuskan semangat assabiyah dan diskriminasi kabilah. Dengan
mengamalkan keadilan, baginda berjaya mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan
umat Islam.

Baginda SAW seorang yang bijaksana dan berpandangan jauh dalam setiap tindakannya. Contohnya
dalam Perjanjian Hudaibiyah, ramai sahabat yang tidak setuju dengan syarat-syarat perjanjian tersebut
yang dilihat secara kasar lebih memberi keuntungan kepada orang-orang musyrikin Makkah. Tetapi
Nabi Muhammad menerima isi perjanjian tersebut kerana yakin kandungan perjanjian tersebut akan
merugikan puak Musyrikin Makkah dalam jangka masa panjang. Implikasi Makkah dapat dikuasai
pada tahun 8 Hijrah

Nabi Muhammad SAW memiliki keperibadian yang berani dan tidak pernah gentar dalam
menghadapi sebarang tentangan atau serangan dari pihak musuh. Oleh itu baginda telah mengetuai
sendiri ekspedisi peperangan, umpamanya dalam Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan
Perang Tabuk. Selain itu, baginda telah menanamkan semangat jihad dalam kalangan pejuang Islam
meskipun mempunyai bilangan tentera yang sedikit berbanding musuh. Contohnya semasa Perang
Badar, jumlah tentera Islam seramai 313 orang berbanding tentera Musyrikin Makkah berjumlah 1000
orang. Dengan kepelbagaian strategi seperti menguasai punca mata air, serang hendap dan
menanamkan semangat jihad dalam jiwa tentera Islam, akhirnya tentera Islam mencapai kemenangan.

Sifat tegas Baginda SAW dapat dilihat dalam kes kaum Yahudi Bani Quraizah, Bani Qainuqa’ dan
Bani Nadhir yang melanggar Perlembagaan Madinah. Hukuman yang sewajarnya telah dijatuhkan
terhadap kaum Yahudi iaitu telah dihalau secara berperingkat-peringkat oleh Nabi Muhammad SAW
keluar dari Madinah. Bani Qainuqa’ diusir telah diusir kerana memperlekeh kemenangan tentera
Islam dalam Perang Badar dan bertindak menjatuhkan maruah seorang wanita Islam. Bani Nadhir
diusir kerana merancang membunuh Nabi Muhammad SAW. Bani Quraizah diusir disebabkan
bersekongkol dridengan tentera Ahzab. Kesan daripada ini wujud keamanan dalam negara,

Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul menjadi pemimpin umat ke jalan
yang diredhai oleh Allah SWT memudahkan Baginda SAW membina dan membangunkan negara
Islam Madinah berlandaskan syariat Allah SWT.

*** PERINGATAN : FAKTA UTAMA

Kejayaan / Pembaharuan Nabi Muhammad


Ciri – Ciri Kepemimpinan Rasulullah SAW
 Politik dan Pentadbiran
 Bijak
 Ketenteraan
 Berani
 Ekonomi
 Tegas
 Sosial
 Tolak ansau
 Berpandangan Jauh
**** DIANGGAP NEGARAWAN
3. Ke

Kegiatan Ekonomi Kerajaan Bani Abbasiyah

Aspek Contoh Soalan

 Kegiatan / Aktiviti  Bincangkan kegiatan ekonomi yang dijalankan pada


Ekonomi zaman kerajaan Abbasiyah pada abad ke-11 Masihi.
 Faktor – Faktor  Huraikan faktor – faktor kemajuan kegiatan ekonomi
Kemajuan pada zaman kerajaan Abbasiyah pada abad ke-11Masihi.
 Dasar pemerintah merupakan faktor utama kemajuan
ekonomi kerajaan Abbasiyah pada abad ke – 11 hingga
abad ke-12 Masihi

4. Sistem Percukaian Dan Zakat Zaman Khulafa al Rasyidin

Aspek Contoh Soalan


 Sumber Cukai Zaman  Jelaskan sumber – sumber cukai dan kepentingannya
 Pelaksanaan Sistem zaman Khulafa al Rasyidin.
Cukai  Bincangkan pelaksanaan sistem cukai pada zaman
 Pelaksanaan Zakat Dan pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.
Kepentingannya  Bincangkan pelaksanaan jizyah zaman Khulafa al
 Pelaksanaan Jizyah Rasyidin.
 Pelaksanaan Kharaj  Bincangkan pelaksanaan kharaj zaman Khalifah Umar

5. Bincangkan kegiatan – kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman kerajaan Bani
Abbasiyah pada abad ke-11 hingga abad ke-12 Masihi

Kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk hasil daripada suatu revolusi yang dilancarkan ke atas
pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 132 H, mula mengalami era kegemilangan bermula
pada zaman Abu Jaafar al Mansor dan mencapai kemuncaknya sewaktu pemerintahan Harun al
Rasyid, dibuktikan dengan banyaknya nilaian harta dalam Baitulmal. Kedudukan ibu kota kerajaan ini
di kawasan yang strategik serta terdapat dua batang sungai yang melimpahkan tanah yang subur
membolehkan aaktiviti perdagangan dan pertanian berkembang dengan pesat sehingga abad ke-11
hingga abad ke-12 Masihi pada era kekuasaan Bani Buwaih

Tidak dapat dinafikan pertanian merupakan aktiviti utama kerajaan ini, hal ini disebabkan mempunyai
banyak kawasan yang subur khususnya berhampiran Sungai Furat dan Dajlah. Tanaman utama ialah
tanaman bijirin khususnya tamar, gandum, anggur, buah tin, limau, dan epal. Pemerintah berperanan
memajukan sektor pertanian, antaranya menyediakan kemudahan sistem saliran seperti Ain Zubaidah
dan menggalakkan pembukaan tanah – tanah baharu serta melebarkan sungai dan terusan. Bagi
meningkatkan jumlah pengeluaran, usaha penyelidikan dilakukan; lahir ramai tokoh cendekiawan
yang mencetuskan idea – idea baharu

Perdagangan juga merupakan salah satu aktiviti utama bagi menjana pendapatan ekonomi kerajaan
Bani Abbasiyah. Baghdad merupakan pusat ekonomi komersial, terdapat sebuah pasar yang dikenali
sebagai Suq Baghdad. Kedudukan Baghdad yang strategik menjadi laluan perdagangan antarabangsa
menggalakkan perkembangan aktiviti perdagangan pada masa ini. Peranan pemerintah seperti
menyediakan kemudahan seperti ruang niaga dan jaminan keselamatan khasnya daripada ancaman
lanun dan rompakan merupakan faktor pelengkap perkembangan perdagangan pada zaman ini.
Contoh pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang pada zaman ini ialah Basrah, Amman, Aden,
Kaherah dan Iskandariah

Perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi utama kerajaan Bani Abbasiyah sewaktu era
kekuasaan Bani Buwaih. Antara sumber pengeluaran utama ialah hasil tenunan dan permaidani yang
dikeluarkan oleh kilang – kilang di Baghdad, Syiraz dan Isfahan yang terletak di Parsi. Terdapat juga
pengeluaran pinggan mangkuk dari Mesir, barangan kaca, tembikar dan mozek yang dihasilkan oleh
kilang – kilang di Baghdad, Mesir dan Syam, barangan kulit dan senjata turut dihasilkan di Mesir dan
Maghribi, manakala barangan perhiasan dikeluarkan di kilang – kilang yang terletak di Yaman,
Khurasan, Bahrain, dan Lubnan

Meskipun pada abad ke-11 Masihi dan ke-12 Masihi merupakan era kemerosotan kerajaan Bani
Abbasiyah, namun pemimpinnya tegar berusaha membangunkan sektor – sektor pertanian,
perdagangan dan perindustrian bagi memastikan umat Islam dapat menikmati taraf hidup yang tinggi
dan melaluinya, kerajaan dapat menyediakan prasarana yang menggambarkan kebajikan rakyat tidak
diabaikan.

6. Bincangkan faktor – faktor kemajuan kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan Bani
Abbasiyah.

Kerajaan Abbasiyah mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid,
bukan sahaja disebabkan kemampuan mewujudkan sebuah negara yang stabil, namun yang paling
penting bermula zaman pemerintahannya, wujud kepelbagaian kegiatan ekonomi yang dapat menjana
pendapatan negara sekaligus membolehkan pelbagai aktiviti pembangunan yang dijalankan.
Dikatakan pada zaman Khalifah Harun al Rasyid, sumber pendapatan dikatakan mencecah 80 juta
dirham, maka tidak hairanlah walaupun selepas pemerintahannya, kerajaan Abbasiyah mula meniti
era kemerosotan, namun kekuatan ekonomi itulah menyebabkan kerajaan Abbasiyah masih mampu
bertahan.

Dasar pemerintah merupakan antara faktor yang menyebabkan kemajuan kegiatan ekonomi di sini,
sama ada aktiviti pertaniam, perdagangan mahupun sektor perindustrian. Umpamanya, dalam bidnag
pertanian, para pemerintah sejak zaman pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid telah menyediakan
pelbagai insentif dan galakan bagi memastikan sektor tersebut berkembang, antaranya penyediaan
sistem saliran bagi mengairi kawasan – kawasan pertanian yang ditanami pelbagai jenis buah –
buahan seperti tamar, anggur, epal, apricot dan lain – lain. Contoh, sistem tali air yang terkenal yang
sentiasa diselenggarakan ialah Terusan Ain Zubaidah. Selain itu, kerajaan juga menyediakan pelbagai
bentuk bantuan atau galakan bagi memajukan kegiatan ekonomi galakan pembukaan tanah – tanah
baharu, mengagihkan tanah untuk para petani dan perkara yang tidak kurang pentingnya ialah
memberikan bantuan subsidi dalam bentuk biji benih mahupun baja.

Seterusnya, faktor yang menggalakkan aktiviti ekonomi ialah jaminan keselamatan yang pastinya
membolehkan aktiviti khususnya perdagangan berkembang pesat. Dalam konteks ini, kerajaan telah
menyediakan pelbagai kemudahan di pelabuhan – pelabuhan sama ada di Baghdad, mahupun
pelabuhan – pelabuhan lain di Basrah, Aden dan sebagainya. Kemudahan yang disediakan termasuk
ruang niaga yang selesa dan kemudahan tempat penyimpanan barangan dagangan. Malah bagi
memastikan kelangsungan perkembangan aktiviti perdagangan, kerajaan juga menyediakan
kemudahan keselamatan bagi mengawasi kawasan perairan yang pastinya menggalakkan kedatangan
para pedagang dari Timur dan Barat berdagang dan membawa barangan seperti rempah, sutera, kaca,
manik dan sebagainya di pelabuhan – pelabuhan yang dimiliki dan dinaungi oleh kerajaan Bani
Abbasiyah.

Faktor geografi turut menyumbang kepada kemajuan kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan
Abbasiyah. Bekalan atau limpahan tanah lanar daripada lembah Sungai Furat dan Sungai Dajlah
telah membolehkan aktiviti pertanian dapat dijalankan secara besar – besaran dan mampu
mengeluarkan produktiviti yang boleh dipasarkan ke lokasi atau negara lain. Malah, aliran air
daripada kedua – dua batang sungai membolehkan kawasan tanaman diairi dan mendapat bekalan air
semulajadi. Begitu juga dengan aktiviti perdagangan, kemajuan dikaitkan dengan kedudukan
pelabuhan yang strategik seperti Baghdad menjadi lokasi persinggahan para pedagang dari Timur dan
Barat. Hal ini ditambah dengan pembukaan pelabuhan – pelabuhan lain seperti Aden, Basrah,
Damsyik dan Kaherah mempunyai kelebihan – kelebihan yang tersendiri termasuk dapat dihubungi
oleh jalan darat mahu pun jalan laut.
Kekayaan hasil bumi turut sama merancakkan lagi perkembangan ekonomi kerajaan Abbasiyah,
kekayaan sumber emas dan perak membolehkan wilayah Khurasan menjadi lokasi perlombongan
utama sumber galian tersebut, malah dikatakan terdapat sumber galian lain seperti batu marmar dan
raksa. Di Kirman pula terdapat sumber galian bijih timah dan perak, manakala di Bahrain pengeluaran
mutiara diusahakan secara besar – besaran. Nisyabur pula kaya dengan batu pirus, di Pergungan
Labenon terdapat perlombongan besi, dan di Farghana ditemui telaga minyak. Kekayaan sumber –
sumber galian menyebabkan kerajaan Ababsiyah dapat mengeluarkan barang – barang perhiasan yang
menarik dan berkualiti tinggi.

Sebagai rumusannya, perkembangan kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan Abbasiyah sebenarnya
berpunca daripada kesungguhan pemerintah yang bukan sahaja bertanggungjawab menyediakan
pelbagai kemudahan, malah yang lebih penting dapat mengeskplotasi segala sumber kekayaan bagi
memenuhi khazanah atau perbendaharaan negara demi pembangunan dalam tempoh masa mendatang
kelak.

7. Huraikan pelaksanaan sistem cukai pada zaman Khulafa al Rasyidin sewaktu


pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

Zaman Khalifah Umar al Khattab merupakan era kegemilangan kerajaan Islam, hal ini bukan sahaja
disebabkan dua buah kuasa besar Rom dan Parsi telah berjaya dilemahkan, namun kejayaan dalam
ekspedisi ketenteraan dan pendakwahan telah menyebabkan sumber pendapatan negara kian
meningkat ekoran penerusan dan pelaksanaan dasar ekonomi baharu termasuk sistem pencukaian.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar ini, terdapat tiga sumber cukai utama selain zakat iaitu
jizyah dan dua jenis cukai yang baharu diperkenalkan iaitu kharaj dan usyur.

Cukai jizyah merupakan cukai perlindungan atau cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir
zimmi. Kadar cukai yang dikenakan adalah mengikut kemampuan, antara 12 – 24 dirham setahun.
Walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka
yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka,
serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta. Sumber pendapatan dari jizyah semakin
meningkat pada zaman Umar al Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi
ketenteraan sama ada di Iraq, Syria, Jordan, Mesir, dan sebagainya. Pemimpin Baitul Maqdis sendiri
telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar dengan menyatakan persetujuan membayar
jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka.
Penduduk Qibti yang menjemput Amru al As menghalau orang – orang Rom pula bersetuju
membayar jizyah 2 dinar setahun, di Syria pula dikenakan 1 hingga 4 dinar bergantung kepada status
individu.Sementara penduduk Adzerbaijan pula walaupun diberikan kelonggaran membayar pada
tahun 22 H, namun tahun berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu.

Manakala cukai kharaj pula merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilik – pemilik tanah sama
ada yang diusahakan atau pun yang disewakan. Kharaj pada zaman ini dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu kharaj wazifah / masahah: dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau jumlah
pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap jarib anggur dikenakan kharaj
sebanyak 10 dirham dan kharaj muqassamah: merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah
hasil yang diperoleh daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berdasarkan kepada banyak
perkara bagi mengelakkan penganiayaan kepada petani. Kadar kharaj berdasarkan kemampuan
seseorang dan tidak membebankan, kadar maksimum ½ daripada keseluruhan hasil; dibayar dalam
bentuk mata wang atau hasil yang diusahakan. Kharaj wazifah dikenakan sekali dalam setahun tanpa
mengira berapa banyak hasil yang diperoleh, manakala kharah muqasamah dikenakan setiap kali hasil
pertanian diperoleh. Faktor – faktor yang menentukan kadar kharaj, antaranya kualiti tanah, disirami
air hujan atau menggunakan penyiram, jenis dan kualiti benih tanaman dan lokasi tanah dengan
bandar.
Manakala cukai usyur pula merupakan salah satu cukai yang baharu yang diperkenalkan oleh
Khalifah Umar al Khattab bagi menjana ekonomi negara Islam Madinah. Usyur dapat didefinisikan
sebagai cukai perniagaan atau perdagangan yang dikenakan kepada pedagang atau peniaga yang
berniaga dalam negara Islam Madinah dan di kawasan – kawasan yang berada di bawah naungan
kerajaan Khulafa al Rasyidin. Semua peniaga atau pedagang dikenakan cukai ini sama ada beragama
Islam atau tidak beragama Islam, kadarnya berbeza antara satu sama lain, pun begitu ianya tidak
membebankan golongan tersebut. Kadar yang dikenakan terhadap pedagang atau peniaga ialah 2.5%,
manakala bagi orang – orang bukan Islam, kadarnya berbeza, golongan kafir zimmi dikenakan
sebanyak 5% manakala golongan kafir yang tidak berada di bawah naungan kerajaan Islam dikenakan
sebanyak 10%.Salah satu fungsi cukai usyur ini ialah untuk memastikan para pedagang atau peniaga
menjalankan aktiviti tanpa sebarang gangguan termasuk penyediaan ruang berniaga yang selesa dan
kemudahan – kemudahan di kawasan pelabuhan .

Kesimpulan pelaksanaan pelbagai cukai ini bukan bermatlamat untuk memenuhi khazanah atau
perbendaharaan negara semata – mata, tetapi segala sumber pendapatan yang diperoleh ini akan
disimpan ke dalam Baitulmal, dan ianya akan ditakrifkan sebagai amanah Allah, bermakna segala
sumber pendapatan dan perbelajaan tidak akan bercampur dengan unsur haram atau pun syubahat.
Sumber cukai ini juga akan dimanfaatkan untuk memperbaiki kemudahan awam dan meningkatkan
taraf hidup umat Islam khasnya.

8. Huraikan pelaksanaan cukai jizyah pada zaman Bani Umayyah

Pengenalan sistem ekonomi Islam secara tidak langsung telah membawa kepada pembentukan dan
pengenalan dasar – dasar pencukaian yang dikenakan sama ada kepada orang – orang Islam atau
orang – orang bukan Islam Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam
terhadap orang – orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan
keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya
seseorang itu menganut Islam atau kerajaan Islam gagal memberikan jaminan keselamatan nywa dan
harta benda orang – orang kafir dhimmi.

Pada zaman Bani Umayyah, dengan penubuhan Diwan al Kharaj, badan ini bertanggungjawab
melaksanakan pungutan jizyah, namun keberkesanannya bergantung kepada reaksi masyarakat
terhadap seseorang pemerintah. Pada zaman Abdul Malik bin Marwan dan anaknya al Walid, jizyah
bukan sahaja dikenakan kepada orang kafir dhimmi bahkan ia juga dikenakan ke atas golongan agama
serta golongan Mawali, selain itu kadarnya dinaikkan berlipat kali ganda yang mengakibatkan
timbulnya rasa tidak puas hati golongan ini. Tindakan ini diambil berikutan kebimbangan Abdul
Malik terhadap masalah kewangan yang dihadapi serta menghapuskan sikap pura – pura menerima
Islam

Pelaksanaan amalan jizyah ini berubah sebaik sahaja Umar Abdul Aziz menaiki takhta sebagai
khalifah, baginda telah mengubah polisi sebelumnya dengan menghapuskan dasar diskriminasii
terhadap golongan Mawali. Baginda bukan sahaja menghapuskan amalan jizyah terhadap golongan
ini, bahkan menggalakkan perkahwinan campur antara golongan Arab dan bukan Arab serta
menghapuskan penggunaan istilah Mawali

Baginda juga telah membezakan antara cukai jizyah dan cukai kharaj, di zaman ini jizyah ini hanya
dikenakan ke atas orang bukan Islam sementara kharaj dikenakan ke atas pemilik – pemilik tanah.
Walaupun ada yang menentang tindakannya menurunkan kadar jizyah, namun baginda tetap bertegas
melaksanakan syariat Allah dan sistem sosial yang adil. Namun bagindamengemukakan hujah yang
paling bernas dinyatakannya ialah Rasulullah s.a.w. diutuskan bukan untuk memungut cukai.
Pun begitu dasar yang diperkenalkannya berakhir setelah kemangkatannya berikutan dasar – dasar
khalifah selepasnya yang kembali kepada keadaan sebelum Umar menjadi khalifah. Contoh yang
ketara Yazid bin Abd Malik kembali menganaktirikan golongan Mawali, menindas musuh yang
bertentangan fahaman politik seperti golongan Syiah dan Khawarij dan apa yang mendukacitakan
ialah tindakannya menaikkan kadar jizyah sehingga 50%
Dasar yang diamalkan berhubung jizyah di zaman Rasulullah s.a.w. serta Khulafa al Rasyidin lebih
mementingkan keadilan sedangkan pada zaman Bani Umayyah walaupun jizyah dipungut namun
pelaksanaannya mendatangkan masalah kepada negara berikutan tindakan sesetengah khalifah
mengubah garis panduan yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w.

You might also like